*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Ewahhh, kamu ni macam madu tiga pulak, pandai malu-malu.
Kamu punya cerita baguslah Bamang.... dia pun intro dan salasilah sedikit 
lagi nak sampai ke zaman Hang Tuah! Mati-mati saya ingatkan Maklang Jah kamu 
tu... bisenes punya oranggg... koprat katakan lah. Rupanya dia pun buat 
untuk makan sendiri saja. Saya ingat mungkin maklang Jah kamu tu pandai 
bikin kopi, tetapi tak ada madal dan tak tahu di mana nak beli biji kopi. 
Dalam keadaan begini kamu kena tolong mereka Bamang oiiii,kalau balik 
kampong kira nak cedok kopi free saja tak boleh jadi.... betul tak! Saya 
ingat paklang kamu tu bukannya selekeh, tapi mungkin dia orang-orang tua 
kampong dan kerja biasanya low profile.Kalau maklang jah kamu buat banyak, 
kamu jangan lupa pos lah bagi kita orang try.


>From: "H Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* kopi maklang jah
>Date: Thu, 24 Feb 2000 01:59:29 GMT
>
>Waalaikumsalam,
>
>Kot ya pun, tolong la jangan letak nama hamba kat Subject tu....hamba ini 
>pemalu orangnya...:-)
>
>Ginilah sedara; betoi-betoi punya cerita, saya tumpang menyampuk email 
>saudara itu pun sebab saya teringat kopi maklang Jah bila terbaca
>email saudara tu. Maklang Jah ini dia buat kopi bukan untuk jualan 
>besar-besaran punya, dia jual kalau ada orang mari rumah dia saja; kat 
>kedai pun dia tak letak.
>
>Kopi pun bukan yg ditanam secara komersial punya; maklang Jah pakai kopi 
>liar yang tumbuh banyak kat tebing-tebing sungai tepi rumah dia tu. Hari tu 
>saya berpeluang tengok Maklang Jah dengan kawan dia Tok Esah dan Maksu 
>Saodah pakat sama-sama goreng dan adun dalam kawah, lepas tu pakat lawan 
>tumbuk kopi dalam lesung....bawah pokok moktan tu lah. Bila tengok dema 
>buat kopi tu, saya teringat masa saya kecik-kecik dulu, mak & tok saya pun 
>buat macam tu juga. Bila agak-agak kopi tu dah nak masak, saya gi ambik 
>daun kopi, minta maklang Jah tuang sikit adunan gula yg masih cair 
>tu...warna dia sedikit hitam kekoko-kokoan; tak sampai 5 minit, adunan gula 
>tu jadi keras macam gula-gula....rasa dia sebiji macam rasa Kopiko....kaow 
>habis!
>
>Kalau nak buat besar-besaran saya rasa masalah sikitlah kot; bekalan biji 
>kopi pun maklang jah main kutip kat pokok2 tepi sungai....tapi, bagus juga 
>idea tu, mungkin boleh diusahakan. Oh ya, by the way, kalau saya boleh 
>tolong maklang jah, bermakna tolong jemaah kita juga tu; maklang Jah, Tok 
>esah dan Maksu Saodah, tiga-tiga orang PAS. Laki maklang Jah, paklang Mail 
>lagi piao dia punya PAS.....kalah kawan-kawan dalam net ini. Walaupun kerja 
>dia cumalah menoreh getah ala-kampung, dua tiga hari sekali boleh kot 
>seguni dua (saya selalu berselisih dengan motor tua dia dok bawak guni 
>sekerap); tapi semangat juang dia cukup tinggi.
>
>Hari tu, saya terkejut habis bila terlihat satu wajah yang sangat familiar 
>dalam majalah Tamaddun (2 tiga bulan selepas p/raya Arau). Saya terkejut 
>sebab salah satu gambar penyokong2 PAS di bawah panas terik matahari ketika 
>kempen di Arau itu adalah gambar Paklang Mail. Saya terperanjat sebab saya 
>tak sangka Paklang Mail boleh pi jauh sampai macam tu, kalau naik kereta 
>dari kampung saya tu ke Arau, adalah kot dalam 3 jam.....jauhlah juga tu 
>untuk seorang penoreh getah macam Paklang Mail ni. By the way, Paklang Mail 
>tidak pernah membeli majalah Tamadun sebab faham2lah dengan pendapatan tak 
>seberapa itu, memang dia tak mampu nak beli. Jadi, tiba hujung minggu tu, 
>saya terus bergegas balik kampung, terjumpa Maklang Jah kat tempat biasa 
>bawah pokok moktan tu.....saya tunjuk kat dia gambar Paklang Mail dalam 
>Tamadun tu....berseri semacam muka maklang Jah, seronok dan terkejut tak 
>sangka; lepas tu riuh rendah jadinya bila Tok esah, maksu Saodah dan anak2 
>buah yang lain pakat join sekali. Saya kata kat maklang Jah, ini, gambar 
>paklang mail satu malaysia tengok.
>
>Maklang Jah seronok tak sangga....macam2 dia komen pasal gambar laki dia 
>tu; antara yang saya ingat: 'Paklang Mail mu tu memang macam tu, mana dia 
>gi pun, selekeh macam tu lah, dok pakai baju kemeja buruk tu lah!!'. 
>Selekeh tak selekeh, saya cukup respect sama Paklang Mail, sebab selain 
>daripada sanggup berjuang sampai melepasi sempadan negeri walaupun hidup 
>dalam serba kekurangan; saya juga difahamkan ramai kawan-kawan rapat 
>Paklang Mail yang terkorban di semasa tragedi berdarah di kampung Memali 
>berhampiran....mungkin ketika itu panggilan jihad untuk paklang mail tak 
>sampai lagi!
>
>Moga, berkat kopi Maklang Jah ini akan mendekatkan lagi diri saya dengan 
>semangat juang suaminya ini.
>
>H Rahman
>p.s: kampung maklang jah dok di ceruk Baling sana nu....tak dak 
>talipon....tapi kalau pakai 019, okay....line clear...Celcommmm!!
>
>>From: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>>Assalamualaikum,
>>
>>Kamu ni bagus le Bamang, kerana telah menolong menyelesaikan 
>>masaalah.Bukannya macam Ana Suryana, ada ke dia suruh kite beli 
>>mesin..harganya kite tanya dekat kedai RM1,700. Kite ni nak lepas gian 
>>minum sendiri bukannya nak meniaga.Yang si Nurzailah kata dekat Ipoh ada 
>>tapi tak kata dekat mana, dan dia kata ada dua jenis pulak white and black 
>>coffee.Si Mohd Tamsir pulak kata ada kopi kering dan ada kopi 
>>goreng.Nampaknya kopi ni skopnya luas le juga, saya ingat petik saja dari 
>>pokok terus bawa balik goreng.Saudara Bamang! tera jugak MakLang Jah kamu 
>>buat kopi yeee. Meleleh air lior saya mendengar cerita kamu. Bolehke kamu 
>>bagi nombor phone MakLang Jah kamu? Saya nak suruh dia pos leee.Bukan saya 
>>saja nak, tapi ramai lagi netters kita termasuk si Asmieda1 ,Mohd Sabri 
>>Hamid dan Abg lang pun nak jugakkk...
>>
>>
>>
>>
>>>From: "H Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>
>>>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>>>Subject: Re: H-Net* Biji kopi - please
>>>Date: Wed, 23 Feb 2000 09:44:23 GMT
>>>
>>>salam~
>>>
>>>Biji kopi saya tak tau, tapi kalau nak kopi kampung yang piao 
>>>punya...saya tiap-tiap minggu balik kampung. MakLang Jah kat kampung saya 
>>>tu dia buat kopi, piao habis... guna lesung macam dulu-dulu, goreng & 
>>>adun pun pakai kawah, bawah pokok moktan pula tu, shahdu habis. Kena 
>>>sekali, nak kena dua....dia tak jual besar-besaran, cuma dekat 
>>>orang-orang kawasan tu saja. Dah terlajak balik kampung, saya beli 2 
>>>bungkus; saya tanya maklang, sebungkus berapa. Dia kata, Singgit!
>>>
>>>Hmmm....walaupun singgit saja....tapi rasa dia kaow habis, kalah rasa 
>>>Nescafe...
>>>
>>>-sekian-
>>>
>>>>From: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
>>>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>>>Subject: H-Net* Biji kopi - please
>>>
>>>>Assalamualaikum,
>>>>
>>>>Saya nak tanya, kat mana saya boleh beli biji kopi? Maksud saya dalam 
>>>>Malaysia. Kerana saya ni teringin nak minum kopi pure yang di proses 
>>>>sendiri.
>>>>______________________________________________________
>>>
>>>>Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
>>>
>>
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke