*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemuda Bani Tamim (18)
Assalamualaikum,
Kepemimpinan Pemuda Bani Tamim
1. Pemuda Bani Tamim tidak pernah bercita-cita untuk menjadi pemimpin.
Dia menjadi pemimpin bukanlah atas kemahuannya sendiri, tetapi ditunjuk oleh
Allah sendiri melalui lidah Rasulullah SAW dan tanda-tanda yang ditunjukkan
oleh Allah di langit.
Jawatan ini bukan boleh dipinta-pinta atau dibuat-buat oleh sesiapa yang
menginginkannya. Orangnya telah ditunjuk secara khusus oleh Allah dan
dididik secara khusus juga, untuk tujuan yang khusus pula.
Lagipun, memang pada awal perjuangannya, beliau sendiri tidak mengetahui
bahawa beliaulah Pemuda Bani Tamim yang diceritakan itu dan memang tidak
pernah bercita-cita untuk menjadi Pemuda Bani Tamim itu. Beliau juga tidak
menyedari bahawa perjuangannya adalah perjuangan Pemuda Bani Tamim itu.
2. Perjuangannya tidak bersifat politik atau menyertai mana-mana parti
politik.
Kerana perjuangan Pemuda Bani Tamim adalah bersifat global - bertebaran ke
seluruh dunia. Memang benar, Islam dan politik tidak dapat dipisahkan kerana
kedua-duanya tidak mempunyai garis pemisah yang jelas. Jika dipisahkan juga,
akan pincanglah salah satunya. Namun begitu, perlu diingat, politik yang ada
pada hari ini bukanlah politik cara Islam dan Islam tidak pernah mengenali
sistem politik yang sedemikian rupa.
Sistem politik yang ada hari ini adalah sistem politik ciptaan Barat dan
juga diamalkan oleh Barat. Jika sistem politik hari ini dikatakan serasi
dengan Islam, adalah mustahil Barat yang anti-Islam itu mahu mengamalkan
sistem politik yang 'dikatakan' diasaskan oleh Islam. Jelaslah bahawa sistem
politik hari ini adalah dari barat dan sistem Barat (Yahudi dan Nasrani).
Lagi pula, sistem politik Barat hari ini adalah lanjutan daripada sistem
pecah dan perintah. Pecah kerana sesebuah negara dibentuk melalui sempadan
yang dibuat berdasarkan sesuatu kaum, tanpa mengira agama.
Sistem politik hari ini juga amat terhad. Kegiatan politik hanya bersifat
kedaerahan, iaitu hanya berlegar di dalam sesebuah negara sahaja. Biar apa
nama pun sesebuah parti politik, kegiatan mereka tidak sampai ke mana. Tidak
ada cita-cita mengembangkan fahaman parti politiknya ke luar dari negaranya
biar pun mengaku mengembangkan Islam. Dan tidak akan ada keizinan untuk
sesebuah parti untuk campur tangan dalam urusan dalaman sesebuah negara
lain.
Itulah yang dikatakan sistem politik pecah dan perintah, yang diasas dan
dikembangkan oleh Barat dan diamalkan pula oleh umat Islam di dalam
negaranya sendiri. Parti-parti politik juga apabila diwujudkan, mestilah
berdaftar dengan pihak pendaftar di dalam negara berkenaan. Jika diizinkan
barulah boleh ditubuh dan digerakkan jentera parti berkenaan.
Sesebuah 'Parti Islam' hanya boleh 'berkokok' di dalam negaranya sendiri
sahaja. Jika cuba campur tangan dalam urusan negara lain atau cuba
mengembangkan pengaruhnya di negara lain, akan dibantah oleh negara yang
cuba dicampurinya itu.
Soalannya, adakah sistem politik Islam mengenal sistem yang sedemikian?
Adakah Islam hanya bersifat internal (dalaman) semata-mata? Islam perlu
didaftarkan untuk membolehkannya bergerak? Jika tidak didaftarkan, bagaimana
untuk berdakwah? Bolehkah berhenti berdakwah semata-mata dengan alasan tidak
diberi keizinan? Bukankah Islam itu tidak mengenal sempadan?
Kerana itulah, Pemuda Bani Tamim ini tidak terlibat dengan mana-mana sistem
politik atau menyertai mana-mana parti politik. Orang yang bersih jiwa dan
hatinya tidak akan menyertai mana-mana parti politik. Orang yang ahli
perjuangan tidak akan mahu melibatkan diri dalam kancah politik walau dalam
mana-mana negara pun.
Sebab itulah, pengikutnya boleh ditemui di mana-mana di seluruh dunia,
terutama di negara-negara sebelah Timur. Juga terdapat di negara sebelah
Khurasan dan di Timur Tengah. Inilah politik Islam sebenarnya, sistem
politik yang tidak mengenal sempadan negara yang diciptakan oleh orang
Yahudi itu.
3. Kepemimpinannya adalah kerajaan di hati.
Iaitu para pengikutnya dan juga orang ramai menyerahkan sepenuh hati
terhadap beliau dan pemerintahannya. Mereka memberikan sepenuh rasa
kepercayaan terhadap kepemimpinan beliau sama ada sebelum dizahirkan sebagai
Pemuda Bani Tamim, apatah lagi setelah diisytiharkan sebagai Pemuda Bani
Tamim.
Sebelum mendapat daulah pun, beliau sudah diberikan sepenuh keyakinan dan
kepercayaan untuk menjadi pemimpin mereka. Setelah mendapatkan daulah nanti,
beliau akan lebih lagi dipercayai untuk mentadbir kawasan yang lebih luas
dan besar.
Maknanya, orang ramai akan juga menyerahkan hati mereka kepada beliau untuk
ditadbir dan dididik menurut asuhan ketaqwaan sehingga hati setiap umat
Islam ketika itu akan menjadi bersih sebersih-bersihnya dan hal ini akan
menjadi sebab turunnya keampunan, rahmat dan berkat dari Allah kepada
manusia seluruhnya.
Ini juga bermakna, setelah beliau diisytiharkan nanti sebagai Pemuda Bani
Tamim, semua manusia akan mengikut kaedah latihan rohaniah yang beliau
amalkan dan mereka akan beramai-ramai beramal dengan syariat Islam. Ketika
itu, amalan Islam akan diamalkan secara terbuka dan beramai-ramai, di
mana-mana sahaja, tanpa perlu berselindung-selindung lagi dan tidak ada rasa
malu mengamalkannya.
4. Kepemimpinannya mendapat perhatian di seluruh dunia
1. Kerana hanya dia seorang yang berjaya membina toifah yang lengkap.
2. Kerana sistem yang dibawanya amat jauh daripada sistem yang sedia ada
dipakai ketika itu.
3. Kerana beliau naik sebagai pemimpin bukan dengan cara normal, tetapi
secara luar biasa, diistilahkan sebagai khawariqul 'adah.
4. Kerana keupayaannya meruntuhkan seluruh sistem Barat yang sudah tegap
dan kukuh diamalkan di seluruh dunia.
5. Mampu membaiki umat manusia dan dunia yang sudah amat tenat ketika itu
dengan pelbagai masalah yang jika secara adatnya, mustahil mampu dirobah
oleh cuma seorang yang kelihatan biasa.
6. Kerana beliau naik bukan melalui jalan politik, juga tidak melibatkan
diri dalam masalah politik dan tidak melalui undian ramai.
7. Kelayakannya untuk menjadi pemimpin manusia, dilihat amat tidak setara
dengan tahap pelajaran manusia ketika itu yang secara relatifnya adalah
tinggi dan 'maju'.
(bersambung)
Wassalam,
Arjuna Armada
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>