*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Razaleigh diminta jangan main wayang kulit
AGAK-AGAK INI TULISAN EDITOR UTUSAN MELOYA SENDIRI GAMAKNYA. SEMACAM AJE
BUNYI SETIAP HARI.
Saudara Pengarang,
SETELAH membaca tulisan Awang Sulung dalam Mingguan Malaysia (Rancangan
Razaleigh, 20 Februari, 2000), saya
terpaksa bersetuju dengan kesimpulan penulis bahawa hanya satu kesimpulan
dapat kita buat dari kenyataan-kenyataan
yang dikeluarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Kesimpulan itu ialah
pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden
UMNO sukar dielakkan.
Tambahan pula, kenyataan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan yang disiarkan
dalam keluaran Mingguan Malaysia yang
sama menyebutkan bahawa beliau mahukan:
* Undi sulit untuk pemilihan wakil-wakil bahagian ke Perhimpunan Agung;
* Undi sulit untuk pemilihan semua jawatan di peringkat pusat supaya
pemilihan dianggap telus dan terbuka;
* Pengiraan undi disiarkan secara langsung melalui televisyen; dan
* Pengundian dilaksanakan oleh badan bebas.
Kenyataan beliau, selain daripada mencerminkan bahawa beliau masih lagi
menaruh harapan untuk bertanding jawatan
Presiden atau Timbalan Presiden, juga mencerminkan kurang yakin beliau
terhadap proses pemilihan UMNO.
Kenyataan beliau juga membawa saya kembali kepada peristiwa pemilihan tahun
1987 di mana, apabila pengumuman
dibuat bahawa beliau dan Tan Sri Musa Hitam tewas untuk kedua-dua jawatan
tertinggi parti, Marina Yusof telah bergegas
ke Dewan Perhimpunan di PWTC dan memberitahu sidang akhbar bahawa penipuan
telah berlaku.
Marina membuat tuduhan itu berasaskan maklumat yang kononnya telah
disampaikan kepada Tengku Razaleigh dan beliau
oleh seorang pengarang akhbar The Star, N.V Raman, yang telah menelefon
Tengku Razaleigh untuk mengucapkan tahniah
kepada beliau sebelum keputusan rasmi diumumkan. (N.V Raman kemudiannya
bertugas sebagai penasihat media asing
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini menetap di Amerika Syarikat).
Ekoran daripada itu, 11 orang penyokong Tengku Razaleigh telah kemudian
menyaman UMNO atas keputusan itu dan
akibatnya UMNO telah diharamkan oleh mahkamah beberapa bulan kemudian.
Sebagai ahli UMNO yang veteran, walaupun beliau meninggalkan parti selama
lapan tahun untuk mencuba nasib dengan
Semangat 46, Tengku Razaleigh tentu faham bahawa lazimnya, pemilihan di
peringkat cawangan, bahagian dan juga pusat
diadakan dalam semangat persaudaraan dan setiakawan.
Wakil calon senantiasa dipelawa untuk hadir semasa pengiraan undi dibuat.
Wakil Tengku Razaleigh turut hadir dalam
pengiraan undi pada pemilihan tahun 1987.
Ekoran kenyataan beliau semalam bahawa ketelusan dan undi sulit harus
dipelaksanakan, orang awam dan orang asing akan
membuat kesimpulan bahawa pemilihan dalam UMNO selama ini tidak telus dan
keputusan yang telah dibuat sebelum ini
mungkin ada kecacatan. Tambahan pula, apabila beliau bercadang supaya 'badan
bebas' mengendalikan pengundian, ia
seakan mencerminkan kurang yakin beliau terhadap pegawai-pegawai kanan UMNO
yang biasanya mengendalikan
pemilihan dan pengiraan undi.
Mengapa harus orang luar atau badan bebas mengendalikan pemilihan parti
UMNO? Tidakkah ganjil bahawa sebuah parti
yang mempunyai 2.7 juta anggota tidak dapat mempercayai mereka dan terpaksa
memanggil orang luar untuk menjadi
penyelia pemilihan parti?
Sebagai sebuah parti yang demokratik, UMNO membuat keputusan ikut suara
ramai ahli, baik di peringkat cawangan,
bahagian atau pun Majlis Tertinggi. Saya rasa Tengku Razaleigh tidak
bersalah kerana membuat cadangan seperti tersiar.
Tetapi, sebagai ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, saya rasa MT adalah
forum yang paling tepat untuk menimbulkan
cadangan-cadangan seperti ini.
Jika Majlis Tertinggi terima syor beliau, maka keputusan itu harus
dilaksanakan. Jika Majlis Tertinggi, yang dipilih suara
ramai, menolak, maka keputusan itu harus dihormati juga.
Jika setiap individu atau minoriti mempertikai setiap keputusan yang dibuat
oleh suara majoriti, apakah erti demokrasi yang
diperlaung-laungkan kita ini? Antara lain, demokrasi bererti keputusan
majoriti harus diterima. Jika keputusan individu
diberatkan lebih daripada keputusan majoriti, apa gunanya kita adakan
pungutan suara?
Saya berpendapat bahawa Tengku Razaleigh harus telus sama juga seperti
beliau menyaran supaya UMNO lebih telus. Jika
beliau hendak bertanding apa jua jawatan, nyatakanlah dengan terang-terang
dari sekarang.
Presiden parti Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan hasratnya
untuk terus mempertahankan jawatan beliau.
Datuk Seri Abdullah Badawi telah menyatakan hasratnya untuk bertanding
jawatan Timbalan Presiden yang kosong. Datuk
Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Taib, Datuk Ghani Othman, Datuk Syed
Hamid Albar, Datuk Rais Yatim,
Datuk Abu Hassan Omar dan banyak lagi telah menyatakan dengan terus terang
hasrat mereka untuk bertanding jawatan
Naib Presiden dan Majlis Tertinggi.
Jika Tengku Razaleigh berpendapat bahawa nasihat Majlis Tertinggi UMNO
supaya kedua jawatan tertinggi parti tidak
ditandingi adalah satu syor yang tidak kena pada masa, maka beliau harus
nyatakan dengan terus terang. Beliau juga
hendaklah membuat kenyataan yang jelas tentang hasrat beliau. Tak guna
beliau membuat kenyataan sinis dan menimbulkan
syak wasangka terhadap UMNO ataupun sistem pemilihannya.
Kita ahli UMNO tahu menilai pemimpin kita dan sebagai orang yang berfikiran
waras, tahu menimbang sedalam-dalamnya
sebelum membuat keputusan. Pilihan parti akan menentukan pemimpin Melayu
alaf baru.
Kita juga sedar bahawa jika membuat pilihan yang tidak tepat, maka orang
Melayu, agama kita dan negara kita yang akan
rugi. Kita mempunyai tanggungjawab yang amat berat sekali untuk menentukan
masa depan anak cucu kita serta negara
tercinta.
Oleh itu, jika Tengku Razaleigh hendak bertanding, umumkanlah sekarang. Ini
lebih baik daripada bermain wayang kulit dan
menimbulkan syak wasangka di antara ahli dan di mata umum.
Semestinya, beliau ada penyokong beliau dalam parti. Biarlah kita
mengendalikan pemilihan dalam semangat persaudaraan
tanpa menimbulkan syak wasangka. Jika majoriti mengundi Tengku Razaleigh
untuk apa jua jawatan yang beliau bertanding,
pihak yang kalah harus menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.
Tetapi jika beliau tidak berjaya, maka beliau juga
harus terima keputusan yang dibuat.
Sebenarnya, saya sudah bosan dengan gara-gara pemimpin yang cuba
menyembunyikan hasrat mereka di mata umum tetapi
menimbulkan kekecohan di peringkat bawahan. Saya bosan dengan taktik-taktik
memecah belahkan dan manipulasi seperti
digunakan oleh bekas Timbalan Presiden sebelum ini.
Tindakan Tengku Razaleigh berdolak-dalik dalam soal pemilihan ini tidak
membawa manfaat kepada sesiapa pun. Sebagai
seorang pemimpin, beliau harus membuat keputusan yang tegas _ bertanding
atau tidak _ dan nyatakan dengan tegas untuk
mematikan spekulasi yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada parti.
Kalau pemimpin UMNO yang lain berani menyatakan hasrat mereka dengan jelas,
kenapa tidak bekas Presiden Semangat
46 ini? - PROKETELUSAN, Kuala Lumpur.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hang Jebat" <[EMAIL PROTECTED]>