*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sorry... fail dah kena buang dari server, mungkin pasal lebih koata saiz
maksimum fail. 

Apa macam pula dengan lu mangga, kalau nak tunjuk Islam janganlah
sekerat-sekerat. Patut tak aku kasi salam kat engkau ??? engkau sendiri pun
tak kasi salam... tah-tah engkau ni bukan Islam. Jangan pula jadi kuali yang
mengata belanga hitam. 

Apa yang aku buat tu fardu kifayah. Pekara-pekara mengenai taqwim hijrah,
waktu solah memang patut diketahui oleh umat Islam. Sapa yang tahu wajib kasi
tahu kat mereka yang tak tahu. Bila nak bantu saudara sendiri jangan pula
kenakan bayaran tinggi-tinggi macam nak sembelih orang pula. Perisian untuk
umat Islam yang dibuat oleh umat Islam sendiri patut diberi percuma atau pada
harga yang rendah (tidak menyamai harga perisian import). 

Mangga, engkau tak baca ke baik-baik, itu cuma alternatif bagi mereka yang tak
mampu. Pengetahuan komputer pada masa hari ini adalah sudah menjadi sesuatu
yang wajib kepada umat Islam kerana ia adalah sebahagian alat bantu mengajar
selain dari pena dan kertas. Teknologi pada hari ini dimonopoli oleh golongan
kafir, maka mereka boleh letak harga yang tinggi
sesuka hati mereka. Oleh itu kemudahan komputer pada hari ini, masih lagi
sukar untuk dinikmati oleh umat Islam seluruhnya dan bilangan celik komputer
amat kecil berbanding dengan bangsa lain. Jika begini keadaannya bagaimana
cara kita nak bersaing dengan golongan kafir yang menguasai teknologi. Mungkin
mangga ada teknologi lain kot. 

Perisian komputer jika hendak dibandingkan dengan harga PC klon, adalah jauh
berbeza. Mahal lagi perisian dari perkakasan komputer. Bukan semua rakyat
Malaysia yang mampu, ramai yang beli komputer secara ansuran walaupun pada
harga RM3000/-. Kalau la ditambah dengan perisian komersil, kos boleh naik
sehingga RM7000/-. Contoh : MS Office 2000 SBE = RM 730. Boleh dikatakan
majoriti pengguna perisian di rumah bagi negara kita pada hari ini masih
mengunakan perisian cetak rompak. Awta je lebih,... Kalau rakyat malaysia
boikot tokeh cetak rompak, dah lama bisness tokeh tu lingkup dan tak akan naik
macam cendawan selepas hujan. 

Mencuri dan merompak adalah jenayah berat. Mencuri hukummannya potong tangan.
Tetapi bagaimana pula kalau si pencuri itu mencuri kerana kebuluran ? Sayidina
Umar ketika menjadi khalifah, dia tidak mengambil tindakan kepada pencuri yang
mencuri disebabkan kebuluran. Kalu la nak diikutkan sangat kempen anti cetak
rompak, kita boleh miss pekara yang menjadi fardu kifayah. Miss dalam
teknologi maklumat. Tak pa biarkan orang lain ke hadapan, kita perlu kekalkan
kerusi kita di belakang. Dan kita bela bill gate kasik gemok lagi.

Bagaimana engkau nak memandu kereta kalau engkau tak pernah pun sentuh kereta
? Ikut teori aje ke ??? Atau setakat dengar lagu kempen keselamatan di jalan
raya, yang sekelas dengan lagu kempen cinta IT ? Orang sebut IT maju jugak,
depa nyanyi lagu IT guna komputer pun tak reti, macam SPR. 

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih ediramle di atas nasihat anda.
Insyallah, saya akan membuang laman yang sdr maksudkan itu. Hal-hal macam ni
biasalah, dah dua tahun saya kendalikan pelbagai laman web... macam-macam
kerenah manusia boleh jumpa. 
  
[EMAIL PROTECTED] wrote:
At 09:34 17/02/00 SGT, Web 7 Publication wrote:

>Web 7 memperkenalkan satu perisian terbaru yang ditulis oleh Web 7 sendiri.
>Perisian Taqwim Hijrah 2000 adalah perisian penukaran tarikh antara masihi
>hijrah dan hijrah ke masihi.
<cut>

File Not Found
The requested URL /software/setup.exe was not found on this server.

Apalah lu ni mat.

Cerita pasal takwim hijrahlah, Software Islamlah, Ruangan Muslimlah tunjuk
baik konon. Kalau nak Islam, masuklah Islam 100% bukan Islam sekerat-sekerat.

Islam apa namanya kalau ada ajar orang lain rompak merompak !

http://buku.virtualave.net/software/cetak_rompak.shtml

Software : CD Cetak Rompak
Jika anda mengetahui tempat lain yang menjual CD (cetak rompak) selain dari
yang disebutkan di atas, sila e-mail kepada Penerbit Web 7.


Hmmm. Aku tak mampu nak beli kereta wira, boleh tak aku rompak kereta wira
orang lain ?


--------------------------------------------
!@# - Pandu cermat belum tentu selamat - #@!
--------------------------------------------

----------------------------------------------------------------
Get your free email from AltaVista at http://altavista.iname.com

> --------------------------------------------- 
>       Attachment: text, base64 encoded 
>       MIME Type: image/gif 
> --------------------------------------------- 

____________________________________________________________________
Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Web 7 Publication <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke