*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.

Saya bukanlah seorang remisier tetapi saya sebenarnya
terlibat secara langsung dalam bidang pelaburan
khususnya pelaburan saham di KLSE. Saya bertugas di
salah sebuah syarikat pelaburan terbesar di negara
kita dan telah menceburkan diri lebihkurang 5 thn.

Berkenaan dengan melabur dlm stock market untuk tujuan
mendapat keuntungan "kontra" pada pendapat saya
eloklah dielakkan. Untuk terlibat dalam pelaburan
equity ini seseorang harus faham akan konsep pulangan
dan risikonya (risk & return). On average, pelaburan
dlm equity market di Malaysia memberikan pulangan
lebihkurang 12% setahun dengan risikonya antara
25-35%. Risiko ini diukur mengikut price volatility
KLCI. Ini bermakna, mengikut teori statistik, kita
boleh ringkaskan bahawa ada 95% peluang untuk kita
mendapat keuntungan antara -38% sehingga 62% setahun
(25% volatility). Saya takut jika pelaburan kita
membuahkan negative return.

Pada saya melabur utk kontra ini hampir kepada konsep
perjudian. Kita seharusnya membuat pelaburan untuk
mendapatkan keuntungan dalam jangkamasa sederhana
hingga jangkapanjang (> 3 bulan). Pastikan saham yg
dibeli itu adalah saham syarikat yang tidak terlibat
secara langsung dengan business haram.

Sekian sahaja, kalau ada respon baik, saya sambung
lagi lain kali.

Wassalam
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Limbat <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke