UNDANG-UNDANG UNTUK ASINGKAN AGAMA DAN POLITIK, KATA RAIS

 

TAIPING, 2 Feb (Bernama) -- Kerajaan bercadang mewujudkan undang-undang yang melarang agama daripada dicampur adukkan dengan politik bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim berkata, hanya dengan undang-undang itu nanti umat Islam dan orang-orang Melayu akan dapat disatukan semula setelah sekian lama terpisah oleh perbezaan fahaman politik.

"Bagaimanapun kerajaan memerlukan reaksi rakyat dan sekiranya sebahagian besar rakyat mahukan undang-undang itu barulah ia diberikan peruntukkan khusus dalam undang-undang negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mengenai kedaulatan undang-undang anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak di sini, hari ini.

Rais berkata, mengikut sistem yang diamalkan sekarang, agama dicampur adukkan dengan politik sehingga menyebabkan kesucian agama tercemar. Beliau berkata, pe! runtukkan Perkara 10 Perlembagaan Negara jelas menyebut sekiranya sesuatu perkara itu menjejaskan ketenteraman awam, kerajaan boleh mengadakan undang-undang untuk mejaga kesejahteraan rakyat.

Banyak pihak yang menggunakan agama dalam politik dan ia turut menyebabkan fitnah, tohmahan dan hasutan dilemparkan pada pihak-pihak lain.

"PAS telah mencampur adukkan agama dan politik sehingga ke peringkat mengelirukan rakyat dan mereka turut mencemuh serta menfitnah pemimpin negara tanpa sebarang alasan," katanya.

Beliau berkata parti-parti politik, pengamal undang-undang dan cerdik pandai agama perlu memberi reaksi mereka untuk membolehkan kerajaan menggubal undang-undang itu.

Ini kerana kerajaan tidak akan tergesa-gesa menggubal undang-undang itu kerana semua reaksi berkenaan perlu diteliti serta terdapat segmen-segmen tertentu dalam undang-undang yang perlu dikaji.

Mengenai perkembangan lain, Rais berkata masyarakat perlu memainkan peranan pen! ting dalam tidak membenarkan pendatang-pendatang asing mendiami kawasan mereka.

Walaupun undang-undang yang ada sekarang sudah cukup untuk menyekat kemasukan pendatang asing tetapi sikap masyarakat yang membenarkan pendatang mendiami kawasan mereka menimbulkan masalah besar kepada negara.

Beliau berkata rakyat perlu sedar kemasukan lebih 2 juta pendatang asing itu boleh menjejaskan keharmonian, kedaulatan dan masa depan negara. -- BERNAM


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke