*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject:        [USM] KOS KLCC YANG SEBENAR

Ehsan daripada E-dakwah mailing list

----------------------------------------------------------------------------
-------------------------------

KOS KLCC YANG SEBENAR HAMPIR RM 10 BILION.

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang
merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta
segala infrastruktur lain disekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang
itu. Surat khabar "Harakah" dalam satu keluaran lalu ada menyebut bahawa kos
Menara Kembar itu ialah RM 1.8 bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM 4.8
bilion sebagai kos KLCC keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh
sekali dari angka sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION. 

Perkara ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan
pembaziran wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah, sebenarnya,
kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:- 

1. SIAPA SEBENARNYA YANG KONTROL PETRONAS? 

Sungguhpun saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan
Menteri Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada Dato'Seri
Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu, yang projek
KLCC itu adalah satu pembaziran besar, beliau dilaporkan telah menjawab
lebihkurang seperti berikut, " Petronas adalah seratus peratus dibawah
Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan
kata nak buat apa-apa". 

Adalah satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi,
Pengarah-Pengarah, Presiden, dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu kelulusan
Perdana Menteri (secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana
dari mereka yang ingkar dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan
lama. 

2. ADAKAH PETRONAS PERLU PROJEK KLCC ? 

Jawabnya TIDAK, kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun membeli
dua bidang tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila perlu
untuk menempatkan kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang
sedang menyewa ruang pejabat dibeberapa bangunan di sekitar bandaraya KL.
Satu bidang tanah itu terletak dipersimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit
Bintang yang diberi nama " Prince Court ", dan yang satu lagi ialah bekas
tapak British Council diJalan Ampang dibelakang Yow Chuan Plaza. 

Lagi pun, pihak Pegurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu
mengumumkan dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak termasuk
dalam senarai perniagaan asas ("core business") syarikat, apabila kakitangan
meminta mengekalkan atau menambah perumahan yang disediakan untuk keperluan
kakitangan di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain, dimana tidak cukup rumah-rumah
untuk disewa dengan harga sederhana. Malah rumah-rumah syarikat yang sedia
ada telah dan akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan
hartanah bukan "core business" Petronas. 

Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas
untuk melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar KLCC
itu adalah atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak Pengurusan
Petronas, iaitu PM. 

3. BAGAIMANA CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC? 

Petronas terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC
Holdings yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat ANANDA
KRISHNAN (40% lebihkurang), dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat
namanya, tetapi kepunyaan kroni jua). Ananda Krishnan adalah seorang kroni
Dr Mahathir yang besar. 

Hampir semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari
Petronas, samada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA
KRISHNAN sebagai pengambil untung saja. 

4. BAGAIMANA KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION? 

4.1 KOS TANAH: RM 900 JUTA Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas
gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan ANANDA KRISHNAN dengan harga
RM 900 JUTA, walaupun ANANDA KRISHNAN telah membeli tanah pertanian itu
dengan harga lebihkurang RM 300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah
tukar syarat kegunaan kepada komersial. Jika ditolak kos penukaran syarat,
serta faedah keatas pinjaman wang dari bank, kita boleh jangkakan bahawa
ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM 400 JUTA oleh
Dr Mahathir, melalui Petronas. 

Untuk menutup peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada Petronas
adalah secara lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskannya
dengan resmi, lengkap dengan kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan
yang bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC itu, Harga RM 900 juta ini
dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek sahaja, setelah
dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN sendiri, yang datang
keDayabumi dengan seorang pegawainya untuk tujuan tersebut, pada suatu hari
masa Pengerusi dan Presiden Petronas tidak ada dalam negeri.. 

4.2 KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR RM 4 BILION Kos bangunan tertinggi
didunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3 BILION, sebelum
termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat disebelah dalam, yang
menelan belanja lebihkurang RM 1 BILION lagi. 

Konsortium untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh
SEORANG IPAR PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR. 

Konsortium untuk Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh SEORANG
IPAR LELAKI KEPADA DR MAHATHIR. 

Selain daripada itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah ke
Menara Satu tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah
dipaksa membeli "workstation" dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai
majoritinya oleh MIRZAN BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya
dengar. Dengan harga RM 10,000 tiap-tiap sebuah "workstation", dan
memandangkan ada lebihkurang 5,000 kakitangan Petronas diMenara Satu, maka
kontrak ini bernilai lebihkurang RM 50 JUTA. Dari segi mutu,harga ini
dianggap ramai sebagai luarbiasa tingginya. 

Selain daripada "workstation", bilik pengurus -pengurus dilengkapi dengan
perabut dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM
70,000 sebilik. Untuk pengurus besar-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik;
dan untuk Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih
tinggi lagi (ma'af, saya tidak ada maklumat tepat). Selain daripada itu ada
beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan
didharabkan semua bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai
LEBIH DARI RM 200 JUTA, terutama sekali kalau diambil kira perabut untuk
ARAS 86, DIMANA DIBINA KHAS UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU,
BILIK MESYUARAT, dll. Siapa punya syarikat pembekal perabut-perabut ini,
saya tidak tahu, tetapi dari segi harga yang amat luarbiasa tingginya yang
Petronas telah terpaksa membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari suku
sakat atau kroni Dr Mahathir Dari satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK DR
MAHATHIR di aras 86 Menara Satu JELAS SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana
dilapurkan menelan perbelanjaan berjuta Ringgit..Tak cukupkah yang mewah
diPutra Jaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan
besar lagi kepada sukusakat dan/atau kroni. 

Tiap-tiap satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85
juta kakipersegi.(kpsg) DiMenara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan
dengan permaidani (yang dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90
tiap satu kpsg ( sungguh terkejut manusia apabila mendengarnya!!). Kalaulah
hanya 1.5 juta kpsg dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan
dan pemasangannya bernilai lebih RM 100 JUTA. Ramai kakitangan Petronas
menyebut-nyebut bahawa syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh
ANAK-ANAK MAHATHIR. 

Tidak ada maklumat tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu anak
syarikat sahaja yang menduduki disitu. Ruang lain samada disewa kepada
syarikat lain atau masih kosong ---- KEBANYAKANNYA MASIH KOSONG KERANA TIDAK
LAKU DISEWA!! 

DiAras 41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUb, yang amat mewah
sekali perhiasannya, menelan belanja berpuluh juta ringgit
(dengar-dengarnya, lingkungan RM 30 JUTA). 

 

4.3 KOS TAMAN KLCC: RM200 JUTA Yang peliknya konsultan dari Brazil yang
diberi kontrak untuk merekabentuk dan membina taman seluas 50 ekar ini. Pada
mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI.
Jadi akhirnya diganti dengan pokok tempatan. 

Tentulah lebih murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagipun, kos
penyenggaraan taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !! Kalau kroni
tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, mithalnya, yang biasanya
berharga RM200-300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC. 

4.4 KOS DEWAN SIMFONI FILARMONIK: RM500 JUTA Dewan ini amat canggih dan
tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan oleh Petronas,
sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!. 

4.5 KOS LOJI "GAS DISTRICT COOLING (GDC)": RM300 JUTA Loji ini dibina untuk
menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat-alat hawa dingin bagi
seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan belanja lebihkurang
RM80 juta. 

4.6 BAGAIMANA BAKI LEBIH DARI RM4 BILION DIBELANJAKAN? 

Ini merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur berikut:- ?
bangunan pejabat Esso (40 tingkat); ? bangunan hotel Mandarin Oriental (yang
amat mewah bertaraf antarabangsa; berpuluh tingkat); kos dianggap beberapa
ratus juta Ringgit; ? bangunan pencakar langit MAXIS, untuk kegunaan
syarikat Ananda Krishnan; ? bangunan kompleks membeli-belah KLCC SURIA; ?
kemudahan letak kereta bawah tanah 5-tingkat, untuk 5,000 kereta; ?
rangkaian jalan diatas dan dibawah tanah serta terowong untuk menghubungkan
KLCC dengan Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Ampang,
serta dengan lebuhraya baru yang sedang dibina diatas Sungai Kelang (melalui
terowong terus ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC), termasuklah
peningkatan taraf sebahagian Jalan P. Ramlee, dan beberapa jalan baru
disekeliling KLCC;. 

? Sebuah mesjid saiz sederhana yang berhawa dingin (pada mulanya Ananda
Krishnan tidak bersetuju dengan pembinaan mesjid ini, kononnya tidak membawa
keuntungan kepada KLCC Holdings !!). 

Adalah dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu
dikeluarkan oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada
bangunan-bangunan dan infrastuktur. 

5. MENGAPAKAH KAKITANGAN PETRONAS DIPAKSA MENDUDUKI MENARA KEMBAR DALAM
KEADAAN BELUM SIAP DAN MERBAHAYA? 

Ini menjadi tandatanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan
berpindah dari Dayabumi pada masa Menara Kembar masih lagi belum siap, dan
tiada siapa yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang pejabat mereka
diDayabumi itu. Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak peristiwa cemas
dan ngeri apabila kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan
lemas, daripada beberapa minit sehingga satu jam setengah!! Mereka terpaksa
bekerja dalam keadaan bising dan berhabuk kerana kerja-kerja menyiapkan
bangunan itu masih berjalan dengan rancaknya, dan menanggung
kesulitan-kesulitan lain seperti kegagalan alat komunikasi, sistem komputer,
dan juga kesulitan makan dan minum. 

Memang diketahui ramai, pembinaan Menara Kembar itu telah jauh terlewat dari
jadual yang telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar denda.
Tetapi sukusakat Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam kontrak-kontrak
ini. Jadi apa nak buat? Satu teori mengatakan bahawa satu jalan keluar ialah
untuk Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi
kontrak, dapat diibaratkan tiada kelewatan. 

Pihak Pengurusan Petronas biasanya amat prihatin dengan keselamatan
kakitangannya, sehingga rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak demi
keselamatan kakitangan, orang awam, dan juga alam sekitar. Inilah
satu-satunya nilai terpuji yang telah menjadi adat resam Petronas dari
dahulu lagi.

Jadi mengapakah pihak Pengurusan Petronas bersetuju mengambil risiko yang
sebegitu rupa pada kali ini? Tentulah ada sesuatu luar biasa yang menekan
pihak Pengurusan Petronas. 

6. BERAPAKAH KOS PENYENGGARAAN/OPERASI KLCC SETAHUN? 

Dengar-dengarnya, lebihkurang RM 250 JUTA SETAHUN melibati Menara Kembar dll
(RM9 juta sebulan), Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji ahli muzik asing
(RM5 juta sebulan). (Orang Petronas/KLCC diminta perbetulkan jika silap.) 

Kalau tak silap, perbelanjaan tahunan beberapa negeri diSemenanjung ini
tidak sampai ketahap ini !!

APAKAH MANFAAT KEPADA NEGARA JIKA PROJEK KLCC TIDAK WUJUD? 

1. Petronas mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion.

Mengikut Laporan Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang
berjumlah RM30 bilion. 

2. Wang RM10 bilion boleh membiayai 1,000 km lebuhraya, atau 30-40 buah
universiti, atau 40-50 hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah, atau
350,000-400,000 rumah kos rendah, maka dengan sekali gus mengatasi semua
masalah perumahan 2 juta rakyat. 

APAKAH TUJUAN SEBENAR PROJEK KLCC? 

Dari fakta-fakta diatas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek
mewah dan mega ini ialah untuk menfa'atkan sukusakat dan kroni Dr Mahathir. 

Untuk mengkaburi mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan
kerajaan BN membina bangunan tertinggi didunia. Kononnya untuk memashhorkan
negara dan menarik pelancung. 

Takkan kita tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik
pelancung (mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup untuk
"ecotourism", kerana amat banyak potensinya diMalaysia ini - kebanyakan
pelancung Eropah dan Amerika mencari pengelaman yang berlainan dari
kehidupan mereka harian dicelah bangunan tinggi-tinggi...Lagi satu keperluan
ialah meningkatkan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pelancung dengan
membina merata-rata tandas awam percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang
bersih, sistem pengangkutan awam yang senang digunakan oleh pelancung,
rangkaian pondok informasi yang cukup -lihat keadaan diAmsterdam
mithalnya......). Dan satu cara paling berkesan memashhorkan negara ialah
dengan wujudnya kerajaan yang bersih dari kezaliman, rasuah, nepotisme dan
kronisme , dan memprojek imej sebuah negara yang menghormati hak asasi
rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem kerajaan, sosial dan keselamatan
yang cekap dan bersih!! 

Kalaulah tidak kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang
bercorak mega-mega, Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju dari
sekarang. 

Wallahu a'lam. 

Pengunjung Mesjid KLCC




============================================================

Disclaimer Note:

"This email and any files transmitted with it are confidential and intended
solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed.
This communication may contain material protected by intellectual property
rights laws. If you are not the intended recipient or the person responsible
for delivering the email to the intended recipient, be advised that you have
received this email in error and that any use, dissemination, forwarding,
printing, or copying of this email is strictly prohibited. If you have
received this email in error please notify the System Administrator at
[EMAIL PROTECTED] "

http://www.proton.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ABDUL RAZAK HASHIM, PE" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke