*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam...
saya telah mengirimkan artikel Teknik Memuji Suami... Untuk berlaku adil
saya mengirimkan teknik Memuji Isteri pula. :)
Teknik Memuji Isteri
Kajian menunjukkan puji-pujian yang diberi dengan ikhlas sentiasa
menimbulkan perasaan positif kepada penerimanya. Orang-orang yang tidak
suka memuji orang lain pun, apabila dia sendiri dipuji, dia pun berasa
seronok juga.
Selama ini perbuatan memberi puji-pujian dianggap oleh kebanyakan orang
sebagai perbuatan yang kurang baik. Ia dianggap begitu kerana di sebalik
puji-pujian itu dikatakan selalu ada udang di sebalik batu, ataupun ada
niat mengampu. Oleh itu perbuatan memuji-muji dianggap salah kerana
tujuannya adalah manipulatif, atau memutar-belit orang yang diampu.
Barangkali inilah faktor yang menyebabkan kita takut hendak mengucapkan
puji-pujian secara terus terang dan terbuka. Kita takut dituduh ada udang
di sebalik batu. Memang benar, amalan menggunakan puji-pujian untuk
mengampu dan memutar-belit orang lain adalah amalan yang banyak berlaku.
Namun, pakar-pakar yang membuat kajian ke atas tingkah-laku mengampu
mengatakan kita semua pernah mengampu serta memutar-belit orang, dan kita
juga pernah menjadi mangsa kepada perbuatan mengampu dan putar-belit
orang-orang lain ke atas diri kita. Biasanya, apabila kita memutar-belit
orang, kita sendiri tidak perasaan bahawa kita sedang memutar-belit orang
itu.
Tujuan utama mengapa kita mengampu dan memuji-muji ialah supaya orang yang
kita puji-puji itu suka kepada kita, dan dengan cara itu kita berharap
kita dapat mempengaruhinya.
Pada masa ini banyak terdengar seruan supaya suami-suami jangan berat
mulut hendak memuji isteri. Dikatakan bahawa puji-pujian suami akan
menyukakan hati isteri. Dengan itu isteri yang banyak menerima pujian akan
berasa bahagia. Dikatakan juga, puji-pujian suami akan menambahkan lagi
cinta dan kasih sayang isteri yang sedia ada.
Memang sudah disahkan oleh pakar-pakar bahawa biasanya puji-pujian dapat
menyukakan hati isteri. Tetapi bolehkah puji-pujian membuat isteri
bertambah cinta kepada suaminya? Lebih penting lagi, dapatkah puji-pujian
dari suami membuat isteri menukar tingkah-laku, perangai, sikap dan
pemikirannya negatif kepada yang lebih positif?
Pujian tidak sentiasa membuat orang yang dipuji berasa seronok. Perbuatan
memuji-muji boleh menimbulkan kesan-kesan negatif kepada orang yangdipuji.
Pertama, puji-pujian boleh membuat orang yang dipuji berasa dirinya
terperangkap di dalam keadaan yang serba-salah, oleh itu dia tidak suka
dengan pujian itu. Kedua, puji-pujian mungkin tidak disukai oleh si
penerimanya kerana, secara tersirat, apabila dia dipuji, itu seolah-olah
selama ini dia tidak bagus. Kalau orang itu memuji hasil kerjanya, orang
yang dipuji mungkin berasa seolah-olah sebelumnya, dia disyaki tidak akan
membuat kerja itu dengan baik. Ketiga, selepas mendengar puji-pujian itu,
orang yang dipuji mungkin mulai risau kerana dia sedar dirinya sedang
diperhatikan oleh si pemuji.
Di dalam keadaan yang bagaimanakah sesuatu pujian itu dianggap ikhlas
ataupun cuma mengampu sahaja oleh orang yang dipuji? Ini terpulang kepada
bagaimana orang yang dipuji menerima dan mentafsirkan pujian itu.
Katakanlah, seorang suami memuji-muji lauk yang dimasak oleh isterinya.
Apakah yang mungkin terjadi?
Pertama, si isteri mungkin menyangka suaminya memuji-muji lauknya dia
kerana "ada undang di sebalik batu" iaitu suaminya menghendaki sesuatu
daripadanya. Jika itulah tafsiran si isteri, pujian si suami bukannya
membuat si isteri suka hati malah ia boleh menyakitkan hatinya. Dalam
keadaan begitu, pujian si suami tidak membuat si isteri bertambah kasih
kepada suaminya. Mungkin si isteri rasa menyampah pula.
Kedua, si isteri mungkin menyangka memang tabiat suaminya sangat murah
dengan puji-pujian kepada sesiapa sahaja. Jadi, si isteri tidak berapa
seronok dengan pujian itu kerana dia tahu suaminya tidak memilih-milih
orang apabila memuji. Pujian begini tidak membuat si isteri berasa dirinya
istimewa, oleh itu dia tidak bertambah kasih kepada suaminya akibat diberi
pujian itu.
Ketiga, si isteri mungkin berasa pujian suaminya itu adalah sebahagian
daripada adab dan sopan yang selalu diamalkan oleh suaminya. Memanglah
sopan bagi seseorang suami memuji isterinya apabila dia masak sendiri.
Akibatnya, si isteri tahu bahawa suaminya memang seorang yang sopan dan
baik budi bahasa. Tetapi suaminya memang akan memuji sesiapa sahaja
apabila keadaan menghendaki dia memberikan pujian. Pujian jenis ini pun
tidak boleh membuat seseorang isteri bertambah kasih kepada suaminya.
Keempat, si isteri mungkin berasa pujian suaminya itu adalah putar belit
suaminya mahukan supaya dia terus-menerus rajin memasak. Akibatnya si
isteri berasa pujian itu bersifat manipulatif, tidak ikhlas, iaitu
bertujuan memutar belit dirinya. Pujian jenis ini boleh membuat si isteri
meluat kepada suaminya.
Kelima, si isteri mungkin menyangka suaminya cuma hendak menyukakan
hatinya sahaja, bukannya betul-betul kerana lauk yang dimasaknya sedap.
Si isteri juga mungkin menyangka suaminya memujinya kerana tidak mahu
melukakan perasaanya. Akibatnya si isteri berasa suaminya adalah seorang
yang sangat baik hati, dan dia "seronok sedikit" mendengar pujian itu.
Keenam, si isteri mungkin berasa suaminya betul-betul ikhlas sewaktu
memuji lauknya, jadi dia berasa sangat seronok. Dalam keadaan begini,
pujian begitu boleh membuat isterinya bertambah-tambah suka dan kasih
kepada suaminya.
Berikut ialah ialah cara-cara memuji isteri bertambah cinta kepada suami.
Yang paling penting ialah: Jangan puji isteri sepanjang masa. Ertinya,
jangan puji isteri dari mula baru-baru kahwin. Cara yang lebih baik ialah,
mula-mula tunjukkan bahawa kita tidak berapa suka dengan perkara yang
hendak dipuji itu. Sebagai contoh, walupun masakannya sedap, tapi kritik
sedikit masakannya. Katakanlah karinya itu sedap tetapi terlalu "pekat".
Pada lain kali, barulah puji. Pujian seperti ini akan membuat si isteri
sangat seronok mendengarnya. Dia boleh bertambah sayang kepada suaminya.
Menurut pakar-pakar psikologi, ada tiga faktor mengapa kita lebih menyukai
orang yang mula-mula mengkritik kita tetapi kemudian memuji kita,
dibandingkan dengan orang yang memuji kita sepanjang masa.
1.
2.Apabila dulu orang itu mengkritik kita, tetapi sekarang dia memuji kita
pula, perbuatannya itu membuat kita rasa yakin mesti ada sesuatu yang kita
buat, atau kita lakukan, yang menyebabkan orang itu mengubah sikap
negatifnya kepada sikap positif terhadap kita. Keyakinan itulah yang
membuat kita rasa bahawa kita sudah berjaya. Sebagai contoh, kita yakin
dulu kita tidak pandai membuat kari kerana dia pernah mengkritik kari
kita. Tetapi sekarang kita sudah berjaya membuat kari yang lazat, itu
sebab dia memuji kari kita. Kita seronok apabila kita yakin kita sudah
berjaya. Apabila kita seronok, kita akan menyukai orang yang menyebabkan
kita seronok. Pujian dari orang itu membuat kita suka kepadanya. Jikalau
orang itu ialah suami sendiri, alangkah tepatnya.
3.Apabila dulu orang itu suka mengkritik kita, sikapnya itu membuat kita
berasa tidak seronok, bimbang, ragu dan serba salah. Apabila lama-lama
kemudian dia memuji kita, semua perasaan-perasaan itu hilang. Jadi, kita
rasa seronok. Apabila hati kita seronok, kita akan menyukai orang itu.
4.Walaupun isteri kita seronok apabila dia kita puji sejak baru-baru
mula-mula kahwin lagi, tetapi dia akan lebih seronok lagi apabila dia
sangka dia dipuji oleh orang yang sangat cerewet, memilih-milih, kritis,
serta lokek dengan pujian. Pendek kata, kalau tak betul-betul bagus,
memang kita tak akan memujinya. Jadi, kalau kita berlakon suka mengkritik
dia itu-ini, tetapi kemudian kita pura-pura suka kepada apa yang
dibuatnya,isteri kita akan yakin bahawa kita seorang yang memilih-milih,
cerewet, tak boleh lebih kurang dan cuma mahukan yang terbaik sahaja.
Jadi, apabila dia kita puji, dia yakin dia sudah mencapai taraf yang amat
tinggi sehingga kita sanggup memujinya. Perasaan itulah yang menyebabkan
isteri kita jadi sangat seronok mendengar pujian kita. Pujiannya kita itu
akan membuat dia tambah kasih kepada kita.
Ramai orang tidak setuju kita bermurah dengan puji-pujian kepada
orang-orang di sekeliling kita. Mereka mengatakan puji-pujian boleh
menimbulkan kesan negatif seperti orang yang dipuji. Nanti orang itu jadi
perasan, tak sedar diri, sombong, angkuh, besar kepala, naik mua, naik
kepala dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, yang menimbulkan kesan-kesan negatif seperti itu bukanlah
puji-pujian itu sendiri. Kesan-kesan negatif itu adalah kesan teknik
memuji yang salah. Jadi, Pujilah isteri kita dengan teknik-teknik yang
betul supaya dia bertambah kasih kepada kita. Teknik memuji betul akan
mencipta kesan-kesan positif yang sangat penting ke atas isteri kita,
antaranya ialah:
a.
b.Isteri kita akan berasa dirinya sangat istimewa, berbeza daripada
wanita-wanita lain.
b. Keyakinan dirinya akan naik dan keupayaannya akan meningkat. Hasilnya
dia akan dapat meninggikan lagi prestasinya.
c.Keyakinannya terhadap diri kita akan bertambah teguh.
d. Dia bertambah yakin hubungan perkahwinannya masih kukuh.
e. Dia bertambah yakin dirinya masih kita sayangi.
f. Dia yakin cara-cara dia melayan kita adalah betul, macam yang kita
mahu.
g. Estim-dirinya meningkat.
h. Dia akan bersikap lebih terbuka kepada nasihat dan teguran kita.
Begitulah pedoman yang diberikan oleh pakar-pakar. Suatu pesanan penting:
isteri-isteri tidak boleh menggunakan teknik ini untuk memuji suami!
Teknik ini khas untuk pujian arah dari-atas-ke-bawah. Teknik untuk isteri
memuji suami akan diterangkan dalam siri lain.
PS: Untuk para pencinta kebahagiaan, sekiranya anda mempunyai artikel
menarik untuk dikongsi bersama sila emailkan kepada
[EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>