*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KE MANA kau menghilang sekarang?  Dah lama aku tak nampak kelibatmu.  Kali 
terakhir aku dengar suaramu, sehari sebelum  mengundi di  TV tiga suku 
masak.  Aku  cuma dengar sesikit saja dari brendar rumahku.  Tak payah 
tengok muka kaupun,  dah tau dah,  apa yang kau akan klengtong.

Ummi, nampaknya tak sesia juga kau round satu Malaysia hari tu.  Aku tak 
sangka,  kau benar-benar hebat. Penampilan  kau di kebanyakan tempat,  
sikit-sebanyak berjaya menyumbang kepada  kemenangan calon-calon pilihanku 
(atau sekurangnya-kurangnya mengurangkan majoriti puak satu lagi tu).

Paling besar di Kedah.  Letih  Senusi Junit mengusung kau  kulu-kilir di 
serata pelusuk negeri.  Ingatkan kau bulih bagi tulung dia, tapi ini tak, 
Senusi Junit sendiri tergolek dog.  Tak kesampaian dia  nak menuai padi yang 
di tanam ateh bumbung, dia dah disuruh pergi.

Kemdian, kau tau tak? Kalaulah perlembagaan kita dipinda kepada:-

�Jemaah Menteri Kebnet,  akan dilantik dari kalangan MP-MP yang parti mereka 
  menang secara total bagi sesebuah negeri.  Contohnya, sekiranya Parti A 
menang lebih banyak kusi parlimen dari parti B  di sesebuah negeri,  maka 
tak sorangpun dari parti B dari negeri itu boleh dilantik sebagai mentri 
kebnet, walaupun parti  B itu menang secara keseluruhannya dan membentuk 
kerajaan�.

Ummi, kalau camtu,  haru satu MALAYA Ummi!  Apa taknya? Mahder dah tentu tak 
boleh jadik PM lagi sebab BN hanya dapat 7 dan PAS  8 kusi parlimen di 
Kedah.   Kalau itu macam kalu, Leman Brandy, di Wilayah Persekutuan (gelaran 
ni bukan saya kasi,  tapi Pakdin. Nak marah, marah kat dia,) out jugak.

Tak cukup  dengan Senusi  yang kau jatuhkan, Kelantan jugak nyaris kau sapu 
licin.  Nasib baik le, ramai orang asli di Gua Musang, kalau tak, tak tau 
apa nasib gurkha tu. Ewah-ewah, aku betul-betul respek kat kau,  masa di 
Kelantan hari tu.  Wah, kemain lagi kamu, siap bertudung lagi!

Kemunculan kau saban malam,  tak kira ujan ke, panas ke,  ribut ke,  di Hulu 
Kelang amat berkesan sekali.  Syabas kerana loyar buruk kau dapat membantu 
Azmin   memukul habis Pu� ad Asan..  Bukan itu saja, gara-gara kau jugalah,  
Opah Leha  terbuang dari kebnet.  Khabarnya,  dia menumpukan perhatiannya 
sebagai wakil pos sekarang!

Kami jugak yakin, klengtong kau dalam TV3 suku masak hari tu, tanpa kau 
sedari, telah banyak menterning ober,   orang Melayu dan ahli-ahli AMNO 
sendiri  supaya menolak  AMNO.  Tak ke kamu sedar, tak molek kita  bagi malu 
dan tuduh yang bukan-bukan terhadap adik-beradik kita sendiri.  Mengaibkan 
sesama Islam (apatah lagi abang sendiri) bukan budaya kita.

Seharusnya kau perlu memilih ungkapan yang lebih sopan untuk menterjemahkan 
kegundahan hati kita.  Bahasa Melayu kita kaya dengan ungkapan-ungkapan 
merdu seperti yang kita pelajari dari ibunda sejak dari kecil.

Walaupun tidak semua, tetapi aku yakin, tiga suku daripada mereka tidak 
dapat menerima kenyataan kau.   Di samping faktor-faktor luaran dan 
kelemahan AMNO itu sendiri, meletakkan kau sebagai tukang kempen hanya 
memakan diri sendiri saja.

Tahun 2004, ke mana pula sasaran kau?   Aku mintak-mintak, kau pergilah 
pulak ke  Pahang. Teringin sangat aku nak tengok,  Kalel Akop tu senasib 
ngan Sabbarudddin si tukang kasut tu.

Cakap pasal Kalel Akop ni, aku gelak besar teringat kisah masa Pahang jadi 
home SUKMA tahun 1996 dulu. Kata orang, dalam tasik Paya Bungor (venue acara 
kayak), banyak boya.  Besar-besar dan ganeh pulak tu.  Kalel dan State Gomen 
cuba nafikan.  Tapi, orang masih tak caya de.

Nak buktikan  tasik tu bebas boya,  Kalel sanggup terjun dalam tasik tu.   
Hugh, apa lagi, terkejut beruk boya-boya tu nengok Kalel.  Tapi heran ya,   
boya-boya tu tak apa-apakan pulak si  Kalel ni.  Ilmu apa dia pakai?   Puas 
aku mikirnya, apa pasai boya-boya tu,  dok respect sangat kat Kalel tu?

[Hmmm, sesapa nak tau pasai apa boya-boya tu tabik sangat kat Kalel, cuba pi 
tanya kat orang Pahang].

Last sekali Ummi, Azizan (rakan sekonspirator kau) dah tamatkan zaman 
dudanya.  Kau pulak,  bila lagi nak tamatkan zaman dara kau.  Hmmm, 
seandainya kau datang jenjalan kat Bagan satu hari nanti, careful sikit 
Ummi!.   Jika terserempak ngan Pak Din, cepat-cepat sorokkan urat keting 
kau.   Pasai apa, Pak Din ni, dia boleh tau sama ada kau masih dara atau dah 
barai  hanya dengan nengok  urat keting  kau!


Sekian,


MAWAR BERDURI
































______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke