*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

La - ingatkan kes dera pembantu rumah ini cuma jadi kat makcik Nurjannah tu 
saja; rupa-rupanya ramai lagi yang kena dera.

Semalam (15/2), hampir semua berita akhbar2 utama melaporkan satu lagi kes 
penderaan terbaru ke atas rakan kita dari Indonesia, seorang pembantu rumah 
bernama Kusiah Manijan, 32 tahun.  Dia yang baru tiga bulan bekerja dengan 
majikan itu, dipercayai dibelasah dengan seketul batu sebesar dua genggaman 
tangan, kini berada di ICU Ipoh. Selain cedera teruk di dahi dan kepala, 
berdarah teruk akibat dipukul dengan batu, wanita Indonesia itu juga mempunyai 
banyak parut luka di perut dan tubuhnya serta kesan rekahan di tangannya 
dipercayai melecur akibat direndam dalam air panas. Kedua-dua belah kakinya 
juga didapati bengkak.

ISH, AWAT GANAS SANGAT NIE? KALAU SUNGGUH SAKIT HATI BENCI SANGAT KAT KAWAN 
TU, PI LAH BELI RACUN TIKUS KA ARSENIK KA BAGI MAKAN KAT DIA!!

[Alah, bagi makan racun arsenik bukan benda baru kat Malaysia!]

Kadang2 tertanya-tanya juga kita, apasal kejam sangat depa ini kat maid-maid 
depa ini, sampai lebam-lebam depa balun, macam yang terjadi kat Nurjanah 
Matiah hari tu, yang dipukul oleh majikannya dengan teruk sekali, guna rotan 
yang dilipat dua dihujungnya, dibalun di muka dan kepala sehingga menyebabkan 
cedera parah. Majikannya, yang merupakan bekas seorang pegawai eksekutif 
sebuah syarikat swasta, juga dikatakan memaksa Nurjanah merotan pahanya 
sendiri sebanyak 50 kali bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

ISH, ISH, AWAT LA KEJAM SANGAT. TAK BOLEH KA SURUH DIA BUAT KETUK KETAMPI 
SAJA!!

Seorang lagi pembantu rumah, Dahlia Abdul Hamid, juga mendakwa didera oleh 
majikannya di Kuching, dipukul oleh majikannya di bahagian belakang dan kaki 
dengan tali pinggang. Seorang lagi, Kuin Gilir, 16, pula didera oleh 
majikannya sejak hari pertama tiba di Kuching. Kuin mendakwa ditumbuk di 
hidung dan bibir sehingga berdarah oleh majikannya.

FULLAMAK! TAK SANGKA PULAK - RAMAI JUGAK RUPA-RUPANYA GENG RAHIM NOOR DI 
MALAYSIA INI!!

Di Pulau Pinang pula, Eni Windhia, 17, mendakwa didera dengan teruk oleh teman 
wanita majikannya sejak hari pertama bekerja tahun lalu. Pembantu rumah itu 
mendakwa seluruh badannya mengalami cedera teruk pada bahagian belakang badan, 
kepala, lengan, tangan, jari kiri dan kanannya.

DEPA INI INGAT MAID ITU APA HA? INGAT MACAM MENATANG ANJING KOT. ANJING PUN, 
KALAU TERSESAT MASUK PAGAR RUMAH KITA,  TAK BOLEH  LASTIK IKUT DAN WEI; SILAP2 
BOLEH BERSANTAI DALAM JEL!!

[Biasalah puak-puak ini, anjing lebih penting dari manusia, tambah-tambah pula 
kalau manusia itu warna kulit macam kita mai dari Indonesia - pantang nampak 
rumah haram sikit, roboh!!!]

Sebenarnya, selain daripada kes dera, kes tak bagi maid mengerjakan suruhan 
agama dan memaksa mereka melakukan kerja2 yg dilarang oleh agama adalah 
perkara biasa. Kita berharap benarlah kalau ada pihak2 dari JAKIM yang dapat 
membantu mereka dalam hal ini.

Ini kisah benar yang sampai ke pengetahuan saya; seorang maid yang berasal 
dari Jambi, Indonesia, anak orang alim di sana (Tok Imam, tok lebai atau yg 
sama waktu dengannya); tak lama dulu dia ada menalipon seorang hamba Allah yg 
berkerja di sebuah agensi Pekerja Asing, menangis-nangis meminta supaya hamba 
Allah ini dapat tolong melepaskan beliau daripada majikan dan agensi 
bukan-Islam nya itu. Kata beliau:

"Pak, tolonglah saya pak. Saya sudah tidak boleh berkerja begini lagi pak, 
saya kena kerja dari awal pagi sampai larut malam. Kadang2, bila bangun pagi 
saja, terus disuruh keluarkan daging babi dari peti ais untuk di-difroskan. 
Kemudian, disuruh cuci mobil; bila habis saja cuci mobil, disuruh pula 
mandikan anjing. Tolonglah saya pak; saya tidak pasti sama ada rezeki yang 
saya dapat ini halal atau tidak; solat pun tidak punya masa kecuali waktu 
isyak dan subuh saja. Tolonglah saya pak!"

Rasa sayu apabila saya mendengar cerita ini; tapi apa kita boleh buat. Hamba 
Allah yang diminta tolong itu pun tidak boleh buat apa sebab maid itu ada 
kontrak dengan majikan dan ajen bukan Islamnya selama 2 tahun. Tidak ada siapa 
yang boleh buat apa, kesian kat depa!

DARI KECIK KITA DIAJAR BAHAWA ISLAM SESAMA ISLAM ITU SAUDARA, TAPI DALAM KES 
SAUDARA/I KITA DI ATAS, APA YANG KITA SEBAGAI ORANG ISLAM BOLEH BUAT?

[Saya nak cadangkan, kalau ada MP PAS yang membaca email ini, bolehlah kiranya 
bawa cadangan dalam Parlimen supaya setiap agensi wajib sediakan 
asrama/hostel/rumah sewa untuk maid-maid mereka. Maid2 ini hanya bertugas dari 
pagi (7:30am) hingga malam (7:30pm); pagi2 Van akan menghantar mereka ke 
rumah2 majikan, petang akan membawa mereka pulang, macam pekerja2 kilang. 
Dengan cara ini, kalau ada maid2 yg didera atau dipaksa buat apa2, bolehlah 
depa mengadu kepada sesama mereka untuk tindakan pihak2 yg berkenaan seperti 
pihak berkuasa kedutaan mereka dan pihak berkuasa kita. Sekadar cadangan]

DENGAN CARA INI JUGA, SUAMI ISTERI YANG INGINKAN PRIVACY, BOLEHLAH BER-PRIVACY 
DENGAN TENANG KERANA MAID MEREKA SUDAH PULANG KE RUMAH SEWA ATAU ASRAMA YG 
DISEDIAKAN!

Merujuk kepada email di bawah, saya nak perbetul sikit; yang dok dera 
minah-minah Indon ini, bukan saja terhad kepada puak2 cha-ya-nun-alif, tapi 
orang2 kita pun ada. Depa dera jugak, tapi mungkin tak le sampai meleleh leleh 
darah macam tu.

Saya dapat tahu, seorang majikan Melayu yang kedekut kalah Haji Bakhil; makan 
minum maid dia dicatu bagai nak rak. Sekali tu, dia balik rumah terus ke 
dapur, pi kira Nugget (ayam) yang dia tinggal empat lima ketul tadi tu masih 
banyak tu, atau dah berkurang sebab maid tu makan. Kalau maid tu makan, ha 
siap lah kamu. Kesian kat maid tu, kurus kedengkiang jadinya.

ITU CERITA MASA MUSIM HARGA AYAM OKAY; KALAU LA NI MASA HARGA DAH MELAMBUNG, 
RASA2NYA MUNGKIN TIAP2 KALI NAK PI KERJA, DIA KENA KUNCI BUBUH PINTU GRIL KAT 
PETI AIS DIA GAMAKNYA!!

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi

====================
From:   ani 
assalamualaikum...
memang betul lah dari apa yang kita dengar dan baca, ramai pembantu rumah yang 
didera oleh majikan yang majoritinya "cha ya nun alif"....tapi berlainan pula 
dengan majikan melayu yang sering pula 'terkena dengan pembantu rumah indon 
nie, yelah kes mencurilah, suka menularlah, menggatal etc.

terbalik pulak sepatutnya pembantu rumah yang baik seeloknya dpt kepada 
majikan yang baik jugak...entahlah nie yang namanya dunia , 
dunia....dunia...nie yang buat saya sendiri pun bila nak ambik pembantu rumah 
indon terpaksa berfikir beribu - ribu kali!!!!!!


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke