*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemuda Bani Tamim (14)

Assalamualaikum,

Sifat-sifat toifah/jemaah Pemuda Bani Tamim (Tambahan)

1. Dia dan ahli toifahnya selalu berjalan secara bergerombolan-gerombolan.
Mereka lazimnya berjalan dalam satu kumpulan. Jarang-jarang ahlinya berjalan 
secara bersendirian. Ini adalah ciri-ciri khusus yang disebutkan oleh Imam 
as-Sayuti dalam kitabnya al-Jami'us Soghir.
Hasilnya, setiap orang yang memandang mereka ini, akan jatuh rasa gerun 
terhadap mereka. Ini ada kaitannya dengan pernyataan sebelum ini bahawa 
mereka adalah ibarat singa di rimba pada waktu siang. Singa lazimnya 
ditakuti oleh manusia dan haiwan-haiwan lain.
Kerana itu, tidak hairanlah jika dikatakan mereka ditakuti dan digeruni oleh 
kawan dan lawan, sama ada melalui pengakuan atau melalui perasaan. Satu hal 
yang perlu diingat, mereka tidaklah jenis manusia yang ganas, sebaliknya 
mereka hanya membawa keamanan dan kasih sayang walau ke mana pun mereka 
pergi.

2. Dia (Pemuda Bani Tamim) sentiasa memakai sutrah/kain ridak di atas 
bahunya.
Ada kalanya sutrah/kain ridak itu diletak di atas serbannya. Kenyataan ini 
ada diberikan oleh para ulama dalam kitab-kitab kecil mereka mengenai para 
wali Allah. Oleh kerana beliau merupakan wali yang besar, maka pemakaian 
sutrah di atas bahu atau di atas kepala adalah adalah sebagai lambang 
kemuliaan dan ketinggian darjatnya.
Namun, hal ini sudah tidak diketahui dan disedari oleh umat Islam ketika itu 
kerana mereka sudah terlalu jauh dari zaman Rasul SAW dan sahabat baginda 
menyebabkan beberapa maklumat berharga 'hilang' dari peta minda umat Islam.
Perbuatan ini juga adalah sebagai usaha beliau menghidupkan kembali sunnah 
Nabi SAW yang sudah hampir-hampir tidak diamalkan lagi atau merupakan amalan 
yang hampir-hampir pupus. Sayang seribu kali sayang, manusia hari ini lebih 
prihatin terhadap kepupusan baka harimau belang daripada kepupusan sunnah 
Nabi SAW di kalangan ummah.
Sunnah ini sungguh pun kecil, tetap menunjukkan betapa tinggi nilai kasih 
sayang seseorang itu kepada setiap sunnah Nabi SAW dan mencuba sedaya 
upayanya untuk mengikuti sunnah tersebut.

3. Dia dan toifahnya sangat berjaya dalam segala urusan hidup.
Iaitu benar-benar mengamalkan ajaran Islam dalam hidup mereka sehari-hari. 
Maksud sangat berjaya di sini ialah:
a. Berjaya melagang cara dan sistem hidup Islam di tengah-tengah kancah 
jahiliyah yang sedang hebat melanda seluruh dunia.
b. Berjaya menegakkan sunnah Nabi SAW ketika ulama lain atau toifah lain 
masih tercari-cari hala tuju sebenar pemikiran dan toifah mereka dan mampu 
menongkah arus jahiliyah.
c. Berjaya menegakkan bentuk hukum Islam ketika hukum Islam tidak lagi 
dipraktikkan oleh masyarakat. Mereka melaksanakan hukum Islam itu di dalam 
diri dan kelurga masing-masing. Hukum Islam (wajib, sunat, haram, makruh, 
harus dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Hanya hukum jinayat (hudud) 
yang belum mereka laksanakan kerana belum berkuasa. Apabila kuasa telah 
diserahkan kepada mereka, maka segala hukum Allah SWT akan tertegak dan 
berdaulat.
d. Berjaya menegakkan negara Islam model, sebelum negara Islam sebenar dapat 
ditegakkan. Maksudnya ialah, berjaya menegakkan negara kecil di dalam negara 
besar. Dalam negara kecil itu, dapat dilihat dengan jelas secara praktikal 
bentuk sebenar sebuah negara Islam setelah mendapat daulah nanti.
e. Setiap usaha mereka dalam lapangan hidup sentiasa dibantu oleh Allah 
sehingga bentuk usaha mereka itu tidak mampu ditiru oleh mana-mana toifah 
atau jemaah lain. (Jamaah Mansurah-dibantu Allah). Kemampuan dan kejayaan 
mereka menegakkan Islam di dalam diri, masyarakat dan keseluruhan sistem 
hidup amat mengagumkan setiap orang, sama ada kawan ataupun lawan. Kerana 
itu, tidak hairanlah jika mereka akan didengki, dihasad dan cuba dijatuhkan 
kerana setiap usaha mereka dianggap mampu merobohkan pengaruh sedia ada, di 
kalangan orang-orang yang mahu mencari pengaruh.

4. Dia dan toifahnya memakai serban hijau.
Ketika itu sudah tidak ada lagi orang/toifah lain yang memakainya. 
Masing-masing sudah lupa memakai serban, sedangkan serban itu sunnah Nabi 
SAW kerana para nabi dan rasul itu sekaliannya memakai serban.
Malah ketika itu, sudah ramai pula 'ulama' yang dengan begitu berani cuba 
mempertikaikan sunnah memakai serban dan memperleceh-lecehkannya. Antara 
kata mereka, serban itu adat bangsa Arab dan Nabi SAW memakai serban sebagai 
suatu adat dari bangsa Arab.
Alasan lain yang diberikan mereka ialah tiada hadis sahih yang menyebutkan 
secara khusus mengenai pemakaian serban. Yang ada hanyalah hadis dhaif 
belaka. Begitulah antara hujah mereka.
Hanya orang-orang munafik dan yang lemah imannya sahaja yang akan banyak 
soal sebelum melakukan sesuatu perkara yang disuruh oleh agama, dan banyak 
pula alasan (yang sengaja dicari-cari!) untuk tidak mahu melakukannya.

5. Kaum wanitanya memakai jubah tebal berwarna gelap atau hampir gelap.
Warna hitam atau hampir gelap (kelabu, perang, coklat, biru kuat dsb.) 
adalah hampir sinonim dengan pakaian wanita Islam sejak zaman Nabi SAW 
hingga berakhirnya sistem khalifah di Turki pada tahun 1922 dahulu.
Sejak tamatnya sistem khalifah itu, kaum Muslimah sudah mulai didedahkan 
dengan sistem hidup cara Barat dan diberi kebebasan untuk berpakaian secara 
Barat. Kesannya, umat Islam terutama kaum Muslimah sudah mulai lupa bentuk 
sebenar pakaian mereka yang dituntut oleh Islam.
Memang Islam tidak melarang umatnya berfesyen, tetapi fesyen itu hendaklah 
selari dengan syariat dan tidak melebihi dari apa yang telah digariskan oleh 
al-Quran dan as-Sunnah. Pakailah pakaian apa bentuk pun, apa fesyen pun, apa 
warna pun, tetapi jangan melebihi had dan syarat yang ditetapkan oleh syarak 
yang mulia.
Ini berbeza dengan Pemuda Bani Tamim. Beliau gigih menggalakkan ahli-ahli 
toifahnya untuk mengikuti sunnah Nabi SAW yang telah ditinggalkan sejak 
hampir seratus tahun dahulu itu. Mereka gigih memperjuangkannya dan sanggup 
menentang arus jahiliyah yang sedang hebat melanda umat.

6. Dia dan toifahnya sangat mencintai Rasulullah SAW, para sahabat dan Ahlul 
Bait serta sangat membela mereka.
Beliau dan ahli-ahli toifahnya adalah orang yang sangat mencintai Allah 
Taala, Rasulullah SAW, Ahlul Bait dan para sahabat Radhiyallahu anhum. 
Ketika para sahabat dimaki dan dikata nista oleh golongan Syiah dan 
pro-Syiah, mereka mempertahankannya habis-habisan.
Ketika Ahlul Bait menerima cubaan dengan cara dihalau dari tanah air mereka, 
diburu-buru, dicaci nista, ditangkap lalu diseksa, malah ramai yang dibunuh 
oleh golongan Wahabi yang berkuasa di Hijaz, golongan ini secara terbuka 
membantu dan mendoakan keselamatan untuk Ahlul Bait ini.
Mereka selalu mendoakan kesejahteraan ke atas golongan ini dan membela 
seperti mereka membela ahli keluarganya yang ditimpa kesusahan, bagaikan 
mereka dengan Ahlul Bait dan sahabat Nabi SAW itu adalah adik-beradik yang 
seibu sebapa.
Selain itu, mereka juga selalu menyebut-nyebut jasa dan peninggalan para 
sahabat dan Ahlul Bait itu di hadapan orang ramai. Mereka tidak segan silu 
menyatakan terima kasih atas segala susah payah para sahabat dan Ahlul Bait 
dahulu menyebarkan Islam sehingga mereka pada hari ini turut menerima nikmat 
Islam itu. Jika tidak dengan jasa dan usaha gigih mereka itu, entah 
bagaimanalah keadaan umat di Timur ini pada hari ini.

7. Dia dan toifahnya diterima juga di bumi Khurasan.
Iaitu menjadikan beliau sebagai pemimpin mereka, dalam satu jemaah/toifah. 
Ini sangatlah aneh kerana orang-orang di Khurasan sejak zaman purba, tidak 
pernah mahu mengakui sesiapa pun orang luar sebagai pemimpin mereka. Mereka 
cuma akan tunduk kepada sesuatu kaum yang menundukkan mereka secara paksa 
iaitu, melalui ketenteraan.
Ini sangat berbeza dengan Pemuda Bani Tamim yang datang secara aman tetapi 
terus diterima oleh penduduk Khurasan sebagai ketua dan pemimpin mereka 
yakni penduduk Khurasan itu menjadi ahli-ahli toifahnya yang juga terdapat 
dan berpusat di Timur.
Mereka menerimanya secara aman, tanpa sebarang paksaan dan gigih pula 
memperjuangkan kepemimpinan beliau terhadap mereka. Ini sebenarnya merupakan 
suatu khawariqul adah yang cukup besar yang berlaku di Khurasan ketika itu. 
Hanya umat Islam yang prihatin dan telah menerima hidayah sahaja yang akan 
tahu dan mengakui hal ini.

Sekian, wassalam.
Arjuna Armada
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke