*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sila baca komen ( >>> )di bawah


KAEDAH NIAGA PLATINUM LAND SDN. BHD.
(Co. No.435565-A)
Platinum Lane Sdn. Bhd.(PLSB) ialah syarikat dagangan (trading) yang
menjual barangan/perkhidmatan pengguna untuk kegunaan harian melalui 
pasaraya PLSB menurut Ordinan Jualan Barangan 1957 (Sek.9(1)&(2) dan 
dilaksanakan dibawah Akta Kontrak 1950 (Pindaan 1974) Akta 136.

Setiap barangan/perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna yang melebihi
nilai RM1000.00 keatas akan diberi ganjaran hadiah berbentuk potongan 
harga melalui baucer selaras dengan objektif M & A PLSB Klause 3(1) 
dibawah Akta Syarikat 1965. Pengguna-pengguna yang memiliki hadiah 
baucer akan didaftarkan sebagai ahli PLSB sama semacam konsep Makro dan
untuk permulaanPLSB hanya menerima ahli yang beragama Islam sahaja.

>>>Apa cerita dengan pelaburan kalau RM10,1000 dapat every month 
>>>RM1,000. Takkan hadiah/baucer sampai banyak tu ? 10% sebulan tu. 
>>>Kebanyakan dapat cek. Lepas tu pegi cashkan duit tu. Yang awak 
>>>cerita tu memang ikut akta tapi sebenarnya siapa yang melabur tu 
>>>dapat cek. Sebab tu berebut orang Melayu nak melabur. Orang tua-tua 
>>>pulak tu. Yang belajar tinggi-tinggi ni fikir logik aje sebab masa 
>>>kat Universiti kita orang belajar mana logik buka pasaraya lepas tu 
>>>boleh kasi 10% sebulan. Pegi tanya Professor di Universiti pun tak 
>>>percaya teori ni. Kalau pusing duit pelabur memang logik. Tapi 
>>>sampai bile ? Takkan sampai tokeh dah kaya lepas tu lari....


PLSB bukan syarikat pelaburan saham atau penerima deposit yang
bercanggah dengan BAFIA Acts dan PLSB tidak memberi dividen kepada 
ahli. 

>>> Kelentong lagi.....sape nak masuk cuma register dan isi borang. 
>>>Lepas tu dapat kad ahli PLSB dan nama kita tak tertera pun dalam kad
>>>ahli dan borang tadi dia orang bawak balik untuk masukkan data dalam
>>>komputer lepas tu tak kasi kat ahli untuk simpan copy. Ahli dapat 
>>>kad ahli dan resit bayaran wang. Sungguh licik sebab kalau bawak kes
>>>pi Mahkamah susah nak menang ni. Bukti tak kukuh sebab bukti semua 
>>>PLSB ambil dan kita hanya ada kad ahli dan resit bayaran. Segala 
>>>rujukan untuk dapatkan cek/duit guna nombor ahli sahaja dan sudah 
>>>tentu data ini telah dimasukkan ke dalam komputer di PLSB. Kalau le 
>>>Opis PLSB kena serbu dengan Kementerian Dalam Negeri senang 
>>>aja...delete semua data ni so habis bukti. memang bijak PLSB ni.


PLSB hanya berurusniaga dalam premis  syarikat dimana barangan 
/perkhidmatan dipamerkan kepada ahli dan PLSB  bukan syarikat
jualan langsung. PLSB juga tidak melantik ejen atau orang tengah.

>>>Orang tengah ni memang bayak dan mereka ni makan komisen dari PLSB. 
>>>Memang PLSB yang ambil mereka sebagai orang tengah. Maknanya orang 
>>>tengah yang sah le tu. Contoh kalau seorang tu banyak contact bagi 
>>>sesuatu kawasan maka ia akan menjadi orang tengah bagi PLSB kerana 
>>>dialah yang dapat menyakinkan orang di kawasan beliau. Beliau akan 
>>>turun ke gelanggang bersama orang PLSB yang berketrampilan alim ni. 
>>>Kata mereka business pun ikut cara Islam. Tapi offer Siti Nurhaliza 
>>>berlakon. Apa cerita ni ? Kisah cinta pulak tu. Kalau kisah para 
>>>sahabat atau nabi ke lain le.


Untuk menjadi ahli mereka perlu mendapatkan 'introducer' daripada ahli 

>>> Orang tengah le tu.....macam skim piramid pulak.

berdaftar PLSB atau datang terus ke Jabatan Perunding (PL - 2)
beralamat di Lot 192, Tingkat 1, Lorong Putra 1/9, Pusat Perniagaan
Putra, Jalan Kelang Lama, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia.

>>>Kalau pegi opis ni memang tengok dia orang ni menyemat aje. 
>>>Maklumlah nak konfidenkan orang bukannya senang. Ala...macam direct 
>>>selling company punya ketrampilan le tu. Gaya mesti ada.

Sekian.


Komplot Untuk Menjejas Perniagaan PLSB
**************************************

Suatu komplot telah dapat dikesan pada 5 Januari, 2000 yang cuba
menjejaskan perniagaan Platinum Lane Sdn.Bhd.(PLSB). Mereka cuba 
mengedarkan risalah-risalah palsu yang mengaibkan nama-nama pengarah 
dan pengurusan tertinggi PLSB bertujuan menghasut ahli-ahli PLSB yang 
berada diseluruh Malaysia, kini lebih kurang bilangannya 10,000 orang. 
Aktiviti mereka yang bertanggungjawab di dalam komplot ini telah dapat 
dikesan dan pihak PLSB mempunyai bukti bertulis daripada kerjasama yang
telah diberikan ahli-ahli PLSB. Suatu tindakan undang-undang akan 
diambil olih panel peguam PLSB. Pihak pengurusan PLSB juga telah 
melapurkan ke pihak berkuasa polis dan telah mendapat kerjasama ejensi 
lain untuk membenteras komplot tersebut.

Ahli-ahli PLSB dinasihatkan supaya jangan terpengaruh dengan
anasir-anasir yang tidak sihat ini dan sila rujuk kepada PLSB sekiranya
menerima atau mendapat apa-apa maklumat yang negatif mengenai PLSB
untuk tindakan selanjutnya.

>>>Rujuk kepada Rahmat Zainal yang kuat kelentong tu. Sape tengok dia 
sure simpati habis. Dia pandai berkata-kata. Awas......

Platinum Lane tumpu lima bidang baru
PLATINUM Lane Sdn Bhd (PLSB), syarikat milik penuh Bumiputera yang
mengendalikan perniagaan berkelompok berasaskan konsep Islam, akan
menumpukan lima bidang baru dalam usaha menyediakan lebih banyak faedah
tambahan untuk ahli.

Ini termasuk melaksanakan program bina usahawan, memfrancais perniagaan
sedia ada, menjalin lebih banyak usaha sama dengan firma besar,
menubuhkan kolej teknologi maklumat (IT) dan membuka kemudahan 
penginapan bertaraf hotel tiga bintang.

Ketua Operasinya, Kamaruddin Mohamad berkata, menerusi program bina
usahawan, pihaknya akan menyediakan latihan kepada ahli PLSB yang sudah
pun menjadi usahawan sebelum menjadi ahli syarikat.

>>>Ramai orang Melayu buat skim cepat kaya nanti.....


Menerusi program berkenaan, PLSB akan menyediakan latihan sistematik
yang antara lain menyediakan 'petua' bagaimana untuk lebih berjaya
dalam
perniagaan yang diceburi.

>>> Mana ada petua. Usaha....ada la....

"Program berkenaan yang akan dimulakan pada suku kedua tahun ini
terbuka kepada usahawan yang menjadi ahli PLSB," katanya dalam satu 
pertemuan di Kulim, baru-baru ini.

>>> Mau jadi ahli kena labur duit le tu. Leburrr....leburrr.....

PLSB yang diperbadankan pada 1997 dengan modal dibenar RM500,000 dan
berbayar RM250,000. Ia mengendalikan perniagaan berkonsepkan Islam yang
mementingkan kebajikan dan keuntungan secara berjemaah, dengan
keuntungan diberi kepada ahli dalam bentuk ganjaran.

>>>Buat filem dedah sana dedah sini tu ikut Islam  ke ?

Melalui konsep itu, seseorang yang ingin menjadi ahli PLSB perlu
membayaryuran RM50 yang membolehkan mereka membeli pelbagai barangan
dan
perkhidmatan di kompleks perniagaan PLSB di Kulim, Kedah.

Ahli boleh membeli secara tunai atau melalui kontrak belian baucar
pendahulu an yang disediakan. Pembelian secara baucar membolehkan ahli 
mendapat ganjaran 10 peratus sebulan daripada nilai baucar yang dibeli.

>>> Kaya...kaya.....

Kamaruddin berkata, PLSB juga akan meningkatkan usaha sama dengan lebih
banyak syarikat besar yang menawarkan pelbagai barangan, daripada
produk
elektrik hinggalah kepada kenderaan.

>>> Moga-moga tak de yang kena tipu....

Menerusi usaha sama terbabit, ahli yang membeli barangan daripada
syarikat terbabit dalam usaha sama itu boleh menggunakan resit belian 
untuk dilabur dalam PLSB, dan berpeluang menerima ganjaran bulanan 10 
peratus.

"Sebagai contoh, apabila ahli membeli barangan berharga RM2,000 dan
membawa resit belian kepada kami serta menambah RM2,000 lagi dalam 
bentuk tunai, bermakna mereka memilik pelaburan RM4,000 dan layak 
menerima ganjaran RM400 (10 peratus) sebulan," katanya.

>>>Bulan-bulan kereta tak payah bayar PLSB bayar. Skim cepat kaya ni...

Berikutan sambutan menggalakkan yang mana ketika ini PLSB mempunyai
7,000 ahli meliputi sebahagian besar Semenanjung, syarikat merancang 
membuka cawangan di beberapa bandar tertentu melalui konsep francais.
"Bagaimanapun, buat permulaan segala perbelanjaan penubuhan francais
termasuk gaji kakitangan akan ditanggung oleh PLSB. Ini bagi memastikan
daya maju francais terbabit," kata Kamaruddin sambil menegaskan
francais
hanya berfungsi untuk menjual barangan manakala pendaftaran keahlian 
masih dibuat di ibu pejabat di Kulim.

>>>Centralised Database untuk ahli. Senang nak delete data.

Pihaknya juga kini dalam peringkat akhir untuk memulakan kolej IT,
dikenali sebagai Kolej PLSB IT.

>>>Caya lah..... ramai anak Melayu nanti jadi kaya.....tapi kena 
melabur dulu......

Menurutnya, kolej itu akan menawarkan program peringkat sijil dan
diploma dalam bidang IT secara usaha sama dengan Universiti Utara 
Malaysia (UUM).

>>> Kena tanya orang UUM ni...

Selain itu, syarikat juga akan membuka 'Villa PLSB', kemudahan
penginapan bertaraf hotel tiga bintang bagi kemudahan ahli dan mereka 
yang tinggal di sekitar Kulim.

>>>Buat sekolah agama pun bagus. Senang hantar anak ahli mengaji quran

"Pembukaan villa itu bertujuan menampung keperluan penginapan berikutan
perkembangan pesat sektor industri di bandar ini," katanya sambil
menambah ketika ini hanya akan sebuah hotel bertaraf tiga bintang di 
Kulim.






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Asynn" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke