*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum.
Ingin saya menghebahkan berita ini kepada saudara muslimin dan muslimat
sekelian. Seorang AJK PAS kawasan Ampang iaitu En. Mustaffa Kamal Md.
Sohod dan keluarganya telah menerima musibah. Jam 2.00 pagi semalam
rumah beliau telah dipecah masuk oleh sekumpulan 3 orang perompak ketika
beliau, isteri dan dua orang anak sedang tidur. Perompak tersebut telah
memotong gril dan memecah pintu rumah keluarga malang ini. Kemudian
mereka diikat dan diugut dengan senjata tajam. Waulahu'alam jumlah
kerugian yang dialami masih belum diketahui. Sebenarnya En. Mustaffa dan
keluarga baru saja berpindah ke rumah yang baru dibeli di Puncak Alam
[Jalan Mahkota Impian 1] pada bulan Ramadhan lepas. Kawasan perumahan
ini masih belum ramai penduduk lagi memandangkan ia baru saja siap. Dari
cerita isteri beliau salah seorang perompak tidak memakai topeng dan dia
dapat mengecam wajah lelaki tersebut. Kemungkinan dan dari slang Indon,
lelaki yang merompak tersebut adalah pekerja kontrak Indonesia yang
sedang menyiapkan perumahan di kawasan tersebut.
Isteri En. Mustafa iaitu Pn. Aini Sulaiman adalah pelanggan 'Hizbinet'
dan 'Muslimatnet' [e-mail : [EMAIL PROTECTED]]. Harap dipanjangkan e-mail
ini dan sama-samalah kita berdoa semoga keluarga ini diberikan kekuatan
oleh Allah. Kepada sesiapa yang mengenali keluarga ini dapatlah kiranya
luangkan sedikit masa untuk menziarahi mereka. Sesungguhnya ketika ini
mereka memerlukan sokongan kita.
Sekian, wassalam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Nor Nazariza Md Salim" <[EMAIL PROTECTED]>