MAJLIS AGAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN TIDAK BERFUNGSI

Pada 12 Ogos 1999, di ruangan pembaca sebuah akhbar tempatan, terdapat rungutan seorang pembaca. Pembaca tersebut yang menjadi ahli qariah sebuah penempatan di Negeri Sembilan, merungut bahawa Imam di qariah beliau membuat banyak kesilapan dari segi makhraj dan tajwid sewaktu membaca  Al Fatihah di dalam solat. Malah beliau juga mendedahkan  bahawa mufti dan kadi di Majlis Agama negeri beliau hanya berminat untuk melayan fitnah dan tohmahan. Di sebuah restoran di Seremban, saya berpeluang bertemu seorang pemuda yang pernah ditangkap berkhalwat di Negeri Sembilan. Beliau menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana terdapat sikap pilih kasih terhadap pesalah oleh majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Menurut beliau terdapat beberapa kes percubaan persetubuhan haram yang melibatkan  orang-orang besar dan kenamaan serta yang terlibat dengan parti politik pemerintah yang tidak di dakwa malahan kes mereka diabaikan begitu saja. Mungkin “ustaz-ustaz” di bahagaian penguatkuasa  amat gemar memakan rasuah. Menurut pemuda tersebut, beliau telah ditangkap bersama seorang ketua pemuda parti pemerintah pada malam yang sama tetapi di rumah yang berlainan. Malangnya pada hari pendakwaan, hanya beliau seorang  (Kes Fail Rujukan : BPP 387/98) yang dibicarakan dan Ketua Pemuda yang seorang lagi (Kes Fail Rujukan : BPP 388/98) tidak dibicarakan. Beliau ada bertanya kepada seorang petugas pencegah maksiat yang memberkas beliau. Menurut pegawai berkenaan, kes “Ketua Pemuda” tersebut telah “selesai” atas budi bicara ketua pendakwa dan seorang VIP.  Menurut pegawai itu lagi, hidup di dunia sekarang asalkan ada duit semua boleh jadi.  Keterangan pegawai pencegah maksiat tersebut seolah-olah menggambarkan betapa murahnya maruah  Ketua Bahagian Penguatkuasa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan hingga boleh dijual-beli dengan wang ringgit hingga mengenepikan kebenaran Al Quran dan Sunnah.

Pada 14 Ogos 1999, di Hospital Besar Melaka, terdapat seorang pesakit yang telah lanjut usia. Pesakit tersebut berumur 57 tahun dan telah ditangkap berkhalwat dengan seorang warga Indonesia.. Beliau telah dihukum denda sebanyak RM 1000.00. Disebabkan kurang kemampuan untuk membayar denda, beliau telah dipenjarakan. Sewaktu menjalani hukuman penjara, beliau telah jatuh sakit dan dimasukkan ke wad Hospital Besar Melaka sambil dikawal oleh anggota yang mengaku menjaga keselamatan dengan uniformnya. Sejak akhir-akhir ini pula kita dijamu melalui akhbar harian dan media elektronik akan pengakuan seorang ahli perniagaan menjalin hukuman sex secara haram dengan seorang pembaca berita. Pengakuannya yang menyatakan bahawa pasangannya menjalinkan hubungan sex 2 kali sehari 6 hari seminggu selama beberapa tahun jelas menunjukkan berlakunya perzinaan di Malaysia secara berleluasa. Malah pengakuan beliau juga sudah amat jelas  bagi rakyat Malaysia umumnya dan pihak Majlis Agama Islam khasnya untuk menahan beliau atas kanun jenayah melakukan persetubuhan haram. Tetapi mengapakah sehingga kini tidak seorang pun ulamak Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama mengambil tindakan ke atas beliau. Adakah kerana si pesalah mempunyai kedudukan tinggi sehingga para ulamak Kerajaan takut untuk mengambil tindakan terhadap si pesalah. Atau spekulasi  lain yang kita boleh buat ialah para ulamak Kerajaan amat mudah disogokkan dengan  wang  bagi membisukan mulut serta membekukan tindakan.

Di sini jelas menunjukkan bahawa sistem gereja di zaman feudal eropah dipraktiskan oleh para ulamak kerajaan dan majlis agama Islam.  Mungkin benar, negara asing  melakukan kesilapan apabila menyatakan bahawa Malaysia sebuah negara perkauman. Ini disebabkan Malaysia bukan negara perkauman tetapi lebih buruk dari negara perkauman kerana majlis agama yang mengaku agama yang dianuti adalah Islam mempraktiskan sistem Gereja di zaman feudal Eropah. Terdapat sikap pilih kasih dalam menghukum. oleh majlis agama Islam.  Imej buruk ini perlu dikikis, dan para ulamak yang sedia ada perlu membuat perubahan sikap yang drastik dan yang paling utama bertaubat di atas dosa-dosa besar yang telah mereka lakukan.

Para kakitangan yang bekerja dibawah penyeliaan “ustaz-ustaz celup”  ini juga perlu sedar bahawa apa yang mereka lakukan hanyalah suatu kezaliman bukan sahaja ke atas pesalah malah juga ke atas diri sendiri dan juga keluarga. Para kakitangan melakukan kezaliman kepada pesalah dari dua sudut. Pertama kerana menghukum secara tidak adil. Bagi pesalah yang tidak punya jawatan dan kedudukan, mereka dihukum. sementara pesalah yang mempunyai jawatan dan kedudukan mereka dilepaskan.  Kedua kerana menghukum dengan hukuman yang tidak berpandukan Al Quran dan Hadis.

Kezaliman ke atas diri sendiri kerana membiarkan diri diperalat oleh ketua atau ulamak  untuk membuat kezaliman. Malah  seandainya tindakan kakitangan tersebut membuka ruang bagi ketua mendapat habuan rasuah, kakitangan juga akan mendapat saham dosa di atas tindakannya. Kezaliman ke atas keluarga kerana pendapatan hasil titik  peluh dari bekerjasama dengan orang yang zalim menjadi santapan makanan ahli keluarga dari pagi hingga ke malam. Daging yang terhasil dari sumber rezeki yang haram maka nerakalah  tempat pembakarannya.

Oleh itu saya menyeru agar Majlis Agama Kerajaan Persekutuan dibubarkan.dan para ulamak serta kakitangannya bertaubat sebelum terlambat. Saya juga membantah  pengambil alihan Sekolah Agama Rakyat oleh Kementerian Pendidikan. Pengambil alihan  ini hanya akan melahirkan lebih ramai ulamak-ulamak bisu yang hanya  pandai mengampu kerajaan serta membuka mulut seluas-luasnya bagi menerima suapan rasuah.  Kerajaan Baghdad pernah menjadi sebuah negara Islam yang unggul suatu masa dahulu. Disebabkan sikap munafik ulamak di zaman itu yang mengamalkan sikap “berkasta” dalam menghukum , Allah hinakan mereka dan Allah hapuskan mereka. Ulamak-ulamak dipancung dan tengkoraknya dijadikan dinding bangunan oleh tentera Monggol.  Allah datangkan bangsa Monggol pimpinan Genhiz Khan untuk menghukum mereka di dunia sebelum di akhirat. Allah gantikan bangsa Baghdad yang zalim melaksanakan hukum Allah dengan bangsa Monggol suatu bangsa yang tidak bertamadun. Akhirnya dibawah pimpinan Ghazan Khan, bangsa monggol telah menganut dan mengamalkan Islam. Saya berharap para ulamak dan kakitangan Majlis Agama Islam akan segera mengambil tindakan drastik membetulkan keadaan ke arah kebenaran sebelum Allah datangkan  suatu bangsa yang tidak bertamadun bagi menghukum anda serta rakyat Malaysia yang tidak berdosa ini seperti yang berlaku di Bosnia, Kosovo, Palestin dan negara-negara Islam yang lain.
 
 
 

MAJLIS AGAMA ISLAM KERAJAAN TIDAK BERFUNGSI !!!!
SWASTAKAN PUSAT ISLAM KEPADA ULAMAK-ULAMAK PONDOK DI KELANTAN

Pada 12 Ogos 1999, di ruangan pembaca sebuah akhbar tempatan, terdapat rungutan seorang pembaca. Pembaca tersebut yang menjadi ahli qariah sebuah penempatan di Negeri Sembilan, merungut bahawa Imam di qariah beliau membuat banyak kesilapan dari segi makhraj dan tajwid sewaktu membaca  Al Fatihah di dalam solat. Malah beliau juga mendedahkan  bahawa mufti dan kadi di Majlis Agama negeri beliau hanya berminat untuk melayan fitnah dan tohmahan. Di sebuah restoran di Seremban, saya berpeluang bertemu seorang pemuda yang pernah ditangkap berkhalwat di Negeri Sembilan. Beliau menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana terdapat sikap pilih kasih terhadap pesalah oleh majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Menurut beliau terdapat beberapa kes percubaan persetubuhan haram yang melibatkan  orang-orang besar dan kenamaan serta yang terlibat dengan parti politik pemerintah yang tidak di dakwa malahan kes mereka diabaikan begitu saja. Mungkin "ustaz-ustaz" di bahagaian penguatkuasa  amat gemar memakan rasuah maka para kroni, ahli politik dan orang kenamaan telah terlepas dari pendakwaan. Menurut pemuda tersebut, beliau telah ditangkap bersama seorang ketua pemuda parti pemerintah pada malam yang sama tetapi di rumah yang berlainan. Malangnya pada hari pendakwaan, hanya beliau seorang  (Kes Fail Rujukan : BPP 387/98) yang dibicarakan dan Ketua Pemuda yang seorang lagi (Kes Fail Rujukan : BPP 388/98) tidak dibicarakan di mahkamah syariah Negeri Sembilan. Beliau ada bertanya kepada seorang petugas pencegah maksiat yang memberkas beliau. Menurut pegawai berkenaan, kes "Ketua Pemuda" tersebut telah "selesai" atas budi bicara ketua pendakwa dan seorang VIP.  Menurut pegawai itu lagi, hidup di dunia sekarang asalkan ada duit semua boleh jadi.  Keterangan pegawai pencegah maksiat tersebut seolah-olah menggambarkan betapa murahnya maruah  Ketua Bahagian Penguatkuasa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan hingga boleh dijual-beli dengan wang ringgit hingga mengenepikan kebenaran Al Quran dan Sunnah.

Pada 14 Ogos 1999, di Hospital Besar Melaka, terdapat seorang pesakit yang telah lanjut usia. Pesakit tersebut berumur 57 tahun dan telah ditangkap berkhalwat dengan seorang warga Indonesia.. Beliau telah dihukum denda sebanyak RM 1000.00. Disebabkan kurang kemampuan untuk membayar denda, beliau telah dipenjarakan. Sewaktu menjalani hukuman penjara, beliau telah jatuh sakit dan dimasukkan ke wad Hospital Besar Melaka sambil dikawal oleh anggota yang mengaku menjaga keselamatan. Sejak akhir-akhir ini pula kita dijamu melalui akhbar harian dan media elektronik akan pengakuan seorang ahli perniagaan yang menjalinkan hubungan sex secara haram dengan seorang pembaca berita. Pengakuannya yang menyatakan bahawa pasangannya menjalinkan hubungan sex bersamanya sebanyak 2 kali sehari 6 hari seminggu selama beberapa tahun jelas menunjukkan berlakunya perzinaan di Malaysia secara berleluasa. Malah pengakuan beliau di khalayak ramai juga sudah amat jelas  bagi rakyat Malaysia umumnya dan pihak Majlis Agama Islam khasnya untuk menahan beliau atas kanun jenayah melakukan persetubuhan haram. Tetapi mengapakah sehingga kini tidak seorang pun ulamak , kadi atau mufti Kerajaan dan Majlis Agama mengambil tindakan ke atas beliau. Adakah kerana si pesalah mempunyai kedudukan tinggi sehingga para ulamak. mufti dan kadi Kerajaan takut untuk mengambil tindakan terhadap si pesalah. Atau spekulasi  lain yang kita boleh buat ialah para ulamak, mufti dan kadi Kerajaan amat mudah disogokkan dengan  wang  bagi membisukan mulut serta membekukan tindakan. Saya berharap agar Dato Dr Abdul Hamid Othman yang "banyak ilmu" menjawab soalan saya ini dan beliau juga diizinkan oleh saya untuk ber"muzakarah" dengan Brig.Jen (B)Abdul Hamid Zainal Abidin dari Pusat Islam bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan saya ini. Saya berharap kedua-dua Hamid yang "banyak ilmu" ini dapat memberikan jawapan yang memuaskan mengapakah berlaku penzaliman oleh mereka dalam organisasi agama yang dianuti mereka sebelum mereka memberikan jawapan di mahkamah Allah,  Padang Mahsyar

Di sini jelas menunjukkan bahawa sistem gereja di zaman feudal eropah dipraktiskan oleh para ulamak, kadi dan mufti kerajaan serta majlis agama Islam. Ataupun sistem Kasta Hindu menjadi pegangan hidup para ulamak, mufti dan kadi terutama pengarah Pusat Islam Malaysia.  Mungkin benar, negara asing  melakukan kesilapan apabila menyatakan bahawa Malaysia sebuah negara perkauman. Ini disebabkan Malaysia bukan negara perkauman tetapi lebih buruk dari negara perkauman kerana majlis agama yang mengaku agama yang dianuti adalah Islam mempraktiskan sistem Gereja di zaman feudal Eropah serta sistem kasta Hindu. Terdapat sikap pilih kasih dalam menghukum oleh majlis agama Islam.  Imej buruk ini perlu dikikis, dan para ulamak yang sedia ada perlu membuat perubahan sikap yang drastik dan yang paling utama bertaubat di atas dosa-dosa besar yang telah, sedang dan akan mereka lakukan.

Para kakitangan yang bekerja dibawah penyeliaan "ustaz-ustaz celup"  ini juga perlu sedar bahawa apa yang mereka lakukan hanyalah suatu kezaliman bukan sahaja ke atas pesalah malah juga ke atas diri sendiri dan juga keluarga. Para kakitangan melakukan kezaliman kepada pesalah dari dua sudut. Pertama kerana menghukum secara tidak adil. Bagi pesalah yang tidak punya jawatan dan kedudukan, mereka dihukum. sementara pesalah yang mempunyai jawatan dan kedudukan mereka dilepaskan.  Kedua kerana menghukum dengan hukuman yang tidak berpandukan Al Quran dan Hadis.

Kezaliman ke atas diri sendiri kerana membiarkan diri diperalat oleh ketua atau ulamak  untuk membuat kezaliman. Malah  seandainya tindakan kakitangan tersebut membuka ruang bagi ketua mendapat habuan rasuah, kakitangan juga akan mendapat saham dosa di atas tindakannya. Kezaliman ke atas keluarga kerana pendapatan hasil titik  peluh dari bekerjasama dengan orang yang zalim menjadi santapan makanan ahli keluarga dari pagi hingga ke malam. Daging yang terhasil dari sumber rezeki yang haram maka nerakalah  tempat pembakarannya.

Saya juga berharap Pusat Islam dan Majlis Agama Islam di negeri-negeri dibubarkan. Selepas pembubaran maka ulamak-ulamak pondok yang berkecuali dan tidak boleh dipengaruhi oleh kuasa dan wang ringgit mengambil alih pentadbiran Pusat Islam dan Majlis Agama Islam.

Oleh itu saya menyeru agar Majlis Agama Kerajaan Persekutuan dibubarkan. Para ulamak/ kadi/ mufti serta kakitangannya bertaubat sebelum terlambat. Saya juga membantah  pengambil alihan Sekolah Agama Rakyat oleh Kementerian Pendidikan. Pengambil alihan  ini hanya akan melahirkan lebih ramai ulamak-ulamak bisu yang hanya  pandai mengampu kerajaan serta membuka mulut seluas-luasnya bagi menerima suapan rasuah.  Kerajaan Baghdad pernah menjadi sebuah negara Islam yang unggul suatu masa dahulu. Disebabkan sikap munafik ulamak di zaman itu yang mengamalkan sikap "berkasta" dalam menghukum , Allah hinakan mereka dan Allah hapuskan mereka. Ulamak-ulamak dipancung dan tengkoraknya dijadikan dinding bangunan oleh tentera Monggol.  Allah datangkan bangsa Monggol pimpinan Genhiz Khan untuk menghukum mereka di dunia sebelum di akhirat. Allah gantikan bangsa Baghdad yang zalim melaksanakan hukum Allah dengan bangsa Monggol suatu bangsa yang tidak bertamadun. Akhirnya dibawah pimpinan Ghazan Khan, bangsa monggol telah menganut dan mengamalkan Islam. Saya berharap para ulamak dan kakitangan Majlis Agama Islam akan segera mengambil tindakan drastik membetulkan keadaan ke arah kebenaran sebelum Allah datangkan  suatu bangsa yang tidak bertamadun bagi menghukum anda serta rakyat Malaysia yang tidak berdosa ini seperti yang berlaku di Bosnia, Kosovo, Palestin dan negara-negara Islam yang lain.

Akhir kata “BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT KERANA ALLAH SAHAJA YANG LAYAK DISEMBAH BUKANNYA WANG RINGGIT”
 
 

[EMAIL PROTECTED] wrote:

Assalamaulaikum..
Apa ni JAIS, kami anak2 selangor di luar negeri malulah..ngan peristiwa ni..apa nak jadi ni
Us Denan (ust saya sek dulu)...pertahankan JAIS..Allah bersamamu..kami anak2 murid mu
berdoa semoga Allah berikan thabat padamu..tarik balik arahan pindah itu ...yang bagi
makan gaji bukan YB Sharif tu ..ingat Alllah Ar-Razzaq..kalu us lak kene tuka semua itu
tentuan Allah...kepdada org JASI .ayuh bangkit dr 'mimpi'..buat lah DEMO ker solat hajat
ker..jangan tengok sebelah mata..nanti time awak2 pulak..ok
Dari anak selangor di Perantauan..
Abu maimain
Tunisia

Download NeoPlanet at http://www.neoplanet.com

Kirim email ke