*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,
pemimpin umat islam mesti melalui amal yg nyata spt yg ditunjukkan oleh sunnah
nabi & para sahabat. sekiranya berlaku peperangan/jihad di khurasan, maka
wujud 2 golongan:- mujahid tempatan & para muhajirin dan ansar yg didasari
aqidah al wala' wal bara'.
sekiranya pemuda bani tamim muncul di khurasan, sudah tentu ia menjadi
muhajirin(yg berhijrah) dan sekaligus ansar (yg menolong). yaitu bersama-sama
berganding bahu mengangkat senjata menolong saudaranya muslim memerangi
kuffar.
pemuda bani tamim bukannya pendatang yg hanya mengabiskan beras & hanya tahu
menggunakan air liur - islam, islam, islam shj, & mengharap kepimpinan
khurasan diserahkan padanya. ini adalah angan2 kosong.
kerana apa? kerana kepimpinan islam mesti melalui amal yg nyata yg dibuktikan
dgn jihad. dan kualiti serta kepimpinan itu terwujud setelah melalui
peringkat2 ini, iaitu sudah lama dalam jihad. dan ini adalah sunnah nabi &
sahabat.
ketahuilah, walau banyak mana solat tahajud seseorang, walau besar mana
ketokohan dakwahnya, kalau tidak berbicara soal jihad, tidak bercerita pasal
jihad, tidak bercita-cita berjihad, tidak berusaha berjihad, maka kalung
anugerah FASIQ layak tergantung dilehernya.
dan pemuda bani tamim bukannya org2 fasiq. Pemuda bani tamim adalah org2
soleh. wslm
"arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Pemuda Bani Tamim (21)
>
> Assalamualaikum,
>
> Pemuda Bani Tamim- Di manakah Khurasan?
>
> Khurasan adalah satu kawasan/wilayah yang sudah tidak wujud lagi dalam peta
> dunia. Wilayah Khurasan yang dimaksudkan di dalam hadis itu meliputi kawasan
> Kabul, Afghanistan, Uzbekistan, sebahagian kecil Iran, sebahagian kecil
> Pakistan, memanjang ke Barat China meliputi wilayah Xinjiang sampai ke
> Yunnan.
>
> i. Kabul, Afghanistan.
> Kabul merupakan pangkal Khurasan. Ketika ini perang saudara sedang berlaku
> di antara puak-puak mujahidin yang saling bertentangan. Puak syiah yang
> disokong Iran dan wahabi sokongan Arab Saudi sedang berentap bermati-matian.
> Mereka telah berjuang lama untuk membebaskan Afghanistan dari penjajah
> Komunis Rusia, dan mereka berjaya mengusir komunis. Malangnya mereka terus
> berperang sesama sendiri. Kini Afghanistan dikuasai oleh Taleban.
> Di celah-celah berkecamuknya perang saudara itulah bakal munculnya golongan
> Asoib sepertimana yang dinyatakan oleh hadis. Golongan ini tidak terlibat
> dalam krisis tetapi memendam kekuatan. Untuk mereka ada tugas besar
> mengibarkan panji-panji hitam yang dijadualkan. Mereka inilah yang akan
> mudah menerima orang Timur.
> ii. Pakistan
> Hanya sebahagian kecil sahaja yang termasuk di dalam peta Khurasan, iaitu
> wilayah-wilayah yang dekat dengan Kota Islamabad.
> iii. Yunnan
> Yunnan adalah salah sebuah wilayah di China yang penduduknya banyak menganut
> Islam selain Xinjiang, Gansu, Ningxia dan Qinghai. Di Yunan terdapat sekitar
> 4 juta umat Islam. Malangnya Islam di sini begitu lemah hingga kebanyakan
> umatnya telah lupa syahadat dan lupa nama Islam mereka. Ini akibat kelalaian
> ulama mereka yang kemudian disambung dengan kedatangan Komunis. Walaupun
> demikian, jika dibanding dengan agama-agama lain, Islam masih hidup dan
> terus membara di China. Akar tunjang aqidah umat Islam tetap tidak tercabut.
> Islam terus bangkit setelah negeri China mengamalkan dasar terbuka..
> Kini masjid-masjid tumbuh mercup sedang kuil-kil tidak lagi dibina. Mereka
> masih inginkan Islam dan amat senang sekali menerima kedatangan orang Islam
> dari luar.
> iv. Uzbekistan
> Ia telah bebas dan merdeka dari Soveit Union. Wilayah-wilayah utamanya ialah
> Samarkhand, Bukhara, Tirmez dan lain-lain. Ibukotanya Tashkent. Bumi
> Khurasan ini telah pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari,
> Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam
> Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain.
> Selain pernah menjadi pusat ilmu pengetahuan Islam, ia berkembang sebagai
> pusat ilmu sains, matematik, optik, geografi, astronomi dan lain-lain lagi.
> Telah lahir tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, Al Farabi, Al Biruni, Ibnu Rusyd,
> Ali syir dan Umar Khayyam.
> Di segi keIslaman, ilmu dan pengamalan muslimnya lebih baik dari muslim di
> Yunnan. Uzbekistan lebih mampu melahirkan kader-kader perjuangan Islam yang
> berpotensi dan berkualiti. Lebih-lebih lagi ia berhampiran dengan
> kawasan-kawasan umat Islam yang lain seperti Tajikistan, Kazakhstan,
> Turkmenistan dan Khirghiza. Kembalinya negara-negara ini kepada Islam secara
> total sangat dibimbangi oleh Barat. Negara-negara ini punya kekuatan
> ekonomi, bahan mentah, tenaga manusia dan senjata. Tetapi kekuatan yang
> lebih digeruni oleh Barat ialah Islam.
> Negara "Ma waraa unnahar"-negeri di sebalik sungai ini kini sedang marak
> pengamalan Islamnya. Keadaan yang tidak bergolak dengan peperangan
> memudahkan lagi Islam diamalkan setelah lama berada di bawah Komunis. Di
> bumi inilah panji-panji hitam akan diterima, dan di sini juga terdapat
> figure yang dikenali sebagai Al Haris Harras yang tersebut di dalam hadis.
> Berdasarkan hadis, kebangkitan Islam di akhir zaman umpama satu badan. Timur
> adalah nadinya, sementara Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah
> pemimpin, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini, sedangkan Khurasan
> adalah penyokong dan pembantu utama kepada Timur. Kedua-duanya akan
> bergabung seperti bergabungnya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah
> tubuh Islam itu kuat dan lebih aktif bergerak. Ertinya, bila Islam di Timur
> dan Khurasan bersatu, Islam akan mendapat kekuatan baru seperti yang
> ditunggu-tunggu selama ini.
> Penyatuan ini tepat seperti yang telah disabdakan Rasulullah SAW, sama ada
> dari segi masa, tokoh yang terlibat, cara dan bentuknya.
> Ini berita baik untuk Timur, untuk Khurasan dan untuk seluruh dunia amnya.
> Satu berita baik yang bakal menjadi realiti di awal kurun hijrah ke-15 ini.
> Ia pasti berlaku!
>
> Wassalam,
>
> Arjuna Armada
>
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at
http://webmail.netscape.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>