*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Anak Yatim yang terkenal kerana membakar Jambatan UMNO pada tahun 1987 kini mahu 
membakar Islam pula.

Semalam dia isytiharkan mahu pisahkan POLITIK dengan ISLAM !!! 
Apa hendak jadi ???




MIN AINA ILA AINA
Oleh TUAN HAJI SUBKY ABDUL LATIF

Syabas Dato' Fadzil, pakar rujuk
Sepanjang sejarahnya sejak menyertai Parlimen dalam tahun l955, tidak pernah ahli 
Parlimen PAS dipelosokkan kepada Select Committee atau Jawatankuasa pilihan Parlimen. 
Tetapi belum sempat tiga bulan Dato' Fadzil Noor menjadi ahli Dewan Rakyat, maka dia 
dirujukkan kepada Select Committee.

"Apabila hukuman merejam sampai mati kepada penzina, dan potong tangan kepada pencuri, 
nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan," memang boleh ditafsirkan 
kata-kata mereka itu sebagai menghina Islam" 
 
 Jika sabit, maka dia boleh digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam 
bulan. 

Dato' Fadzil sendiri baru saja dilantik menjadi ahli Select Committee itu atau dia 
sajalah yang ulama dalam majlis itu. Jika berbangkit isu agama, maka boleh mengajar di 
mesyuarat itu. 

Apa salahnya ketua pembangkang itu dirujuk ke jawatankuasa itu? 

Semata-mata Presiden PAS itu menegur apa yang dirasakan boleh menyebabkan seseorang 
itu menghina Islam. 

Dalam ucapannya membahaskan titah diraja di Parlimen ketua pembangkang itu menarik 
kenyataan Perdana Menteri yang disiarkan oleh majalah Massa 14 Julai, 1992 kira-kira: 

'Apabila hukuman merejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada 
pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan." 

Kata-kata seperti itu, kata Dato' Fadzil, '....sebagai menghina Islam.' 

Maka bangkitlah beberapa orang panglima Barisan Nasional yang beragama Islam membantah 
dan menuntut supaya Dato' Fadzil menarik balik cakap-cakapnya tetapi beliau enggan. 

Mereka berbuat demikian kerana kononnya Dato' Fadzil menuduh Dr. Mahathir menghina 
Islam sedang bagi mereka Dr. Mahathir tidak sekali-kali menghina Islam. 

Apabila Dato' Fadzil bertegas, mereka pun berkeras, maka Muhamad Sabu mencelah supaya 
ketua pembangkang itu dirujukkan ke Select Committee. Timbalan Speaker bukan Islam 
yang memimpin sidang ketika itu pun bersetuju. 

Dato' Fadzil dipercayai tidak menuding sesiapa, tetapi mentafsirkan dengan cakap-cakap 
seperti di atas tadi sabit menghina Islam. 

Pakar rujuk yang terkenal, mantan mufti Sabah, Dato' Said Ibrahim, dalam ulasannya 
berkata, 'Tafsiran Presiden Pas itu adalah suatu tafsiran yang kesahihannya tidak 
boleh dipertikai oleh sesiapa pun, dan wajib diterima oleh seluruh orang Islam dan 
orang-orang yang beriman. 

"Kerana merejam batu sampai mati kepada penzina dan hukuman potong tangan kepada 
pencuri adalah hukuman Allah yang disebutkan nasnya dalam Quran dan Hadis." 

Berkata lagi pakar rujuk, 'Oleh itu, sesiapa saja yang mengkatakan: "Apabila hukuman 
merejam sampai mati kepada penzina, dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah 
rakyat Islam yang mati dan kudung tangan," memang boleh ditafsirkan kata-kata mereka 
itu sebagai menghina Islam. 

'Dan tidak ada sebab Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional meminta Presiden Pas Dato' 
Fadzil menarik balik kata-katanya itu, malah sesiapa yang berkata demikian boleh 
ditafsirkan kepada empat tafsiran lagi, katanya. 

Pertama mengejek, memperolok sendakan hukuman Allah. Tafsiran ini adalah merujuk 
kepada firman-firman Allah: 

1. Surah Al-Baqarah ayat l5, 

2. Surah An'am ayat 5 dan 10, 

3. Surah Al-Baqarah ayat 231, dan 

4. Surah Al-Kahfi ayat 106. 

Kedua engkar kepada hukum Allah: 

1. Surah An-Nisa' surah 136, 

2. Surah Al-Maidah ayat 5, 

3. Surah Al-Rum ayat 30, 

4. Surah Al-Haj ayat 102 dan 

5. Surah Muhammad ayat 9 dan 10. 

Ketiga Mendusta ayat-ayat Allah: 

1. Surah Al-Baqarah ayat 39, 

2. Surah Ali Imran ayat 11, 

3. Surah Al-Maidah ayat 10, 

4. Surah Al-An'am ayat 39 dan 49 dan 

5. Surah Al-A'raf ayat 39 dan 40. 

Keempat mendustakan hukum Allah dalam Quran: 

1. Surah Annur ayat 2 dan 

2. Surah Al-Maidah ayat 38. 

Kesimpulannya Dato' Haji Said Ibrahim mengingatkan supaya jangan ikut hawa nafsu 
mereka yang mendustakan ayat Allah seperti yang disebut dalam Surah An'am ayat 10. 

Dato' Haji Said membuat keterangan itu bersandarkan kepada tafsiran mufasirin didalam 
kitab tafsirnya Al-Khazan dan Al- Baghawi. 

Saya kira bekas mufti itu tidak ada apa-apa kepentingan selain dari menyampaikan 
ingatannya kepada orang-orang yang beriman dalam dan luar kerajaan supaya tidak 
tersasul dalam kenyataan, perbuatan dan pendirian. 

Semua keterlanjuran baik menghina, mengejek atau mempersenda, engkar dan mendustakan 
ayat dan hukum Allah boleh menyebabkan seseorang itu murtad, suatu kecelakaan yang 
tidak terperi yang dihadapi oleh orang-orang yang beriman. 

Justeru itu teguran yang dibuat oleh Dato' Fadzil di parlimen tidak keterlaluan. Ia 
sekadar satu ingatan kepada orang-orang politik berparti betapa Allah, Islam, Al-Quran 
dan segala suruhannya tidak boleh dipermudah. 

Teguran Dato' Fadzil itu selalu didengar di surau dan masjid. Sesiapa yang selalu 
mengikuti pengajian di masjid dan surau biasa mendengar ingatan dari Tok Guru. 

Sebagai orang yang ada autoriti dalam ilmu Islam, pemimpin PAS itu kerap menyampaikan 
sendiri ingatan seperti itu di mana-mana surau dia mengajar. 

Tetapi kali ini Dato' Fadzil menyampaikan sendiri ingatan itu di Parlimen dan 
kebetulan ramai orang yang ke Parlimen tidak pernah ke surau dan ke masjid. Justeru 
itu ramai yang terperanjat dan terasa asing dengan ingatan itu. 

Sepatutnya orang-orang Islam yang menjadi ahli dewan mendengar dan menilai ingatan itu 
sekalipun mereka bertanggungjawab terhadap kerajaan dan ketua mereka. Kalau mahu 
gelojoh pun biarlah bertempat. 

Mereka tidak salah menegur Dato' Fadzil ketika beliau bertindak keluar Dewan kerana 
mempertikai kuasa Perdana Menteri sementara memanggil sidang angkat sumpah dulu. Bijak 
atau tidak bantahan mereka atas langkah ketua pembangkang itu akan dinilai orang, 
tetapi mereka sudah menyatakan pendiriannya. 

Tetapi dalam teguran mengenai penghinaan Islam bagai yang dilaporkan oleh Massa itu 
tidak kurang martabad mereka sebagai ahli Parlimen jika mereka tidak melenting atau 
tidak hilang kasih mereka kepada parti yang mereka wakili jika mereka diam saja. 

Sekarang mereka telah membawa beliau ke Select Committee. Ia memungkin laporan yang 
menghina Islam itu dibincang. Ia adalah pelung untuk menjelaskan lagi keterlanjuran 
itu. Tetapi orang-orang yang menempelak ingatan ketua pembangkang itu bagaimana? 

Dato' Fadzil telah menjalankan tugasnya dan dia bersedia menerima risiko menyatakan 
kebenaran. Tetapi bagaimana mereka yang mempertahankan kenyataan yang memperolok 
hukum? Mereka wajar bertemu Mufti di negeri masing-masing untuk meminta nasihat. 
Jangan tanya Hamid Othman dan Yusuf Noor. 

 

  
.



Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imran Daud" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke