Title: RE: H-Net* SUKA DUKA BERUMAHTANGGA - Gambaran Realiti & Hakikat yg harus diterima oleh Suami...

Assalamu'alaikum kepada Pak Engku dan netters yg lainnya,

Maafkan saya Pak Engku dan netters yg lain, sebab saya "terpaksa" juga mengulas  lebih lanjut apa yg ditulis oleh Pak Engku untuk memberi gambaran sebenar dalam beberapa perkara yg dibangkitkan oleh Pak Engku.   Apa yg hendak saya tulis ini moga-moga akan dapat memberikan manfaat kepada suami khasnya.......  agar kalau tak berubah 100% pun, berubahlah sedikit demi sedikit, jika masih belum lagi sedar akan hakikat berkenaan dengan hal-ehwal rumahtangga.

Alhamdulillah.....  jika SEMUA SUAMI mempunyai kesedaran seperti Pak Engku..... aduhai...!  Ya Allah.. rasanya akan aman dunia!   Apa yg ditulis oleh Pak Engku semuanya benar belaka.   Itu dari segi teori, tapi bagaimanakah perlaksanaannya?  Mampukah para suami menyempurnakan tanggungjawab seperti yg disyorkan?  Kalau mampu, Alhamdulillah.... syukur kita kerana Allah izinkan, tapi kalau tak mampu, bagaimana?  Saya cuma nak sentuh tentang saranan Pak Engku kepada netters yg berpeluang untuk menyaksikan saat-saat isteri sedang "bertempur" di medan perjuangan ketika hendak "mengeluarkan zuriat suami".

Ha.... ni yg saya nak perjelaskan kepada semua agar para suami dapat gambaran yg sebenar dari segi KEPAYAHAN ISTERI seperti yg disebut tadi.   Terimalah hakikat ini dengan hati yg terbuka dan renungkanlah realiti di sebalik kesakitan yg kami alami ketika hendak melahirkan zuriat yg para suami taburkan benihnya sembilan bulan 10 hari yg lepas.


Sebelum tu, saya nak "extract" balik apa yg Pak Engku tulis,:

[Pak Engku wrote:] -------------

Saya cuma nak kongsi bersama kalian tentang beberapa
cadangan yang mungkin boleh menjadikan kita semua ini
berada dalam "win-win situation".

Untuk para suami, jika anda berkesempatan
melakukannya, cuba-cubalah berada di sebelah isteri di
"labour room" sehingga selesai proses
kelahiran anak. Anda wajib berkongsi bersama akan
keperitan dan kesusahan isteri anda bertarung nyawa
untuk melahirkan anak yang benihnya anda taburkan
sembilan bulan sebelumnya. Cuba bayangkan jika
di saat itu, Allah ambil nyawanya. Bukankah dia
mendapat syahid dunia? Jika selama ini isteri anda
hanyalah umpama kilang untuk mengeluarkan
bayi anda, cuba ubah paradigma. Anggaplah isteri anda
adakah sebahagian dari nyawa anda. Insyaallah, setitik
air mata anda yang jatuh ke
pipinya tatkala dia "meneran" untuk melahirkan anak
anda, tak setanding dengan mana-mana air yang anda
titiskan selama anda hidup bersamanya.
(message snipped)-
===========================================================

Untuk pengetahuan Pak Engku & netters yg lain, bila baca para ini, saya pula yg menitiskan air mata.........  Sayunya hati saya, Allah Ta'ala sahaja yg tahu.   Saya sayu kerana masih ada suami yg tahu penderitaan yg dialami oleh isteri.  Tapi itu bagi suami yg berpeluang untuk MELIHAT SENDIRI SECARA "LIVE"....  what about those yg tak dapat lihat?  Bagaimanakah nak berikan gambaran agar you all (para suami) tahu akan kesengsaraan kami?  Sebelum saya berikan gambaran yg jelas, biarlah saya sendiri yg bagi alasan bagi pihak suami mengapa mereka tak berpeluang untuk melihat sendiri isteri ketika melahirkan;

1.      Sebab mereka ni kurang mampu - isteri melahirkan anak di hospital gomen, so gomen ni biasalah, mana dibaginya  suami "menyibuk"?  Silap-silap, suami kena "halau" macam kucing kurap.  {Bab yg ni, saya simpati kat suami sebab ada tu "curious" nak tengok bini dia kat labour room, tapi apakan daya.......  "Nurse" yg ada lebih "berkuasa".}

2.      Sebab isteri mereka melahirkan anak secara "caesarian", iaitu melalui pembedahan.  Ini lagilah tak boleh tengok, kalau suami tengok saya pasti suami akan pengsan lihat perut kami yg terburai dibelah untuk mengeluarkan anak.....  Ada sesiapa yg berani tengok?? {Kat sini, saya simpati kat suami saya, sebab dia sendiri tak boleh tengok saya ketika saya dibelah perut untuk keluarkan kedua-dua anak kami}

OK, disebabkan 2 alasan di ataslah maka itu telah menghalang suami yg bercita-cita nak tengok isteri dia melahirkan.  Apatah lagi nak berada disisi!  Nak tengok tak leh, nak berdiri sebelah pulak??  

Di sinilah saya nak berikan gambaran kepada suami yg tak berpeluang itu.... kepada para Muslimah, saya MINTA MAAF KERANA TERPAKSA MENDEDAHKAN "RAHSIA" KITA, tapi ini adalah untuk kebaikan agar pihak suami yg masih "blur" tu lebih memahami keadaan kita masa bersalin.   Ini semata-mata untuk menyedarkan mereka, kerana jika 'KEFAHAMAN" itu ada, mungkin kuranglah rasa "ego" mereka terhadap kita, para isteri.

Let me start... bermula dari "pecah ketuban" ataupun keluar tanda darah.... itu maknanya dah sampai masa-lah isteri itu akan "bertarung nyawa"....  

No doubt, suami akan kata:  "ALAH... ORANG PEREMPUAN TAK RUGI BERANAK UNTUK LAKI DIA!  ALLAH BAGI PAHALA KAT DIA BERLIPAT-LIPAT GANDA"!   Saya cukup bengang bila orang lelaki suka cakap macam tu!.....  Ini jawapan saya kepada lelaki yg masih "kabur" tentang soal-soal nak beranak ni:  "PAHALA DAN GANJARAN DARI ALLAH ITU AKAN DIRASAI KEMUDIAN HARI, tapi suami kenapa tak RETI NAK BAGI GANJARAN ATAU BELAS KASIHAN KEPADA KAMI SEWAKTU KAMI MASIH BERNAFAS LAGI????"   Ada sesiapa yg nak jawab?

Saya jadikan diri saya sebagai "model" lagi dalam hal ni....  Ketika melahirkan anak sulung kami, suami saya nekad untuk menghantar saya ke Hospital gomen kerana kawan-kawannya menggesa dia, kata mereka, "Bini hang tu kami rasa memang tak boleh lahirkan secara biasa, eloklah hang hantar ke hospital besar aje..... nanti kalau ada complication (keadaan kritikal), taklah hang kena  maki pulak dengan pihak hospital."   Ni komen dari kawan-kawan perempuan husband saya.   Lagipun, husband saya entitled untuk First Class facility, kami hanya perlu bawa surat jaminan dari Majikan/Jabatan saja.

Suka saya terangkan di sini bahawa pihak hospital gomen ni, kalau terjadi apa-apa yg tidak diingini berlaku ketika bersalin di hospital private, mereka akan marah dan silap-silap kita balik kena maki, walaupun kita berada dalam keadaan kritikal.  (Saya masih ingat kakak saya yg  "kritikal" ketika bersalin di private hospital, tapi kena rujuk kepada hosp. gomen, kena maki hamun dek nurse sebab "gatal-gatal" pergi beranak kat private apasal?"  Apa perasaan you all kalau kena hamun macam ni?     Jadi, kerana nak mengelakkan berlakunya "referred complication" dari hosp. swasta, husband saya ikutlah nasihat kawan-kawan dia dan memujuk saya sehingga saya bersetuju....   Dengan izin Allah, tepat seperti yg doktor ramalkan, pada 4 April 1994, pukul 4 pagi, ketuban saya pecah.  Kelam kabut husband saya sebab habis katil basah.....!  Dia melompat dari katil dan terus habaq kat mak saya yg sedang lena tidur.  Air ketuban ni memang tak leh "control" punya... dia keluar sraaapppp, sraaaaapppp...  tak berhenti!  Seingat saya, habis 3 helai kain batik saya basah kuyup!  Ni yg dikatakan "kembar air".  {Oh ya!  saya cepat-cepat minta ampun & maaf dari suami saya, takut kalau jadi apa-apa kat saya nanti.......}

OK, sampai hospital...  saya telah diperiksa oleh doktor.   Saya masih tak sakit lagi....sehinggalah pukul 10.00 pagi di mana saya dah mula "merengat" sakit.   Sakit tu datang & pergi... ada kala bagai nak putus pinggang dek kerana terlalu sakit.  Tapi, sehingga pukul 11.00 masih lagi tak ada apa-apa...  sehinggalah jam 12.00 tengahari....  saya tertunggu-tunggu, bilalah budak ni nak keluar....  kawan-kawan yg lain dah pun selamat, saya ni bila lagi?  Saya ditempatkan dalam kelas pertama, 4 in one room, atas permintaan saya.  Semasa sedang sakit tu, sempat "kawan" yg dah "selamat' cerita kisah kat labour room semasa dia nak bersalin.  Katanya, ada sorang kakak tu dia gemok sangat, anak dia songsang, tapi doktor paksa jugak suruh meneran & bersalin ikut "jalan biasa"....  tapi, besar kemungkinan bayi itu mati sebab dah lemas, kaki dia keluar dulu, bahu dia "tersangkut"... tak leh keluar!  Apa perasaan anda.. bila dengar macam ni?   Fuhhh.. saya sejak dari awal memang dah berdoa aje, biarlah selamat segala-galanya, jangan ada complication.   Yang saya ni pulak, doktor telah confirm yg "cervix" saya tidak terbuka walau 1 cm pun!!!  Berderau darah saya....

Yang paling saya tak boleh lupa....  pukul 1.00 tengahari, waktu "kemuncak" dah tiba...  masa ni darah dah mengalir-ngalir ke kaki....  saya diminta berjalan ke bilik pemeriksaan untuk di "review" sekali lagi...  Bayangkanlah saya kena berjalan!  Tak ke darah tu menitis-nitis ke atas lantai?  Husband saya masa ni dah nak mengamuk dah!  Tapi, bila tengok husband punya muka dah lain macam, cepat-cepat nurse tu ambil kerusi roda untuk saya duduk.  Habis darah bersepah-sepah kat lantai....  (Di sini, anda semua boleh "judge" sendiri bagaimana lemahnya "servie" hosp. gomen ni.  Walhal, masa tu saya sorang aje sedang tunggu giliran di ward 1st class tu, orang lain semua dah "relax" dah!)

Netters semua tahu tak betapa lambatnya doktor tu nak buat keputusan agar saya dibedah sahaja?  Pukul 2.30 petang, itupun setelah saya memang tak tertahan rasa sakit.  Rupa-rupanya "Operations Theatre" (OT) masih tak siap lagi, belum ada orang bertugas nak kemaskan yg kes sebelum saya.  Bila dah buat keputusan, doktor tu pergi cari husband saya untuk "sign" approval bagi bedah.   Yg si husband ni habis waktu melawat, dia ke surau solat & berdoa tak henti-henti minta saya & baby selamat.  Nak tak nak, saya sign sendiri dengan keadaan menggigil-gigil.... sampai signature jadi macam "taugeh" aje!   Pukul 3.20 baru depa masukkan saya ke OT (masa ni husband saya tak tahu apa jadi dengan saya, sebab tak boleh masuk langsung!)   Pukul 3.45 depa selamat bedah saya, Alhamdulilah, anak perempuan , tapi saya tak sedar-sedar lagi dari kena "bius".   Tiba-tiba, bila sedar....  saya berada dalam keadaan menggigil kesejukan!  Astaghfirullah!  Nak tahu tak saya ni macam mana depa biarkan?   Saya cuma di'tutup' dengan sehelai kain nipis yg agak pendek - untuk ngam-ngam tutup dada hingga ke paras lutut!  Ya Allah!  Malunya saya!  Agaknya dah berapa mata memandang kepada saya yg diletak kat tengah-tengah "mak lak" tu!  For sure dah ramai petugas lelaki yg menjamu mata tengok saya yg tak sedar diri!  Habis tu tak sejuk ke?  Menggigil-gigil.... terketar-ketar gigi saya!   Saya panggil nurse, mintak selimut tebal sebab sejuk!  Barulah nurse tu terhegeh-hegeh nak tolak saya balik ward.  Masa ni, husband saya dah macam nak gila cari kat mana saya?  Bila nurse panggil, "siapa suami Puan Ain"?  Barulah saya dapat jumpa.  Husband saya terus terkam dan menolak troli sama-sama.  Dia nampak lega tapi heran tengok saya terketar-ketar.....  nurse tu cepat-cepat "cover", dia kata "Baru kena selimut, kat dalam OT tu memanglah sejuk!"   Porraaaahlah!  Aku kesejukan macam nak gila, dahlah kena operate, biar aje orang kat dalam OT yg sejuk tu".  

Lepas dah dihantar ke ward, saya & suami pun ditunjukkan anak yg baru lahir.  Husband saya dah dapat tengok dulu semasa di "qamat"kan sebaik dilahirkan.  Masa ni lah saya mengadu kat husband saya apa yg berlaku sejak dari pukul 1.00 hinggalah hak yg dibiarkan hanya selapis kain nipis.   Husband saya diam....   wajahnya terpancar kekesalan...  saya tahu, dia kesal sebab semasa dia dipanggil untuk sign borang tadi, dia tak ada.  Yang sebenarnya, dia ke surau sebab dah tak tahan sebak tengok saya dibiarkan menahan sakit sebegitu.   Husband & mak sempatlah bagi "moral support" kat saya sehingga jam 2.00 petang, waktu melawat nak dekat tamat.   Katanya, dia berdoa pada Allah, walau apa cara sekalipun, biarlah isteri aku selamat bersalin dan anak pun selamat.  Alhamdulilah, Allah makbulkan permintaannya.    Lagi satu, terpancar kekesalan sebab tak bawa saya ke private hospital sahaja.  Tengoklah layanan macam mana?  Nak buat keputusan nak bedah pun susah, mengambil masa lebih dari 2 jam!

APAKAH KAITAN ANTARA TULISAN PAK ENGKU DENGAN KISAH YG SAYA CERITAKAN? 

Haaa.. bagi suami yg TIDAK BERPELUANG menyaksikan keperitan, kesakitan dan penderitaan yg dialami isteri ketika nak lahirkan zuriat you all... inilah gambaran yg hendak saya berikan.... supaya kalian faham dan mengerti, bukan mengerti "gitu-gitu aje"!  NO DOUBT, ADA ISTERI YG LEBIH TERUK DARI SAYA, dan mungkin ada isteri yg lebih senang dari saya.... ITU BAHAGIAN MASING-MASING..  tapi, ketahuilah bahawa BERANAK NORMAL & BERANAK SECARA BEDAH TU SAKITNYA LAIN-LAIN!  Nampak macam beranak bedah tu senang, tapi beranak bedah tu lagi susah!  Sakitnya sebelum & selepas...... silap-silap kalau tak jaga betul-betul, perut akan terburai balk & menanah, ini akan menyebabkan terpaksa dijahit semula!  Dan lagi satu..... beranak kat hospital gomen ni memanglah macam tu, kita kena terimalah layanan yg diberikan.....  bersyukur ajelah, apa nak buat, dah pekerja hospital "gomen" memang begitu!  Tapi, husband sahajala tempat kami mengadu & kongsi pengalaman pahit & manis ketika melahirkan.  Saya amat BERSYUKUR pada Allah yg adil...... saya dikurniakan anak sepasang, so lepas ni cuma ada 1 aje quota.  Tak kiralah, boy or girl, I'll accept.  Tapi... belum apa-apa lagi!

TAHUKAH SEKARANG, MACAM MANA ISTERI ANDA RASA?  Senangkah nak beranak ni?  Senang tak senang, SAKIT TETAP SAKIT Cik Abang ooiiiiii!  Itu lah yg kami nak bagi tau....  mungkin ada netters yg wife dia dah cerita habis, tapi masih ragu-ragu sebab tengok hak isteri orang lain tu "senang aje beranak, yaaangg..!"  Jangan cakap....!!!  Masa dalam pantanglah suami kena tunjukkan sikap lebih menyayangi isteri, jangan main 'SEDAP' aje hantar balik kampung.....nak escape lagilah tu!   Itulah masanya tuan-tuan buktikan kasih sayang tuan-tuan kepada isteri; bakarkan tungku, carikan stokin, sama-sama berjaga malam....  Saya rasa, jika suami boleh buat macam ni, isteri dah lebih dari rasa disayangi & dihargai.... PERCAYALAH CAKAP SAYA!

Seperti yg Pak Engku kata, bagi yg mampu tu, jengok-jengoklah isteri, bagi yg tak mampu tu, tak apalah, janji anda mengerti akan kesakitan isteri.  Macam husband saya, anak kedua walaupun dilahirkan di hospital swasta (yg jauh lebih mudah, cepat & senang), dia tak dapat tengok sebab kena operate jugak.   So....... nak buek camno?  Cuma KEFAHAMAN dia sajalah yg saya minta, betapa sakitnya saya selepas anak dilahirkan kerana jahitan diperut itu lebih sukar untuk dijaga!  Believe me!

Ini adalah semata-mata titipan pengalaman saya untuk dijadikan tauladan seandainya sesuai....  Dan bagi suami di luar sana.....  Alhamdulillah - jika anda sudah mengerti, bagi yg belum, renung-renungkanlah!

SAYA JUGA BUKAN NAK TAKUT-TAKUTKAN ANAK DARA YG BELUMatau yg NAK KAHWIN TU....  kita MESTI lalui keadaan ini dengan sabar & tabah, dari situlah KITA DAPAT GANJARAN SEBAIKNYA DARI ALLAH TA'ALA.  Allah itu maha Adil dan saksama, jika kita berdoa, kita pasti tabah menghadapi dugaan ketika bersalin.  Itulah "NIKMAT" yg sebenarnya antara kita dengan Tuhan.

Oppssssss..!  Kena brek sikitlah......  lepas ni saya kena "plaster" mulut, bagi rehat kejap.  Maaf jua dipinta sekiranya terkasar bahasa.

Wassalam

AIN

Kirim email ke