Assalamualaikum ww,

Adiyy ibn Hatim mengisahkan satu perbualan telah terjadi antara RasuluLlah SAW dengan Adiyy ibn Hatim:

" RasuluLlah SAW bersabda:
Barangkali, wahai Adiyy, satu-satunya perkara yang menghalangmu daripada memeluk deen ini ialah kamu memerhatikan bahawa umat Muslimin hidup dalam kesengsaraan dan kemiskinan. Demi ALlah, hampir tiba masanya kekayaan melimpah ruah di kalangan mereka hinggakan tiada siapa sanggup mengutipnya lagi.

Barangkali, wahai Adiyy, satu-satunya perkara yang menghalangmu daripada memeluk deen ini ialah kamu memerhatikan bahawa umat Muslimin sangat sedikit sedangkan musuh mereka ramai. Demi ALlah, hampir tiba masanya kamu akan mendengar berita bahawa seorang wanita keluar dari Qadisiyyah dengan menaiki unta hingga sampai ke rumahnya tanpa takut kepada sesiapapun selain ALlah.

Barangkali, wahai Adiyy, satu-satunya perkara yang menghalangmu daripada memeluk deen ini ialah kamu memerhatikan bahawa kedaulatan dan kekuasaan terletak di tangan mereka yang bukan Muslim. Demi ALlah, hampir tiba masanya kamu akan mendengar berita bahawa mahligai putih di Babylon terbuka untuk mereka dan limpahan kekayaan dari Coshroes anak Hormuz jatuh tercampak ke atas tanah mereka.
"Harta Coshroes anak Hormuz?" Tanyaku, tidak percaya.
"Ya, harta Coshroes anak Hormuz," jawab Baginda.

Dengan itu, saya pun mengucapkan dua kalimah syahadah dan menyatakan keislaman saya. "


Adiyy ibn Hatim (RA) hidup dengan umur yang panjang. Lama kemudiannya beliau berkata:

"Dua perkara (yang diperkatakan RasuluLlah SAW itu) telahpun berlaku dan tinggallah perkara yang ketiga. Demi ALlah, ia pasti akan berlaku.

Saya telahpun melihat wanita yang meninggalkan Qaddisiyyah menaiki unta dengan tidak takutkan sesiapa pun selain ALlah hinggalah dia tiba di rumah ini (Rumah Nabi di Madinah).

Saya sendiri telah berada di barisan depan tenetra berkuda yang menjejaki harta Chosroes dan telah mengambilnya.

Dan saya bersumpah demi ALlah bahawa peristiwa ketiga pasti akan terealisasi."

Dengan izin ALlah, perkara ketiga yang disebutkan oleh RasuluLlah SAW terjadi semasa peemrintahan Khalifah yang soleh, Umar ibn Abdul Aziz. Kekayaan melimpah dengan banyaknya di kalangan kaum Muslimin hinggakan apabila pengumuman dibuat di seluruh negeri Islam supaya yang layak datang mengambil zakat, tiada sipa pun tampil untuk mendapatkannya.

Beginilah keyakinan yang wajib kita milik tentang masa depan gemilang Islam sekalipun situasi yang menimpa kita kini jauh sekali daripada baik. Yakinlah dengan firman-Nya:
"Pertolongan daripada ALlah dan kemenangan semakin hampir."

Wassalam.

 



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke