*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kehidupan mereka umpama sang  ayam yang kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang. Semakin  banyak
yang dapat dikais, semakin sibuklah mereka memenuhkan
tembolok. Itu bagi kategori  ayam yang cerdik sikit.

Kategori yang rendah IQ nya pula , umpama ayam kat
pasar. Diusung ke sana ke mari dalam lori. Sangkanya
ramai orang suka kat dia. Rupa-rupanya bakal
dikalungkan dengan rantai merah di leher. Akhirnya
disembelih beramai-ramai..................

Tepatlah apa yang dikatakan oleh Ust. Ismail Kamus
dalam mebicarakan gelagat manusia seperti ini:

" Orang lain aje yang kena, aku tak kena, lama-lama
habis satu reban kena sembelih........."

--- Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
> 
~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
> 
> Satu polemik yang menarik.
> 
> Melihat kepada tulisan Puan Zaidah ini mengingatkan
> saya kepada satu perbualan
>  saya dengan seorang sahabat berbangsa Cina di
> sebuah Restoren Curry Mamak di 
> tengah-tengah pekan Chiengmai. Saya teringatkan
> kepada perbualan itu, kerana 
> itulah pertama kali saya betul-betul 'memerah otak'
> cuba menjelaskan dalam 
> masa yang singkat, apabila ditanya oleh rakan
> sekerja saya berbangsa Cina itu, 
> Apakah Bezanya Antara UMNO, PAS dan S46?
> 
> Pada ketika itu, saya masih dalam parti DAP (Duduk
> Atas Pagaq); jadi 
> perspektif saya ketika itu tidak memihak kepada
> mana-mana pihak. Lantas kata 
> saya:
> 
> "UMNO adalah sebuah parti yang tidak punya ideologi;
> perjuangannya bergantung 
> kepada siapakah yang menjadi Presidennya. Kalau
> Presidennya seorang sosialist 
> kapitalist macam Mahathir, maka jadi sosialist
> kapitalistlah UMNO itu; 
> sekiranya ditakdirkan Anwar Ibrahim yg perjuangannya
> dikatakan Islamic-Based 
> itu menjadi Presiden, maka Islamiclah UMNO......dan
> jika sekiranya ditakdirkan 
> UMNO diketuai oleh seorang Komunis, maka komunislah
> UMNO!"
> 
> Sementara PAS pula, walau pun pada ketika itu saya
> belum menyokong PAS; saya 
> cakap:
> 
> "Perjuangan PAS memang jelas, mereka nak menegakkan
> negara Islam di Malaysia; 
> sebagai orang Islam, adalah satu kewajiban kepada
> setiap orang yang menganut 
> Islam untuk menegakkan negara Islam. Selain dari
> itu, dari sudut perjuangan 
> bangsa Melayu, PAS juga dilihat sebagai satu
> kumpulan pendesak dalam 
> masyarakat Melayu yang memastikan kerajaan tidak
> mengabaikan hak-hak 
> keistimewaan orang Melayu, dan memastikan orang2
> Melayu mendapat bantuan dan 
> hak yang sewajarnya"
> 
> Sementara S46 pula, dengan ikhlas saya katakan
> kepada beliau:
> 
> "Minta maaf, saya sendiri tak paham apa yang
> diperjuangkan oleh S46. Bagi 
> saya, S46 tidak ada perjuanganya yang unik dan
> tersendiri"
> 
> Sebagai orang Islam, walau tidak suka macam mana pun
> kita kepada UMNO, tapi 
> kita tentunya pernah berharap agar suatu hari nanti,
> UMNO akan mengambil Islam 
> sebagai dasar perjuangannya.
> 
> Malangnya:
> 
> Pagi tadi (3/3/2000), saya dengar berita Radio:
> 
> "UMNO SEDANG MERANGKA SATU DRAFT UNDANG-UNDANG YANG
> AKAN MEMASTIKAN AGAMA DAN 
> POLITIK DIPISAHKAN!!"
> 
> Hmmm....satu langkah lagi ke arah pengharaman PAS!!
> 
> Wassalam,
> Ahmad Baharudin Kasbi
> 
> =============================
> From: "zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]>
>      
> MengIslamkan UMNO
> 
> Dari apa yang kita lihat sekarang UMNO sekarang
> lebih bersungguh sungguh 
> memilih pemimpin tertinggi dalam umno tetapi
> langsung tidak memikirkan untuk 
> menubuhkan negara Islam di Malaysia.
> 
> Apakah perjuangan UMNO merebut jawatan atau
> memerintah Malaysia secara 
> Islam.
> 
> Apa yang Hamid Othman kata , Malaysia tak cukup
> pakar nak laksana Islam , 
> buat apa UIA kalau tak boleh ujudkan pakar untuk
> pemerintahan ISLAM.
> 
> Kalau sudah tidak mahu buat , cakap sajalah tidak
> mahu buat , senang sikit 
> kita bagi hukum pada geng UMNO ni.
> 
> Terima kasih. Diharapkan Umno di Islamkan selepas
> mesyuarat agung kali ini.
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi
> <[EMAIL PROTECTED]>
> 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke