*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yg saya baca dlm harakah,mereka ni tamat kontrak pada 31/12/1999.So tak
timbul pecat-cuma istilah tu yg digunakan oleh UM,BH dan NST.
-----Original Message-----
From: baik sokmo [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Monday, January 17, 2000 9:10 AM
To: Concorde; Adil; Anwarxtpm; Hizbi
Subject: Re: H-Net* Kenapa Isu 420 kakitangan dipecat ditimbulkan ?
walau bagaimana pun, PAS terengganu tidak sepatutnya mengambil tindakan
terlalu drastik, cu tengok TG Nik Aziz kita... !
ye laa.. sesetengah org, terutama yg narrow minded tidak dapat menerima isu
tersebut.
----- Original Message -----
From: Concorde
To: Adil ; Anwarxtpm ; Hizbi
Sent: Sunday, January 16, 2000 3:58 AM
Subject: H-Net* Kenapa Isu 420 kakitangan dipecat ditimbulkan ?
Kenapa Isu 420 kakitangan dipecat ditimbulkan ?
Pengenalan :
UPU adalah singkatan daripada Unit Perpaduan Ummah. Sebenarnya adalah
Unit Penerangan Umno. (Unit Perpaduan UMNOlah...). Nama ini ditukar kepada
'Unit Perpaduan Ummah' adalah atas dasar untuk beroperasi di Tingkat Enam
Wisma Darul Iman iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri.
Organisasi dan Operasi
Penubuhan unit ini adalah untuk melaksanakan kerja-kerja penerangan UMNO
dan mengugut dan membuat pelbagai aduan tentang orang kampung terutamanya
penyokong PAS. Kakitangan UPU ini pada awalnya mempunyai kakitangan seramai
436 orang, tetapi kemudian pada november 1999 dua orang telah dipecat,
menjadikan jumlahnya seramai 434 orang.
Elaun bagi kakitangan UPU ada berbagai peringkat. Bermula dengan RM3,800
sebulan sehingga RM400 sebulan.
Susunan pentadbiranya adalah mengikut Parlimen, DUN dan Cawangan.
Perbelanjaan keseluruhanya adalah sebanyak lebih kurang RM 283,394.00
sebulan, tidak termasuk tuntutan elauan perjalanan dan sebagainya.
Unit ini juga mempunyai seramai 69 orang kakitangan berpencen. Satu
sumber yang rapat dengan Wisma Darul Iman memaklumkan bahawa kakitangan di
ibu pejabat UPU sebenarnya tidak lagi hadir bekerja sejak 1 Disember 1999.
Ini bermakna mereka telah menyedari hakikat siapa sebenarnya mereka.
Isu 420 kakitangan dipecat.
Sehinggalah tersiar berita didalam akhbar Berita Harian bahawa mereka ini
di pecat. Berita tersebut di Tulis oleh Sdr Roslan Abdul Rahman iaitu bekas
setiausaha akhbar Wan Mokhtar dulu. Kesempatan ini diambil oleh beliau atas
rasa dendam kesumat ke atas Kerajaan PAS Terengganu.
Unit Bina Insan
Sementara penubuhan UBI (Unit Bina Insan) adalah antara lainya untuk
memulihkan masyarakat yang telah rosak akibat perbuatan UMNO. Penubuhan ini
bukan sentimen politik tetapi atas dasar kesedaraan bahawa masyarakat
Terengganu khususnya perlu diberi kesedaran dan tanggungjawab ke atas diri
dan tanggungjawab ke atas negara buka semata-mata mencari kesenangan hidup
di atas nama politik serta mengambil kesempatan kewangan negeri utnuk
kepentingan peribadi.
Sumber dari Wisma Darul Iman juga ada menyebut bahawa Kerajaan negeri
sedang mengkaji disudut undang-undang untuk mengambil tindakan keatas
Penulis serta Akhbar tersebut.
sekian, semoga dengan penjelasan ini Rakyat Terengganu dapat memahami
serba sedikit kemelut yang timbul.
Lawan tetap lawan....
Lubang cacing pun ku cari...
Awas kou Roslan.
spanar hidup........
Spanar @hotmail.com
tambahan:
Kerja2 yang dibuat oleh kakitangan UPU ini antaranya ialah membaca akbar
utusan dan berita hairan. Selepas itu gunting dan tampalkan dalam buku
skrap. Buku itu kemudian dicetak dan diberikan percuma kepada orang ramai
sebagai bahan-bahan memburukkan PAS.
<< File: ATT00013.html >>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Azaazwin Bin Abdul Aziz" <[EMAIL PROTECTED]>