*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Satu polemik yang menarik.

Melihat kepada tulisan Puan Zaidah ini mengingatkan saya kepada satu perbualan
 saya dengan seorang sahabat berbangsa Cina di sebuah Restoren Curry Mamak di 
tengah-tengah pekan Chiengmai. Saya teringatkan kepada perbualan itu, kerana 
itulah pertama kali saya betul-betul 'memerah otak' cuba menjelaskan dalam 
masa yang singkat, apabila ditanya oleh rakan sekerja saya berbangsa Cina itu, 
Apakah Bezanya Antara UMNO, PAS dan S46?

Pada ketika itu, saya masih dalam parti DAP (Duduk Atas Pagaq); jadi 
perspektif saya ketika itu tidak memihak kepada mana-mana pihak. Lantas kata 
saya:

"UMNO adalah sebuah parti yang tidak punya ideologi; perjuangannya bergantung 
kepada siapakah yang menjadi Presidennya. Kalau Presidennya seorang sosialist 
kapitalist macam Mahathir, maka jadi sosialist kapitalistlah UMNO itu; 
sekiranya ditakdirkan Anwar Ibrahim yg perjuangannya dikatakan Islamic-Based 
itu menjadi Presiden, maka Islamiclah UMNO......dan jika sekiranya ditakdirkan 
UMNO diketuai oleh seorang Komunis, maka komunislah UMNO!"

Sementara PAS pula, walau pun pada ketika itu saya belum menyokong PAS; saya 
cakap:

"Perjuangan PAS memang jelas, mereka nak menegakkan negara Islam di Malaysia; 
sebagai orang Islam, adalah satu kewajiban kepada setiap orang yang menganut 
Islam untuk menegakkan negara Islam. Selain dari itu, dari sudut perjuangan 
bangsa Melayu, PAS juga dilihat sebagai satu kumpulan pendesak dalam 
masyarakat Melayu yang memastikan kerajaan tidak mengabaikan hak-hak 
keistimewaan orang Melayu, dan memastikan orang2 Melayu mendapat bantuan dan 
hak yang sewajarnya"

Sementara S46 pula, dengan ikhlas saya katakan kepada beliau:

"Minta maaf, saya sendiri tak paham apa yang diperjuangkan oleh S46. Bagi 
saya, S46 tidak ada perjuanganya yang unik dan tersendiri"

Sebagai orang Islam, walau tidak suka macam mana pun kita kepada UMNO, tapi 
kita tentunya pernah berharap agar suatu hari nanti, UMNO akan mengambil Islam 
sebagai dasar perjuangannya.

Malangnya:

Pagi tadi (3/3/2000), saya dengar berita Radio:

"UMNO SEDANG MERANGKA SATU DRAFT UNDANG-UNDANG YANG AKAN MEMASTIKAN AGAMA DAN 
POLITIK DIPISAHKAN!!"

Hmmm....satu langkah lagi ke arah pengharaman PAS!!

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi

=============================
From: "zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]>
     
MengIslamkan UMNO

Dari apa yang kita lihat sekarang UMNO sekarang lebih bersungguh sungguh 
memilih pemimpin tertinggi dalam umno tetapi langsung tidak memikirkan untuk 
menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Apakah perjuangan UMNO merebut jawatan atau memerintah Malaysia secara 
Islam.

Apa yang Hamid Othman kata , Malaysia tak cukup pakar nak laksana Islam , 
buat apa UIA kalau tak boleh ujudkan pakar untuk pemerintahan ISLAM.

Kalau sudah tidak mahu buat , cakap sajalah tidak mahu buat , senang sikit 
kita bagi hukum pada geng UMNO ni.

Terima kasih. Diharapkan Umno di Islamkan selepas mesyuarat agung kali ini.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke