Title: RE: H-Net* SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Salam buat semua,

Saya pun tak mahu ketinggalan nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Bila Mencelah tulis pasal "hulubalang" dalam bas ni.. ngeri pulak saya!  "Hulubalang" ni of course bawak parang, cari mangsa sebagai "korban".  Ni nak raya Korban ni, tak pasal-pasal pulak kita yg jadi korban "hulubalang" tak bertauliah ni! 

Oleh itu, sukalah saya ni mengingatkan agar netters yg balik kampung naik bas tu bacalah ayat Kursi banyak-banyak (sebanyak yg mungkin) sebagai zikir sebelum tidur.  Kalau boleh, jangan tidur... sebab banyak bahayanya.  Kalau tengok ada muka-muka yg dicurigai, berawaslah selalu.

Baru-baru ni saya telah dengan sengaja menyuruh kakak ipar saya bawa anak-anak saya balik kampung naik bas.  Sebab budak-budak ni tak pernah naik bas, jadi jakun pulak budak-budak tu!  Bila mak saya tahu, dia punyalah marah kat saya, Tuhan saja yg tahu!  Dia ingatkan saya tentang peristiwa beberapa orang ditetak dengan parang oleh orang yg kurang siuman dalam bas yg terjadi baru-baru nih.   Berderau darah saya!  Saya betul-betul terlupa akan peristiwa tu kerana saya excited dapat latih anak-anak saya supaya tahu bersusah sikit, tengok keadaan dalam bas yg agak sempit & kurang selesa.  Asyik naik kereta aje, sekali-sekala naik bas, apa salahnya?   Saya terpaksa "cool" my mother down sebab dia terlalu marah dan mengatakan saya "careless"!   Bagai nak rak saya yakinkan yg kakak ipar & biras saya tahulah menjaga anak-anak saya tu dengan baik.  Aduhhh....  Syukur Alhamdulillah, tak ada apa-apa yg terjadi.

So kepada netters yg akan balik kampung tu, yg drive sendiri cubalah "tukar-tukar" memandu dengan wife.  Bagi wife yg tak tahu memandu, layan-layanlah husband tu bercakap-cakap, jangan biar dia terlena.  Husband saya cukup marah kalau saya tidur....  silap-silap, dia suruh saya yg drive!  To all of you, have a pleasant journey back, semoga selamat pergi & selamat pulang kembali bertugas.

Wassalam


-----Original Message-----
From: mencelah sikit [mailto:[EMAIL PROTECTED]]

Mencelah pun nak ucap sama....selamat hari raya. Pesanan mencelah kepada
kawan-kawan yang balik dengan bus...bukannya berhati-hati di
jalanrayaaaaa....tetapi berhati-hati di dalam bas, sewaktu tidur
yeeeee...takut ada Hulubalang......,nanti kurang pulak jumlah netters
hizbi..kan!

Kirim email ke