Kenyataan Akhbar
3 Mac 1999
Pertahankan Kebebasan Bersuara, Perbaharui Permit Harakah !


SUARAM
MEPERJUANGKAN HAK ASASI MANUSIA SUARA RAKYAT MALAYSIA WORKING TOWARDS HUMAN RIGHTS

383 (1st Floor), Jalan 5/59, Petaling Gardens, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: 603-77843525, 77820357 Fax: 603-77843526
Email:[EMAIL PROTECTED] http://www.suaram.org

Kenyataan Akhbar
3 Mac 1999
Pertahankan Kebebasan Bersuara, Perbaharui Permit Harakah !

Seorang ahli falsafah Perancis yang terkenal, Voltaire pernah menginterpretasikan semangat kebebasan bersuara dengan tepat sekali :" Walaupun saya amat tidak bersetuju dengan pendapat anda tetapi saya akan mempertahankan hak anda mengutarakan pendapat sehingga saya menemui maut!". 

Tetapi selepas hari ini rakyat Malaysia akan bertanya wujudkah lagi kebebasan bersuara di Malaysia dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri(KDN) menghadkan penerbitan Harakah dua kali sebulan. Tindakan ini bukan asing lagi kerana ia merupakan kali ketiga KDN cuba menyekat pengedaran Harakah yang lebih berpengaruh daripada akhbar-akhbar perdana. Harakah dihadkan pembacanya, Pengarang dan pencetaknya dituduh dengan Akta Hasutan dan kali ini penerbitannya dihadkan. Nampaknya pemerintah sudah tidak dapat berteloransi dengan suara kritikan dan suara pembangkang lagi. Ini amat bertentangan dengan slogan "Teknologi Maklumat Tanpa Sekatan" yang selalu dilaung-laungkan oleh kerajaan.

SUARAM mengecam tindakan KDN yang tidak profesonal dan mencabuli kebebasan bersuara secara terang-terang tanpa mengambil kira perasaan rakyat. Tanpa kebebasan bersuara, rakyat tidak dapat menyuarakan pendapat mereka dan memainkan peranan aktif dalam isu nasional. Tanpa kebebasan bersuara dan kebebasan media, rasuah, salah laku dan kecurangan tidak akan dapat didedahkan. Demokrasi hancur tanpa kebebasan bersuara, keadilan hilang tanpa kebebasan bersuara dan kebenaran terpesong mengikut rentak Pemerintah sahaja. 

Tindakan KDN untuk menggantung media cetak yang kritikal seperti Harakah dan Detik membuktikan alat kerajaan telah disalahgunakan semata-mata untuk kepentingan pemerintah. Alasan Menteri Dalam Negeri, Abdullah Badawi yang lapuk bahawa tindakan ini tidak bermotif politik dan majalah politik tidak perlu diterbit terlalu banyak kali sebulan sebenarnya menghina taraf keintelektualan rakyat Malaysia. Lebih mengerunkan rakyat Malaysia kini ialah prospek demokrasi Malaysia akan menjadi lebih malap sekiranya Pak Lah yang nampaknya lembut tetapi bertindak ganas mencabuli hak asasi rakyat mengantikan tempat Dr.Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

SUARAM menyeru KDN khususnya Menteri Dalam Negeri supaya kembali ke jalan benar dengan segera menarik balik sebarang sekatan terhadap media kritikal seperti Harakah dan Detik. KDN dan Menteri Dalam Negeri seharusnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas tindakan ganas ini dengan memansuhkan akta-akta opresif seperti Akta Penerbitan dan Percetakan, Akta Hasutan, OSA dan ISA. KDN harus ingat isu permit Harakah ini menjadi suatu kayu pengukur yang penting terhadap demokrasi negara. KDN dan pemerintah tidak boleh memperbodoh-bodohkan rakyat lagi!
 

Dikeluarkan Oleh,
 
 
 

Justin Yong
Penyelaras SUARAM
 
 
 
 
 
 
 



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke