*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.
Di Malaysia, jika kerajaan mengenakan sekatan ke atas program kuliah,
ceramah dan kelas fardu ain di masjid dan di surau atau musolla yang
dibimbangi disalahguna untuk menentang kerajaan dan sebagainya kita tentu
rasa tidak puas hati dan meradang.
Begitu juga jika sekiranya masjid di tutup dan hanya dibuka pada awal
masuk waktu solat dan setengah jam selepas solat, pun ramai juga
timbulkan rungutan yang tidak puas hati.
Tetapi kerajaan Saudi lebih berani daripada itu. Berita penangkapan umat
Islam untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima amat menyayat hati kita.
Tindakan berani kerajaan Saudi itu amat kejam dan tidak berperikeIslaman.
Umat yang ditangkap dan dihantar pulang itu bukannya "berniat" untuk
tinggal di Mekah tetapi untuk menunaikan Haji. Apakah kesalahan yang
lebih besar daripada menghalang umat Islam daripada mengerjakan "Haji"
yang diwajibkan sekali dalam seumur hidup itu? Tidak bolehkah diadakan
peraturan lain yang lebih menasabah dan berperikeIslaman semata-mata atas
alasan tidak memiliki visa Haji? Contohnya dikenakan denda (contohnya
Riyal 100) sahaja asalkan niatnya tidak terbatal atau pemergiannya tidak
sesia. Lagi pun jemaah Haji Malaysia yang ditangkap itu sudah berada di
sana.
Kalau pun kerajaan Saudi mahu mengenakan peraturan yang ketat, namun
sepatutnya perkara yang berkait dengan amal Rukun Islam yang kelima
sekali seumur hidup itu patut dikaji semula. Jemaah Haji bukannya
pelancong atau hidup merempat atau meminta sedekah di sana yang mungkin
bakal menyusahkan penduduk Mekah atau kerajaan Saudi.
Lagi pun berkenaan dengan pas lawatan atau visa itu hanyalah perkara yang
berkait dengan peraturan atau undang-undang ciptaan manusia. Ia
sepatutnya boleh dilonggarkan atau dipinda atas budi bicara semasa
pelaksanaannya. Selagi tidak ada kemudaratan atau kesukaran yang lebih
serius timbul.
Dalam agama Islam sendiri, kita telah dididik lebih bertolak ansur untuk
menunaikan sesuatu amalan dalam Rukun Islam. Contohnya perintah solat.
Solat boleh didirikan secara jama' jika keadaan memaksa dengan
syarat-syarat tertentu. Begitu juga tentang cara mendirikan solat. Tidak
boleh berdiri, boleh duduk. Tidak mampu duduk boleh baring/mengiring ke
kanan dan seterusnya. Apa yang jelas di sini ialah betapa bertolak
ansurnya Allah ke atas hamba-hambaNya. Dan menunjukkan agama Islam itu
sangat fleksibel dan seterusnya mendidik agar umatnya demikian juga dalam
menjalani dan menempuh kerenah kehidupan yang bakal dihadapi yang tidak
terduga banyaknya.
Kerajaan Arab Saudi harus sedar bahawa "zon suci Tanah Mekah dan umat
Islam mendirikan amal ibadah Haji" bukan milik mutlak sesabuah kerajaan.
Zon tersebut adalah milik Allah yang Allah amanahkan untuk semua umat
Islam seluruh dunia. Dalam hal ini sepatutnya pemimpin negara Islam yang
lain perlu dan patut sedar dan mengambil tanggungjawab secara bersama
menangani masalah ini yang kerap kali berulang setiap tahun. Iaitu hak
menunaikan Haji adalah hak setiap umat Islam yang tidak boleh dihalang
dan disekat. Kecualilah bagi orang yang menunaikan Haji kali kedua atau
lebih daripada itu.
Wallah hu a'alam.
Pemuda Cawangan wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Salamun alaikum
>
> Nampak sangat sedara kita ni buta fakta. Setiap tahun
> terlalu ramai bakal jemaah haji yang dipaksa pulang
> oleh Kerajaan Arab Saudi.
>
> Di Mekah sendiri hampir setiap hari ada yang kena
> tangkap sebab tiada visa. Penangkapan biasanya dibuat
> di Tanaim dimana umat islam akan pergi berniat untuk
> umrah. Biasanya pemeriksaan mengejut dibuat ketika
> jemmah ini turun dari bas dan akan diperiksa passport
> masing-masing.
>
> Pernah terjadi jemaah yang tak bawa passport, walaupun
> masih ada visa, ditahan dan di bantai sehari semalam
> sebelum mereka bertanya tentang dimana passport.
>
> Tahun lepas kalau tak silap saya ada satu kapalterbang
> dari Iran yang dipaksa balik setibanya di Jeddah.
>
> Jadi bukanlah rakyat Malaysia sahaja yang kena tahan.
>
> Sekian harap maklum
>
> wassalam
>
> --- ismail ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> >
> >
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>