RAFIDAH AZIZ: Peguam Negara kata tidak ada kes ! Sila ikuti perbahasan di  Sidang Parlimen 9/3/2000

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Yang Berhormat Pokok Sena ingin tahu [Memandang kepada Y.B bagi Pokok Sena] Ini persoalan Yang Berhormat, dengar baik-baik, Yang Berhormat Pokok Sena ingin tahu kenapa Yang Berhormat Dato' Seri Rafidah Aziz, mohon izin, saya terpaksa sebut nama sebab dia sebut nama juga, ataupun wakil rakyat bagi Kuala Kangsar tidak didakwa di mahkamah sedangkan BPR mengatakan ianya bebas menyiasat siapa sahaja.

Untuk makluman Yang Berhormat BPR adalah bebas seperti yang saya katakan tadi untuk menyiasat sesiapa sahaja.  Kebebasan BPR untuk menyiasat termaktub di bawah Seksyen 8, saya ulangi balik, Akta Pencegahan Rasuah 1997 di mana ia menyebut, saya ulang balik, “Maka adalah menjadi kewajipan Ketua Pengarah dan Pegawai-pegawai Badan untuk menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang perlakuan kesalahan di bawah akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pengarah atau Pegawai-pegawai itu” 

Wording Seksyen 8 ini telah dibincang dalam Dewan yang mulia ini, telah dibincang dalam peringkat Jawatankuasa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, kalaupun yang baru menang itu dia terpaksa juga tahu, mesti dia baca Hansard.  BPR telah pun menjalankan siasatannya terhadap Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai dengan perkara yang dibangkitkan oleh Pokok Sena iaitu pemberian saham kepada menantu beliau,  BPR telah membuat penyiasatan. 

Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, dengar baik-baik, mana tahu ada lagi soalan tambahan, atau penjelasan, kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kes dibawa ke mahkamah atau tidak terletak di bawah bidang kuasa pendakwaraya   sebagaimana yang diperuntukan oleh Seksyen 26 Akta Pencegahan Rasuah. Itu juga seksyen ini digubal dalam Dewan ini, dia berbunyi seperti demikian, “Pendakwaan sesuatu kesalahan di bawah akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan pendakwaraya”.

Pendakwaan sesuatu kes pula akan dibuat hanya apabila pendakwaraya berpuas hati terhadap bukti dan keterangannya mencukupi untuk berbuat demikian bukan berunsur fitnah, bukan berunsur cerita kedai kopi, bukan ‘saya telah difahamkan’, bukan oleh laporan satu pihak yang tidak lengkap, itu proses perbicaraan.  Memang orang yang berdepan di mahkamah ini, orang professional, bukan macam kita Ahli-ahli Yang Berhormat. Kadang-kadang ada peraturan tetap pun kita tidak ikut. Di sana tidak, you melangkah sahaja you punya Evident Act, you tidak tahu Akta Keterangan, you soal satu perkataan sudah ada objection, ‘in his lawship will say, sorry!’, sama ada dia bilang diteruskan ataupun tidak diteruskan,  itu cara berbicara.

Dalam hal ini sesuatu kesalahan itu cuma boleh diteruskan sekiranya, pendakwaraya bilang, ‘okay diteruskan kerana bukti jelas’.  Pendakwaan sesuatu kes pula akan dibuat hanya keterangan jelas.  Kuasa Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mendakwa, kuasa dia, kita yang beri kuasa kepada dia, dia boleh mendakwa atau tidak mendakwa, mana tahu satu ketika nanti anak atau cucu kepada wakil rakyat bagi Kuala Kedah jadi Peguam Negara, tidak hairan, kerana sekarang ini pun sudah mengatakan bahawa sini spesis terakhir dan saya tidak bersetuju dengan itu, sebelah sana yang spesis terakhir yang berfikiran sempit ini, saya tidak sama sekali setuju.

Okay, kuasa yang kita beri kepada Peguam Negara adalah seperti termaktub di bawah Artikel 145(3), Perlembagaan Persekutuan.  Ini di bawah Perlembagaan Persekutuan dan berbunyi seperti berikut; “Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, kita kasi kuasa itu, Parlimen kasi kuasa itu, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya…”. Discreation, ini wording telah dipertimbangkan dalam Dewan yang mulia ini.  Kalau umpamanya budi bicaranya ini tidak boleh digunakan, kenapa tidak dibangkang dahulu.  Ini kuasanya, “….bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan lain daripada per! bicaraan di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah bumiputera atau mahkamah Tentera”

Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena, setakat ini di mana-mana negara sekalipun yang mengamalkan sistem demokrasi seperti kita, perasingan kuasa menyiasat dan mendakwa telah wujud bagi mengelakkan ketidakadilan dan pengasingan ini perlu supaya satu sistem ‘check and balance’, dengan izin, diwujudkan.  Untuk membenarkan sebuah agensi yang menjalankan siasatan lalu membuat keputusan pula untuk mendakwa akan mempunyai implikasi negatif ke atas prinsip-prinsip kuasa tersebut.          

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Tuan Yang di-Pertua,….

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  ….. nanti dulu, saya belum selesai pasal ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman lanjut …..

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Belum lagi siasat.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia: Ahli Yang Berhormat Pokok Sena dan Dewan yang mulia ini, setelah penyiasatan bebas dibuat terhadap wakil rakyat Kuala Kangsar dilaporkukan oleh BPR selaras dengan seksyen yang saya sebut tadi, terhadap kes Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selaras dengan peruntukan Seksyen 8, Akta Pencegah Rasuah 1997.  Setelah penyiasatan bebas di bawah Seksyen 8 dilakukan, pihak BPR telah mengemukakan hasil sias! atan tersebut kepada pihak pendakwa raya untuk mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan kehendak peruntukan di bawah Seksyen 26, Akta Pencegah Rasuah dan Seksyen 50, Akta Pencegah Rasuah 1997 dan setelah meneliti hasil siasatan kes tersebut pihak pendakwa raya berpendapat dan berpuas hati bahawa tidak ada keterangan dan bukti bahawa menteri yang berkenaan harus dan perlu didakwa di mahkamah di bawah mana-mana peraturan di bawah Akta Pencegah Rasuah 1997.

Tuan Yang di-Pertua, dalam erti kayta yang lain, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa Ddan Industri adalah bebas dari segala tuduhan berhubung dengan perkara yang berbangkit dan saya mohonlah supaya Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang tidak lagi membangkitkan isu ini kerana inilah keputusannya bahawa penyiasatan telah selesai.  BPR telah mengemukakan dokumen penyiasatan kepada pendakwa raya.  Pendakwa raya berpuas hati bahawa tidak ada kes terhadap Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa Ddan Industri.  Tidak ada kes.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, Pokok Sena bangun.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  You tanya pasal apa, pasal itu saya bilang tidak ada kes.  Tidak boleh lagi, tidak boleh lagi, Tuan Yang di-Pertua, pasal tidak ada kes.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Saya hendak minta penjelasan.  Berilah.  Kan hari ini…

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Okay, boleh.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  ….. Yang Berhormat sudah menjadi pendekar. [Ketawa]  Terima kasih Yang Berhormat.  Tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa pihak Jabatan Peguam Negara, pihak pendakwa raya su! dah pun berpuas hati dengan hasil siasatan yang dibuat oleh BPR dan mendapati bahawa tidak wujud kes terhadap Yang Berhormat bagi Kuala Kangsar  untuk didakwa dia di bawah mana-mana  seksyen di bawah akta BPR sedangkan saya difahamkan cadangan ini yang dibuat oleh BPR berasaskan kepada pertuduahan yang kononnya dikatakan dilakukan oleh saudara Ezam Mohd.  Nor ini yang kononnya mendedahkan dokumen itu, difahamkan kepada saya bahawa dokumen itu menyebut bahawa siasatan ke atas Yang Berhormat bagi Kuala Kangsar ini ialah bagi men! entukan sama ada Yang Berhormat bagi Kuala Kangsar ini melakukan kesalahan di bawah Seksyen 2(1), Ordinan 22, Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1970.

Jadi, satu, saya hendak minta penjelasan tentang apa yang terkandung di dalam dokumen yang dikatakan, disahkahn oleh pihak pendakwa di dalam kes saudara Ezam Mohd. Nor.  Kemudiannya kenapa pihak Jabatan Peguam Negara tidak membuat apa-apa penjelasan selama ini mengatakan bahawa kes itu, dia berpuas hati bahawa tidak ada apa-apa prima facie, tidak ada apa-apa kes terhadap Yang Berhormat bagi Kuala Kangsar.!   Saya minta penjelasan.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf, terpaksa saya gunakan fikiran sempit lagi.  Terpaksa, saya terpaksa, kalau tidak terpaksa saya tidak akan gunakan itu.  Pertamanya mengenai dengan kes Ketua Pemuda Keadilan, Ezam yang didakwa ini.  Beliau didakwa oleh kerana dia mempunyai satu dokumen rahsia.  Di dapati dalam! tangan beliau satu dokumen rahsia dan untuk memiliki satu dokumen rahsia yang belum dibebaskan daripada kerahsiaan.  Dan orang yang berkenaan kalau  tidak berhak untuk memegang dokumen tersebut.,  Ddia kena dakwa.

Umpamanya, seperti anggota pentacdbiran sekarang ini seperti saya.  Sewaktu mengangkuat sumpah jawatan, pun kita bersumpah bahawa segala apa yang kita tahu sewaktu kita dalam kerajaan, tidak boleh kita dedahkan kerana kita akan didakwa.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  [Bangun]

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:   Nanti dulu!  Nanti dulu…..

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Saya tidak membangkitkan soal pendakwaan terhadap Ezam tetapi yang saya bangkit, Yang Berhormat harus faham, jangan berfikiran sempit, terkongkong …..

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:Nanti dulu…..

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Sepertimana katak di bawah tempurung.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:   Saya belum habis.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Saya membangkitkan isu …

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Pokok Sena……

Tuan Mahfuz bin OmarDatuk Pandikar Amin bin Haji Mulia: Tuan Speaker, inilah Tuan Speaker, dengan pembangkang ini.….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  .…biar dia habiskan dulu.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Kalau kita sudah menjelaskan, dia rasa pedas, terus dia berdiri…

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Saya membangkitkan soal isu bagaimana pendakwa secara tidak langsung memperakui bahawa dokumen yang didedahkan kononnya oleh Saudara Ezam ialah dokumen berkaitan hasil penyiasatan BPR yang diperakui, ditandatangai oleh Abdul Ghani Patail pada 14.3.1995.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Tuan Speaker, saya harus mengingatkan Yang Berhormat, apa yYang bBerhormat sebut ini seolah-olah Yang Berhormat juga mempunyai dokumen tersebut.  Yang Berhormat, hati-hati apa Yang Berhormat luahkan dalam Dewan yang mulia ini. [Tepuk] [Ketawa]  Oleh kerana Ahli Yang Berhormat pun boleh akan kena dakwa juga dengan mengeluarkan perkara-perkara rahsia kerana Ahli Yang Berhormat adalah bukan orang yang harus memegang dokumen-dokumen rahsia,….

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Saya tidak ada dokumen rahsia.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Jadi, nanti dulu, nanti dulu.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:   Kalau Yang Berhormat mengkatakan bahawa sekarang, saya cabar kerajaan, kalau Yang Berhormat mengkatakan bahawa Jabatan Peguam Negara sudah mengatakan bahawa tidak ada prima facie, tidak ada kes ke atas Yang Berhormat Kuala Kangsar, sekarang kita mahu …

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Yang Berhormat.…..

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: ….Ddokumen yang dikatakan rahsia itu dibebaskan daripada kerahsiaan untuk ditatap oleh seluruh rakyat Malaysia.  [Tepuk]  Ayuh!

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Tuan Speaker, dia orang bersorak di sana.  Kalaulah begini kalau bakal menjadi menteri-menteri di sebelah sini, konon sebagai Barisan Alternatif, Tuhan akan tolong kita.  Tuhan akan tolong Malaysia, ditolak bala 144 malaikat.  [Ketawa]  Begitu punya pendapat.  Kita mempunyai akta rahsia.  Akta rahsia itu ialah …..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Yang Berhormat Menteri, sukalah saya ingatkan ada ramai lagi menteri hendak jawab.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Dia ganggu, saya kasi laluan.  Jadi, tolonglah oleh kerana saya sudah kena warning bahawa tidak lagi kasi laluan, jangan pula menganggap bahawa saya tidak mahu kasi laluan.  Itu daripada Tuan Speaker sendiri.  Terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Jawab.  Saya Mminta dibebaskan dokumen itu daripada rahsia.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Untuk membebaskan dokumen daripada rahsia, ada juga masanya yang terhad.  Kita tidak boleh memuaskan satu orang daripada Pokok Sena ataupun pengikut saudara di Pokok Sena sana – Malaysia mempunyai rakyat yang berjuta-juta.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Sekarang Yang Berhormat mengatakan bahawa Jabatan Peguam Negara berpuas hati, tidak ada kes terhadap Yang Berhormat bagi Kuala Kangsar.  Untuk apa lagi dokumen itu masih diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia?  Untuk apa?

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Yang Berhormat, ini Yang Berhormat tidak faham.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Saya cabar, kalau Yang Berhormat benar-benar seorang pendekar, ayuh bebaskan!  [Disampuk]  Kalau tidak….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, teruskan, teruskanlah.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia: Yang Berhormat betul-betullah berfikiran sempit.  [Ketawa]  Langsung tidak faham dengan sistem pentadbiran perundangan dan sedemikiannya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri yang kasi dia peluang.  [Ketawa]

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Okay, sekarang saya tidak mahu kasi peluang.  Saya masih berdiri, dia berdiri.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Jawab, kenapa tidak jawab soalan saya.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Sudah saya jawab.  Saya jawab tetapi jangan lagi bangun.  Saya jawab.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  [Menyampuk]

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Akta Rahsia, nanti dulu, nanti dulu.  Akta Rahsia ada nanti masanya untuk perkara itu dibebaskan.  Untuk dibebaskan ada.  Sekarang ini mesej daripada Ahli Yang Berhormat untuk challenge ini, saya cabar ini, maksud Yang Berhormat ialah untuk political mileage kerana seolah-olah Yang Berhormat menuduh bahawa sekarang ini kerajaan ada cover up.  Yang Be! rhormat sendiri…..

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  [Bangun]

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Saya tidak mahu kasi laluan lagi.  Tidak ada, saya tidak mahu kasi laluan lagi.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  [Menyampuk]

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Saya tidak mahu kasi lalun, sudah cukup.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar:  Tuan Speaker, point of order..

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: ….bahawa  ada political mileage.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Saya tidak ada kasi laluan lagi.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Ini soal kepentigan negara, kepentingan rakyat.  Pemikiran sempit.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Jadi, yang kita buat ini bukan untuk kepentingan rakyat?  Untuk kepentingan Pokok Sena sahaja.  Itulah saya katakan fikiran sempit.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, daripada Larut.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar:  Point of order 37(1).  Minta seseorang ahli tidak boleh mengganggu ahli yang sedang bercakap.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Memang benar.  Saya bersetuju dengan peraturan yang dikemukakan itu.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar:  Tolonglah, setuju, ini sudah jadi macam kedai kopi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Yang Berhormat Menteri, teruskan ucapan.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan kasi laluan lagi oleh kerana laluan-laluan yang saya kasi telah diabusekan, dengan izin.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Fikiran sempit, bagaimana hendak bagi laluan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Yang Berhormat Pokok Sena…

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Itu pandangan saya, saudara berfikiran sempit.  Sudah pun kita kasi penerangan, lepas itu berdiri,  lepas itu meluahkan pula pandangan-pandangan yang tidak munasabah.  Remehlah bagi pendapat saya.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  [Menyampuk]

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Tadi dia kata penyiasatan mahu berapa lama lagi.  Kita bilang sedang dijalankan.  Dia tanya berapa had.  Jadi, kita bilang tiada had.  Lepas itu kita bilang kes closed, lepas itu dia persoalkan balik.  Macam mana ini?  [Ketawa]  Itulah kita kata miss said mesej setiap perkataan Ahli Yang Berhormat.  Itu ikan dia berkilat sahaja, kita tahu jantan betinanya.  [Ketawa] 

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bintang minta supaya BPR supaya menyiasat pembinaan rel kereta api di Pulau Indah yang dikatakan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.  Ini dia mengatakan, selalu mereka mengatakan saya difahamkan, kami dapat tahu, all this.  Dalam mahkamah, saya difahamkan ini ataupun saya dapat tahu ini hearsay evidence, hearsay, tidak boleh diterima.

Tuan Fong Kui Lun:  [Bangun]

Datuk Pandikar Amin bin  Haji Mulia:   Saya tidak kasi laluan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Bukit Bintang bangun.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:   Saya tidak kasi laluan.  Minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Sila duduk.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:   Yang Berhormat Bukit Bintang meminta supaya Badan Pencegah Rasuah menyiasat pembinaan rel kereta api di di Pulau Indah yang dikatakan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.  Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bintang, BPR telah menyiasat perkara yang dibangkitkan selaras dengan peruntukan seksyen-seksyen yang saya sebut tadi dan didapati tidak ada unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.  Apa lagi mahu tanya?

Tuan Kerk Kim Hock:   Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Yang Berhormat.….

Datuk Pandikar Amin bin  Haji Mulia:  Saya tidak mahu kasi laluan lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Menteri tidak beri laluan.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Saya tidak mahu kasi laluan lagi kerana nanti apa pun penjelasan saya tidak diterima dengan baik.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Yang Berhormat Kota Melaka.….

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar:  Datuk Speaker, 37(1).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Ssepatutnya ikut peraturan.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar:  Point of order, Datuk Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Kota Melaka perlu mengikut peraturan.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar:  Datuk Speaker, point of order.  Minta semua duduk, saya hendak bercakap. 

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Termasuk menteri ya.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar:  37(1), Datuk Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Itu sebab saya ingatkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat perlu mengikut, mematuhi peraturan yang sedia ada.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar:  Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Menteri, teruskan.

Tuan Husam bin Haji Musa: Saya cadang, tidak payah jawablah.  Senang, buang masa kita sahaja.  [DisampukTepuk]

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Saya tetap akan jawab persoalan dibangkitkan.  Kalau Yang Berhormat bagi Kubang Kerian tidak mahu dengar, boleh dipersilakan keluar.  [Disoraksampuk]  Kerana semua jawapan kita termasuk dalam Hansard.  Kita bukan main-main sewaktu kita menjawab.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, saya ingat teruskan ucapan.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Saya terpaksa buat response, Tuan Speaker.  Tidak boleh kalau saya tidak buat response.  Waktu dia berdiri itu pun belum saya kasi penjelasan lagi.  Saya belum kasi laluan, dia terus cakap.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar::  [Menyampuk]

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Dia panggil kita “spesis terakhir”, pergi Sabahlah.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Kita tidak bertanding di Sabah.  Bukan jadi calon.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Tak payah responlah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Pokok Sena.

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Kedah meminta kerajaan membuat kajian pembangunan ekonomi di Kuala Kedah kerana taraf hidup penduduk terlalu rendah dan dalam keadaan daif.  Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kedah bahawa Kerajaan Persekutuan memang telah ada peruntukan khas yang boleh diminta oleh Kerajaan Negeri bagi menjalankan kajian pembangunan ekonomi negeri termasuk di daerah-daerah yang kurang maju termasuk di kawasan Yang Berhormat.  Bagi negeri Kedah, kajian pembangunan ekonomi terakhir telah siap pada pertengahan 1990-an.

Yang Berhormat Kluang membangkitkan isu bayaran sijil pengesahan halal yang tinggi dan memohon supaya kerajaan mengkaji semula bayaran ini.  Untuk makluman Yang Berhormat, isu yang dibangkitkan ini telah mendapatkan perhatian kerajaan dan pada masa ini beberapa perundingan khususnya yang melibatkan  bayaran sijil pengesahan halal telah diadakan dengan pihak pPersatuan pPengilang-pengilang Malaysia, Ilham Daya Sdn. Bhd. dan ag! ensi-agensi kerajaan yang berkaitan.  Pengumuman perkara ini akan dibuat apabila selesai perundingan tersebut.

Yang Berhormat Bagan telah membangkitkan mengenai salah tanggapan di kalangan orang-orang bukan Islam terhadap Islam terutamanya semasa kempen pilihan raya umum yang lalu dan seterusnya meminta kerajaan mengambil langkah memperbetulkan keadaan ini.  Untuk makluman Yang Berhormat bagi Bagan dan Dewan yang mulia ini, bahawa salah tanggapan orang bukan Islam terhadap Islam telah lama berlaku tetapi tidaklah menyeluruh.  Untuk memperbetulkan salah tanggapan tersebut, kerajaan sentiasa berusaha memberi penjelasan kepada orang bukan Islam mengenai agama Islam melalui pelbagai program seperti perlaksanaan dasar penerapan nilai-nilai Islam serta penubuhan agensi-agensi agama iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).  Usaha-usaha ini dijangka dapat menghapuskan kekeliruan dan salah faham orang bukan Islam tersebut.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke