*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
Haiwan dan Manusia
Dalam kajian psikologi, haiwan kerap kali digunakan untuk kajian, antara
haiwan popular digunakan ialah, kelawar,kucing,tikus,cacing dll. Dalam
banyak haiwan ini yang paling disulai oleh ahli psikologi ialah tikus dan
merpati, kerana dianggap paling setia.
Namun begitu ramai juga yang tidak bersetuju, kerana banyak haiwan yang
dibunuh selepas kajian dilakukan
(sudah lah..masa bedah tak bius...ingat tak sakit ke...kemudian dibunuh,
saya tak ingin komen apa-apa, cuma saya teringat pesanan Rasulullah
saja..lihat lampiran A dibawah)
Lalu kita mungkin akan bertanya kenapalah ahli psikologi suka sangat guna
haiwan dalam kajian. Biasanya mereka akan memberi alasan seperti berikut:
1. Etika Kemanusiaan (Oleh sebab kajian manusia .....dan bukan batu, maka
kadang kadang kajian yang akan dibuat langgar Etika...tambahan pula zaman
sekarang kes saman menyaman semakain bertambah)
2.Kajian terhadap otak (kalau nak kaji otak,kita tak boleh pinjam otak
manusia untuk kajian....tapi boleh kaji otak haiwan)
3. Pengurusaan manusia yang susah (susah nak dapat kerjasama
manusia,....sikit-sikit nak dibayar.... ) berbanding dengan haiwan yang
sentiasa berkerjasama.)
Kerbatasan kajian terhadap haiwan telahpun dijelaskan dalam siri-siri yang
lepas iaitu, hanya individu yang berperangai seperti haiwan saja sesuai
dikaitkan. kajian ini kurang sesuai untuk melihat ketakwaan manusia, kerana
konsep ini tidak ada pada haiwan.
Bidang-bidang Psikologi
Kajian psikologi mempunyai bidang tertentu (kalau pengajian Islam dipecah
pada aqidah, tasauf, fiqah, Qur'an,sunnah...), dan ada yang sudah mampu
berdikari sebagai displin ilmu yang penting seperti psikologi, contohnya
Kaunseling. antara bidang tersebut ialah :
1. Klinikal,
Dianggap skop yang penting dalam psikologi.Tujuaan untuk merawat orang yang
sakit jiwa.
2. kaunseling
cuba bersama-sama untuk menyelesaikan sesautu masalah,
3. pendidikan
Digunakan oleh guru untukuntuk mengajar.
4. Industri dan organisasi
aplikasi psikologi dalam perusaan.
5. personaliti
kaji tentang perbezaan dan persaam antara manusia.
6.kognitif
Mengkaji bagaimana proses pemikiran beroprasi.
7. sosial
kaji masyarakat dari sudut psikologi.
8. perkembangan
melihat perkembangan manusia dari kecil hingga mati.
#################################
LAMPIRAN A
HUBUNGAN MANUSIA DAN HAIWAN
Bersama-sama dengan manusia,tuhan menjadikan binatang yang juga makhlukNya
Firman Allah:
"Dan tiada satu pun di antara haiwan melata di bumi atau pun burung terbang
dengan dua sayapnya
melainkan mereka juga umat-umat seperti kamu;tiada satu pun yang Kami
lupakan di dalam
Kitab,kemudian kepada tuhannya mereka dikumpulkan." Al An'am 38
Jelas dari ayat di atas menunjukkan binatang juga diberi penilaian dan
haknya .Dengan itu manusia
juga mempunyai tanggungjawab terhadap haiwan.Antaranya:
1.Memberinya makan dan minum bila diperlukan.Sabda Rasulullah:
"Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani."
2.Mengasihani binatang.Sabda Rasulullah apabila baginda melihat beberapa
orang menjadikan
burung sebagai sasaran panah mereka:
"Allah melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang mempunyai roh sebagai
sasaran." Mutafaq
'alaih
3.Janganlah menyiksa haiwan ketika menyembelihnya atau membunuhnya.
Sembelihan hendaklah
dengan pisau yang tajam. 4.Janganlah menyiksa binatang dengan apa cara
sekalipun.Sabda
Rasulullah:
"Seorang perempuan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan seekor kucing yang
dikurungnya
hingga mati,perempuan itu akan masuk neraka kerana kucing itu tidak diberi
makan,tidak diberi
minum dan tidak dibiarkan memakan binatang-binatang tanah. Riwayat Bukhari
1.Dibenarkan membunuh binatang yang menyakiti maknusia atau yang
menimbulkan bahaya kepada
manusia.Tetapi pembunuhan itu hendaklah dengan cara tidak menyiksanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>