*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengenalan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Semoga selawat dan salam yang 
terbaik keatas junjungan dan pemimpin Muhammad, yang telah dikirimkan 
sebagai rahmat ke alam ini, baginda adalah pemimpin bagi yang pertama dan 
terakhir, baginda telah disucikan dari segala keburukan. Semoga dari pilihan 
terbaik Allah selawat dan salam keatas ahl al-bayt [keluarganya] yang 
termasyhur lagi suci, tungak pimpinan, cahaya bagi mereka didalam kegelapan 
dan Imam bagi para Muslim.



Tugas [buku] ini mengandungi beberapa soalan yang saya sediakan untuk 
penyelidik Muslim – terutama Sunni yang mengatakan bahawa mereka sahaja yang 
berpegang teguh pada amalan rasul Allah [saw] yang betul. Mereka sangat 
keras didalam penolakkan mereka terhadap Muslim lain dan memanggil mereka 
dengan nama-nama yang menghinakan. Orginisasi baru telah timbul didalam 
beberapa negara Islam diatas nama mempertahankan sunna rasul Allah [saw] dan 
diatas nama ‘pembantu kepada sunna’ dan ‘pembantu kepada para-para sahabat’. 
Banyak buku telah dicetak untuk menghina dan kondem Shiah [pengikut keluarga 
nabi], Imam-imam mereka dan mempersendakan ulama’ mereka. Ide [pemikiran] 
ini telah disebarkan, dengan cara kommunikasi [perhubungan] antarabangsa, 
kepada keseluruh pelusuk dunia – Islam dan juga bukan Islam – sahingga 
ketahap dimana manusia hari ini hanya memperkatakan mengenai Sunni dan Shiah 
[pengikut keluarga nabi].



Selalu juga, saya bertemu dengan beberapa orang muda, pelajar-pelajar Muslim 
sebenar yang mencari dan bertanyakan soalan mengenai Shiah [pengikut 
keluarga nabi], i.e, anggapan yang benar dan juga yang salah mengenai 
mereka. Mereka menjadi bingung untuk menerima apa yang mereka lihat, apabila 
mereka hidup bersama rakan-rakan Shiah mereka, dengan apa yang mereka dengar 
dan baca mengenai mereka [shia]. Mereka tidak tahu dimana duduknya 
kebenaran. Saya telah berkata-kata dengan sebahagian dari mereka dan telah 
memberi mereka beberapa naskah buku saya ‘Maka saya mendapat Petunjuk’. 
Segala puji bagi Allah, kebanyakkan dari mereka, setelah penyelidikan dan 
pembahasan, telah terpimpin kepada kebenaran dan mengikutinya. Ini, 
bagaimanapun, tidak merangkumi kepada anak-anak muda yang saya temui secara 
kebetulan, atau pada mereka yang tidak mempunyai peluang untuk bertemu dan 
makanya masih keliru mengenai pendapat yang bertentangan yang telah di 
dedahkan kepada mereka.



Walaupun terdapat bukti yang meyakinkan dan hujah yang tidak dapat ditolak 
didalam ‘Akhirnya Aku Temui Kebenaran (Thumma-ihtadaitu)’ dan ‘Bersama 
mereka yang benar(Kunna Ma'as Sodiqin)’, kedua buku ini tidak mencukupi 
untuk melawan serangan yang bertalu-talu dari tuduhan serta fitnah [liar] 
dari berbagai cara propaganda yang sebahagian dari punca jahat ini di biayai 
oleh ringgit minyak.



Biarpun semua ini, bagaimana pun suara kebenaran akan timbul ditengah-tengah 
sorakkan yang tidak menyenangkan dan ia akan menyinarkan cahayanya menerangi 
didalam kegelapan kerana janji Allah itu benar, dan ia akan pasti menunjukan 
dirinya. Allah berkata: ‘Mereka mencuba untuk memadamkan cahaya Allah dengan 
mulut mereka, tetapi Allah akan sempurnakan cahayanya walaupun mereka yang 
kafir membencinya’ [61:8]. Allah menerangkan lagi bahawa tindakkan mereka 
akan gagal dan akan berbalik kepada mereka: ‘Sesungguhnya, mereka yang kafir 
membelanjakan harta mereka menghalang [manusia] kejalan Allah, mereka akan 
terus berbelanja; kemudian mereka akan menyesal. Akhirnya, mereka akan 
dikalahkan dan orang kafir akan dikumpulkan didalam neraka’ [ 8:36]



Oleh sebab itu, adalah penting bagi ulama’, penulis dan yang bijak pandai 
untuk menerangkan kepada orang awam apa-apa yang susah [sukar] bagi mereka 
[untuk memahami] dan untuk memimpin mereka kejalan yang betul. Yang Maha 
Tinggi berkata: ‘Mereka yang menyembunyikan keterangan yang nyata yang telah 
Kami turunkan dan bimbing – setelah Kami terangkan kepada manusia dalam 
kitab – Allah akan kutuk mereka dan dikutuki oleh orang-orang yang 
mengutuknya. Kecuali mereka yang taubat, dan memperbaiki serta menyatakan 
dengan terang [apa yang mereka cuba sembunyikan]. Kepada mereka Aku 
berpaling dan Aku penerima taubat lagi Maha Penyayang’ [2:159-160]



Mengapa para ulama’ tidak membicangkan tajuk ini secara teliti dan ikhlas 
hanya kerana Allah? Mengapa mereka tidak melakukan ini sedangkan yang Maha 
Agung telah memperlihatkan tanda-tanda yang nyata dan petunjuk, telah di 
sempurnakan agamaNya dan telah di cukupkan nikmatNya keatas makhluk? Apabila 
rasul Allah [saw] telah sempurnakan tugas-tugas Allah keatasnya, telah di 
nyatakan pengkhabaranNya dan telah menasihati umma, maka mengapa terjadi 
perpecahan ini, permusuhan, kebencian dan memanggil dengan nama yang hina 
dan setiap parti menganggap yang lainya adalah kafir?



Didalam kedudukan saya kini, saya terpaksa mengambil satu pendirian yang 
tegas disini dan untuk menyatakan kepada semua Muslim, bahawa tidak akan ada 
pertolongan, tidak ada keselamatan, tidak ada perpaduan, tidak ada kebahgian 
dan tidak ada syurga melainkan kita pulang kepada dua punca yang asas: Kitab 
Allah dan Ahli rumah rasul Allah [saw]. Tidak ada apa yang akan tercapai 
melainkan kita menaiki kapal keselamatan, kapal ahl al-bayt [saw]. Kenyataan 
ini bukanlah sesuatu yang saya cipta, bahkan ianya adalah kata-kata Allah 
didalam al-Quran yang suci dan sunna rasul Allah [saw] yang mulia. Muslim 
hari ini mempunyai dua option [pilihan] untuk mencapai perpaduan yang di 
ingini:



Langkah pertama: Ahl al-sunna wal-Jamaah hendaklah menerima mazhab ahli 
rumah rasul iaitu mazhab Ithna’ashari Imami yang di ikuti oleh Shiah. Mazhab 
ini akan terjumlah sebagai mazhab kelima bagi mereka, al-sunna, dan barulah 
mereka boleh memperlakukan perundangannya sebagaimana yang telah mereka 
lakukan terhadap keempat mazhab yang lainnya. Mereka tidak seharusnya 
menghina dan memperolok-olokan mereka yang memeluknya. Mereka seharusnya 
memberikan kebebasan kepada para pelajar untuk memilih mazhab mana yang 
mereka berpuas hati dengannya. Dan, dengan cara yang sama, adalah menjadi 
tanggong jawab diatas setiap Muslim – Sunni dan Shiah – untuk mereka 
menerima mazhab Islam yang lainnya, seperti Ibadiyyah dan juga Zaydiyyah. 
Langkah ini adalah penawar bagi banyak pertentanggan dan perbezaan yang 
malanda umma, tetapi ianya masih tidak memberikan penyembuhan secara 
keseluruhan [mutlak] terhadap perselisihan sejarah yang telah kita deritai 
selama berabad-abad lamanya.



Langkah kedua: Muslim harus bersatu dibawah satu kepercayaan sebagaimana 
yang dinyatakan oleh Allah dan rasulNya [saw]. Mereka hendaklah melakukannya 
dengan satu cara dan pada jalan yang betul, iaitu untuk mengikuti Imam 
kepada ahl al-bayt, mereka, yang mana Allah telah mengeluarkan segala 
kekotoran dan telah mensucikan mereka secukupnya. Bahkan, semua Muslim – 
Shiah dan Sunni – bersetuju terhadap amalan mereka, dan keutamaan mereka 
didalam ketaatan, kemuliaan, zuhud, tingkah laku, pengetahuan dan perbuatan 
kebajikan.



Oleh kerana Muslim berbeza mengenai para sahabat, maka mereka harus 
meninggalkan apa yang menjadi perbezaan diantara mereka kepada apa yang 
mereka bersetuju kepadanya dengan mengikuti pada hadith rasul Allah [saw]: 
‘Jauhi dari apa yang menjadikan keraguan kepada kamu kepada apa yang kamu 
tidak ragukan’. Dengan melakukan ini, umma Muslim akan bersama dan bersatu, 
dan berdasarkan kepada peraturan yang asas yang merupakan paksi yang mana 
berputar menggelilingginya segala sesuatu, [prinsip] yang dibentuk oleh 
rasul Allah [saw] apabila baginda berkata: ‘Saya tinggalkan diantara kamu 
dua perkara berat, jika kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat: 
kitab Allah dan ahl al-bayt ku [dinyatakan didalam] sahih Muslim.



Oleh kerana hadith ini diterima oleh kedua-dua pihak, bahkan oleh semua 
Muslim tidak kira apa juga perbezaan mazhab mereka, mengapakah masih 
terdapat satu gulungan diantara mereka yang bertindak dengan tidak 
mengikutinya? Jika semua Muslim mengikuti hadith ini, maka wujudlah diantara 
mereka satu persatuan Islam yang sangat kuat, tidak ada angin yang dapat 
menggoncangnya, tidak ada ribut yang dapat menghancurkannya, tiada 
propaganda yang dapat menyalahinya dan tiada musuh Islam yang dapat 
menghalanginya.



Pada pandangan saya, inilah satu-satunya penyelesaian terhadap pertolongan 
dan keselamatan Muslim. Sebarang pendekatan lain adalah sia-sia dan samalah 
seperti hiasan kata-kata sahaja. Sesiapa yang belajar al-Quran dan hadith 
rasul Allah [saw], dan juga belajar sejarah serata melihat kepadanya dengan 
akal yang waras tentu akan bersetuju dengan saya.



Pendekatan [langkah] yang pertama telah gagal semenjak dari hari pertama 
rasul Allah [saw] meninggalkan kita apabila para sahabat bertentanggan 
sesama mereka, berkesudahan dengan perpecahan umma Muslim dan kemusnahan 
pada ikatan perpaduan. Umma ini telah gagal di sepanjang abad untuk kembali 
pada pendekatan kedua, iaitu mengikuti kitab Allah dan ahli rumah rasul 
Allah [saw]. Ini disebabkan oleh propaganda yang telah disebarkan oleh 
dinasti Umayyad dan Abbasid, dan, pada masa kita, disebabkan oleh fitnah, 
salah penafsiran dan kondem terhadap pengikut ahl al-bayt rasul Allah [saw]. 
Maka tidak ada apa yang tinggal pada kami melainkan pada pendekatan yang 
nyata dan pembentangan pada yang benar kepada semua yang ingin 
mengetahuinya. Ini boleh di lakukan dengan mengikuti cara al-Quran yang 
mulia, yang mencabar: ‘Datanglah dengan bukti kamu jika kamu berkata benar’ 
[2:111]



Bukti dan hujah yang nyata tidak akan tewas oleh kuasa atau harta, juga 
mereka tidak boleh menyalahinya dengan ancaman dan ugutan. [Ini adalah 
benar] kerana manusia merdeka telah berikrar dengan dirinya kepada Allah 
sahaja. Mereka tidak pernah menyimpang – dan tidak akan melakukannya – dari 
kebenaran, walaupun mereka kehilangan nyawa.



Jika hanya ulama’ bagi umma dizaman moden ini mahu mengelolakan konferen 
untuk memeriksa perkara ini dengan hati yang terbuka, minda yang tajam dan 
kesedaran yang murni, mereka, dengan melakukan ini, telah berkhidmat kepada 
umma Muslim, menyatukan kepinggan yang bertaburan, menyembuhkan luka, 
meyatukan barisan dan kembalikan bersama pandangan mereka yang berbeza.



Penyatuan ini akan datang, sama ada mereka suka atau tidak, kerana Allah, 
yang Maha Agung, telah menyediakan, untuk itu, seorang Imam dari keturunan 
al-Mustafa [yang terpilih] yang akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan 
persamaan sebagaimana ianya telah dipenuhi oleh kekerasan dan kezaliman. 
Imam ini adalah dari keturunan yang telah disucikan. Ianya seakan Allah, 
yang Maha Bijaksana – mencuba umma ini sepanjang hayatnya sehingga, apabila 
waktunya telah hampir, Dia akan mendedahkan kepada mereka kesilapan yang 
telah mereka lakukan dan memberi peluang untuk mereka kembali kepada 
kebenaran dan mengikuti jalan yang asal yang mana Muhammad [saw] telah 
berkata apabila baginda berdoa: ‘Wahai Allah, bimbinglah orang-orang ku, 
sesungguhnya mereka tidak mengetahui’



Sehingga masa itu tiba, saya berikan buku saya ‘Tanya Mereka yang 
Mengerti’(Fas-'Alu Ahl Zikr In Kuntum La Ta'lamun -An-Nahl(16):43). Ianya 
adalah kumpulan soal jawab yang berdasarkan kepada pandangan dan pengajaran 
Imam ahl al-bayt [saw]. Saya berharap, Muslim disetiap negara Islam akan 
bermanfaat darinya dan berusaha kearah keharmonian pandangan didalam 
persediaan kepada penyatuan yang dihasratkan



Kejayaan saya adalah dari Allah. Kepada Dia saya bergantung dan kepada Dia 
saya mengadap. Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan jadikanlah urusan saya 
senang bagi saya melaksanakannya. Lepaskanlah ikatan pada lidah saya supaya 
perkataan saya mudah difahami. Saya meminta padaMu, Dia yang Maha Agung, 
yang Maha Tinggi, untuk menerima usaha saya dan jadikannya suatu punca 
kebajikan dan kesejahteraan, kerana ianya adalah umpama satu batu dari 
sebuah bangunan pada badan yang bersatu.



Saya katakan ini kerana Muslim hari ini masih jauh dari menyedari akan hak 
asasi manusia dan cara kerja berharmoni diantara satu sama lain. Saya 
mengalami sendiri semasa perjalanan dan lawatan saya kebeberapa negara Islam 
atau di negara yang terdapat Umma Islam. Yang terakhir sekali adalah di 
benua India yang mempunyai penduduk sebanyak 200 juta Muslim, suku darinya 
adalah Shia dan selebihnya adalah Sunni. Saya banyak mendengar mengenai 
mereka, tetapi apa yang saya saksikan sungguh membingungkan dan 
memeranjatkan. Ianya juga membuat saya menjadi takut. Saya sungguh sedih dan 
saya menangis diatas laluan yang umma ini telah ambil. Jika tidaklah kerana 
harapan saya, keinginan dan keyakinan, kecewaan tentu telah memenangi dihati 
saya.



Sejurus sekembalinya saya dari India, saya menghantar sepucuk surat terbuka 
kepada seorang ulama’ India, yang menjadi rujukan ahl al-sunna wal-jamaa’ 
disana. Dia adalah Abu’l – Hasan ‘Ali al-Nadawi. Saya berjanji kepadanya 
bahawa saya akan menerbitkan surat ini dan juga jawapan darinya. Hingga 
kini, bagaimanapun, saya belum menerima sebarang jawapan darinya. Saya telah 
menerbitkan surat saya didalam pengenalan pada buku ini didalam bentuk yang 
asal supaya ia merupakan sebagai kenyataan sejarah yang akan menjadi saksi 
untuk kami dihadapan Allah dan makhluk, bahawa kami adalah diantara yang 
menginginkan perpaduan.


Muhammad al-Tijani al-Samawi.



--------------------------------------------------------------------------------

Semoga rahmat dan kesejahteraan Allah keatas RasulNya yang dihormati dan 
juga ahli rumahnya.



Surat Terbuka Kepada Sayyid Abu’l – Hasan al-Nadawi, Seorang Ulama’ India.


Keamanan, Rahmat dan Kesejahteraan Allah, yang Maha Tinggi, keatas anda:



Saya Muhammad al-Tijani al-Samawi, seorang Tunisia yang Allah telah limpahi 
dengan petunjuk dan kemenangan. Saya telah memelok mazhab ahl al-bayt rasul 
setelah penyelidikan yang lama, sebelum ini adalah seorang Maliki. Saya 
adalah pengikut Sufi tariqa yang masyhur di Utara Afrika, Sufi Tijaniyya. 
Saya mula mengenali kebenaran semasa lawatan saya dengan jayanya kepada 
ulama’-ulama’ Shiah; saya telah menulis sebuah buku mengenai lawatan itu 
yang saya beri tajuk ‘Maka Saya Mendapat Petunjuk’. Ia telah diterbitkan di 
India oleh ‘al-Majma al-‘ilmi al-Islam’ didalam bahasa yang lain dan pada 
majlis tersebut [penerbitan], saya telah dijemput untuk melawat India.



Tuan, saya datang ke India untuk lawatan yang singkat. Saya berharap dapat 
bertemu dengan diri tuan yang dihormati apabila saya mendengar mengenai tuan 
dan maklum bahawa tuan adalah kaunsellor diantara ahl al-sunna wal-jamaa. 
Bagaimana pun, perjalanan yang sangat jauh dan kekurangan waktu telah 
menghalang saya dari melakukannya. Saya telah berpuas hati dengan lawatan ke 
bandar-bandar seperti Bombay, Poona, Jabal Pur dan bandar-bandar yang lain 
di Gujarat. Saya sungguh terluka [sedih] dengan apa yang saya lihat di India 
i.e kedengkian dan kebencian di antara ahl al-sunna wal-jamaa dengan saudara 
muslim mereka Shia.



Saya telah mendengar bahawa mereka kadang-kadang memulakan pergaduhan dan 
berlawan di antara mereka dan kadang kala menumpahkan darah mereka yang 
tidak berdosa pada kedua belah pihak diatas nama Islam. Bagaimana pun saya 
tidak mempercayainya, saya fikir bahawa ianya adalah suatu tipu helah 
[penipuan] belaka. Apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan saya akan 
membuat sesaorang bingung dan terperanjat. Saya begitu yakin bahawa ada 
rancangan yang jahat dan konspirasi yang sangat bahaya yang telah 
dirancangkan terhadap Islam dan Muslim supaya mereka kesemuanya hancur, 
Sunni dan Shiah. Apa yang membuat kepercayaan saya ini lebih meyakinkan dan 
pengetahuan saya lebih kukuh adalah pertentangan yang berlaku diantara saya 
dengan sekumpulan para terpelajar Sunni.Yang berhormat Shaykh ‘Aziz 
al-Rahman, Mufti al-Jama’a Islamiyya yang mengetuai mereka. Perjumpaan ini 
telah diadakan didalam masjid mereka di Bombay dan segalanya berlaku setelah 
saya menerima pelawaan mereka.



Saya baru sahaja duduk bersama mereka apabila penghinaan dan cemuhan, 
penistaan dan kutukan terhadap pengikut ahli rumah Muhammad. Dengan ini 
mereka mahu mendorong dan mengacau saya, kerana mereka telah mengetahui 
bahawa saya telah menulis sebuah buku yang mana saya mengajak manusia untuk 
memelok kepercayaan ahl al-bayt [as]. Saya memahami niat mereka dan mengawal 
kemarahan saya. Makanya saya tersenyum kepada mereka lalu berkata: ‘Saya 
adalah tetamu kamu, kamulah yang mempelawa saya; saya bersegera mendapatkan 
kamu sebagai menyahut panggilan kamu. Adakah kamu mempelawa saya untuk 
menista dan menghina saya? Adakah ini pekerti yang Islam telah mengajar 
kamu?’



Mereka menjawab kepada saya dengan sungguh bongkak dengan berkata bahawa 
didalam hidup saya, saya tidak pernah menjadi Muslim walaupun satu hari 
kerana saya adalah Shiah dan Shiah tidak ada kena mengena dengan Islam. 
Mereka turut bersumpah padanya.



Saya berkata: ‘Takutlah akan Allah, wahai saudara, kerena Tuhan kita adalah 
satu, Rasul kita adalah satu, Kitab kita adalah satu, Kiblat kita adalah 
satu. Ahli Shia mempercayai pada ke Esaan Tuhan dan mereka mengamalkan Islam 
dengan mengikuti pengajaran Rasul dan ahli keluarganya, mereka bersolat, 
mengeluarkan zakat dan menunaikan fardu haji kerumah Allah. Bagaimanakah di 
bolehkan bagi kamu untuk menganggap mereka kafir?



Mereka menjawab:’ Kamu tidak mempercayai Quran, kamu adalah hipokrit 
[munafik], kamu menggunakan taqiyya [perbezaan dengan kenyataan] dan Imam 
kamu telah berkata: ‘Taqiyya adalah sebahagian dari agama kami dan yang dari 
bapa kami’. Kamu adalah dari mazhab Yahudi yang Abd Allah b Saba, seorang 
yahudi , telah tubuhkan’



Saya berkata kepada mereka dengan senyum: ‘Biarlah kita ketepikan Shia, dan 
marilah kita bercakap mengenai diri saya secara peribadi [individu]. Saya 
adalah seorang Maliki seperti kamu, dan saya berpuas hati, setelah 
menyelidik dengan mendalam, bahawa ahl al-bayt adalah paling betul yang amat 
berhak untuk di ikuti’ Adakah kamu apa-apa bukti yang kamu hendak bicangkan 
dengan saya? Atau kamu mahu bertanya kepada saya apakah hujah dan pembuktian 
saya supaya kita dapat memahami diantara satu sama lain?’



Mereka berkata: ‘Ahl al-bayt adalah isteri para rasul, kamu tidak mengetahui 
apa-apa mengenai al-Quran’



Saya berkata: ‘Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim melaporkan sesuatu yang 
berbeza dengan dari apa yang kamu nyatakan’. Mereka mengatakan: ‘Semua yang 
ada didalam al-Bukhari dan Muslim dan buku-buku Sunni yang lain yang mana 
kamu menasaskan hujah kamu adalah disebabkan oleh pengubahsuaian Shia yang 
telah memasukkannya didalam buku-buku kami’.



Saya menjawab kepada mereka dengan tertawa: ‘Jika Shiah boleh mengubahsuai 
buku-buku kamu dan kerja-kerja sahih kamu, maka tidaklah ada perlunya 
[pentingnya] atau nilai terhadap buku-buku kamu begitu juga terhadap mazhab 
kamu yang mengasaskan kepada buku-buku ini’. Mereka terdiam dan senyap. 
Seorang dari mereka cuba membuat lawak dan mengacau saya lagi. Dia berkata: 
‘Sesiapa yang tidak percaya kepada khalifah rashidin [khalifah yang mendapat 
petunjuk sebenar] kami Sayyid Abu Bakr, Sayyid Umar, Sayyid Uthman, Sayyid 
Ali dan Sayyid Muawiya dan Sayyid Yazid, semoga Allah merasa aman terhadap 
mereka, makanya dia bukan seorang Islam’.



Saya sungguh terperanjat dengan kata-kata ini, yang mana saya tidak pernah 
mendengar sepanjang hidup saya, sedang ia bermakna bahawa sesiapa yang tidak 
pecaya kepada khalifah Muawiya dan anaknya Yazid adalah dianggap kafir. Saya 
berkata kepada diri saya: ‘Adalah dapat difahamkan bahawa Muslim merasa 
senang dengan Abu Bakr, Umar dan Uthman, ini adalah perkara lumrah. Tetapi 
merasa senang dengan Yazid, saya tidak pernah mendengarnya melainkan di 
India’ Saya mengadap kepada mereka semua dan bertanya: ‘Adakah kamu semua 
setuju dengan pandangan ini?’ Mereka semua menjawab: ‘Ya'.



Disaat itu, saya mengetahui bahawa tidak ada gunanya didalam meneruskan 
perbicangan. Saya memahami bahawa mereka mahu menganggu saya, supaya mereka 
dapat menuntut bela [kerana bertukar], mereka mungkin juga membunuh saya 
diatas sebab-sebab saya telah mencaci para-para sahabat, siapa tahu?



Saya melihat kejahatan dimata mereka dan saya meminta kawan saya yang 
membawa saya kepada mereka untuk membawa saya pergi dari situ dengan segera. 
Dia membawa saya keluar, perasaannya terluka dan meminta maaf kepada saya 
diatas apa yang telah terjadi. Orang yang tidak berdosa ini ingin mengetahui 
yang sebenar dari pertemuan ini. Dan dia sebenarnya, adalah seorang pemuda 
yang berpekerti mulia, Sharaf al-Din, pemilik percitakkan Islam dan gedung 
penerbitan di Bombay. Dia adalah saksi kepada apa yang telah terjadi 
diantara kami didalam perbicangan yang telah dinyatakan. Dia tidak 
menyembunyikan kekeciwaannya terhadap manusia-manusia yang telah menganggap 
diri mereka diantara ulama’ yang terkenal.



Saya meninggalkan mereka dengan rasa marah dan sedih pada keadaan Muslim dan 
tahap yang mereka telah sampai, terutama terhadap mereka yang berkedudukan 
sebagai pusat pengajar dan memanggil diri mereka ulama’. Saya berkata kepada 
diri saya: ‘Jika para ulama’ di tahap ini, kefanatikkan ikutan membuta tuli 
mereka, apakah rupa keadaan dan kejahilan manusia awam agaknya? Maka saya 
mengetahui sekarang bagaimana perperangan dan pergaduhan yang mana darah 
telah mengalir secara tidak sah, kehormatan dan kesucian telah dihinakan, 
telah bermula dengan nama mempertahankan Islam.



Saya tangisi diatas laluan yang telah diambil oleh mereka yang keji dan 
bernasib malang yang mana Allah [awj] telah mengamanahkan dengan tanggong 
jawab sebagai petunjuk. Rasul Allah [saw] juga telah mengamanahkan dengan 
tanggong jawab untuk menyampaikan cahaya kedalam hati yang gelap, jika ianya 
memerlukan sinaran cahaya. Pada bila-bila masa sahaja, terdapat di India 700 
juta penduduk yang menyembah [lain tuhan] selain dari Allah, yang Maha 
Tinggi. Mereka menganggap lembu, patong dan sembahan lainnya sebagai suci. 
Muslim sepatutnya menyatukan padukan usah, supaya dapat memberikan petunjuk 
dan pengajaran kepada mereka dan membawa mereka keluar dari kegelapan kepada 
cahaya dan supaya mereka dapat berserah kepada Tuhan alam ini, sebaliknya 
apa yang kami lihat bahawa Muslim hari ini, terutama di India, bahawa mereka 
sendiri yang memerlukan petunjuk dan pembaharuan.



Oleh kerana ini, tuan, saya menghantar surat saya kepada tuan dengan nama 
Allah, yang Amat Pemurah lagi amat Mengasihani, dan dengan nama rasul Allah 
[saw] yang mulia dan diatas nama kebesaran Islam, mengikut dari apa yang 
dikata oleh yang Maha Tinggi: ‘Dan berpegang teguhlah kepada tali Allah, 
kesemua kamu dan jangan berpecah-belah’.



Saya harap kamu mengambil pendirian sebagai Muslim yang berani, yang tidak 
gentar, kerana Allah, dengan kritikan yang keras dan tidak digoncangkan oleh 
kefanatikkan dan kedaerahan, satu kedudukan yang mana syaitan dan 
rakan-rakannya amat suka.



Saya mengajak kamu kepada satu pendirian yang ikhlas dan nyata; kamu adalah 
seorang yang mana Allah telah mengamanahkan dengan tanggong jawab, selagi 
kamu berkata-kata dengan nama Allah didalam kawasan tersebut. Allah tidak 
akan merasa senang dengan kamu jika kamu mengambil pendirian sebagai 
pemerhati yang berpuas hati dengan apa yang berlaku disini dan disana, satu 
trajedi, yang dibayar harganya oleh Shiah dan Sunni yang tidak berdosa. 
Tuhan akan bertanya kepada kamu dihari pembalasan mengenai setiap perbuatan 
kecil dan besar, dan kamu akan bertanggong jawab bagi setiap perkara kerana 
mereka yang mengetahui dan mereka yang tidak mengetahui adalah tidak sama.



Selagi kamu menganggap diri kamu di antara para ulama’ di India, tidak dapat 
dinafikan bahawa tanggong jawab kamu amatlah besar. Satu perkataan daripada 
kamu boleh menjadi kebaikkan bagi umma di India begitu juga ia boleh 
menjadikan satu kehancuran bagi generasi yang akan datang. Maka takutlah 
akan Allah, wahai mereka yang berpengetahuan!



Sebagaimana Allah, yang Maha Agung, memberikan ulama’ satu kedudukan yang 
tinggi selepas para Malaikat, yang Maha Tinggi berkata: ‘Allah menjadi saksi 
bahawa tiada lain tuhan melainkan Dia dan para-para Malaikat dan mereka yang 
diberikan pengetahuan yang mejalankan urusan mereka dengan adil’ Dan jika 
Dia, yang Maha Agung, mengarahkan kita semua ‘Untuk mengambil ukuran kita 
dengan saksama dan tidak menipu pertimbangan’ dan jika para pengulas berkata 
pada perlunya untuk berurusan dengan adil didalam pertimbangan barangan 
[material], yang mempunyai nilai terhad, bagaimana pula berurusan secara 
adil dengan isu kepercayaan [yang amat penting] yang boleh membawa sesaorang 
diantara kebenaran dan kepalsuan dan yang mana bergantungnya pentunjuk 
kepada manusia dan keselamatan makhluk sejagat?



Allah, yang Maha Tinggi berkata: ‘Apabila kamu mengadili, lakukanlah dengan 
cara yang adil’ dan Dia juga berkata: ‘Wahai Daud, Kami telah menjadikan 
kamu khalifah diatas bumi maka hakimkanlah diantara manusia diatas asas 
kebenaran, janganlah mengikut kehendak, kerana ianya akan menbawa kamu jauh 
dari jalan Allah’

Dan rasul Allah [saw] berkata: ‘Berkatalah yang benar walaupun ianya 
menyalahi kamu, berkatalah yang benar walaupun ianya pahit’



Tuan yang budiman, saya mengajak kamu kepada kitab Allah dan kepada sunnah 
rasulNya [saw]. Berkatalah dengan terang dan lantang [kuat], walaupun ianya 
pahit; ia akan menjadi suatu bukti bagi kamu dihadapan Allah. Demi Allah, 
adakah kamu menganggap bahawa Shia bukan Muslim?



Adakah kamu benar-benar menganggap mereka itu kafir? Adakah mengikuti ahli 
rumah rasul [saw], yang mempercayai ke Esaan Allah, dan membesarkanNya lebih 
dari lain-lain mazhab – kerana kepercayaan mereka bahawa Dia, Allah, tidak 
menyerupai dengan sebarang makhluk, yang mempunyai sifat dan jasmani, 
membawa kepada kekufuran? Mereka mempercayai kepada rasulNya Muhammad [saw] 
dan menyanjung baginda melebihi dari mazhab-mazhab yang lainnya disebabkan 
kepercayaan mereka diatas kesucian [ma’sum] baginda walaupun sebelum menjadi 
rasul – adakah kamu menganggapnya sebagai kafir?



Mereka yang mengambil Allah, RasulNya [saw] dan yang beriman sebagai sahabat 
dan menghendakki apa yang dikehendakki oleh keluarga Muhammad [saw] dan 
menerima mereka sebagai sahabat [sebagaimana Ibn Manzur telah memperkenalkan 
mereka didalam bukunya ‘Lisan al-Arab’ didalam bahagian permulaan bagi Shia] 
adakah kamu menganggapnya sebagai kafir?



Adakah Shia ini yang mengambil solat sebagai yang terutama bagi mereka dan 
mereka membayar zakat dan juga sebagai tambahan, satu perlima dari harta 
mereka didalam ketaatan kepada Allah dan rasulNya [saw] dan berpuasa dibulan 
Ramadan dan hari-hari yang lainnya sebagai tambahan dan pergi menunaikan 
fardu haji dan membesarkan tanda-tanda kebesaran Allah, yang menghormati 
sahabat-sahabat Allah dan menjauhkan diri mereka dari musuh-musuh Allah dan 
Islam, adakah kamu menganggap mereka kafir?



Adakah mereka yang mempercayai kepada Imam yang dua belas dari ahl al-bayt 
yang mana Allah telah mengeluarkan segala kekotoran dan mensucikan mereka 
seluruhnya dan mempercayai bahawa rasul Allah [saw] telah melantik mereka 
[sebagaimana al-Bukhari dan Muslim dan yang lainnya telah melaporkan dari 
buku-buku sahih Sunni] adakah ini pada pandangan kamu, terkeluar dari Islam?



Adakah Muslim memang jahil tentang Imami dan tidak pernah menerimanya sama 
ada pada zaman rasul Allah [saw] atau pun setelah baginda wafat makanya kita 
katakan kepercayaan ini dan asalnya Imami adalah dari Farsi dan penyembah 
api?



Adakah kamu sekarang mengatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima Imamnya 
Yazid b Muawiya adalah sebagai orang yang tidak beriman, orang yang 
keburukkan peribadiannya telah diketahui oleh semua lapisan masyarakat 
Islam? Kekejian dan kehinaan Yazid adalah jelas daripada apa yang 
dipersetujui oleh semua Muslim, i.e dia membenarkan askar dan tenteranya 
melakukan apa sahaja di al-Madinah al-Munawwara, asalkan dapat mengambil 
perjanjian kesetiaan untuknya dengan paksaan dan supaya mengaku bahawa 
mereka adalah hambanya.



Mereka membunuh 10,000 para sahabat yang terbaik dan para pengikut mereka 
dan mencemari kehormatan para wanita yang suci dan gadis-gadis Muslim 
sehingga mereka melahirkan anak dari perbuatan tersebut, suatu jumlah yang 
tiada siapa mengetahui melainkan Allah. Adalah mencukupi tercelanya dia 
hingga keakhir zaman, kehinaan dan keaiban bahawa dia membunuh ketua para 
remaja disyurga dan memenjarakan anak-anak rasul Allah [saw] dan memukul 
gigi al-Husayn [as] dengan rotannya, serta mencipta syair:



‘Jika hanya keturunanku di Badr dapat menyaksikan….’ Dia juga berkata: ‘Banu 
Hashim bersama dengan negara, tiada berita yang datang ataupun wahyu yang 
turun’



Adalah nyata bahawa dia tidak mempercayai didalam kerasulan Muhammad [saw] 
ataupun kepada Quran yang mulia. Adakah wajar bahawa kamu bersetuju untuk 
menganggap sebagai kafir mereka yang melepaskan diri dari Yazid dan bapanya 
Muawiya yang mengutuk Ali [as] dan mengarahkan kutukan terhadapnya? Dia 
turut membunuh para sahabat beliau yang terkemuka yang enggan mengutuk 
beliau sebagaimana yang telah dilakukan terhadap Hujr b. Adi al-Kindi dan 
para sahabatnya. Dia [Muawiya] telah mencipta sunna yang diikuti selama 
tujuh puluh tahun walaupun dia sedar akan kata-kata Muhammad [saw]: ‘Sesiapa 
yang menyumpah Ali, menyumpah saya, dan yang menyumpah saya, menyumpah 
Allah’. Ini telah dilaporkan didalam buku sahih dari ahl al-sunna. Sebagai 
tambahan, dia melakukan tindakkan yang bertentanggan dengan ajaran Islam, 
seperti pembunuhannya terhadap mereka yang benar dan tidak bersalah supaya 
mendapat bay’a untuk anaknya Yazid dengan kekerasan dan paksaan dan 
pembunuhannya terhadap al-Hasan b Ali melalui Ju’da, anak perempuan kepada 
Ash’ash dan banyak lagi jenayah yang mana buku sejarah sunni menyebutnya dan 
disahkan oleh pengikut Ali.



Saya tidak terfikir, Tuan terhormat, bahawa kamu akan bersetuju kepada semua 
itu dan jika kamu bersetuju, maka kita boleh menyatakan selamat tinggal 
kepada Islam dan melupakan dunia ini. Tidak akan tinggal apa juga asas untuk 
mengadili mahupun penjelasan, tidak akan ada perundangan mahupun logik 
ataupun bukti.



Allah, yang Maha Tinggi lagi Agung, berkata: ‘Wahai kamu yang beriman, 
takutlah akan Allah dan beradalah bersama mereka yang benar’. Demi Allah, 
seorang Pakistan semoga Allah mengampunkannya, Abu’l-A’la al-Mawdudi, semoga 
Allah mengasihaninya, telah berkata yang benar apabila dia berkata didalam 
bukunya yang bertajuk ‘al-khilafa wa’l mulk’ pada muka surat 106 melaporkan 
dari al-Hasan al-Basri:



Terdapat empat sifat Muawiya, mana-mana satu darinya sudah mencukupi untuk 
menghinakannya:



Dia merampas kedudukan khalifa tanpa berunding dengan Muslim walaupun 
terdapat di antara mereka, para sahabat yang terkemuka yang dilimpahi 
cahaya.
Perlantikan anaknya, seorang pemabuk dan peminum arak yang memakai sutera 
dan bermain gendang, menjadi khalifa selepasnya.
Dia mengiktiraf Ziyad sebagai saudaranya – rasul Allah [saw] berkata: ‘Anak 
kepunyaan katil [ayah yang tidak sah], penzina harus direjam’
Pembunuhan terhadap Hujr dan para sahabat Hujr. Kesengsaraan kepada dia 
terhadap apa yang dilakukan kepada Hujr dan sahabatnya. [Dia mengulangi ini 
sebanyak tiga kali]

Semoga Allah merahmati Abu’l-A’la al-Mawdudi, kerana ia menyatakan secara 
terbuka apa yang sebenar. Jika dia berhajat, tentu dia akan menambah empat 
puluh lagi sifat-sifatnya tetapi dia, semoga Allah mengasihaninya, merasakan 
jenayah yang ini telah mencukupi bagi Muawiya. Maksud bagi perkataan berdosa 
telah diketahui oleh semua [berkekalan didalam api]



Mungkin al-Mawdudi sesitif terhadap perasaan manusia yang telah belajar dari 
mereka-mereka yang terdahulu untuk menyanjung dan menghormati Muawiya dan 
untuk merasa senang dengannya dan juga kepada anaknya Yazid. Saya 
mendengarnya sendiri dari ulama’ kamu di India. Tidak ada daya dan upaya 
melainkan Allah, yang Maha Berkuasa, yang Maha Besar.



Saya juga sesitif kepada perasaan mereka yang telah mempelawa saya supaya 
mereka dapat menghina saya, saya tidak menyatakan semua ini kepada mereka 
kerana takut akan keselamatan diri saya.



Saya merayu kepada kamu, tuan, untuk mengambil pendirian yang nyata, 
mencari, melaluinya, keridha bagi Allah, yang Maha Tinggi, kerana Allah 
tidak lari dari kebenaran. Saya tidak meminta dari kamu untuk menyatakan 
akan kesalahan mereka supaya saya dapat membalas terhadap mereka ataupun 
menyiarkan akan keburukan mereka, kerana sejarah akan menjadi saksi 
kepadanya.



Apa yang diminta dari kamu adalah supaya kamu menyatakan dan mengajar 
pengikut kamu bahawa mereka yang tidak menerima Imam-imam bagi orang-orang 
ini, ataupun berkawan dengan mereka adalah Muslim yang sebenar juga yang 
berhak dihormati, dan tidak ada sebarang keraguan padanya. Dan untuk kamu 
menyatakan bahawa Shiah telah ditindas sepanjang sejarah kerana mereka tidak 
mengikuti atau menerima Imam-imam bagi mereka yang penentang, yang dikutuk 
Allah yang mana Allah telah nyatakan contohnya didalam al-Quran.



Demi Tuhan, apakah kesalahan yang dilakukan oleh Shiah? Rasul Allah [saw] 
mengarah Muslim untuk mengikuti ahli rumahnya selepas baginda, sehinggakan 
ketahap baginda menyamakan mereka seperti bahtera Nabi Noah, sesiapa yang 
menaikinya akan terselamat, dan sesiapa yang tertinggal dibelakang akan 
binasa. Apakah dosa Shiah jika mereka mentaati perintah rasul Allah [saw] 
apabila baginda berkata: ‘Saya tinggalkan dibelakang saya dua perkara berat, 
kitab Allah dan keluarga saya, ahl al-bayt: jika kamu berpegang teguh kepada 
mereka kamu tidak akan tersesat selepas saya’. Sebagai tambahan kepada 
buku-buku Shia, buku-buku sahih ahl al-sunna juga mengesahkannya.



Kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka dan memberi mereka keutamaan, 
mendahulukan dan mengatakan bahawa mereka adalah yang terbaik dari yang 
lainnya, disebabkan mereka mengikuti perintah rasul Allah [saw], kini kita 
mencaci mereka dan mengatakan [cop] mereka sebagai kafir dan menjauhkan diri 
kita daripada mereka, ini adalah tidak adil mahupun logik.

Tuan, biarlah kita ketepikan, kata-kata yang bodoh dan palsu lagi tidak 
berasas, sama ada pada pembuktian ataupun keterangan, dan ianya tidak juga 
mengelirukan anak-anak muda yang terpelajar dari kalangan kita. Keterangan 
yang mengatakan bahawa Shiah mempunyai Quran yang khas ataupun bahawa yang 
menyampaikan risalah [wahyu] adalah Ali ataupun bahawa Abd Allah b Saba, 
seorang yahudi, adalah pengasas Shiah atau sebarang tuduhan lain yang 
bukan-bukan, yang mana Allah adalah saksinya, bahawa ianya adalah dari 
imginasi [khayalan] dari musuh-musuh Islam dan musuh-musuh ahl al-bayt dan 
Shiah [pengikut] mereka, hanya yang fanatik secara membuta tuli dan yang 
benar-benar jahil telah mengada-adakannya.



Saya bertanya kepada tuan yang dihormati, dimanakah kedudukan para ulama’ 
India jika dibandingkan dengan para ulama’ al-Azhar, yang telah mengeluarkan 
arahan membenarkan manusia untuk memeluk mazhab Imami Shiah tiga puluh tahun 
dahulu? Diantara ulama’ yang terkenal dan utama dari al-Azhar adalah mereka 
yang berpandangan bahawa mazhab Jaffari, yang diamalkan oleh Shiah, adalah 
lebih menyeluruh [mendalam], kaya dan lebih dekat kepada jiwa Islam daripada 
mazhab-mazhab yang lainnya yang bergantung kepadanya.



Diantara ketua-ketua dari ulama’ terhormat ini adalah al-Shaykh Muhammad 
Shaltut, semoga Allah merahmatinya. Dia adalah pengetua al-Azhar semasa 
waktunya. Tidakkah ulama’ yang berkalibar seperti dia mengenali Islam dan 
Muslim? Adakah Ulama’ India lebih berpengetahuan dan lebih dikenali dari 
mereka? Saya tidak tahu apa yang tuan katakan mengenai ini.



Tuan yang dihormati, saya mempunyai harapan yang kuat pada tuan dan hati 
saya terbuka kepada tuan dengan kecintaan, kebaikan dan pengharapan. Saya 
adalah seperti kamu, terlindung dari kebenaran dan dari ahl al-bayt dan 
Shiah mereka terdahulu sebelum ini. Allah, yang Maha Agung, telah membimbing 
saya kepada kebenaran selain daripadanya tidak ada apa melainkan 
penyelewengan. Saya telah membebaskan diri saya dari belenggu rantai 
kefanatikan dan ikutan yang membuta tuli dan saya tahu bahawa kebanyakan 
Muslim masih diliputi oleh pengkhabaran dan tuntutan palsu. Kenyataan 
[tuduhan] tersebut telah menghalang mereka dari mencapai kebenaran supaya 
membolehkan kesemua mereka menaiki kapal keselamatan dan berpegang teguh 
kepada tali Allah. Disana, sebagaimana yang kamu tahu, tidak ada perbezaan 
diantara Sunni dan Shiah melainkan apa yang timbul selepas rasul Allah [saw] 
disebabkan oleh kedudukan khalifa. Asas bagi perbezaan adalah kepercayaan 
mereka terhadap para sahabat, semoga Allah meresa senang terhadap mereka. 
Mereka berselisih diantara mereka sehingga mereka mengutuk sebahagiannya, 
mereka juga memulakan peperangan dan membunuh diantara satu sama lain.



Jika perbezaan mengenai mereka [yang perlu] dibuangkan dari lipatan Islam 
maka para sahabatlah yang paling bersalah diatas jenayah ini. Larangan 
[ampunan] Allah. Saya tidak percaya kamu akan merasa gembira dengan itu. 
Makanya keadilan mengatakan bahawa kamu tidak sepatutnya merasa gembira 
dengan mengeluarkan Shiah daripada Islam. Kerana Shiah menjadikan diri 
mereka taat serta mensucikan dan menghormati ahl al-bayt, begitu juga, Sunni 
menjadikan diri mereka menghormati para sahabat dan mensucikan mereka semua. 
Apakah perbezaan diantara dua kedudukan ini. Jika Shiah berada didalam 
kesalahan [disebabkan mensucikan ahl al-bayt], maka Sunni lebih-lebih lagi 
bersalah [mengutamakan para sahabat], kerana semua para sahabat mengutamakan 
ahl al-bayt diatas diri mereka dan mengirimkan kesejahteraan [selawat] 
kepada mereka sebagaimana mereka mengirimkan kesejahteraan kepada rasul 
Allah [saw]. Kami tidak tahu mana-mana para sahabat [ra] yang mengutamakan 
dirinya atau melihat dirinya lebih baik, sama ada didalam ilmu pengetahuan 
ataupun didalam amalan, dari ahl al-bayt yang pilihan.



Masanya telah tiba untuk menyingkap kegelapan sejarah diatas Shiah ahl 
al-bayt dan untuk merapatkan diri kepada mereka dan untuk menerima mereka 
sebagai saudara dan untuk berkerjasama diantara satu sama lain menuju 
kesucian dan ketaatan. Cukuplah darah yang telah mengalir dan fitnah yang 
tersebarkan didalam masyarakat.



Tuan, mungkin Allah, yang Maha Agung, akan menyatukan pandangan yang berbeza 
melalui kamu dan akan mengabungkan sifat-sifat yang berbeza, perbaiki 
keretakkan dan akan menyembuhkan, melalui kamu, luka-luka. Mungkin oleh 
kerana kamu, Dia akan memadamkan api fitnah dan akan memalukan syaitan dan 
partinya. Kamu akan jadi gemilang dimata Allah terutama, sebagaimana yang 
saya dengar, kamu adalah diantara keturunan keluarga yang suci. Bertindaklah 
supaya kamu akan digabungkan dengan mereka [‘Sebenarnya, ini adalah satu 
umma dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku’] [‘Dan katakan: ‘Bertindak 
dan Allah dan rasulNya dan mereka yang beriman akan melihat tindakkan kamu’] 
Semoga Allah menganugerahkan kamu dan kami kejayaan. Semoga Allah menjadikan 
kamu dan kami diantara pekerja yang ikhlas menuju jalanNya yang suci.



Dengan surat ini tuan, saya sertakan satu naskah buku saya ‘Maka Saya 
Mendapat Petunjuk’ yang saya tulis terutama atas judul ini, sebagai hadiah 
dari saya kepada tuan, saya berharap tuan sudi menerimanya.



Semoga keamanan, kesejahteraan dan rahmat Allah bersama kamu.



Yang ikhlas,



Muhammad al-Tijani al-Samawi al-Tunisi.



Maka Bertanyalah Kepada Ahl Zikr (Ahlul Bayt AS) Jika Kalian Tidak 
Mengetahui
(Fas-'ala Ahl Zikr In-Kuntum La Ta' lamun: Al-Qur'an:An-Nahl:43)



Ayat yang suci ini mengarah Muslim untuk merujuk kepada mereka yang 
mengetahui didalam semua perkara yang meragukan mereka [Muslim] supaya 
mereka [yang mengerti] dapat bezakan laluan kepada yang benar, kerana Allah, 
telah mengajar mereka, dan melantik mereka untuk tujuan itu. Pengetahuan 
mereka teramat dalam berakar umbi dan mereka mengetahui akan penghuraian 
al-Quran.



Ayat ini di turunkan untuk memperkenalkan ahl al-bayt [saw]. Mereka adalah 
Muhammad, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husayn. Ini berlaku di masa 
kerasulan, oleh kerana, sesudah rasul sehinggalah kepada waktu yang 
ditentukan, yang telah disebut terdahulu lima orang yang berselimut, sebagai 
tambahan kepada mereka adalah sembilan Imam dari keturunan al-Husayn yang 
mana rasul Allah [saw] telah nyatakan dibanyak ketika dan memanggil mereka 
Imam bagi Petunjuk dan cahaya bagi mereka didalam kegelapan dan ‘Mereka yang 
mengetahui’. [Baginda juga mengelar mereka ] ‘Mereka yang ditanamkan dengan 
ilmu pengetahuan dan mereka yang mana Allah, yang Maha Agung, telah 
memberikan pengetahuan Al-Kitab’



Kata-kata ini telah diketahui semua, benar dan dinyatakan berulang-ulang 
[mutawatir] oleh Shiah semenjak dimasa rasul Allah [saw] dan sebahagian 
ulama’ Sunni dan pengulasnya telah juga melaporkan dan mengesahkan bahawa 
ianya telah di turunkan berkenaan ahl al-bayt, [saw] Saya nyatakannya dari 
ulama’ Sunni dengan cara contoh:



Al-Imam al-Tha’labi didalam bukunya Tafsir al-Kabir pada maksud bab 16 
[al-Nahl]
Tafsir al-Quran dari Ibn Kathir didalam jilid kedua, ms 570
Tafsir dari al-Tabari didalam jilid 14 ms 109
Tafsir al-Alusi dinamakan Ruh al-Ma’ani didalam jilid 14, ms 134
Tafsir al-Qurtubi didalan jilid 11 ms 272
Tafsir al-Hakim, dinamakan Shawahid al-Tanzil jilid 1 ms 334
Tafsir al-Tustari digelar Ihqaq al-Haqq didalam jilid 3 ms 482
Yanabi’ al-Mawadda dari al-Qunduzi al-Hanafi ms 51 dan ms140

Di lihat seperti maksud ayat tersebut menunjukkan bahawa ahl al-dhikir 
menunjukkan kepada mereka ahli kitab, i.e Yahudi dan Nasrani. Maka menjadi 
perlulah bagi kami untuk menyatakan dengan terang bahawa mereka bukanlah 
yang dimaksudkan oleh ayat yang suci itu.



Yang pertama: Kerana Quran yang suci telah menyatakan didalam beberapa ayat 
bahawa mereka telah merubah kata-kata Tuhan, dan mereka menulis Kitab dengan 
tangan mereka, mengatakan bahawa ianya adalah dari Tuhan supaya dapat 
membeli dengan harga yang sedikit. Ia juga menjadi saksi terhadap penipuan 
mereka yang telah memutar belitkan kebenaran. Dengan kedudukan keadaan 
sebegini, adalah tidak mungkin untuk Quran mengarah Muslim supaya merujuk 
kepada mereka pada isu yang mana mereka [Muslim] tidak tahu.



Yang kedua: Al-Bukhari telah melaporkan didalam sahihnya ‘Buku pada 
Penyataan’ dibawah bab ‘Ahl al-Syirik tidak perlu ditanya’ jilid 3 muka 
surat 163. Abu Hurayra menyatakan, dia berkata: ‘Rasul Allah [saw] berkata: 
‘Janganlah mempercayai ahli kitab dan janganlah menganggap mereka sebagai 
penipu tetapi katakan: ‘Kami percaya kepada Allah dan apa yang diturunkan’



Ini bermakna kita tidak harus merujuk soalan kepada mereka, bahkan, kita 
harus meninggalkan dan mengabaikan mereka kerana arahan untuk tidak 
mempercayai mereka ataupun untuk menganggap mereka sebagai penipu akan 
membatalkan tujuan [bagi persoalan] i.e menunggu jawapan yang benar.



Yang ketiga: Al-Bukhari telah laporkan didalam sahihnya didalam ‘Buku pada 
Perpaduan’ didalam bab ‘Setiap hari Dia berurusan [dengan perkara]’ jilid 8 
muka surat 208,



Ibn Abbas berkata: ‘Wahai Muslim! Bagaimana kamu boleh bertanya kepada 
mereka yang mempunyai kitab, walaupun kitab kamu yang telah diturunkan 
kepada rasulNya mempunyai maklumat yang terkini dari Allah dan kamu 
membacanya, kitab yang belum di ubah? Allah telah terangkan kepada kamu 
bahawa mereka-mereka yang mempunyai kitab telah menukarkannya dengan tangan 
mereka sendiri apa yang telah diturunkan kepada mereka dan mereka telah 
berkata: ‘Ini adalah daripada Allah’ supaya mendapat sedikit keuntungan 
dunia daripadanya’ Ibn Abbas menambah: ‘Tidakkah pengetahuan yang diturunkan 
kepada kamu mencukupi untuk menghalang kamu daripada bertanya kepada mereka? 
Demi Allah, saya tidak melihat seorang pun dari mereka bertanya [Muslim] 
mengenai apa yang telah diturunkan kepada kamu’



Yang keempat: Diantara manusia yang mempunyai kitab, jika kita tanyakan 
orang Nasrani hari ini mereka akan mengatakan bahawa Jesus adalah tuhan dan 
Yahudi akan menganggap mereka penipu dan tidak akan menerima dia [Jesus] 
walaupun sebagai rasul. Kedua-dua mereka [Yahudi dan Nasrani] mendustakan 
Islam dan rasul Islam dan mereka mengatakan baginda penipu dan anti Nasrani. 
Dengan ini semua didalam fikiran kita, adakah boleh di terima bahawa Allah 
akan mengarahkan kita untuk bertanya kepada mereka, jika kita terima bahawa 
ahl al-dhikr daripada maksud ayat tersebut yang merujuk kepada orang ahli 
kitab diantara Yahudi dan Nasrani. Ini [ayat tersebut] tidak menyalahi pada 
pandangan bahawa ia telah diturunkan untuk ahli rumah rasul sebagaimana yang 
diketahui diantara Shiah dan Sunni dari laporan yang sahih. Adalah difahami 
dari itu bahawa Allah, yang Maha Agung, menganugerahkan pengetahuan 
al-Kitab, yang tidak meninggalkan apa-apa pun di dalamnya kepada Imam-imam 
ini yang telah dipilihnya diantara hamba-hambaNya supaya bahawa manusia 
dapat merujuk kepadanya pada pengulasan dan penghuraian Quran. Disinilah 
terdapat petunjuk mereka – jika mereka taat akan Allah dan rasulNya [saw].



Sebagaimana Allah, yang Maha Agung, dan Mulia didalam KebijaksanaanNya, 
menghendakki manusia untuk menyerah kepada yang terpilih diantara mereka, 
Dia yang memilih mereka dan mengajari mereka pengetahuan al-Kitab supaya 
kepimpinan dapat berjalan lancar dan urusan bagi manusia tersusun disebabkan 
olehnya. Jika mereka tidak hadir didalam kehidupan manusia, peluang akan 
terbuka bagi tuntutan palsu dari mereka yang jahil. Maka setiap orang akan 
mengikuti kehendaknya yang rendah dan perkara ini akan lebih merunsingkan 
manusia oleh kerana setiap orang boleh mengaku dialah yang paling 
terpelajar.



Saya akan buktikan pandangan ini kerana saya berpuas hati bahawa ahl al-bayt 
adalah ahl al-dhikr. Saya akan tanyakan beberapa soalan yang mana terdapat 
dua jawapan bagi ahl al-sunna wal-jamaa atau jika pun ada jawapannya, ianya 
adalah yang dicipta [reka], tidak berasaskan kepada sebarang bukti yang 
nyata yang boleh diterima oleh para penyelidik. Sebagai jawapan yang sebenar 
kepadanya, maka ia ada pada Imam yang suci (yang telah disucikan Allah SWT 
dalam Ayat al-Tathir 33:33) yang telah memenuhi dunia ini dengan 
pengetahuan, dan amalan yang berasaskan kepada kebenaran (Islam yang 
hakiki).

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Al kulani ahmed" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke