*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>-----Original Message-----
> > From: Mas Adi Ismail [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> > Sent: Friday, December 03, 1999 10:44 PM
> > To: lanfara; wmk; anazida; fared; hharun; mazlina;
> Norsihan Mokhtar;
> > Norita Deraman; haslina; morza; arizmin; nik;
> azira; ronhazli; farid;
> > [EMAIL PROTECTED]
> > Subject: Berita ExSeMeSDian (83-85)
> >
> > #### http://www.alumni.net.my/xsmsd_b92/ updated
> sat 5 march 2000
> > new link: kalendar
> > ######
> > Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
> >
> > Terdahulunya, saya mengucapkan terima kasih di
> atas kesudian saudara/i
> > meluangkan sedikit masa untuk meneliti isi
> kandungan surat ini.
> >
> > Isi Kandungan Surat ini terbahagi kepada
> >
> > 1. Pengenalan
> > 2. Butir butir Majlis
> > 3. Pencalonan AJK Alumni Bekas Pelajar SMSD.
> > 4. Maklumat lanjut
> >
> >
> >
> > PENGENALAN
> >
> > Adalah diketahui bahawa sebelum ini terdapat
> banyak usaha-usaha
> > mempelopori atau mengusahakan majlis alumni di
> antara bekas-bekas
> > pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun. Namun,
> jikalau pun semua
> > usaha-usaha tersebut
berjaya atau tidak,
> kebanyakkannya tidak diketahui
> > / disedari dan tidak disertai ramai, kerana lebih
> berupa perjumpaan
> > sesama bekas pelajar dari satu-satu sessi @
> 'batch' tertentu sahaja,
> > ataupun tidak mendapat sambutan dan seterusnya
> terkandas di pertengahan
> > jalan.
> >
> > Dengan mengambil iktibar daripada usaha-usaha yang
> lampau tersebut, maka
> > kami telah mesyuarat dengan pihak pengurusan
> sekolah pada 29 Desemdber
> > 1999 yang lalu. Hasil daripada mesyuarat itu,
> pihak sekolah telah
> > bersetuju, dengan kami sebagai 'jawatankuasa
> sementara' / sekretariat,
> > yang akan mengendalikan Majlis Perjumpaan Semula
> Bekas Pelajar serta
> > Penubuhan dan Mesyuarat Agung Pertama Alumni Bekas
> Pelajar SMSD, bagi
> > menentukan peneraju Alumni Bekas Pelajar yang
> julung-julung kalinya akan
> > ditubuhkan kelak.
> >
> > Dan hasil daripada perbincangan lanjut secara
> mendalam diantara kami ,
> > maka satu majlis makan malam bagi menemukan semua
> kesemua bekas pelajar
> > SMSD akan dikendalikan, dan susulan daripada itu
> pelancaran penubuhan
> > Alumni Bekas Pelajar serta perlantikan Jawatan
> kuasa Perrtama Alumni
> > Bekas Pelajar akan diadakan. Butir Butir majlsi
> tersebut adalah
> > sebagaimana yang akan diterangkan didalam perkara
> kedua surat ini.
> >
> >
> >
> > Sukacitanya, kami berharap saudara/i dapat
> memahami tujuan sebenar dan
> > niat utama kami. Kami hanyalah barisan
> jawatankuasa/sekretariat yang
> > berusaha untuk mengendalikan Majlis Alumni yang
> sulung ini sahaja. Kami
> > juga adalah jawatankuasa sukarelawan yang telah
> dipersetujui oleh pihak
> > sekolah bagi melaksanakan majlis itu sahaja.
> >
> > Adapun kami bukanlah jawatankuasa yang mempunyai
> apa-apa hak atau kuasa
> > di dalam struktur organisasi Alumni Bekas Pelajar
> SMSD yang akan
> > ditubuhkan kelak. Jawatankuasa organisasi tersebut
> akan hanya ditentukan
> > melalui pencalunan dan pengundian dalam mesyuarat
> Agung itu nanti. (Sila
> > rujuk perkara 3)
> >
> > Hendaklah difahami, kami adalah jawatankuasa
> berkecuali, yang ingin
> > menemukan kembali kesemua bekas pelajar SMSD.
> Dengan itu, adalah jelas
> > jemputan ke majlis Alumni dan Mesyuarat Agung
> tersebut tidak terhad
> > hanya untuk bekas pelajar 'batch' tertentu sahaja.
> Ianya melibatkan
> > semua sesi dari sesi Pertama, tahun 1983 hingga ke
> sesi 1999. Matlamat
> > kami adalah untuk menjayakan majlis yang telah
> kami rancangkan, dan
> > seterusnya akan melantik jawatankuasa yang akan
> bertanggungjawab
> > mendaftarkan Persatuan Bekas Pelajar SMSD dan
> menguruskannya, sehingga
> > Mesyuarat Agung Persatuan yang seterusnya.
> >
> > Sekali lagi diharapkan saudara/i dapat memahami
> niat dan matlamat kami
> > dengan jelas dari penjelasan yang serba ringkas
> ini. Diharapkan juga
> > saudara/i dapat memberikan sokongan dan kerjasama
> bagi menjayakan dan
> > melengkapkan usaha murni kami ini dengan
> menghadirkan diri saudara/i
> > (bersama keluarga, jika ada) dan juga menghebahkan
> serta menjemput
> > rakan-rakan bekas pelajar SMSD yang lain untuk
> bersama-sama menjayakan
> > dan memeriahkan majlis alumni itu nanti.
> >
> >
> > BUTIR-BUTIR MAJLIS
> >
> > Setelah bermesyuarat dan mengambil kira pelbagai
> aspek dan perkara, kami
> > sebagai jawatankuasa yang diberikan mandat dan
> bertanggungjawab oleh
> > pihak sekolah, telah sebulat suara membuat
> keputusan untuk mengadakan
> > majlis tersebut pada waktu, tarikh dan tempat
> seperti di bawah:
> >
> > Tarikh: 12 OGOS 2000
> > Masa : 6.30 PETANG - 12 MALAM
> > Tempat: HOTEL THE LEGEND, KUALA LUMPUR
> > Bayaran Penyertaan: RM50.00 (Dewasa) RM35.00
> (Kanak-Kanak 6-15 thn)
> >
> > Sememangnya tarikh, waktu dan tempat majlis, yang
> telah diputuskan
> > mungkin tidak dapat memenuhi citarasa, kehendak
> dan memudahkan semua
> > pihak. Namun, adalah diingatkan bahawa ini adalah
> majlis yang sulung,
> > dan matlamat utama kami adalah menemukan semua
> bekas pelajar untuk
> > seberapa ramai yang boleh. Oleh itu, dengan
> berfaktorkan latar-belakang
> > kebanyakkan bekas pelajar, kami mendapati
> keputusan kami adalah
> > berpadanan. Apapun jua, kami memohon maaf jika
> tarikh, masa dan juga
> > tempat tersebut telah menimbulkan kesulitan pada
> saudara/i yang
> > dihormati sekalian.
> >
> > Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada
> saudara/i yang akan hadir
> > pada majlis itu nanti. Semoga dengan kehadiran
> saudara/i nanti, majlis
> > itu akan bertambah meriah dan berjaya.
> >
> > Pada majlis itu nanti, saudara/i akan dihidangkan
> dengan juadah yang
> > diharap dapat membuka selera saudara/i sambil
> ditemani pelbagai acara
> > sambutan sampingan dan sementara saudara/i beramah
> mesra semula dengan
> > rakan-rakan bekas pelajar yang lain, yang telah
> lama tidak bersua-muka
> > dan bertukar bicara.
> >
> > Bayaran penyertaan saudara/i ini adalah lebih
> merupakan sumbangan
> > saudara/i bagi membiayai kos keseluruhan majlis
> Alumni dan Mesyuarat
> > Agung itu. Sukacita juga dimaklumkan, segala
> perbelanjaan majlis itu,
> > akan dibentangkan kepada jawatankuasa Persatuan
> yang akan dilantik
> > kelak, dan sebarang keuntungan (jika ada) akan
> disalurkan terus ke dalam
> > Tabung Alumni Bekas Pelajar yang akan ditubuhkan
> kelak.
> >
> >
> > PENCALONAN
> >
> > Seperti mana yang dinyatakan di awal pengenalan
> tadi, pada majlis
> > tersebut nanti, akan juga diadakan Mesyuarat Agung
> yang akan memilih
> > jawatankuasa bagi memimpin dan memikul tugas-tugas
> dalam Persatuan Bekas
> > Pelajar SMSD yang akan ditubuhkan kelak.
> >
> > Ahli jawatankuasa akan terdiri daripada
> bekas-bekas pelajar yang dipilih
> > melalui pencalonan dan undian bekas-bekas pelajar
> lain yang hadir pada
> > majlis tersebut.
> >
> > Pencalonan bolehlah dibuat oleh bekas-bekas
> pelajar sendiri, dengan
> > mencalonkan bekas-bekas pelajar yang berpontensi
> dan memenuhi
> > syarat-syarat untuk bertanding dalam pengundian
> yang dijadualkan pada
> > majlis tersebut. Jawatan-jawatan yang akan
> dipertandingan dalam
> > pengundian itu nanti adalah:
> >
> > PENGERUSI
> > TIMBALAN PENGERUSI I
> > TIMBALAN PENGERUSI II
> > SETIAUSAHA AGUNG
> > KETUA BENDAHARI
> > PENOLONG SETIAUSAHA
> > PENOLONG BENDAHARI
> > AHLI-AHLI JAWATANKUASA
> >
> > Secara umumnya, antara syarat-syarat untuk
> mencalonkan seseorang bagi
> > jawatankuasa jawatan-jawatan tersebut adalah:
> >
> > 1. Calon hendaklah terdiri dari bekas pelajar yang
> bukan sedang di dalam
> > pengajian sepenuh masa di mana-mana institusi
> pembelajaran.
> >
> > 2. Setiap pencalonan, hendaklah disokong oleh
> sekurang-kurangnya 10
> > sokongan bertandatangan oleh bekas-bekas pelajar
> yang lain. Serta serta
> > ditandatangani oleh calon tersebut sendiri.
> >
> > 3. Setiap calon dan penyokong hendaklah hadir di
> Malam Majlis Penemuan
> > semula bekas pelajar (12/8/2000). Pencalonan akan
> terbatal sekiranya
> > jika calon itu sendiri tidak hadir, dan/atau
> kurang daripada 7 orang
> > penyokong yang hadir bersama calon tersebut.
> >
> > 4. Keputusan jawatankuasa pengundian pada malam
> tersebut adalah muktamad
> >
> >
> > MAKLUMAT LANJUT
> >
> > Bagi menyatakan kehadiran dan seterusnya
> mengetahui bagaimana langkah
> > untuk membuat pengesahan kehadiran dan pembayaran,
> saudara/i bolehlah
> > menghubungi terus dengan AJK/sekretariat di bawah:
> >
> > 1. Adi Yasran Abd. Aziz (Rum) 03 - 780 7457
> > 2. Ahmad Suryadi Abdul Aziz (Rum) 03 - 457 8802
> > 3. Asrul Nizam As'at (H/P) 012 - 372 5105 / (Rum)
> 03 - 576 7217
> > 4. Eidit Hashim (Rum) 03 - 249 0419 / (Pej) 03 -
> 2056 4640
> > 5. Mohd Faizal Zahari (gerg) (H/P) 019 360 6391 /
> (Pej) 03 - 942 3209
> > 6. Mohd Zaki Rashid ((Rum) 03 - 259 3440 / (Pej)
> 03 - 9080 3200
> > 7. Muis Alimin Mohd Yusoff (Pej) 03 - 828 2157
> > 8. Norita Deraman email: [EMAIL PROTECTED]
> > 9. Zahiruddin Mamat (H/P) 018 - 820 8075 / (Pej)
> 03 - 541 8064
> > 10. Zaini Yaakub (Rum) 03 - 365 4248 / (Pej) 03 -
> 392 3585/3410
> > 11. Zubaidah Sudin (Rum) 03 - 451 4216 / (Pej) 03
> - 581 4734
> >
> > Untuk makluman umum, diharapkan saudara/i dapat
> memberikan keputusan
> > kehadiran saudara/i dengan mengisi borang
> keahlian, (yang akan kami
> > edarkan diatas permintaan saudara/i) kepada AJK
> kami selewat-lewatnya 30
> > JUN 2000 beserta dengan bayaran penuh kehadiran.
> >
> > Ini bagi membolehkan AJK/sekretariat menguruskan
> langkah langkah
> > seterusnya dengan lancar dan juga bagi mengelakkan
> sebarang kesulitan
> > yang berbangkit yang boleh menimbulkan masalah
> kepada kejayaan majlis
> > tersebut.
> >
> > AKHIR KATA
> >
> > Semoga, saudara/i dapat meghadiri Majlis Alumni
> yang julung-julung
> > kalinya ini. Sekali lagi jutaan terima kasih
> diucapkan pada saudara/i
> > yang akan menghadirkan diri pada majlis tersebut
> nanti. Tidak sabar
> > rasanya untuk bersua muka dengan saudara/i di
> dalam majlis itu nanti.
> > Sehingga itu, selamat berbahagia dalam apa jua
> yang ditempuhi dalam
> > kehidupan harian saudara/i. Sehingga berjumpa
> lagi.
> >
> > Sekian, tetima kasih
> >
> > Yang Berusaha,
> > EIDIT HASHIM
> >
> >
> >
> >
> >
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "HaRuN KL" <[EMAIL PROTECTED]>