*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
.......Sambungan......

    Kita menggunakan Bahrul Mazi jilid 3 : Dalam bab
yang datang pada menyatakan kelebihan sembahyang
witir.
    Yakin pada tinggi kadarnya dan pada banyak
pahalanya,yakni kepada orang-orang yang
mengerjakannya.
[ Sembahyang sunat ni,kenalah sedaya upaya kita untuk
buat.Latih diri kita supaya biasa buat sembahyang
sunat. ]
    Kerana dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi
Hurairah r.a.,Nabi s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya
mula-mula sekali, ALLAH akan menghisab amalan
sembahyang manusia."(HR At-Tirmidzi,Abu
Dawud,An-Nasa`i & Ibnu Majah)
[ Dalam banyak-banyak benda yang kita buat,mula-mula
sekali yang Tuhan check ialah kita ni sembahyang ka
dak.Oleh sebab ini,sembahyang kira jadi paling
pentinglah.Maka dengan kerana itu,dalam keadaan apa
sekalipun,sembahyang tetap kena buat.Tak kiralah;
dalam keadaan sakit ka,dalam keadaan kelam kabut
ka,dalam keadaan sibuk ka,dalam keadaan apa pun;
sembahyang,mesti kena sembahyang.
  Oleh sebab itulah,mai satu hadis,Nabi kata,"Beza
diantara Islam dengan kafir,ialah solat." Jadi,kalau
kita tak sembahyang,maka kita ni tak dak beza apalah
dengan orang bukan Islam.Kita boleh tengok apa hari
ini; dari segi pakaian/perangai; serupa saja kita
dengan orang bukan Islam.Yang bezanya,cuma bila mai
time sembahyang,orang Islam nanti pi sembahyang.Yang
tu saja.Jadi,pentingnya amalan sembahyang itu,kerana
dia adalah amalan yang mula-mula sekali ALLAH SWT
tengok sebelum Dia tengok amalan-amalan lain.
 Tuan-tuan nanti ingat apa; bila ada kematian berlaku
di depan mata kita (lebih-lebih lagi yang mati tu
orang muda)?...Mungkin kita nanti dok
ingat,"Ish,apakah yang si mati ni bawa nak pi jumpa
ALLAH?"  Mati ni tarak apa; kita semua nanti rasa
mati.Tak semestinya nak kena sakit dulu baru nak mati;
tak semestinya nak tunggu tua dulu baru mati; tak
semestinya nak tunggu susah hati dulu baru mati; dan
sebagainya; mati boleh kena sapa-sapa saja dan
bila-bila masa saja,tanpa ada syarat yang perlu
dipenuhi.Dia cuma bila sampai saja,maka matilah kita.
  Yang dok jadi pasai ni,ialah sebabnya saja; eg,dia
ni mati pasai apa? Dia mati pasai accident. Yang dia
ni pula mati pasai apa? Dia mati pasai silap makan
ubat.Ini semua hanya penyebabnya saja.Tapi mati
ni,sapa pun nanti mati.Tapi yang kita dok
risau/bimbang/takut/rasa cemas ni ialah apabila mati
saja,apa benda nak bawa pi jumpa ALLAH SWT.
 Tuan-tuan boleh bayang ka,bagaimana punya susah nanti
bila kita masuk dalam kuboq? Tuan-tuan boleh bayang
ka,bagaimana gelapnya kuboq tu bagi sesetengah orang?
Tuan-tuan boleh bayang ka,bagaimana kuboq tu menjadi
satu lubuk azab bagi kita? Tuan-tuan boleh bayang
ka,berbagai-bagai bentuk azab yang disediakan oleh
ALLAH bagi orang yang duduk dalam kuboq? Boleh ka kita
pikiaq benda-benda macam ni semua; boleh ka?
  Baru-baru ni tersebar satu risalah yang ada gambaq
menunjukkan mayat kena belit dengan ulaq besaq.Di
bawah lukisan itu,tertulis pula,"Sepertimana yang kami
lihat kejadian ini berlaku di perkuburan Baka`
ar-Warqad di Madinah al-Munawwarah." Persoalan yang
timbul; betoi ka,tak betoi ka cerita ni,adalah
persoalan #2.Persoalan #1 nya ialah sabit daripada
keterangan hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang benda tu
memang ada; iaitu kewujudan ulaq Sujarul a`raq yang
dihantar khusus untuk mengazab orang yang semasa hidup
di atas dunia ni,cuai dengan ibadat sembahyang
fardunya.Soal cerita tu jadi sungguh ka dak; orang
tengok dengan bijik mata betoi ka dak; itu semua soal
lain.Persoalannya; Nabi s.a.w dah bagitau,bahwa
kejadian macam tu boleh berlaku.Soal dalam kuboq
seperti manusia kena himpit hingga berselisih tulang
rusuknya; soal dalam kuboq seperti malaikat
Munkar/Nakir pukoi manusia dengan tukul besi; dan
sebagainya; itu semua ada keterangan yang jelas dalam
hadis-hadis Nabi s.a.w..Jadi,apabila kita tengok saja
kematian di depan mata kita; benda-benda macam ni
nanti dok mai dalam kepala kita.Hari ini hari dia;
kita tak tau hari kita bila pulak.Pokok pangkalnya;
kita semakin hampir dengan tarikh kematian kita.Nama
kata lagi sehari lagi nak jauh dengan kematian,tarak
tuan-tuan.Lagi sehari lagi nak dekat,ada la
tuan-tuan.Maka dengan kerana itu; cukup dah ka,apa
yang kita nak bawa pi mengadap Tuhan? Mau tanya macam
tu; cukup dah ka? Dalam sepanjang tempoh umur yang
Tuhan bagi kat kita sampai la ni; ada dak kita tinggai
sembahyang fardu? Kalau jangka masa yang disebut agak
berat untuk dijawap; apakata dengan 10 tahun yang
akhir; ada dak kita tinggai sembahyang fardu? Dalam
setahun yang lalu; ada dak kita tinggai sembahyang
fardu? Dalam tempoh masa sebulan ni;  ada dak kita
tinggai sembahyang fardu? Ini baru tanya tentang
sembahyang fardu; belum tanya yang lain-lain lagi.Eg;
dalam tempoh sebulan ni; ada dak kita buat posa sunat?
Dalam tempoh sebulan ni; ada dak kita buat sembahyang
witir? Bila dok tanya; bila dok tanya; bila dok tanya;
dia nanti mai jawapan kata,tak dak,tak dak,tak dak;
maka finally kita akan tau,ada kah kita bersedia
menghadapi kematian kita. ]  
     Nabi kata bahwa apabila mati saja manusia,mula
sekali ALLAH akan check ialah amal sembahyang
dia.Kemudian Nabi kata lagi,"Kalau sekiranya dia
menyempurnakan sembahyang fardunya; maka itu
sesungguhnya tanda kejayaan bagi dia."      
[ Bila check tengok; didapati rekod sembahyang dia
cantik.Contohnya; tidak ada sembahyang fardu yang dia
tinggalkan; dilakukan pula secara berjemaah dan
sebagainya; maka rekodnya bersih dan ini menunjukkan
kejayaan pertama dia di sisi ALLAH. ]
     Kata Nabi lagi,"Tapi kalau bila disemak tentang
amal sembahyang dia dan didapati dia ada masalah
dengan sembahyang dia; maka dia binasa dan dia rugi di
sisi ALLAH."
[ Tuan-tuan,dengan sembahyang ni kita jangan la dok
buat pasai/cincai.Itu sebab dalam Quran,Tuhan
kata,"Kalau kamu nak cari orang yang nak dibagikan
amanah untuk jadi pemimpin di atas mukabumi ini; yang
pertama sekali orang tu mesti dipilih dari kalangan
orang yang mendirikan sembahyang." Kalau pemimpin yang
dipilih itu bukan dari orang sembahyang (secara
consistent); bermakna dia telah mengabaikan amanah
yang diberi ALLAH kepadanya.Maka orang macam ni,amanah
daripada ALLAH pun boleh dia ingkari; bagaimana pula
dengan amanah manusia? Maka dengan kerana
ini,awal-awal lagi ALLAH dah bagi peringatan kepada
kita tentang hal ini. ]
     Sambung dari hadis Nabi s.a.w. tadi,Nabi
kata,"Apabila dilihat dia ni ada masalah dengan ibadat
sembahyang dia; maka ALLAH SWT akan memerintah kepada
malaikatNya untuk tengok amalan-amalan sunat yang dia
buat.Kalau ada dia ni dok buat amalan sunat; maka
amalan-amalan sunatnya tadi berperanan untuk menampung
mana-mana amalan fardu yang keciciran.Maka
kemudiannya,seluruh amalnya selepas itu,dinilai dengan
cara itu."  
[ Jadi,apa yang kita nak baca,yakni tentang witir;
adalah penting.Pasai apa kata penting? Kerana
sembahyang witir berperanan untuk menampung mana-mana
yang carik pada ibadat fardu kita. ]
 
     Ketahuilah saudaraku telah datang hadis yang
menunjukkan kelebihan sembahyang witir itu,dan
menunjukkan tentang waktu untuk sembahyang witir
dilakukan.Maka bagi orang yang sembahyang nya,dia
dapat pahala besar; sebagaimana hadis yang dikeluarkan
oleh Imam At-Tirmidzi.Katanya,diriwayatkan daripada
Kharijah bin Huzaffah r.a.,bahwasanya berkata
ia,"Telah keluar kepada kami,Nabi s.a.w..Dan bersabda
ia bagi kami : bahwasanya ALLAH SWT telah mengurniai
akan sekelian kamu dengan satu sembahyang; yang ia
adalah lebih baik bagi kamu sekelian daripada merah
daripada segala unta." 
[ Nabi bagitau dekat sahabat-sahabat dia bahwa Tuhan
bagi dekat depa satu ibadat yang dari segi
nilainya,lebih berharga daripada unta merah. ]
     Sabda Nabi s.a.w.,"Maka unta merah itu adalah
sebaik-baik harta bagi orang Arab dan ia lah
semegah-megahnya."
[ Unta merah ni untuk orang Arab,kira jadi kawan depa
seumur hidup la,kerana telah menjadi kebanggaan
masyarakat Arab apabila dapat memiliki unta yang
berbulu merah.Kalau nak dibandingkan dengan zaman kita
la ni; kira lebih kurang serupa macam BMW 3 series
la.Lepaih tu nak bagi lagi cantik apa ka,mau dapat
yang color merah pulak...Fuuuh! 
Dengan color merah ni,untuk orang Arab,memang depa
cukup suka.Kan ada cerita tentang Nabi s.a.w. panggil
isteri dia (yakni Saiyyiditina Aisyah); dengan
panggilan Humaira`,yang bermaksud
kemerah-merahan.Orang Arab dengan color merah
ni...hmmm...tak tau nak cakap la,kira A1 lah.Kalau
orang Cina pulak,merah ni depa nanti kata,"Ang
lee".Kalau durian pulak,Cina nanti kata,"Ang he
lee".Kalau 'Ang he' ni kira habih la; sekilo dok nak
pi RM20/RM25 kan; isi merah bila pekena
seulas...hmmm...kira tak tau nak cerita dah la; kira
sapa lalu pun tak ambik tau dah. ]
     Kata Nabi s.a.w.,"Tetapi sembahyang witir
itu,jika dibanding pahalanya dengan segala unta merah
yang sangat baik itu; maka witir itu jauh lebih baik
kerana ia lah yang berkekalan ke akhirat."
[ Walaupun Nabi gunakan bandingan nilai witir itu
dengan unta merah kemegahan kaum Arab; tetapi
sebenarnya unta merah itu bukanlah bandingan bagi
sembahyang witir kerana witir itu jauh lebih baik
daripada unta merah.Pasai apa? Pasai,unta merah ni
takat atas dunia ni sahaja.Begitu jugalah dengan BMW 3
Series color merah tu,yang merupakan harta atas dunia
sahaja; tak boleh lah nak bubuh benda-benda ni sama
dalam kuboq bila kita mati nanti (tok siak pun tak
bagi).Kalau nak perosok juga BMW tu dalam kuboq
sekali; kira nak kena buat lagu mana Cina dok buat
la.Kalau ikut Cina,kalau boleh depa nak perosok juga
kereta mewah depa sekali dengan depa masuk dalam
kuboq,tapi sebab tak celus gamaknya; tu yang depa buat
kereta daripada kertas tu,kemudian depa bubuh la
lambang Merc apa ka depan replika tu.Lepaih depa
kamboih mayat; depa pun nanti bakar pula kereta-kereta
kertas ni,termasuklah rumah bungalow dengan
eksoserinya yang juga daripada kertas itu.Kalau pi
tanya kat depa; yang tua-tua ni nanti explain la kat
kita,"Ini semua untuk pakai sana punya
ooo."....Mengarut betoi puak-puak ni.Tapi depa percaya
kot tu,nak buat lagu mana.    
  Jadi,Nabi kata bahwa walaupun dia bandingkan nilai
witir itu dengan unta merah; tetapi itu bukanlah satu
bandingan yang tepat.Kerana unta merah hanyalah
setakat di dunia sahaja,tetapi sembahyang witir kita
boleh bawa hingga ke akhirat.Maka dengan kerana
itu;witir jauh lebih bernilai di sisi ALLAH daripada
segala benda yang berharga di atas dunia ini. ]

....bersambung.....


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke