*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berita dari malaysiakini.com
Ulasan:
Kalaulah Berahim Saad menang dalam pilihanraya yang
lepas, sudah tentu dia akan terus "mengipas" orang
itu. Kini setelah dipinggirkan keseorangan, barulah
beliau sedar.....................
Buat Berahim Saad , kita sukalah nak beri sedikit
nasihat. Usah buang masa untuk mereformasikan UMNo
dari dalam. Anwar Ibrahim tu lebih kental jiwanya
berbanding kamu. Itu pun, dia boleh tercampak dan
diterajang masuk penjara. Jika benar-benar ikhlas
untuk mereformasikan UMNO, ayuh lakukan reformasi
secara total . Terjunlah ke kancah perjuangan yang
sebenar bersama gelombang reformasi rakyat yang sedang
menjulang
Wassalam
ENGKU HAMID
*******************+++++++++++*****************++++++-
MONDAY - Feb 21, 2000
Bekas setpol Anwar desak reformasi dalam Umno
�Ein Azmi
6pm, ISN: Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar
Ibrahim mendesak Umno melakukan reformasi dan mengisi
perubahan di kalangan orang Melayu selepas kejayaan
pembangunan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Datuk
Ibrahim Saad berkata ahli-ahli Umno kini berasa
kebebasan mereka untuk mengeluarkan pendapat dan
membuat pilihan tersekat - merujuk saranan Majlis
Tertinggi parti itu agar dua jawatan tertinggi tidak
dipertandingkan.
Ibrahim melahirkan rasa hairan bagaimana Umno sebagai
sebuah parti Melayu yang sentiasa mempelopori
perubahan dan reformasi bangsa tetapi kini gagal
memenangi hati bangsanya sendiri. "Sejak penubuhan
Umno, reformasi merupakan laungan yang popular dalam
parti; ia menyatukan dan mengukuhkan parti," katanya
dalam edisi terbaru majalah mingguan serantau,
Asiaweek, yang mula dijual semalam. Reformasi,
menurutnya, bukan ciptaan Anwar walaupun bekas
pemimpin nombor dua parti itu berjaya memanfaatkan
keinginan orang Melayu untuk bersuara dan
memperkatakan kebenaran.
Sejak kegawatan ekonomi pada 1997, pergeseran antara
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed dengan
timbalannya semakin ketara, antaranya isu menggunakan
dana awam untuk menyelamatkan kroni Mahathir,
termasuklah anak PM sendiri. Menjelang perhimpunan
agung Umno pada tahun berikutnya, kumpulan Anwar mula
melancarkan kempen politik atas nama reformasi dan
menyerang amalan korupsi, nepotisme dan kronisme
Mahathir. Kempen politik, bukannya isu moral pemimpin,
inilah yang akhirnya dilihat sebagai faktor utama
pemecatan Anwar dari parti.
Tulisan bertajuk "Reform Umno" (Reformasikan Umno) itu
menyebutkan kehendak kebendaan dan fizikal sahaja
tidak mencukupi tetapi orang Melayu kini berusaha
mencapai tahap kebebasan yang lebih tinggi. "Usaha
kerajaan dalam hal ini tidak mencukupi," tulisan itu
dipetik. "Tiba-tiba terdapat ruang kosong. Apakah yang
diingini lagi [oleh orang Melayu] selepas memperolehi
kemerdekaan, pendidikan dan kejayaan ekonomi?"
Tokoh Umno Pulau Pinang itu juga mempersoalkan
kegagalan Umno untuk menarik perhatian golongan muda.
"Kenapa Umno gagal menarik perhatian orang Melayu
[untuk melakukan reformasi dan perubahan], khususnya
golongan muda?" Ibrahim melahirkan kebimbangannya
bahawa kegagalan Umno itu menguntungkan parti-parti
pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan.
Dalam pilihanraya umum lalu, Umno kehilangan pengaruh
di kalangan orang Melayu. Sebanyak 28 daripada 32
kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu berjaya
dimenangi PAS. Parti Islam itu juga semakin menguatkan
pengaruhnya di Kelantan, selain memenangi lebih banyak
kerusi di Kedah dan membuka laluan di kawasan-kawasan
kubu pengundi Melayu - sebelum ini dikuasai Umno - di
Pahang, Perak, Perlis dan Selangor. Kemerosotan
mendadak ini bermula selepas Anwar dipecat, dipenjara
dan dibicarakan yang kini menjadi isu utama di
kalangan pemimpin Umno menjelang pemilihan agung parti
pada Mei depan.
Ibrahim sendiri tewas di tangan isteri Anwar yang baru
menceburi politik, Dr Wan Azizah Ismail, di Permatang
Pauh dalam pilihanraya umum November lalu dalam satu
pertandingan yang dilihat sebagai percubaan untuk
�memusnahkan� pengaruh tokoh Umno itu di Pulau Pinang.
Bekas Timbalan Ketua Menteri dalam tulisan itu juga
berkata, "walaupun ahli-ahli parti mesti menerima
keputusan pimpinan untuk tidak mempertandingkan dua
jawatan teratas, tetapi ramai ahli secara diam-diam
membenci keputusan itu."
"Keputusan itu memberikan gambaran di kalangan
ahli-ahli akar umbi bahawa Umno tidak lagi menjunjung
semangat pertandingan - proses demokrasi dalam parti
semakin terhakis."
Ibrahim sebelum ini dikecam oleh penyokong Anwar
kerana dilihat tidak bersimpati dan membiarkan
kejatuhan bekas pemimpin yang pernah menggilap kerjaya
politiknya itu. Bagaimanapun, kenyataannya dalam
Asiaweek ini dipercayai mempunyai hubungan dengan
gerakan politik untuk melakukan perubahan dalam Umno,
khususnya mencabar kepimpinan Mahathir-Abdullah.
Ibrahim, dan ramai lagi penyokong Anwar dalam Umno,
kini dipercayai bekerja dalam kumpulan bekas pemimpin
Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk bertanding
sekurang-kurangnya di peringkat timbalan presiden
parti. Minggu lalu, Ku Li bagaimanapun menafikan
desas-desus itu walaupun lebih separuh ahli Umno
dipercayai akan bersamanya.�
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>