- Ogy amat berbesar hati dengan undangan seumpama
itu, katanya masih ada yang sudi menghargainya.
- Ogy memang benar-benar bertekad tidak akan berpaling
kepada dunia hiburannya sebelum ini. Dan, dia selalu bermohon pada Allah
agar setiasa tetapkan hatinya.
- Kawan-kawan artis Ogy hanya memberikan masa 3 hingga
6 bulan kepada beliau untuk kembali menjadi artis semula. Mereka tidak
yakin bahawa Ogy telah benar-benar berubah.
- Sesungguhnya Allah telah benar-benar memakbulkan
doa Ogy. Dulu dia pernah bermohon untuk menjadi baik dan berkawan dengan
orang yang baik-baik. Dan kini katanya dia bersyukur kerana telah mendapat
semua itu. Dia amat bertuah kerana wanita JIM sudi menerima beliau sebagai
sahabat.
- Ogy mempunyai sebuah Production House dan beliau
bercadang untuk menutupnya kerana tidak mahu bergiat dalam bidang seni
lagi. Tapi, cadangan ini ditolak oleh wanita JIM kerana wanita JIM berpendapat
Production House Ogy boleh digunakan untuk perkembangan Islam. Ogy terperanjat,
katanya selama ini dia ingat perkara seumpama ini hanya untuk maksiat sahaja.
Jadi, dia gembira dan setuju memikirkannya lagi.
- Sekarang ini Ogy sibuk memenuhi jemputan pertubuhan
Islam di mana-mana jua baik di Malaysia dan juga antarabangsa.
Semua orang patutnya gembira dengan berita sebegini. Kita perlu beri bantuan kepada orang-orang seperti Ogy, jangan tinggalkan mereka sendirian takut nanti mereka kembali kepada asal. Kita doakan mudah-mudahan selepas ini akan ramai lagi artis-artis dan yang seumpamanya akan menjejaki langkah Ogy... Erra Fazira, Amy Mastura, Ziana Zain, Elite... dan tak kurang juga artis lelaki lain.
Indahnya Islam itu...
Osman Mohammed Khalid wrote:
Bagaimana Saya Boleh Berubah!
Selalunya selepas qiyamullail dan sembahyang
sunat witir, apabila orang semua balik, saya akan
mencari tempat di hadapan pintu Kaabah untuk
mengerjakan sembahyang sunat taubat,
sembahyang sunat hajat dan sembahyang sunat
tasbih. Setelah selesai, saya akan buat tawaf
sunat dan sembahyang sunat tawaf sendirian.
Kemudian saya berdoa, Begitulah kebiasaannya.
Saya selalu balik lewat ke hotel.
Pada suatu malam, sewaktu mengerjakan sembahyang
sunat, saya menangis dan menangis. Saya
teringat selama ini saya lalai, dan telah menzalimi
diri saya sendiri. Saya terus memohon dan
memohan keampunan daripada Allah. Saya tidak
putus asa memohon.
Sebenarnya sudah lama saya memohon petunjuk dan
hidayah daripada Allah. Biasanya selepas
merakamkan Melodi dan melaser orang, saya akan
balik ke rumah memohon ampun daripada
Allah atas apa yang saya lakukan.
Mengacarakan Melodi adalah kerja saya. Tetapi
saya berpegang kuat bahawa tiada Tuhan lain
bagi saya melainkan Allah. Itulah sebabnya saya
bermohon sangat supaya saya diberikan
hidayah dan petunjuk.
Saya banyak melakukan sembahyang sunat taubat
dan sembahyang tahajud, hampir setiap
malam, sebelum pergi membuat umrah. Saya memohon
kepada Allah supaya saya diizinkan
untuk beribadah. Saya juga memohon supaya perjalanan
saya di sana dipermudahkan.
Alhamdulillah, apa yang saya mohon semuanya dikabulkan.
Tawaf saya dipermudahkan, dan di
tempat-iempat dimana doa dikira mustajab, saya
diberikan kesempatan untuk beribadah.
Saya tidak putus-putus berdoa, memohon petunjuk
dan hidayah Allah. Di Malaysia, di Madinah,
di Masjid Nabawi, di makam Rasulullah, sehinggalah
di hadapan Kaabah. Alhamdulillah, doa
saya dikabulkan.
Sewaktu di sana juga saya menerima banyak dugaan.
Ada orang melemparkan kata-kata yang
amat kesat kepada saya. Di tanah suci Mekah,
di hadapan jamaah-jamaah yang lain. Tetapi
alhamdulillah, saya boleh tersenyum. Kemudian
ada seorang di kalangan jamaah itu memberitahu
saya, "Ogy, kalau Allah ingin mengangkat martabat
seseorang, memang inilah yang harus
dilalui." Saya kata, alhamdulillah, saya mampu
kontrol diri, dan saya boleh jaga mulut saya. Saya
senyum, dan saya minta maaf pada orang itu,
walaupun saya tidak buat apa-apa kesalahan pada
dia. Tiba-tiba saya terfikir, oh barangkali
saya pernah laser orang sewaktu mengendalikan
Melodi.
Sebenarnya saya telah bersiap sedia untuk menghadapi
ujian Allah. Semakin kita mendekatkan
diri kepada Allah semakin banyak dan berat ujian
yang perlu kita hadapi. Apa yang saya lalui ini
umpama nyamuk sahaja. Rasulullah lebih teruk
diuji. Saya kadang-kadang terfikir, bagaimanalah
Rasulullah menghadapi ujian yang lebih besar!
Oleh itu saya mesti kuatkan hati saya. Semakin
saya diuji semakin saya sujud pada Dia.
Pernah pada suatu hari di sana, ketika menunaikan
solat Maghrib, saya terasa seperti hendak
pitam. Selepas solat saya begegas balik ke hotel
untuk berbuka puasa. Badan terasa seram sejuk,
macam nak demam. Saya berkata pada diri saya,
"Ini semua dugaan". Kemudian saya mandi
dan ambil wuduk. Selepas itu saya bermohon pada
Allah, "Ya Allah, janganlah buat aku sakit.
Aku rindu sangat nak tengok Kaabah-Mu." Tidak
sampai lima minit selepas itu badan saya pun
pulih, sehinggakan kawan-kawan sebilik dengan
saya berkata,
"Ogy, tempat ni memang tempat miracle ya?" Saya
kata, "Ya, sebab di sini kita terlalu dekat
dengan Dia. Kita dapat direct access dengan
Dia." Sewaktu di sana saya memang rasa terlalu
dekat dengan Allah. Pengalaman paling mengharukan
saya, yang tidak mungkin saya lupakan
ialah, pada suatu malam saya terlewat pergi
untuk mengerjakan qiyamullail. Sebaik sahaja saya
sampai di Masjidil Haram, saya jadi tepaku menyaksikan
di sekitar Kaabah. Berjuta orang sujud
serentak apabila imam melaungkan "Allahu akbar."
Manusia daripada pelbagai lapisan semuanya
sujud pada Allah.
Saya berkata dalam hati, "Ya Allah, semua orang
tak kira siapa, sujud pada Engkau," dan saya
menangis. Saya memang kuat menangis. Saya tak
dapat kontrol diri. Saya terus menangis. Saya
tidak pernah mengalami perkara macam ini.
Pada satu ketika yang lain, saya melihat ribuan
orang bergegas masuk ke Masjidil Haram untuk
beribadah. Saya termenung dan berkata pada diri
saya, "Agaknya beginilah bila kita semua
berhadapan dengan Dia. Semua orang berusaha
menyelamatkan diri masing-masing." Timbul
kesedaran dan keinsafan dalam diri saya, satu
persatu.
Dan pada suatu hari, dalam bulan Ramadhan, saya
tak ingat malam ke berapa, sedang saya
memohon sambil menangis-nangis di hadapan pintu
Kaabah, saya terdengar satu bisikan yang
jelas di telinga kanan saya. Bisikan yang bergema.
Saya jadi takut. Suara bisikan itu suara
seorang lelaki. Saya dengar dia berkata,
"Sekarang sudah tiba masanya kamu menutup aurat
dan tinggalkan bidang ini." Mendengar
bisikan itu saya terus mengeluarkan kata-kata,
"Aku redha ya Allah, aku rela," dan saya berjanji
tidak akan berpatah ke belakang lagi. Selepas
itu saya menangis dan sujud syukur. Begitu lama
saya sujud sehingga orang ingat saya pengsan.
Mereka goyang-goyangkan tubuh saya.
Allah sayang saya. Allah juga sayang semua hambaNya.
Allah maha pengasih, maha penyayang.
Apa lagi yang saya hendak? Di situlah terdetik
di hati saya untuk menutup aurat. Saya juga
bertekad untuk meninggalkan dunia yang saya
ceburi selama ini.
Saya memang tak sangka perkara ini boleh berlaku.
Selama ini saya cuma baca di
majalah-majalah mengenai keajaiban yang belaku
di sana. Maklum sahajalah saya ni artis. Jadi
saya tak sangka perkara ini boleh berlaku pada
saya. Walaupun sejak kecil lagi saya memang
telah diterapkan dengan kalimah La-ilaha-illallah
Muhammadun rasulullah, tetapi kadang-kadang
saya lalai juga. Balik shooting pukul tiga empat
pagi, penat, syaitan pula hasut macam-macam.
Saya telah berkecimpung dalam dunia hiburan sejak
berumur 11 tahun. Sehingga kini sudah 26
tahun. Umur saya sekarang sudah 37. Award apa
lagi yang saya hendak, semua-nya sudah
diperolehi. Nak popular macam mana lagi? Satu
Malaya dah kenal. Bahkan sampai ke Indonesia.
Saya tidak kesal meninggalkan semua ini.
Kemudian saya terfikir, barangkali Allah tidak
menilai hambaNya melalui penampilan, tetapi
melihat pada hati kita.
Selepas peristiwa itu saya mulai mengalami ketenangan
jiwa dan rohani yang belum pernah saya
alami seperti itu. Hati saya berkata, "Inilah
yang saya cari selama ini, ketenangan rohani." Saya
tidak pernah mengalami ketenangan seperti yang
saya alami sekarang. Selama ini jiwa saya
berkecamuk. Bila kena gosip sikit saya melenting,
dan hati saya meronta-ronta bila orang berkata
tentang saya.
Sekarang saya bersyukur, alhamdulillah, saya
rasa inilah petunjuk dari Allah, yang telah
mengkabulkan doa-doa saya selama ini. Sekarang
saya kena sayang Allah lebih lagi. Dia telah
memberikan saya satu nikmat yang belum pernah
saya rasai sebelum ini.
Dulu saya pernah membaca dalam buku-buku... Saya
gemar membaca buku-buku agama. Saya
baca mengenai kisah wali-wali dan juga sejarah
nabi-nabi. Dulu saya tidak faham bila mereka
mengatakan mereka jatuh cinta pada Allah, dan
mabuk kepayang pada Allah, sanggup tinggalkan
dunia semata-mata kerana ingin bersama Allah.
Tetapi apabila saya dapat nikmat ini, dapat
melihat keindahannya, barulah saya faham, oh
ini rupanya! Sekarang apabila saya mengerjakan
solat, saya berasa lain. Apabila ruku' atau
sujud, saya berasa begitu dekat dengan Allah. Saya
selalu menangis. Hati saya akan berkata "aku
sayang pada-Mu Ya Allah", terutama apabila saya
teringat selama ini masyarakat memandang saya
begitu dan begini, tetapi Allah tidak. Allah tahu
isi hati saya. Inilah yang saya cari selama
ini. Saya harap Tuhan tidak menarik batik nikmat yang
telah diberikan Nya kepada saya ini.
Sebelum saya pergi buat umrah dahulu saya kerap
bermimpi saya memakai telekung. Saya tidak
tahu apa alamatnya, Saya takut nak bertanya
pada orang lain mengenai perkara itu. Saya diamkan
sahaja. Tetapi setelah perkara ini berlaku,
saya herkata pada diri saya, "Barangkali inilah dia
alamat mimpi-mimpi itu." Berkat kesabaran saya
serta didikan guru-guru saya seperti Ustaz
Mokhtaruddin, Ustaz Abdul Hakim dan juga doa-doa
daripada ibu bapa, Kak Mimah, dan suami
saya, serta keyakinan saya bahawa orang yang
sabar akan menang, saya kira inilah dia anugerah
daripada Tuhan untuk saya.
Sekarang saya rasa happy sangat. Tak pernah saya
rasa macam ni. Saya berdoa pada Allah,
janganlah ditarik balik semua ini. Saya suka
cara saya macam ni, berjubah, menutup aurat, dan
tak pakai mekap. Yang penting saya tahu Dia
sayang saya, dan Dia hanya menduga orang yang
Dia sayang dan juga orang yang Dia beri perhatian.
Bukan mudah untuk menjadi seperti sekarang. Saya
telah melalui pelbagai dugaan dan terpaksa
bersabar. Bukan baru-baru ini sahaja, bahkan
sejak beberapa tahun yang lalu. Sejak empat
hingga lima tahun yang lalu. Saya melaluinya
tahap demi tahap. Terutama sejak dua tahun yang
lalu. Dua tahun yang lalu saya belajar mengecap
nikmat sabar, sehingga emak saya pun hairan.
"Eh, engkau dah tak tahu marah ke?" kata mak
saya. Saya senyum saja. "Entahlah mak. Tak tahu
apa nak dimarahkan," kata saya. Dan saya terus
bersabar sehinggalah saya memperolehi apa
yang saya perolehi sekarang.
God is the greatest. Saat ini saya rasa seperti
dilahirkan semula sebagai Muslim. Dan saya juga
rasa seperti dalam pantang, takut salah cakap.
Saya bimbang kalau saya sombong dan riya',
Tuhan akan bolak-balikkan iman saya. Dan perkara
itu cukup mudah bagi Tuhan melakukannya.
Sewaktu saya membuat tawaf wida' saya pernah
berdoa sambil menangis-nangis di depan
Kaabah. Saya berdoa "Ya Allah, janganlah jadikan
kedatanganku ini sebagai kedatangan yang
terakhir." Kini saya menjadi agen membawa orang
pergi umrah dan haji, Alhamdulillah! Saya
akan kerap ke sana. Saya boleh terus menghampiri
Tuhan.