*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Melangkah ke Jalan Menuju Allah - 1/11

Muqaddimah

Hanya terdapat dua jalan sahaja yang terbentang di hadapan setiap manusia. 
Satu darinya ialah jalan yang mana penghujungnya ialah (keredhaan) Allah swt. 
Penghujung bagi jalan yang satu lagi ialah kehancuran dan penyesalan. Tidak 
ada jalan lain yang dapat dipilih oleh setiap insan untuk dilaluinya selain 
dari dua jalan ini.

Manusia diberi kebebasan untuk memilih. Mereka berpeluang untuk melangkah ke 
jalan menuju Allah ataupun mengambil jalan menuju kehancuran. Mereka sendiri 
yang akan beroleh kemanfaatan atau kemudharatan dari pilihan mereka itu.

Insan-insan yang ingin melangkah dan terus menjalani jalan menuju Allah 
terikat dengan tiga perjanjian yang mereka cuba menunaikan seberapa sempurna. 
Perjanjian-perjanjian itu ialah melakukan segala perintah Allah, meninggalkan 
perkara-perkara yang dilarang dan redha dengan segala apa yang telah 
ditentukan oleh Khaliq, Pencipta Alam.

Seandainya saudara-saudaraku memilih jalan menuju Allah, maka marilah kita 
meneliti penulisan ini, di samping itu hendaklah anda memeriksa diri sendiri 
sejauh manakah saudara menghayatinya.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke