*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Sememangnya melaka tak pernah ketandusan dengan
pahlawan yang handal2. Kalau dulu ada tok laksamana
tuah,kini muncul tok wira Ali pula: 

Walaupun yang terbabit dikatakan kecil, 2 bank telah
disenaraihitamkan. Bukan saja bank dihitamgelapkan,
firma guaman, juruukur, arkitek binaan, kontraktor,
syarikat swasta, dan doktor pun ada yang akan
dihitamlegamkan.

Malah tak menghairankan kalau jabatan2 lain seperti
jabatan zakat, jabatan agama islam, University,
kolej, dll bakal dihitampekatkan kerana menjadi 
lubuk pembangkang.   

Tindakan ini mungkin diikuti oleh negeri2 lain. 
Kalau benar terjadi, waduh, bagaimana jadinya pada
pergerakkan ekonomi negara? 

------------

>�Walaupun jumlah kakitangan bank yang menyokong parti
>pembangkang adalah kecil, ia tidak mencerminkan sikap
>kakitangan institusi kewangan negara secara
>keseluruhannya. 

>Kerajaan negeri menyenaraihitamkan dua lagi firma
>guaman di sini kerana ada antara kakitangan
>firma berkenaan sentiasa memburuk-burukkan kerajaan.

>Ketua Menteri, Datuk Wira Mohd Ali Rustam, berkata
>tindakan itu adalah urutan daripada langkah kerajaan
>negeri menyenaraihitamkan 20 kontraktor tempatan yang
>menjadi penyokong kuat pembangkang.

>�Beberapa lagi syarikat swasta yang dikenal pasti
>menjadi `lubuk� penyokong pembangkang, sedang 
>menunggu masa untuk disenaraihitamkan,� katanya 
>kepada pemberita selepas

>Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir di
>Kedah baru-baru ini, bahawa kerajaan Pusat mungkin 
>mengikut langkah kerajaan Melaka, terus memberi 
>semangat baru kepada Mohd Ali untuk �mengajar� 
>penyokong pembangkang.

>Difahamkan kerajaan negeri juga akan mengambil
>tindakan yang serupa terhadap beberapa firma guaman,
>juruukur dan arkitek binaan.



_____________________________________________________________
The ALL NEW Kangaroo Mail - Get Your Free Email NOW at http://www.kangaroomail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Orang Muda <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke