*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Walaupun kita telah mempelajari micro-economics dan
macro-economics, kita tidak akan jumpa dlm syllabus 3
kategori ekonomi berikut:
1. Ekonomi fardhu kifayah
2. Ekonomi komersial
3. Ekonomi strategi

Satu lagi, walaupun kita berkelulusan ekonomi,
marketing, bussiness admin ataupun accounting, namun
ramai yg tidak mampu membuat bussiness sendiri.
Senang-senang ... makan gaji ajelah (maacam saya).

Rufaqa' terkenal di seberang laut

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Syarikat pengedar barangan
kesihatan tempatan, Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd.
(Rufaqa'), kini mencipta nama di pasaran antarabangsa
selepas berjaya menarik minat pelabur asing melalui
pelbagaian bidang perniagaan.

Naib Pengarah Urusan, Chairil Anwar Ujang berkata,
Rufaqa' mungkin nama yang belum begitu dikenali di
dunia perniagaan tempatan tetapi syarikat itu telah
mengukuhkan kedudukannya di seberang laut.

Syarikat itu kini mempunyai operasi di benua Eropah,
Timur Tengah, Australia selain negara-negara di rantau
ini, katanya kepada Utusan di sini.

Rufaqa' diterajui oleh bekas pemimpin kumpulan
Al-Arqam yang diharamkan enam tahun lalu, Ashaari
Mohamad.

Rufaqa' yang bermula dengan menjual produk-produk
kesihatan, telah berjaya mempelbagaikan kegiatan dalam
pelbagai bidang perniagaan sehingga menarik minat
pelabur-pelabur asing.

Antara perniagaan yang diceburi ialah penghasilan
makanan, pasar raya, barangan herba, kedai runcit,
restoran, kafe, katering, audio video dan perkhidmatan
kesihatan.

''Di sebalik nama Rufaqa' yang membawa maksud sahabat
karib sejati, syarikat itu menggunakan konsep yang
sama untuk berjaya dan menarik penyertaan lebih ramai
golongan bumiputera di negara ini,'' kata Chairil.

Rufaqa' baru-baru ini telah mengadakan syarikat usaha
sama dengan Kumpulan Syarikat-syarikat Hawariyun
(Hawariyun) dari Indonesia dikenali sebagai Zumala
Group Sdn. Bhd. (Zumala).

Katanya, Rufaqa' akan menguasai 51 peratus kepentingan
dalam Zumala dengan Ashaari dilantik menjadi Pengerusi
Eksekutif manakala Hawariyun atau dikenali sebagai PT
Cahaya Timur Ruhama.

Berpusat di Indonesia, Hawariyun, syarikat yang
terkemuka dengan pembabitan dalam pelbagai bidang
ekonomi dan mempunyai operasi seberang laut seperti
Jerman, Jordan dan Jepun, akan menerokai peluang di
dalam dan luar negara.

Beliau berkata, banyak projek baru yang sedang dalam
perancangan dan akan dilaksanakan selepas pemeteraian
perjanjian itu termasuk mengadakan rangkaian runcit di
pusat membeli belah di seluruh negara.

Chairil menambah, Zumala juga dijangka menjadi
syarikat bumiputera pertama di negara ini melibatkan
diri dalam perniagaan penghantaran ayam siap diproses
ke rumah-rumah pelanggan.

Beliau berkata, ''projek perintis itu akan dimulakan
di Selayang, Selangor setelah ladang penternakan ayam
yang bakal menempatkan 2,000 ekor ayam siap dibina.


''Kami telah mengenal pasti kawasan untuk ladang
penternakan kira-kira 5.6 hektar di kawasan Selangor
dan turut dibantu oleh pakar-pakar dari Indonesia,''
katanya.

Selain itu, Chairil yang menyatakan ia di peringkat
perbincangan tetapi enggan mengulas lanjut, berkata,
Zumala juga kini sedang berbincang dengan salah sebuah
anak syarikat Kumpulan HICOM untuk menjadi ejen
menjual treler.

Katanya, selain mengedar telefon canggih Nokia 9110
khususnya di luar negara, pihaknya juga akan meluaskan
operasi syarikat dengan mengedar barangan Casio serta
sistem bunyi canggih di bawah jenama Sony.

''Rancangan seterusnya ialah mengadakan usaha sama
menjual aksesori kereta,'' kata Chairil yang tidak
mengulas lanjut.

Beliau berkata, Zumala juga akan membuka pasar borong
ketiganya di Kemaman, Terengganu bagi memenuhi
permintaan zon timur pada bulan depan sebelum
dikembangkan ke Kota Tinggi, Johor.

''Kami kini mempunyai pasar borong di Selayang,
Selangor dan Temerloh, Pahang,'' tambah Chairil lagi.




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke