*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suami lebih suka memendam rasa
Ramai wanita yang telah lama berkahwin pun masih lagi
tidak begitu memahami sikap suami. Pelbagai keluhan
diluahkan oleh isteri mengenai sikap suami mereka
antaranya tidak pandai mengambil hati, tiada reaksi
positif daripada suami ketika berbincang dan pelbagai
lagi.
Walaupun perkara ini dianggap sebagai asam garam
kehidupan berumahtangga, tetapi boleh menjurus kepada
pertengkaran yang lebih serius.
Sudah menjadi sikap semula jadi kaum wanita memang
suka dibelai dan mendapat perhatian tetapi lelaki
merasakan perasaan itu tidak perlu ditunjukkan melalui
kata-kata.
Malah kaum lelaki sendiri mengakui mereka lebih senang
mendiamkan diri daripada meluahkan perasaannya kepada
kaum wanita.
Presiden IDEAL, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr.
Azahari Ismail yang ditemui mengenai perkara ini telah
menghuraikan beberapa faktor utama kenapa lelaki suka
memendam rasa dan sukar meluahkan perasaannya
berbanding kaum wanita.
Menurut beliau, para suami seringkali lebih suka
memendam perasaan mereka kerana takut isterinya akan
berkecil hati.
''Disebabkan terlalu ingin menjaga hati orang
tersayang, mereka lebih suka mendiamkan diri daripada
membuat teguran kepada isteri secara terus terang
kerana bimbang akan mencetuskan perkelahian,'' katanya
lagi.
Menurut beliau, lelaki yang seringkali menganggap diri
mereka 'macho' juga tergolong dalam kategori sukar
meluahkan perasaan.
''Diri mereka akan merasa tercabar sekiranya luahan
perasaan itu boleh menyebabkan si isteri atau
masyarakat salah faham terhadap apa sebenarnya yang
hendak dinyatakan,'' kata Dr. Azahari.
Selain sikap lelaki, beliau turut mempersoalkan diri
isteri itu yang menyebabkan suami sukar meluahkan
perasaannya.
''Kadangkala isteri akan cuba menghalang suami
melakukan kerja rumah apabila suami merasa ingin
membantu.
''Misalnya si isteri akan berkata: Itulah abang, saya
dah katakan jangan buat...'' jelas Dr. Azhari.
Apabila ini berlaku, ujarnya ia akan menghilangkan
mood suaminya yang berkobar-kobar untuk membantu si
isteri.
Seharusnya kata beliau, pasangan suami isteri perlu
saling belajar dan tolong menolong antara satu sama
lain dalam urusan hal ehwal rumah tangga.
Menurut beliau, secara tidak langsung akan mewujudkan
kepercayaan antara mereka.
Malah katanya, isteri juga ada kalanya gagal memahami
sikap suaminya yang memuji mereka kerana bersikap
prasangka.
Misalnya si isteri merasakan ada sesuatu yang diingini
oleh si suami di sebalik pujian suaminya terhadap
masakannya pada hari tersebut.
Sikap si isteri itu katanya, mewujudkan satu budaya
'tidak menghargai,' di mana sepatutnya kita harus
berterima kasih kepada si suami itu kerana memberi
pujian ikhlas.
Katanya lagi, lelaki sukar meluahkan perasaan mereka
boleh dilihat daripada perspektif kejadian manusia itu
sendiri.
Menurut beliau, wanita dianugerahkan dengan sikap yang
lebih lembut berbanding lelaki yang bersifat perkasa,
kasar dan kuat.
Malah katanya, dengan ciri kelembutan yang ada pada
seseorang wanita, Allah mentakdirkan mereka melahirkan
anak dan menyusukan anak.
Sebaliknya tugas kaum lelaki kata Dr. Azahari, lebih
menekankan kepada soal mendidik anak, mencari nafkah
dan membesarkannya sehingga menjadi orang yang berguna
kepada bangsa dan negara.
Dengan ketentuan yang ditetapkan inilah menyebabkan
lelaki mengutamakan sikap yang lebih tegas demi
pembentukan anak-anak yang berilmu.
Oleh: HAFIDAH IBRAHIM
--------------------------------------------------------------------------------
�
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: art jeffries <[EMAIL PROTECTED]>