*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ucapan YB Dato� Ust Fadzil Mohd Noor (Ketua Pembangkang)
Membahaskan Pembentangan Belanjawan 2000
Di Sidang Parlimen Pada 28 Februari 2000
Tuan Yang DiPertua,
1.Rang Undang-undang Perbekalan 2000 yang pertama kali dibentangkan
pada 29 Oktober 1999 yang lalu, telah pun dibentangkan semula pada hari
Jumaat yang lalu bersamaan 25 Februari 2000. Pembentangan ini telah
menjadi perlu akibat Parlimen yang telah dibubarkan pada 11 November
1999 ketika Rang Undang-undang Perbekalan ini sedang dibahaskan
sekaligus membuktikan tahap kepekaan dan keprihatinan kerajaan Barisan
Nasional terhadap pertanggungjawabannya akan salah satu tugasnya yang
penting dan kritikal dalam pengurusan ekonomi dan pembangunan negara.
Apa yang menyedihkan lagi bahkan menghilangkan lagi kepercayaan rakyat
terhadap kerajaan Barisan Nasional adalah pembentangan yang kedua yang
diharap-harapkan rakyat akan dapat memberikan suntikan kepercayaan dan
keyakinan terhadap pengurusan kewangan dan pembangunan negara adalah
jauh tersasar dari pengharapan rakyat teramai dan cukup meleset dari segi
mendepani cabaran dan permasalahan sebenar yang dihadapi ekonomi
negara.
2.Menteri Kewangan nampaknya lebih selesa untuk mengisytiharkan bahawa
�ekonomi telah pulih�, sementara tidak benar-benar menjelaskan erti
pemulihan dari seluruh indeks pemulihan, dan lebih jauh lagi untuk
mengiktiraf apakah faktor faktor kritikal yang menyebabkan ekonomi yang
dibanggakan seluruh negara Asia (khususnya Malaysia sendiri) yang
mendapat jolokan Keajaiban Asia atau the �Asia Miracle� dengan izin,
merudum dalam sekerdipan mata pada pertengahan Julai 1997 yang lalu.
Pengiktirafan faktor faktor pencetusnya adalah penting supaya kita dapat
mengelakkan keruntuhan yang kedua, sekaligus mengelakkan pengurusan
ekonomi negara diurus seperti yang dilakukan pra-merudum dalam zaman
mewah atau dengan izin �in the era of boom�. Beberapa pengajaran juga
adalah penting untuk dirakamkan oleh kerajaan seperti bagaimana kerajaan
telah kehilangan lebih dari RM 9 bilion dalam dua minggu dalam usaha kita
untuk mempertahankan ringgit yang merudum ketika itu.
3.Tidak siapa pun yang boleh mengenalpasti aliran keluar-masuk modal
terutama dalam orde ekonomi global (seperti yang diakui sendiri oleh
pakar
pakar ekonomi), khususnya pelaburan yang bersifat jangka-pendek,
hedge-fund atau portfolio investment. Jangan mudah mudah berbangga
bahawa oleh kerana langkah bijak kita, kawalan modal kita atau usaha
kita,
maka ekonomi pulih. Sepertimana mereka keluar berbondong bondong
dahulu (capital flight), tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh ulangi
perbuatan yang sama terutama kalau berlaku sekali lagi contohnya ekonomi
menjadi semakin rapuh dan nilai hartanah menjadi tidak menasabah,
ekonomi membelon dan meruap serta tanggungan hutang berlebihan akibat
pinjaman pihak awam dan swasta dalam dan luar negara. Juga oleh akibat
salah laku perbuatan sumbang kerajaan dengan beberapa tokoh korporat
yang mengamalkan kapitalisme kroni (crony capitalism), rasuah dan
nepotisme dalam melaksanakan program penswastaan dan konsep �Malaysia
Incorporated�.
Tuan Yang DiPertua,
4.Kerajaan seolah-olah tidak terdesak untuk memikirkan strategi yang lebih
bersifat intergrated dan jangka-panjang untuk menjamin masa depan
negara dan kesejahteraan rakyat setelah ekonomi terjerumus ke dalam
kegawatan dan krisis yang paling teruk pernah dialami oleh negara.
Jelasnya, Menteri Kewangan langsung tidak memberi apa apa ulasan yang
bertanggungjawab dalam isu isu penting seperti:
a.peningkatan hutang negara yang mencecah 60% dari KNK.
b.keperluan untuk membersihkan sektor kewangan dan
pengurusan korporat negara.
c.meningkatkan kesesuaian polisi fiskal dan monetari
d.keperluan langkah-langkah serius, berhemat dan konsisten
untuk memenuhi keperluan asas seperti perumahan, kesihatan
dan pendidikan serta mengatasi kesengsaraan rakyat teramai.
e.penyelesaian peningkatan kos sara hidup dan peningkatan
kualiti hidup rakyat teramai terutama dalam sektor pertanian
dan perikanan.
Tuan Yang DiPertua,
5.Belanjawan ini juga, walaupun telah diberi sedikit masa untuk
ditimbang-semula, tidak menunjukkan bahawa kerajaan memiliki satu
kesungguhan politik (political will, dengan izin) untuk mencari sebarang
cara
penjimatan perbelanjaan sebagai cara untuk mengurangkan kos hutang
negara yang kian meningkat. Segala kelemahan Belanjawan bulan Oktober
yang lalu, sepatutnya telah diambil kira dan peruntukan-peruntukan
sewajarnya dikemukakan untuk pertimbangan Dewan yang mulia ini pada
persidangan kali ini. Sebahagian besar tumpuan belanjawan adalah tertumpu
kepada kepentingan golongan korporat khususnya dalam sektor perbankan,
brokerage, insuran dan hartanah.
6.Alhamdulillah, dengan desakan Barisan Alternatif bahawa Kerajaan perlu
memberi perhatian kepada golongan rakyat yang tertekan maka Kerajaan
telah mencadangkan kenaikan pencen dan menambahkan peruntukan
biasiswa dan pinjaman kepada pelajar pelajar IPTA dan IPTS. Yang ini kita
boleh sokong. Namun kalau BA yang memerintah kita akan tangani bukan
dengan cara untuk menaikkan pinjaman semata-mata kerana ini tidak akan
menyelesaikan masalah mereka jangka-panjang kerana mereka awal-awal
lagi telah disibukkan dengan hidup berhutang. Pendekatan kami pastinya
adalah berbeza kerana kita menganggap pendidikan bukan satu industri
untuk diperniagakan secara komersial. Ia adalah satu hak rakyat teramai
yang mesti dibekalkan dan dijamin oleh kerajaan, terutama oleh sebuah
kerajaan yang memang mengurus sebuah negara yang cukup kaya dan
boleh menjalankan projek projek mega-mewah. Tetapi apabila sampai
kepada perkara keperluan asasi rakyat seperti pendidikan, perumahan dan
kesihatan menjadi tidak ada wang dan dana. Tapi peruntukan dana untuk
Danaharta dan Danamodal untuk menyelamatkan korporat dan syarikat
syarikat gergasi yang sakit dan nazak ada.
7.Belanjawan kali ini juga menganggap seolah-olah rakyat teramai khususnya
dalam sektor pertanian dan perikanan langsung tidak wujud (like they don�
t
exist) dengan izin. Mereka tidak dibela. Sebagai contohnya, harga minyak
kelapa sawit pernah mencecah RM2500 setan dalam bulan Mei 1998, akan
tetapi oleh sebab cuaca, tanaman berlebihan serta pasaran global bagi
minyak dan lemak (oil and fats) yang telah merosot hinggakan kontrak 3
bulan bagi bulan Mei 2000 jatuh kepada hanya RM 1000 se-tan. Tambahan
pula kerajaan India telah bercadang untuk menaikkan duti atas minyak
kelapa sawit mentah (crude) dari 16.5% kepada 38.5%. Memandangkan
India merupakan pengimpot terbesar (dalam 2 tahun kebelekangan ini) maka
impaknya tidak boleh diperkecilkan dari dua aspek
a.kemerosotan pendapatan pekebun-pekebun kecil
b.Kemerosotan kepada pendapatan ekspot (export earnings)
negara.
Tuan Yang DiPertua,
8.Bukankah ia merupakan satu perkara yang terlalu �simplistic� atau
percakapan terlalu bermudah untuk Menteri Kewangan apabila beliau
menyatakan bahawa � clearly, the economy has recovered and the financial
crisis has ended� dengan hanya menyandarkan hujahnya kepada fakta KNK
yang tumbuh sebanyak 10.6% dalam suku tahun keempat tahun lepas
1999. Kami merasakan adalah terlalu awal bagi kita mengisytiharkan bahawa
kegawatan telah tamat. Bahkan apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan
adalah untuk meningkatkan pengurusan kewangan dan ekonomi yang lebih
pruden dan bijak bagi mengawasi keadaan yang masih �fragile� atau rapuh
untuk meletakkan ekonomi ke atas landasan yang lebih kukuh. Kita katakan
sedemikian dengan landasan hujah seperti berikut:
a.Kita perlu diingatkan bahawa kenaikan KNK sebanyak 10.6%
dalam suku akhir 1999 adalah hasil terutamanya dari lebihan
dagangan pada akaun semasa yang diluar jangkaan. Tidak ada
bukti-bukti yang kukuh yang dapat meyakinkan kita bahawa
fenomena ini akan berterusan memandangkan bahawa.
b.Lebih dari 60% nilai ekspot adalah berbentuk elektrik dan
elektronik teruatamnya separa-klonduktor dan
kelengkapan/peralatan elektronik yang memang mengdapai
permintaan yang bersifat berkitar atau bermusim denagn izin
�cyclical�.
c.Kejatuhan harga minyak kelapa sawit.
d.Permintaan atau demand dari rakan rakan dagangan dari
Timur-Tengah mungkin merosot disebabkan kenaikan harga
minyak petroleum.
Tuan Yang DiPertua,
9.Ekonomi Negara tidak boleh bergantung hanya kepada ekspot dan
perbelanjaan kerajaan. Jika kita ingin mencapai perkembangan ekonomi yang
beerusan kita juga perlu prlu menentukan wujudnya permintaan dalam
negara yang berterusan atau �self-sustaining domestic demands� dengan
izin. Setakat ini tidak ada angka-angka kukuh yang menunjukkan bahawa
penggunaan swasta atau �private consumption� sudah pulih. Ini amat
penting memandangkan bahawa perbelanjaan penggunaan swasta
mempunyai peratus sumbangan yang agak besar dalam KNK. Malahan
Laporan Ekonomi 1999/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan
menegaskan bahawa �permintaan dalam Negeri� atau �domestic demand�
adalah penentuan perkembangan (growth driver dengan izin) bagi tahun
2000. Domestic demand ini juga dijangka mendapat galakan dari
penggunaan swasta yang makin kukuh serta pemulihan kepada pelaburan
sektor swasta. Perkara ini perlu difahami sebelu kita dapat menyaksikan
pemulihan yang berterusan dan kukuh.
Tuan Yang DiPertua,
10.Bagaimanakah pelaburan sektor swasta boleh pulih dan dipertingkatkan
semula apabila:
a.Masih terdapat unutilised capacity
b.Sentimen pengguna yang belum lagi meyakinkan
c.Bank yang maseh enggan mengeluarkan pinjaman baru
Di sini kita perlu mengambil perhatian baahwa perangkaan dari MIDA
menunjukkan bahawa jumlah permohonan untuk pelaburan baru dari
kedua-dua sumber yakni asing dan tempatan tealh jatuh sebanyak
26% kepada RM 14 bilion ( berbanding dengan tahun 1997 yang
mencatatkan lebih dari RM 30 bilion.
11.Berdasarkan susut nilai ringgit yang berlaku sejak tahun 1998 dan juga
berbanding dengan Thailand yang jauh lebih teruk dilanda kegawatan maka
pencapaian kita adalah membimbangkan sekaligus membayangkan keyakinan
pelabur terhadap ekonomi negara kita. Thailand mencatatkan perlaburan
melebihi 11% daripada tahap yang terdapat pada tahun 1998. Mereka tidak
mengenakan kawalan modal tetapi menggunkan beberapa �serious reform�
yang nampaknya berkesan untuk mengundang pelaburan baru.
Persoalan yang timbul ialah :
Darimanakah punca atau sumber Perkembangan Ekonomi pada masa
hadapan?? Apakah keyakinan Perdana Menteri yang menyebabkan
beliau yakin kepada pertubuhan seperti era pra-gawat pada kadar 8%
secara berterusan ??
Tuan Yang DiPertua,
12.Perlu juga fahami bahawa lebihan perdangan (trade surplus) YANG SEDANG
KITA NIKMATI ADALAH KERANA BERPUCA DARI NILAI RINGGIT YANG RENDAH
ATAU LEMAH.
Dan perbelanjaan dalam negeri (domestic demand) yang diwujudkan
melalui perbelanjaan defisit yang besar.
KITA PERLU TAHU BAHAWA STRATEGI INI HANYA BOLEH DILAKUKAN
DALAM SATU JANGKA WAKTU YANG SINGKAT ATAU UNTUK
JANGKA-PENDEK SAHAJA dan juga terhad !!
13.Strategi ini kalau hendak diteruskan lama-kelamaan akan pastinya
menimbulkan masalah seperti:
a.tekanan inflasi
b.pemulihan dalam negeri akan meningkatkan dan menggalakkan
impot
c.kenaikan akan menguncupkan lebihan dagangan (reduce trade
surplus)
d.kemasukan dana asing yang akan berkurangan
e.perkembangan ekonomi yang lebih susah utuk diteruskan
Jelasnya bahawa kalau benar benar ekonomi sudah bertambah baik
,pastinya kerajaan tidak perlu untuk memperuntukkan perbelanjaan
defisit yang begitu besar bagi tujuan menggalakkan pertumbuhan
ekonomi. Belanjawan defisit adalah berbelanja kalaupn tidak
berupaya. Tak bolehlah lama lama..runtuh juga akhirnya !!
14.Menteri Kewangan jug ada menarik perhatian Dewan kepada Bursa Saham
KL dan mmenyatakan bahawa prestasi yang ditunjukkan oleh Bursa Saham
itu menggambarkan keyakinan pelabur asing.
Perlu dijelaskan di sini bahawa menurut laporan ekonomi, prestasi
BSKL pada akhir September 1998 menunjukkan peningkatan 80.8%
dari 373.52 mata kepada 675.45 mata. Ini tidak ada kena mengena
dengan awalan modal oleh kerana negara negara jiran yang tidak
menggunakan kawalan modal juga mencatat prestasi yang sama atau
lebih baik dari BSKL seperti Jakarta 98.4%, Singapura 92.8%, Filipina
66/4% Thailand 53.5 % dan Korea Selatan 169.5%.
15.Pelabur asing hanya mula kembali ke BSKL pada awal Disember 1999 pada
peringkat kecil-kecilan selepas Standard & Poors menaikkan Malaysian
Sovereign Ratings dalam bulan Novemver 1999. Tambahan pula kelonggaran
pada kawalan modal atas pelaburan portfolio telah membuka jalan bagi
Malaysia dimasukkan kembali kealam Indeks MSCI. Inilah fakta utama bagi
komposit BSKL turut melonjak ke
768.74 mata pada 13-12-1999.
815.80 mata pada 05-01-2000 (naik 6%)
949.62 mata pada 18-01-2000 (naik 16%)
1009.53 mata pada 24-02-2000 (naik 6.3%)
16.Pelabur asing juga memeasukki BSKl dengan kepercayaan bahawa nilai
ringgit yang terlalu rendaj akan dinilai semula oleh kerajaan. Sekaligus
ini
akan membawa keuntungan yang besar bagi mereka atas sebab keuntungan
pertukaran asing.
Kita juga memerhatikan bahawa dalam minggu kedua bukan ini sahaja
sebanyak RM 1.5 bilion portfolio funds telah masuk. Dalam tahun ini
sahaja sejumlah RM5.3 bilion telah masuk.
Perkara tersebut sapatutnya membingkan kita kerana ianya boleh
membawa kepada satu lagi �market crash� � keruntuhan pasaran
seperti yang dinyatakan oleh pihak MIER Malaysian Institute of
Ecnomic Research seprti tersiar oleh Dow Jones Newswire pada 8
Februari 2000.
17.MIER membuat teguran ini supaya perkara ini diawasi oleh kerajaan. Kalau
tidak kawalan Modal kerajaan tidak bermakna. Apa yang menjadikan kami di
pihak Barisan Alternatif cukup hairan ialah Menteri Kewangan seolah-olah
tidak mengambil pusing langsung mengenai perkara ini dan tidak
menyinggung langsung perkata tersebut. Kita tidak boleh lagi menafi
rakyat
dn jug Dewan yang mulia akan perkara perkara seumpama ini. Kita hidup
dalam Era Maklumat yang membudayakan ketelusan fakta dan maklumat.
18.MIER menegaskan lagi seolah-olah kita belajar dari pengalaman kita yang
lalu..� It appears we have not learned our lesson�.. seolah olah kita
belajar
dari pelajran yang lalu.
Saya maseh teringat satu ungkapan : Manusia bijak belajar dari
kesilapan orang lain..manusia lemah akal bealjar dari kesilapan
sendiri�..Genius learned from the mistakes of others..Fools learned
from the mistakes of themselves�..dengan izin. Tapi kita ini Ynag
Dipertua tak belajar hatta dari kelemahan kita sendiri..teruk sangat
dari manusia manusia dungu ke kita ini�.Hadis RasulAlla ada
menyebutkan �.la yal daghul mukmin fi juhri maratain� terjemahan�.
19.Satu lagi perkara Tun Yang DiPertua, pasaan saham yang naik mendadak
akan mambawa kepada kecelaruan dengan izin �distortion� kepada nilai
nilai
syarikat-syarikat tersenarai hinggakan syarikat yang terletak dibawah
perlindungan mahkamah iaitu S175 pun menikmati kenaikan harga saham.
MIER turut mencadangkan supaya menggantikan cukai keluar dengan
izin �exit taxs� dengan capital gain tax atas semua penjualan saham
(lokal dan luar) sebagai suatu langkah-langkah berjaga-jaga dan
enghindar kegiatan spekulatif.
Tun Yang Di Pertua,
20.Aneh dalam Belanjawan Ulangan kali ini tiba tiba Menteri Kewangan cukup
ghairah dengan K-ekonomi. Dengan izin memetik akta-katanya,
� kini, sudah sampai masanya kita bertindak berani mengubah
paradigma daripada ekonoi berteraskan pengeluaran (P-ekonomi)
kepada ekonomi berteraskan pengetahuan (K-ekonomi) selaras
dengan usaha usaha negara untuk memesatkan pembangunan
industri berteknologi tinggi� (muka surat 30)
Kata beliau lagi:
�Satu kumpulan pemikir atau atau dengan izin Think-Tank telah
ditubuhkan untuk menyediakan pelan tindakan startegik bagi
membolehkan kita merancang dalam menghadapi cabaran ini.. (muka
surat 30) .
21.Di muka 31 juga ada disebutkan bahawa sebuah Jawatankuasa pemandu
telah ditubuhkan di Kementerian Kewangan dan tindakan-tindakan sedang
diambil bagi menyediakan Pelan Induk K-ekonomi. Pelan ini kata belaiu
dijangka siap dalam tempoh enam bulan.
Tuan Yang Di Pertua,
22.Saya dan rakan rakan Alternatif dengan in merakamkan kekecewan dan
kehilangan kepercayaan kami akan keupayaan kerajaan BN yang
terang-terangan mahu memperbodohkan rakyat. Rakyat tidak mudah
didodoikan dengan bahasa dan istilah yang tinggi dan bombastik kerana ini
dunia maklumat dimama pengetahuan dan ilmu dihujung jari. Kita sedar apa
erti peralihan dasar dan fasa era industri yang telah beralih kepada era
maklumat. Dulunya memang industri tahap awal adalah berdasarkan �labour
dan resource intensive�. K-ekonomi adalah era fasa perdangan dalam dunia
IT yang menjadikan Maklumat sebagai barang komoditi perniagaan yang
lebih penting dari bahan mentah, tenaga, atau sumber yang lain. Kita juga
sedar betapa infrastruktur teknologi tinggi ini juga memerlukan tulang
belakang yang hebat sehebat apa yang dibekalkan sebanyak 10 gegabit
kelajuan dan kepantasan yang dipasang di MSC utk kegiatan K-ekonomi
atau e-commerce. Itu semua tidak jadi masalah. Tapi yang menjadi
pertikaian Tuan Yang di Pertua ialah :
a.Dalam haru biru riuh dan rendah tentang seluruh kampung dan
dunia menjaja MSC ini anehnya kenapa kah asas dan
perancangan yang paling fundamental dalam menjalankan
e-commerce ini baru difikirkan dan mungkin siap dalam 6 bulan
lagi. Selama ini kita anggap buat MSC ini untuk apa?.
b.Dengan ini seolah-olah kerajaan BN MENGESAHKAN tuduhan
pihak BA bahawa MSC telah beralih dari sepatutnya menjadi
industri yang membekalkan sektor perkhidmatan yang
tercanggih kepada hanya agenda memperkayakan golongan
tertentu dengan kontraks berbilion ringgit sekaligus menjadi ia
industri hartanah dan construction yang paling mega secara
penswastaan. Saya juga difahamkan bahawa sewaan nya juga
adalah maha tinggi. Kalau dulu syarikat menyewa RM 1 sekaki
persegi tapi di MSC menjadi RM 3-4 kai persegi. Kalau di KLCC
menjad RM 6-8 kaki persegi.
c.Saya ingin menarik program GEMESIS di United Kingdom
seumpama MSC, tetapi menekan aspek aspek pembangunan
komuniti, pendidikan, kesihatan dan yag penting keamslahan
masyarakat teramai atau public good atau maslahah �ammah.
Perbelanjaannya pun tidak terlalu mewah dan bermulanya
GEMESIS seperti di Silikon Valley dari pusat universiti. Tapi
MSC jauh berbeza. Ia satu industri hartanah atau
construction. Dan hingga kini kita belum nampak bagaimana
rakyat umumnya akan dapat mengambl menafaatkan dari
kecanggihan teknologi tinggi ini
d.K-ekonomi bukan perkara baru bahkan telah disebutkan oleh
Fritz Machlup pada tahun 1962 lagi dan Drucker menulis
tentang dalam bikunya the Age of Discontinuity pada tahun
1969 dan Managing the future 1992. Hairannya kerajaan BN
apabila telah betahun bercakap mengenai konwledge-based
economy, knowledge workers an knowledge-based business
baru nak tubuh Jawatankuasa dan akan siap pelan 6 bulan lagi
e.Terbesar dari semua ini adalah falsafah disebalik k-ekonomi.
Tersirat dalam segala ini, adalah andaian bahawa mereka atau
negara yang hendak bersama dalam liga dunia ini perlu faham
bahawa mereka mestinya mendukung Ketelusan dan
pertanggungjawaban. Mereka juga sekaligus golongan yang
memartabatkan Ilmu dan Maklumat sebagai satu yang menjadi
milik ramai dan bersedia untuk berkongsi. Mereka juag perlu
mengangkat kekangan dalam bentuk legislation seperti yang
kita lihat pergolakan dalam perniagaan antarabangsa dalam erti
akta GATT dan WTO dan segala yang lain. Di rumah kita sendiri
yang perlu kita budayakan dahulu mengangkat kekangan dan
sekatan yang tidak demokratik dan menafikan hak asasi rakyat
seperti akta akta drakonian seperti OSA, ISA, AUKU, Akta
Hasutan dan seumpamanya. Kesemua ini adalah mustahak
untuk kita fahami dahulu seperti mana juga kita perlu tahu
tuntutan melahirkan software infrastruktur di segi pemikiran,
budaya dan nilai, iaitu Human Resource Developemntya itu
sendiri. Bukan hanya Hardwarenya sahaja yang jelas telah
memperkaya rayakan golongan tertentu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Aimi Diyana" <[EMAIL PROTECTED]>