*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Satu teori muncul baru2 ni - squeky clean not good for
you. Satu kajian (di UK kalau tak silap) menunjukkan,
terlalu menjaga kebersihan menyebabkan badan tak
berpeluang mengeluarkan pertahanan semula jadi.
Sedikit2 kuman diperlukan untuk merangsang kita punya
immune system.

Patutlah anak2 kerap juga sakit walaupun kita begitu
punya paranoid tentang kebersihan mereka. Budak
kampung dulu, kadang2 makan tak basuh tangan, cari 
anak ikan kat longkang, mandi hujan, dsbnya, jarang
pula sakit (kecacingan selalulah).

Patutlah pemakan2 kedai mamak bawah pokok sikit punya
ramai dan tetap sihat walafiat walaupun pinggan dan
cawan dibasuh main celup2 saja.  Tambahan pula sekarang
sudah dikenakan 5% tax kalau nak makan direstoran.
Bercakap pasal tax, entah apa2 tax lagi yang akan
dikenakan lepas ni. Tol yang patut tamat disambung
lagi. Tol jalang Pahang tu apa faedah pun tak tahu -
bayar tol untuk jammed. Tak malu ke syarikat yang punya
tol tu - lebih dari peminta sedekah. Lainlah kalau 
macam tol LDP tu. Contoh tax berganda macam ni patut
dah di berhentikan. Negara sikit punya kaya.  Jurang
kaya dan miskin semakin ketara, duit orang tak kaya
diambil lagi melalui tax sana sini. Itu pasal lah kot
orang sakit mental semakin bertambah. Salah satu mangsa
ialah  pembantu rumah - macam haiwan dibuatnya. Gila
gila...

Satu kajian patut dibuat; hubungkait masaalah mental
dengan cukai berganda. Sapa2 boleh mula; kementerian
kesihatan, JPM, ISIS, dll.. Ini masaalah global ni.  

(Tadi teman mulai pasal kebersihan, diakhiri dengan
cukai pula....ish ish, await jagi lagu tu? Maleh teman
nak retype eh...) 

Wassalam


  

 

-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke