*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.parti-pas.org


KENYATAAN MEDIA
                    YB. DATO� FADZIL MOHD. NOOR
         PRESIDEN PAS DAN KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN
                              MALAYSIA

                           28 FEBRUARI 2000

        HENTIKAN DISKRIMINASI DALAM KEGIATAN MAHASISWA


      Barisan alternatif sentiasa memandang serius dalam setiap
      permasalahan yang berkaitan dengan ketidakadilan dalam masyarakat.
      Sepanjang pemantauan kami, isu kezaliman. ketidakadilan dan pelbagai
      krisis yang melibatkan double standard atau diskriminiasi pihak kerajaan
      terhadap hak-hak rakyat sangat berleluasa dan melampau.

      Kita dapat melihat dalam isu yang terdekat bagaimana sikap buruk
      diskriminasi sektor kerajaan di pusat-pusat pengajian tinggi turut
      terserlah dan sangat memalukan.  Tabiat diskriminasi UMNO/BN yang
      ketara dalam pilihanraya lepas telah terbawa-bawa di dalam kampus
      dan seolah-olah sudah menjadi amalan di sesetengah pusat pengajian
      tinggi.  Kini mangsanya adalah mahasiswa/i yang baru hendak mengenal
      erti berorganisasi, beraktiviti dan membina karisma diri dalam
      kepimpinan.

      Isu yang berlaku di kampus UTM Skudai berhubung pembatalan Program
      Ekspo Kebudayaan Tiounghwa bersempena dengan Tahun Baru Cina di
      alaf baru oleh pihak HEP sangat merisaukan saya.  Ia berlaku
      seolah-olah budaya jahat UMNO/BN telah meresap ke pusat-pusat
      pengajian tinggi.  Ia muncul dalam rupa bentuk birokrasi (red tape) ,
      sikap diskriminasi dan pertikaian remeh terhadap idea-idea mahasiswa
      dalam kelangsungan menjayakan aktiviti.  Tekanan yang dikenakan
      terhadap pergerakkan mahasiswa dalam menjayakan aktiviti nampaknya
      seperti mahu membunuh proses pertumbuhan kematangan mahasiswa.

      Suatu pertimbangan yang rasional dengan mematuhi Dasar-dasar
      Kebudayaan Nasional dan hak-hak mahasiswa dalam beraktiviti telah
      gagal disempurnakan oleh pihak pentadbiran Hal Ehwal Pelajar.
      Tekanan dan halangan yang dikenakan terhadap golongan intelek mirip
      seperti hak-hak rakyat marhain yang dinafikan oleh kerajaan
      UMNO/BN.  Saya melihat bahawa ia sebagai satu budaya yang
      menjejas pembentukan masa depan generasi pelapis.  Dari perspektif
      yang lain, saya juga hairan mengapa masih terdapat pihak pentadbiran
      universiti yang masih kabur dalam isu menghormati hak-hak berbilang
      kaum di Malaysia.

      Untuk menjamin supaya tidak akan lagi beriaku kerenah birokrasi,
      diskriminasi dan lain-lain penyelewengan yang melibatkan hak
      mahasiswa, saya menyeru di pihak Kementrian Pendidikan supaya
      melihat permasalahan aktiviti mahasiswa secara lebih gigih dan serius
      serta sedia menerima pandangan dari semua pihak.  Saya menuntut
      supaya:

        1.Kementerian Pendidikan perlu membuat semakan semula terhadap
           beberapa hak mahasiswa dalam beraktiviti yang selama ini telah
           dinafikan sekaligus memansuhkan mana-mana peraturan yang
           membawa kerugian kepada mahasiswa.

        2.Kementerian Pendidikan perlu menyusun semula
           peraturan-peraturan yang melibatkan mahasiswa berpandukan
           sistem keadilan yang tertinggi dan bukan hanya merujuk kepada
           kehendak selera pemimpin UMNO/BN.

        3.Kementerian Pendidikan menggesa pihak-pihak pentadbiran
           institusi pengajian tinggi amnya dan HEP khasnya supaya tidak
           lagi mengamalkan birokrasi keterlaluan yang hanya menekan dan
           menyusahkan mahasiswa.

        4.Membuktikan bahawa Kementrian Pendidikan sangat serius dalam
           perkara ini dengan mengembalikan hak mahasiswa kaum
           Tiouonghwa dan badan pertubuhan mahasiswa terbesar, Majiis
           Perwakilan Mahasiswa (MPM) UTM dengan membenarkan mereka
           meneruskan aktiviti sebagaimana yang telah dirancang.

      BA akan memantau masalah ini secara serius kerana ia berkaitan
      dengan kemaslahatan rakyat berbilang kaum di negara ini.  BA juga
      akan sentiasa menghitung sejauh mana kebenaran dan kesungguhan
      pemgimplementasian pihak kerajaan UMNO/BN dalam menghormati
      hak-hak berbilang kaum di negara ini.  Adakah ia hanya berupa
      percakapan mengikut sedap mulut pemimpin mereka sewaktu
      pilihanraya atau hanya semata-mata tuduhan palsu terhadap BA yang
      kononnya BA akan membawa perpecahan di antara kaum. Jika kerajaan
      BN tidak mampu menyelesaikan masalah ini, kita berharap mereka
      menyedari kelemahan ini dan bergabung tenaga dengan parti-parti
      alternatif serta NGO.

      Sekian.


      DATO' HAJI FADZIL MOHD.  NOOR
      Presiden PAS dan Ketua Pembangkang


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Aimi Diyana" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke