*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.parti-pas.org


Ucapan Perbahasan Belanjawan 2000 oleh YB  Hj. Abdul
             Fatah Haron di Parlimen pada 2/3/2000





3.07 ptg.

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian sedikit
dalam membahas Belanjawan Tahun 2000 yang telah dibentangkan oleh Yang
Berhormat Menteri Kewangan pada 25 Februari yang lalu.

            Sebelum saya memberi pandangan, sedikit sebanyak ingin saya menyentuh
sedikit harapan rakyat di kawasan Rantau Panjang., Aamnya ialah rakyat Rantau
Panjang sekarang ini terlalu berdukacita kepada kerajaan Malaysia kerana satu
projek yang agak besar yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Kelantan khasnya
rakyat kawasan Rantau Panjang yang dimulakan pada awal tahun 80’an lagi tetapi
sehingga sekarang masih belum beroperasi iaitu projek kawasan bebas cukai.

            Walaupun keadaan sekarang ini agak memalukan kita di mana pagar
keselamatan jalan tersebut telah pun dibaiki sebanyak dua kali dan bangunannya
telah
dicat sebanyak tiga kali dan cermin-cermin bangunan juga telah pecah sama sekali
dan sudah pun tiga wakil rakyat bertukar tangan di tempat tersebut tetapi kawasan
bebas cukai itu masih lagi tidak beroperasi.  Saya harap Menteri yang berkenaan
supaya peka dalam keadaan ini dan seboleh-bolehnya sepatutnya dipercepatkan oleh
kerana pihak kerajaan negeri pun telah setuju lebih awal beberapa tahun yang lalu.

            Itu bagi rakyat kawasan Rantau Panjang dan saya rasa bagi kerajaan
Kelantan pula saya rasa bertanggungjawab untuk memberi sedikit penjelasan
terutama sekali jawapan daripada pihak Menteri berkaitan dengan permohonan
sebidang tanah oleh Pusat Latihan Belia dan untuk Pprogram Rakan Muda.  Keadaan
ini sebenarnya kerajaan Kelantan tidak pernah menolak permohonan tersebut tetapi
apa yang berlaku ialah kerajaan Kelantan menangguhkan permohonan tersebut
kerana pihak kerajaan ingin mendapat sedikit penjelasan tentang pengisian program
yang akan dilaksanakan di dalam projek tersebut,  itu sahaja.  Tetapi sayangnya
sehingga sekarang ini pihak kerajaan pusat masih lagi tidak memberi jawapan kepada
negeri dan kita masih menunggu jawapan untuk diberi penjelasan atau kelulusan
seterusnya.  Pemrbentangan...

            Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat
Rantau Panjang, Yang Berhormat bagi Bachok bangun.

            Tuan Wan Nik bin Wan Yussoff: Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan
dan pandangan sedikit daripada pihak Yang Berhormat Rantau Panjang berhubung
dengan Pusat Latihan Belia ataupun kegiatan Rakan Muda yang dibangkitkan oleh
wakil daripada BN.  Untuk makluman dan sedarkah pihak Yang Berhormat bagi
Rantau Panjang bahawa satu institut latihan belia telah dan sedang dalam proses
pembinaan di satu kawasan tapak di Tangok, Bachok hasil daripada persetujuan
rasmi kerajaan negeri untuk pihak Kementerian Belia menguasahakan pusat latihan
ini.  Sekian terima kasih.

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji HarunHaron: Saya sedar dan oleh
kerana itulah maka pihak kerajaan negeri menangguhkan dahulu permohonan bagi
kali yang kedua kerana kelulusan yang pertama masih lagi tidak selesai.

            Pemrbentangan Belanjawan kali ini merupakan pemrbentangan ulangan kali
kedua selepas selesainya pilihan raya 1999 yang lalu.  Sebelum ini pemrbentangan
Belanjawan Tahun 2000 merupakan satu permbentangan pilihan raya untuk memikat
dan memancing undi rakyat agar menyokong Barisan Nasional dalam pilihan raya
yang lalu.

            Namun begitu jelas sekali selepas pilihan raya, walaupun Barisan
Nasional
dapat mengekalkan pemerintahannya UMNO terus mengalami kemerosotan
sokongan daripada rakyat, Melayu Islam khususnya.  Mengikut satu kajian yang
dibuat lebih kurang 75% masyarakat Melayu Islam telah menyokong PAS dan
Barisan Alternatif.  Mereka ini telah menolak UMNO akibat daripada
ketidakmampuan UMNO membela masyarakat Melayu Islam dari segi ekonomi,
pendidikan, agama dan seumpamanya.

            UMNO yang mengetuai Barisan Nasional juga tidak mampu memainkan
peranan seadil-adilnya dalam menerajui pimpinan negara.  Pemimpin-pemimpin
UMNO khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat dari UMNO tidak usahlah berbangga
dengan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional yang mampu mengekalkan
pemerintahan negara dengan majoriti lebih dua pertiga.  Kepimpinan negara kini
masih diterajui oleh seorang yang melewati umur ataupun waktu ataupun usianya
banyak memberi masalah kepada negara malah kepada UMNO itu sendiri.
Tambahan pula ia masih disokong kuat oleh Menteri Kewangan yang dipersoalkan
oleh rakyat dari segi ketelusan pengurusan kewangan negara.

            Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh: Minta penjelasan.

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji HarunHaron: Saya tidak beri, saya akan
beri penjelasan lima minit akhir, insya-Allah.  Bukan sahaja dua muka lama ini
menerajui negara tetapi terdapat beberapa muka lama lain yang masih berada dalam
siasatan BPR seperti Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri dan beberapa yang lain lagi.  Pendek kata kepimpinan negara  kini ibarat
sebuah bas yang berjalan dalam keadaan tayar yang pecah ataupun pancit oleh itu
sudah tentu perjalanan bas tersebut tidak akan stabil, kelam-kabut dan
terhoyong-hayang.  Penumpang-penumpangnya pula akan sentiasa berada dalam
keadaan cemas dan hilang keyakinan atau kreadibiliti kepada pemandu tersebut.
Justeru itu negara yang berada dalam suasana yang sedemikian lambat-laun akan
menghadapi suatu musibah ataupun konflik yang maha dahsyat.

            Tuan Yang di-Pertua, selepas pilihan raya yang lalu kita dapat lihat
banyak
agenda membalas dendam dilakukan oleh pihak-pihak tertentu khususnya Barisan
Nasional.  Dalam agensi kerajaan persekutuan tindakan tersebut dibuat atas desakan
orang-orang politik dari kalangan pemimpin UMNO.  Paling ketara ianya berlaku di
negeri Kelantan, contohnya Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) telah
memanggil sejumlah guru-guru yang telah dicop oleh orang-orang politik UMNO
sebagai penentang ataupun tidak menyokong UMNO dalam pilihan raya yang lalu.
Mereka diugut oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri seterusnya ditukar ke
kawasan....

            Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Sri
Gading bangun.

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji HarunHaron: Lima minit akhir.  Mereka
diugut oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri seterusnya ditukar ke
kawasan-kawasan pedalaman.  Sikap tidak demokratik ini telah menjadi amalan
kerajaan Barisan Nasional sejak sebelum pilihan raya lagi dan perkara ini juga
termasuk isteri kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian juga telah ditukar ke satu
kawasan yang lain.  Ini bukti yang jelas.....

            Tuan Shaziman bin Abu Mansor: [Bangun]

            Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: [Bangun]

            Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Timbalan Menteri
bangun.

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji HarunHaron:  Di kawasan Pasir Mas,
lima minit akhir, semua sekali tidak beri jalan, lima minit akhir insya-Allah.

            Di kawasan Pasir Mas bekas Ahli Parlimen Pasir Mas telah mengarahkan
pihak Bernas supaya tidak membayar subsidi harga padi kepada para petani yang
dicop bukan penyokong UMNO, petani-petani tersebut dipanggil supaya terlebih
dahulu mengisi borang UMNO sebagai syarat untuk mendapat subsidi harga padi.
Jika sekiranya petani-petani tidak mahu menjadi ahli UMNO, mereka tidak akan
diberi subsidi harga padi.  Kelakuan ini telah membawa kepada pergaduhan dan
perpecahan di kalangan petani-petani akibat daripada tindakan yang tidak siuman
lagi
demokratik dilakukan oleh para pemimpin UMNO.  Sebab itu amat wajarlah sekali
Allah S.W.T memberi kekalahan teruk kepada pemimpin-pemimpin yang bersifat
demikian termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas waktu itu.

            Dalam persoalan ini di manakah moral dan nilai kita sebagai seorang
ahli
politik yang berjuang untuk membela dan membangun kehidupan rakyat lebih-lebih
lagi pemimpin-pemimpin UMNO itu selalunya menekan dan mengugut
golongan-golongan daif seperti petani, peladang dan nelayan.

            Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun]

            Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat
seorang Yang Berhormat bangun.

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji HarunHaron: Lima minit terakhir,
insya-Allah.  Inilah yang dikatakan tradisi membela rakyat dilaksanakan oleh pihak
kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

            Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat
Timbalan Menteri bangun.

            Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Point of order 36(6).Tuan Yang
di-Pertua, saya - ‘this is my right’, saya sepanjang Yang Berhormat bagi Rantau
Panjang berucap ini saya rasakan dia menimbulkan perkara iaitu sangkaan jahat.
Sangkaan ini tidak nampak kelihatan asas dan tidak spesifik.  Kalau pun betul kena
spesifik sedikit jangan buat sangkaan jahat, kita sebagai orang Islam yang
seharusnya
memperkatakan membahaskan perkara-perkara yang membabitkan dengan
Belanjawan dan bukan untuk hendak mencaci dan mengata tentang perkara-perkara
yang boleh sangkaan jahat terhadap orang-orang lain.

            Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat
teruskan ucapan kalau ada sangkaan jahat harap janganlah mempunyai unsur itulah.
Teruskan ucapan.

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji HarunHaron: Pada hari ini rakyat
Malaysia sudah bosan dan muak dengan lakonan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin
UMNO khususnya di dalam membela ekonomi rakyat -, itu bukan sangkaan jahat, itu
umum.

            Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tuan Yang di-Pertua, dia bukan
sangkaan jahat tetapi bagi dia tetapi perbuatan ini kalau kita lihat dengan izin,
36(6)
apa yang berlaku di Terengganu pada hari ini, pemerintahan PAS, bilamana mereka
mengambil pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional mereka telah menukar
kepada orang-orang tertentu yang hanya memberi sokongan kepada pemerintahan
PAS sahaja bukankah itu satu kezaliman dalam pihak mereka?.

            Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat
teruskan.

            Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Point of order, Tuan
Yang di-Pertua, kalau 36 (6) tidak boleh pakai, saya hendak guna 36 (4), bahasa itu
biarlah lembut sedikit, kita sama-sama, takkanlah depan pelajar-pelajar kita hendak
tunjuk, saya rasa malu, kalau bolehlah gunakanlah, ini 36 (4).  [Disampuk] Bukit
Mertajam jangan kasi panas.

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji HarunHaron: Kelakuan dan suasana ini
tidak ubah seperti terdapat dalam filem-filem Hindustan dan Tamil. [Ketawa]
Pemimpin-pemimpin politik yang berkepentingan di depan rakyat menunjuk-nunjuk
sebagai pejuang rakyat tetapi di belakang sanggup mengupah samseng-samseng
membakar tempat-tempat kediaman rakyat dan golongan daif.  Selepas  itu pemimpin
tersebut akan pergi kepada rakyat.

            Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat
Tampin bangun.

            Tuan Shaziman bin Abu Mansor: Ini memang sangkaan yang tidak
baiklah, tidak kira Yang Berhormat mana satu pun memang sangkaan tidak baiklah.
Mengupah samseng-samseng Tuan Yang di-Pertua, ini minta tarik baliklah.

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji HarunHaron: Hendak apa ni?

            Tuan Shaziman bin Abu Mansor: Point of Order 36(6)

            Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Mana satu peraturan?

            Tuan Shaziman bin Abu Mansor: 36(6)..

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Boleh baca? Saya sebut
contoh….

      Tuan Shaziman bin Abu Mansor: S, saya sebut contoh, ‘seorang ahli tidak
boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli,’ tidak kira siapalah sama
ada belah sana atau belah sini ada mengupah mana-mana samseng-samseng
membakar....ini sangkaan jahat.

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji HarunHaron: Saya tidak sebut Ahli-ahli
Parlimen mana pun.

            Tuan Shaziman bin Abu Mansor: Tidak kira mana pun, kira masih
sangkaan jahat, walaupun pihak sana atau pihak sini.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Saya tidak mahu sebut Ahli
Parlimen mana.

      Tuan Shaziman bin Abu Mansor: Tidak kira mana pun, tapi still sangkaan
jahat…..[Pembesar suara dipadamkan]

            Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak tepatlah mana
tempat, Yang Berhormat, jadi saya minta Rantau Panjang sila teruskan ucapan.

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji HarunHaron: Pemimpin-pemimpin
politik yang berkepentingan, tangisan pemimpin-pemimpin seperti itu adalah tangisan
hipokrit, justeru itu tidak hairanlah agenda tangis- menangis berlaku di negara
kita
sewaktu program Perdana Menteri bersama rakyat dilakukan secara road show,
dengan izin, di seluruh negara sebelum menjelang pilihan raya baru-baru ini.

            Mungkin apa yang berlaku di Malaysia ini sama dengan apa yang berlaku
dalam filem-filem Hindustan dan Tamil, barangkali cara pemikiran pelakon itu juga
datang dari kelompok yang sama ataupun etnik yang sama.  Namun begitu rakyat
tetap memahami tipu helah dan sikap hipokrit....

            Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]

            Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Larut
bangun lagi.

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji HarunHaron: Tidak beri laluan.

            Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Hendak tanya sahaja
pasal ada orang PAS minat Hindustan, filem Hindustan.

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji HarunHaron: Namun begitu rakyat tetap
memahami tipu helah dan sikap hipokrit tersebut hinggalah rakyat mengajar menerusi
pilihan raya umum yang lalu sehingga UMNO menghadapi kemerosotan pengaruh
politik yang begitu ketara sekali.



Azila…Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  … pilihan raya yang lalu
sehingga UMNO menghadapi kemerosotan pengaruh politik yang begitu
ketara sekali.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menutup tembelang sebenar corak pimpinan UMNO di
bawah Yang Berhormat Dato Seri Perdana Menteri, beliau sanggup melantik Yang
Berhormat Ahli Parlimen Kepala Batas…..

      Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz:  Mohon laluan.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Tidak bagi laluan lagi.  Walaupun
sewaktu ketika dahulu…

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Sri Gading.  Yang
Berhormat Rantau Panjang tidak…..

      Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz:  Itu Kita sahabat, kita bersahabat.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Tak bagi, tak bagi.  Walaupun
suatu ketika dahulu dianggap sebagai musuh politiknya, bagi UMNO nampaknya
Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dianggap sebagai Master Clean,
dengan izin, yang nantinya dapat merubah sedikit sebanyak imej buruk kKerajaan
Barisan Nasional itu.  Hakikat sebenarnya yang dapat diselami perlantikan Yang
Amat Berhormat Ahli Parlimen Kepala Batas itu hanyalah alat semata-mata demi
kepentingan sikap hipokrit Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hari ini.

      Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz:  Mohon laluan Yang Berhormat.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Tuan Yang di-Pertua, senario
politik yang sedemikian dilakukan ……

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Yang Berhormat, Sri
Gading.

      Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz:  [Menyampuk]

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Lima minit terakhir, insya-Allah.

      Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz:  Minta laluan.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Senario politik sedemikian
dilakukan sama ke atas Belanjawan Negara bagi tahun 2000 ini.  Belanjawan yang
dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan itu tidak ubah sebagai
Belanjawan memujuk rakyat agar yakin dengan kepimpinan kerajaan Barisan
Nasional hari ini di mana kKerajaan Barisan Nasional sebelum pilihan raya 1999 yang
lalu telah dikenali oleh rakyat sebagai sebuah kerajaan yang buruk dan tidak
berwibawa.  Sebab itulah di dalam pembentangan Belanjawan tersebut Yang
Berhormat Menteri Kewangan menekankan prinsip pentadbiran yang telus dan bersih
harus diimejkan kepada kKerajaan Barisan Nasional hari ini.

      Namun demikian, sistem pemerintahan kini telah musnah.  Kewibawaan
pelbagai institusi masyarakat seperti Parlimen, kehakiman, perkhidmatan awam, polis
dan media yang dipertundukkan kepada kehendak pemimpin-pemimpin tertentu.  Ini
telah mendatangkan kesan yang buruk terhadap kejuruteraan kepercayaan rakyat
Malaysia pada umumnya.  Malah telah menggugat keyakinan para pelabur dari dalam
dan luar negeri.  Sebenarnya hanya perubahan pemerintahan ke arah yang adil,
bersih, cekap, jujur, berkebolehan akan dapat memulihkan kewibawaan
pemerintahan dan kepercayaan orang ramai, .  Mmenyatupadukan rakyat dan
memajukan semua bangsa dan negara.

      Tuan Yang di-Pertua, walaupun Yang Berhormat Menteri Kewangan
menyatakan Malaysia sudah terlepas daripada kegawatan ekonomi, namun bahang
kegawatan tersebut masih dirasai oleh seluruh lapisan rakyat.  Semasa kKerajaan
Malaysia menghadapi kegawatan ekonomi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
telah berjaya menggunakan senjata dengan izin, menggunakan ‘senjata’, dengan izin,
dengan memukul Barat dan menyalahkan orang lain demi untuk menutup segala
masalah dalam negeri sehinggakan beliau sendiri dianggap sebagai Wwira Dunia
Ketiga sewaktu itu. Dalam banyak hal, rektorit retorik Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri meletakkan Barat di kandang orang salah adalah amat berjaya
sehinggakan rakyat Malaysia pada umumnya termakan dengan taktik ini.

      Maka timbullah istilah-istilah angkara George Soros, konspirasi Yahudi serta
sikap dendam dan cemburu Barat apabila pemimpin negara bercakap tentang
kemelut kegawatan ekonomi, politik dan sosial yang dihadapi oleh negara.  Selain
daripada itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menggunakan
sentimen politic of fear, dengan izin, politik menakut-nakutkan terutama di
kalangan
masyarakat Cina.  Beliau juga telah mengingatkan masyarakat Cina agar tidak perlu
cuba untuk mengimbangkan kekuatan di antara pembangkang dan kerajaan kerana ini
akan menunjukkan ketidakstabilan politik yang boleh menjejaskan sosio-ekonomi
negara.

      Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tanpa segan dan silu menggunakan
sentimen kebimbangan kaum Cina terhadap rusuhan berbentuk perkauman kerana ini
disebut oleh beliau di dalam ucapannya di Gual Perahu di Pulau Pinang.  Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri telah memberi amaran kepada ketidakstabilan telah
dilihat di Indonesia dan Yugoslavia akan berulang di Malaysia sekiranya peralihan
kuasa berlaku.  Kesemua ini semata-mata untuk mengabui mata masyarakat bukan
Melayu agar menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

      Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu sudah tidak yakin
lagi kepada masyarakat Melayu untuk memberi sokongan kepada UMNO atau
Barisan Nasional bagi memenangi pilihan raya.  Bagi saya episod ketakutan etnik
serta menyerang Barat adalah sebahagian daripada episod retorika  serta sandiwara
pemimpin negara kita bagi mengalihkan pandangan rakyat terhadap kemelut yang
sedang dihadapi negara.  Kemelut ini sebenarnya berlaku akibat daripada Barisan
Nasional (UMNO) mendokong konsep pembangunan yang berteraskan penilaian
pertumbuhan ekonomi dan kebendaan semata-mata sementara bebas dari
pengawasan nilai, akhlak dan agama.

      Ianya menghasilkan pembangunan yang terlalu kebendaan serta tidak
mengekalkan prinsip-prinsip keseimbangan, keadilan, berhemah, lestari, mesra alam
dan manusia.  Sistem ekonomi kita juga terlalu meletakkan pergantungan kepada
pelaburan asing dengan mengintegrasikan secara total kepada persaingan ekonomi
global dan belum cukup difahami dari sudut kesan implikasi, dinamika,
prasarana-prasarana global kepada ekonomi negara kita.  Asas dan fundamental
ekonomi yang tidak kukuh ditambah dengan perlaksanaan penguasaan yang cukup
mencurigakan dengan konsep Malaysia Incorporated, dengan izin, ataupun disebut
pensyarikatan Malaysia.  Kesemua ini berakhir dengan hubungan sumbang sektor
swasta ataupun korporat tertentu dengan pihak eksekutif kerajaan yang kini popular
dengan jolokan KKN (kronisme, korupsi, nepotisme) yang telah menghakiskan
keyakinan pelabur luar….

      Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz:  [Bangun]

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Yang Berhormat.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  ….. mahupun tempatan serta
merosakkan amalan pengurusan yang telus dan adil.

      Tuan Yang di-Pertua, keadaan ekonomi Islam dilahirkan dalam beberapa
perkara yang diwajibkan seperti nafkah terhadap keluarga, zakat yang diwajibkan ke
atas orang-orang yang berada dan dibahagikan kepada orang-orang yang
memerlukan pertolongan.  Kewajipan yang lain merujuk keperluan individu,
masyarakat dan negara.  Dalam masa yang sama Islam mengharamkan riba, bakhil,
boros, monopoli, sorok…..

      Tuan Shaziman bin Abu Mansor:  Tuan Yang di-Pertua, point of order.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  …..dan lain-lain yang dikira zalim
dalam perkara ekonomi….

            Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tuan Yang
di-Pertua, point of order.

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Yang Berhormat bagi,
point of order.Tampin bangun atas  Dia bangun atas peraturan.

      Tuan Shaziman bin Abu Mansor:  Duduk, duduk dulu.  Tuan Yang
di-Pertua, saya kasihan tengok Tuan Yang di-Pertua pandang dia, dia tidak pernah
pandang Tuan Yang di-Pertua semasa berucap.  35(1) “ Seorang ahli yang hendak
bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi
maka hendaklah ia berdiri mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi”..
Bukan Pengerusi pandang pada dia.  Kasihan Pengerusi.

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Teruskan.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Terima kasih kerana ada orang
yang tolong membela Tuan Yang di-Pertua.

      Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama Islam mengharamkan riba,
bakhil, boros, monopoli, sorok dan lain-lain yang dikira zalim dalam perkara
ekonomi
sama ada oleh individu atau kumpulan.  Negara kita kini masih beramal dengan sistem
ekonomi yang bertuhankan kebendaan.  Sedikit muamalah Islam yang diperkenalkan
masih tidak mampu menongkah arus perdana ekonomi yang dikuasai oleh
qarun-qarun yang bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin utama Barisan Nasional
yang berkuasa.

      Mereka menguasai politik dengan kegiatan ekonomi mereka sehingga pihak
kerajaan sanggup meluluskan projek-projek mega yang ditaja oleh mereka walaupun
menjahanamkan ekonomi negara., pPihak kerajaan sanggup menggunakan wang
negara seperti Petronas, KWSP dan lain-lain untuk menyelamatkan kroninya yang
gawat, sementara tanah rakyat dan kawasan setinggan akan menjadi mangsa
rempuhan gelombang yang dicipta oleh kemahuan qarun-qarun itu.

      Tuan Yang di-Pertua, dalam mengharungi gelombang ekonomi negara, Dasar
Ekonomi Baru (DEB) telah menggunakan atau dijadikan alasan untuk menghalalkan
pilih kasih (nepotisme) dan pilihan keluarga (kronisme) dalam perniagaan dan
politik.
Memang kita tidak menafikan bahawa ramai rakyat Malaysia terutamanya orang
Melayu telah mendapat faedah daripada Dasar Ekonomi Baru, tetapi kronisme dan
nepotisme dewasa ini berselindung di sebalik Dasar Ekonomi Baru, malah telah
banyak menguntungkan beberapa kroni termasuk bukan Melayu yang cuba
berselindung sama.  Sebab itulah semasa kegawatan ekonomi berlaku, bantuan IMF
telah ditolak oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia atas alasan akan
merosakkan Dasar Ekonomi Baru, tetapi jawapan sebenarnya adalah tidak.

      Ini adalah  kerana hak Melayu telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
IMF tidak akan menjadi bodoh untuk menekan Malaysia agar melanggar
perlembagaan sendiri.  Tidak ada satu bukti pun yang menunjukkan IMF campur
tangan dalam mana-mana negara dengan pakej penyelamatnya selain dari
memperkenalkan undang-undang, bankrapsi…..

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:   Saya minta laluan, kalau boleh,
dengan baik Tuan Yang di-Pertua.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Oh, lLaluan, lima minit terakhir,
insya-Allah.

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  Tak sporting’ lah.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Selain itu, tidak ada keperluan
untuk menolak Dasar Ekonomi Baru kerana kemerosotan ekonomi tidak disebabkan
oleh  Dasar Ekonomi Baru tetapi kerana penyalahgunaan Dasar Ekonomi Baru.
Sebenarnya Dasar Ekonomi Baru bukanlah menyebabkan berlakunya kegawatan
ekonomi negara,  kerana di negara serantau yang tidak ada Dasar Ekonomi Baru pun
mengalami sama kegawatan tersebut.  Justeru itu, Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri sebenarnya takut kepada bantuan kewangan IMF kerana dengan kehadiran
IMF memungkinkan empayar perniagaan kroninya tidak boleh hidup di bawah
program penyelamat IMF tersebut.

      Apabila IMF datang, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengetahui
bahawa IMF tidak akan bersetuju untuk menyelamatkan syarikat yang tidak
diuruskan dengan betul yang kebanyakannya berada dalam kem Perdana Menteri
dan Menteri Kewangan.  Inilah gambaran sebenar senario ekonomi yang berlaku
dalam negara kita dan perlu kepada posmotum post-mortem yang segera.

      Tuan Yang di-Pertua, untuk melaksanakan program posmotum post-mortem
ke atas ekonomi negara, perkara yang perlu kita kaji ialah dari sudut pertama ialah
dasar, kedua perlaksanaan dan ketiga dari sudut mereka yang terlibat dalam kegiatan
ekonomi.  Ketiga-tiga ini penting dan ia tidak boleh berpisah di antara satu sama
lain.
Kalau dilihat dari sudut dasar di mana sebelum 13 Mei 1969, di era lain, di era
penjajah, kekayaan negara secara besarnya dipegang oleh kaum Cina terutamanya di
sektor pembuatan dan perdagangan tetapi tidak kurang juga sebahagian besar
ekonomi negara dipegang oleh penjajah British pada waktu itu.

      Pada waktu itu masyarakat Melayu menumpukan kegiatan ekonomi di sektor
pertanian dan perikanan, manakala masyarakat India bekerja di estet-estet atau
ladang-ladang.  Selepas sahaja peristiwa 13 Mei tahun 1969, kerajaan membentuk
Dasar Ekonomi Baru…..

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  Tuan Yang di-Pertua.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  …..dengan dua matlamat
penting.

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  Tinggal 5 minit lagi, boleh saya minta
laluan.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Tuan Yang di-Pertua, banyak
lagi.

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  Lima minit sahaja tinggal.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Tuan Yang di-Pertua tidak bagi
tahu lagi.  Membasmikan…..

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  Saya hendak tanya sikit saja.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Yang pertama ialah membasmi
kemiskinan …..

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  Tuan Yang di-Pertua.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: …..tanpa mengira kaum.  Yang
kedua, menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.  Melalui matlamat dasar ekonomi tersebut kerajaan
telah menetapkan sasaran bagi mencapai matlamat pemilikan ekuiti oleh bumiputera
sebanyak 30%.

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat
mempunyai 8 minit lagi.  Jadi, saya ingatkanlah.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Lapan minit lagi.  Setelah Dasar
Ekonomi Baru berjalan selama 20 tahun maka selepas tahun 1990 kajian yang dibuat
oleh kerajaan mendapati bahawa bumiputera hanya mencapai 11% pemilikan.  10%
dari pencapaian tersebut dimiliki oleh syarikat kerajaan seperti Tenaga Nasional,
Lembaga Urusan Tabung Haji dan juga Petronas.  Dan sebahagiannya hanya 1%
sahaja ekuiti yang dipegang oleh individu dan keadaan ini adalah amat
mendukacitakan dan menunjukkan satu kegagalan.

Program untuk mencapai 30% ekuiti bumiputera berjalan agak baik sekali di awal 10
tahun perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru khususnya di zaman Allahyarham Tun
Abdul Razak bin Husin.  Dengan adanya Rancangan Buku Hijau, Rancangan
Kemajuan Tanah Persekutuan (FeldaFELDA) dan sebagainya, namun begitu dasar
ini telah berubah pada era kepimpinan kerajaan hari ini melalui konsep
pengswastaanpenswastaan.  Konsep pengswastaanpenswastaan ini kononnya
dilaksanakan akibat daripada ketidakpuasan hati pihak kerajaan terhadap pencapaian
dasar sebelum ini terutama selepas tahun 1990.  Justeru itu, satu lonjakan
dikemukakan untuk menguasai ekonomi dengan beberapa ciri iaitu:

i.                     mewujudkan dasar pengswastaanpenswastaan;

ii.                   mewujudkan individu-individu tertentu untuk menerajui
projek-projek besar
kerajaan .

      Sepatutnya sebelum kaedah dasar ini dilaksanakan terlebih dahulu ianya perlu
difahami secara menyeluruh tentang gambaran baik buruknya.  Jangan kita hanya
melihat dari sudut gambaran baiknya sahaja tentang konsep ini.  Kita tidak menolak
konsep pengswastaanpenswastaan secara total tetapi adalah kerajaan mengutamakan
konsep ini.  Beberapa maklumat awal perlu diketahui.  Pertama, setelah beban hutang
yang ditanggung oleh kerajaan hendak dipindahkan kepada individu tertentu atau
syarikat tertentu, ini hanya dilakukan melalui pengswastaanpenswastaan.  Dengan
cara ini sudah tentu sesuatu perkara yang hendak dicapai semestinya menghasilkan
kecekapan atau efisyennya yang tinggi dan seterusnya dapat meminimumakan kos.

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  [Bangun]

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Kefahaman ini hanyalah
berdasarkan kepada teorinya sahaja.  Namun demikian…..

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  Tuan Yang di-Pertua.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  ….. apa yang dapat dilihat
sebenarnya ialah keadaan tersebut tidak berlaku…

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  Yang Berhormat.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  ….dan sebahagian projek
pengswastaanpenswastaan telah mendatangkan beban yang besar kepada rakyat.
Contoh yang paling dekat ialah program pendidikan dan .….

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Temerloh bangun atas
apa?.

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  Saya hendak minta laluan.  Dia janji 5
minit tadi.  Yang Berhormat janji 5 minit, saya ingat dah cukup 5 minit.

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  6 minit lagi.

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  6 minit lagi, okay.  [Ketawa]

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Tuan Yang di-Pertua, apa yang
dapat dilihat oleh kita pada hari ini ialah pengswastaanpenswastaan telah gagal
mengambil kira bebanan yang menimpa rakyat.  Sepatutnya melalui
pengswastaanpenswastaan, kos-kos projek akan bertambah rendah jika
dibandingkan dengan projek yang dikendalikan oleh kerajaan. aAkan tetapi
sebaliknya yang telah berlaku apabila kos projek melalui konsep
pengswastaanpenswastaan ini jauh lebih tinggi daripada pengendalian oleh kerajaan.
Mengapakah suasana ini berlaku?  Di mana kecacatannya?

      Berdasarkan pemerhatian secara dekat banyak projek
pengswastaanpenswastaan itu dikendalikan oleh individu-individu terpilih dari
kalangan anak-beranak mereka.  Oleh yang demikian, apabila individu tersebut yang
melaksanakannya sudah tentu satu harga yang lebih tinggi dan baik diletakkan.
Maka, ketelusan tidak dapat dilaksanakan dalam pengendalian kontrak itu dan inilah
yang membangkitkan masalah nepotisme atau pilih kasih dan kronisme, suku sakat
kaum kerabat mereka.  Justeru itu, secara kesimpulannya pengswastaanpenswastaan
ini diamalkan adalah gagal …..

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Yang Berhormat.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  ….. memberikan kedudukan
positif kepada rakyat. sSepatutnya apabila disebut pengswastaanpenswastaan itu….

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Yang Berhormat
Rantau Panjang.  Ialah Ssekarang ialah 5 minit.

      Tuan Abdul Rahman bin Yusof: [Bangun]

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  [Bangun]

      Puan Chong Eng:  [Bangun]

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  Tidak adillah.  Sudah 5 kali bangun.

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Ada 3 orang bangun.
Mana satu hendak diberi laluan.

      Tuan Abdul Rahman bin Yusof:  Saya dulu, saya dulu.

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh:  Eh, mana boleh dia yang
menentukan.  Yang Berhormat kena decide.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Kemaman ke?

      Seorang Ahli:  Temerloh.

      Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis:  Kata, PAS ini parti
yang demokratik, yang adil.  Kalau benar-benar prinsip keadilan, bagilah Yang
Berhormat daripada Temerloh. Barulah kita adil.  Ini bercakap adil sahaja, cakap
demokratik, buat tidak.

      Puan Chong Eng:  Hak dia, hak dia.

      Beberapa Ahli:  [Menyampuk]

            Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman]:  Okay terima kasih.  Saya
hendak minta penjelasan.  Benarkah masa pilihan raya baru-baru ini Barisan
Nasional  mengugut rakyat bahawa sekiranya Barisan Alternatif menang maka akan
berlaku huru hara dan pertumpahan darah.  Tetapi apa yang berlaku di Terengganu,
apabila Barisan Alternatif menang, memang benar ada huru hara dan pertumpahan
darah tetapi yang berlakunya ialah kepada lembu-lembu yang mana rakyat
Terengganu menyambut dengan kesyukuran maka apakah mereka-mereka yang
masih takut kepada Barisan Alternatif menang ini terdiri daripada orang-orang yang
berfikiran seperti lembu.  Sekian.  [Ketawa]

            Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]:  Barangkali
begitulah.  'Datuk Yang di-Pertua',  di bawah kKerajaan Barisan Nasional  ……

            Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: …..bangun lagi.
[Beberapa orang ahli berdiri]

      Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]:  Point of
order,  sangkaan jahat, [Disampuk] Nanti dulu, duduk dulu.  Hamba nak ghroyak
jugak ni, guano ni, 36(6)….tidak boleh sebut lembu.  [Disampuk] Yang Berhormat
Seputeh, jangan campur, tolong., Ini sangkaan tak baik, kalau tidak, 36 (10) (Cc)
perlu tolong dirujuk.   [Disampuk]  Nanti dulu, saya belum habis lagi, nanti kejap.

      Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka]:  ….tadi kata lembu, pandai,
pandai…

      Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Duduk Kota Melaka,
duduk.  [Ketawa] Ini disebut macam lembu, berfikiran lembu, kalau kita pula cakap,
macam mana?  Kalau kita sebut kerbau pula, macam mana?  [Disampuk]

      Tuan Abd. Rahman bin Yusof:  Saya kata lembu banyak dikorbankan
kerana menyambut kesyukuran kerana kemenangan Barisan Alternatif di
Terengganu.

      Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Hei, tadi sebut,
berfikir macam lembu.  Kalau saya sebut pula macam anjing, ha, apa nak cakap,
menyalak bukit…..

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: 'Tuan Speaker', masa berjalan,
minta bagi masa kecederaan kepada saya kerana ini perkara yang luar
daripada……[Ketawa]

            Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh]: [Bangun]

      Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah]:  [Bangun]

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat,
Temerloh ada bangun.

      Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: 'Datuk Speaker', saya
minta ruling untuk yang dibangkitkan oleh Larut, tarik balik.  [Disampuk]

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Teruskan, teruskan.

      Tuan Saupi bin Daud: Tuan Yang di-Pertua, di atas keizinan daripada Yang
Berhormat daripada bagi Rantau Panjang, saya banyak mendengar tadi sangkaan
jahat yang telah dibuat oleh Yang Berhormat semasa ucapan beliau tadi.  Saya ingin
menyatakan, kalaulah beberapa orang yang terlibat dengan pinjaman atau subsidi baja
dihalang daripada hak-haknya mendapatkan subsidi dan juga harga baja dan juga
bantuan baja.  Namanya tertera di sini, Muhamad Nor bin Abdullah, 60 tahun dari
Kampung Binjai Chetok.  Seorang lagi Hamzah Husin, umurnya 60 tahun, dan dia
juga dari Kampung Binjai Chetok telah keluar dan di akhbar ada gambar dan
sebagainya.  Apakah dakwaan beliau ini dianggap lagi sangkaan jahat?

      Yang kedua apabila Yang Berhormat menyatakan bahawa ada di  kalangan
ahli-ahli Parlimen ataupun calon-calon Barisan Nasional  menggunakan samseng
semasa pilihan raya.  Saya masih ingat di Wakaf Bharu…..

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat,
jangan tanya panjang, nanti tiada masa hendak jawab.

      Tuan Saupi bin Daud: Ha, habis dah ni…….

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: ……bagi satu minit
sahaja.

      Tuan Saupi bin Daud: ….bahawa telah menjadi kes polis di mana seorang
ahli UMNO dan puak-puaknya telah memukul ahli PAS yang bernama Mat Islam
hingga dibawa kepada balai polis.  Jadi saya ingin minta penjelasan Yang Berhormat
berkenaan atau Yang Berhormat Rantau Panjang bersetuju atau tidak dengan
rancangan saya ini.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih.  Memang perkara
itu berlaku dan telah diketahui umum.  Dalam akhbar pun telah disiarkan dan pihak
polis sedang menyiasat tentang perkara apa yang saya sebutkan samseng itu.

      Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Point of order, Tuan
Speaker, saya minta tarik balik tadi yang mengatakan berfikiran lembu, yang disebut
tadi.

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tadi
….

      Tuan Saupi bin Daud:  Bukan saya.

      Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: ….bukan, bukan,
daripada Kemaman…….[Disampuk] Sseperti berfikiran lembu [Disampuk] iIni
semua dengar termasuk pelajar-pelajar sekolah, macam lembu!  Di sebut.

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat tadi
tuju kepada siapa, macam lembu?

      Tuan Abd. Rahman bin Yusof:  Saya kata….

      Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Kalau tuju sebelah
sana tidak apalah…..

      Tuan Abd. Rahman bin Yusof:  ….akibat daripada kemenangan Barisan
Alternatif, banyak lembu-lembu dikorbankan dan banyak pertumpahan darah berlaku
di Terengganu …..

      Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: …tidak, tidak, minta
tarik balik.

      Tuan Abd. Rahman bin Yusof:  ….kerana kesyukuran rakyat kerana
kemenangan Barisan Alternatif.

      Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,
36(6), minta tarik balik.  Apa salahnya, tarik balik.

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ini Yang Berhormat,
Yang Berhormat kita akan semak ini hHansard…..

      Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Bila tu, bila tu…..?

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau ada itu ternyata,
kita akan ambil, akan buat satu keputusan. jJadi berikan masa untuk kita semak.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Datuk Yang di-Pertua…..

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Masa pun sudah
sampai Yang Berhormat bagi Rantau Panjang….[Ketawa]

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Saya sudah minta masa
kecederaan tadi, kalau tidak bagi masa kecederaan tadi, saya tidak bagi
perbahasan……

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah, sudah,
setengah, setengah jam, 30 minit……..

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Perbahasan yang berlaku tadi
bukan di antara saya, antara orang lain sama orang lain…..

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Itu tadi saya ….ini
kuasa Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat hendak jimatkan masa, Yang
Berhormat tidak payah berikan laluan….

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: saya tidak bagi laluan dah tapi
apa yang berlaku antara dua tadi…[Disampuk]

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat
sendiri janji hendak kasi…ini kita tak…..

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron:  Tidak, saya kasi satu kemudian
yang lain tadi bertembung antara dua pihak…..

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ha ini pandai-pandai
Yang Berhormatlah, kalau Yang Berhormat hendak benarkan semua tanya, jadi….

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Saya minta satu minit sahaja.

            Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Satu
minit?

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ya, untuk penutup,
boleh?……

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Okay.

      Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh: Ni, Datuk Speaker, kalau diizinkandi
injury time, saya hendak tanya, saya sudah lima kali bangun tadi….

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: ….di bawah kerajaan Barisan
Nasional faedah-faedah penswastaan banyak diboloti oleh kroni-kroni….

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dia tidak bagi jalan
tjadi Temerloh.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: ……pemimpin-pemimpin tertentu
sedangkan hanya sedikit faedah yang tumpah kepada rakyat ataupun sektor awam.
Di sini sukalah saya mencadangkan, satu, menggantikan dasar penswastaan ini yang
kini mengandungi unsur-unsur udang di sebalik batu dengan dasar penswastaan telus
yang dapat memelihara kepentingan pengguna dan pekerja serta menjamin hak
rakyat.  Oleh itu butir-butir kontrak penswastaan mestilah diumumkan kepada orang
awam.

      Dua, perlu dipastikan bahawa dasar penswastaan itu memanfaatkan
masyarakat dan bukan lagi sekadar menggantikan monopoli awam dengan monopoli
swasta.

      Tiga, hendaklah memastikan segala kemudahan dan perkhidmatan awam
yang asasi seperti air, pendidikan, kesihatan dan perumahan rakyat hanya
diperbadankan atau dikorporatkan demi membaiki pengurusan tetapi tidak
diswastakan.

      Empat, mempastikan bahawa perusahaan awam yang telah pun diswastakan
perlu diawasi dengan rapi untuk memelihara kepentingan rakyat.

      Kelima, pihak kerajaan hendaklah membentuk sebuah suruhanjaya bebas
untuk mengkaji dan mengaudit semua projek besar yang telah diswastakan untuk
memastikan manfaatnya kepada rakyat.

      Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang
Berhormat.

      Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Tuan Yang di-Pertua, sekian
sahaja, terima kasih.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Aimi Diyana" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke