*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.parti-pas.org/mppas/soalan.html
Minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah hutang negara terkini
mengikut
pecahan hutang dalam dan luar negara serta hutang kerajaan dan
swasta dan
langkah-langkah yang diambil bagi melangsaikan hutang ini.
Jawapan:
Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh:
Tuan Yang di-Pertua, pada akhir
bulan September 1999, jumlah hutang luar negara Malaysia
berjumlah sebanyak
RM165.6 bilion atau AS$43.6 bilion atau 59% daripada KNK.
Manakala hutang
dalam negeri adalah sebanyak RM207 bilion. Untuk hutang luar
negara, hutang
sektor swasta mencakupi kira-kira 54% iaitu RM90.1 bilion
daripada jumlah
hutang luar negara, manakala hutang sektor awam merupakan
kira-kira 46%
ataupun RM75.5 bilion daripada jumlah hutang luar negara.
Objektif utama
pengurusan hutang luar negara Malaysia adalah untuk mengawal
saiz hutang
luar negara pada tahap yang berpatutan demi mengurangkan beban
khidmat
hutang. Mengikut definisi Bank Dunia, nisbah jumlah hutang
luar negara
dengan KNK sesebuah negara yang kurang daripada 48% dianggap
sebagai
negara berhutang rendah, nisbah dalam lingkungan 48% hingga
80% adalah
negara berhutang sederhana, manakala lebih daripada 80%
merupakan negara
berhutang tinggi. Pada akhir September 1999, Malaysia berada
dalam kategori
negara yang berhutang sederhana.
Langkah-langkah cermat kerajaan yang diambil untuk
menyelesaikan hutang
luar negara adalah seperti berikut, Kerajaan Persekutuan
sentiasa cuba
membuat pembayaran hutang luar negara secara terpilih untuk
mengurangkan
jumlah hutang kerajaan dan beban khidmat bayaran balik hutang.
Sebagai
contoh, dalam tempoh 1977 hingga 1998, kerajaan telah membuat
pembayaran
balik awal hutang ataupun prepayment sebanyak RM16.5 bilion.
Kerajaan sentiasa mengawasi dengan teliti perkembangan dalam
pasaran
kewangan antarabangsa untuk mengambil setiap peluang untuk
memperolehi
hutang luar negara yang baru dengan syarat yang lebih baik
untuk membiayai
semula hutang yang sedia ada ataupun refinancing. Dalam tempoh
tahun 1977
hingga 1998, kerajaan telah membiayai semula hutang kira-kira
RM10.2 bilion.
Dari segi pinjaman sektor swasta, kelulusan Bank Negara
diperlukan bagi
pinjaman luar negara yang melebihi RM5 juta. Kelulusan hanya
akan diberi
kepada pinjaman untuk membiayai kegiatan produktif serta
projek yang
strategik dan juga untuk melabur yang akan menaja pendapatan
pertukaran
wang asing yang secukupnya untuk menjelaskan hutang-hutang
berkenaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Aimi Diyana" <[EMAIL PROTECTED]>