*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forum - 20/03/2000




Panjangkan tempoh menjawab kertas soalan Matematik
Saudara Pengarang,
TUJUAN sebenar kami menghantarkan surat ini bukanlah bermaksud untuk
merendah-rendahkan mana-mana pihak termasuklah Kementerian Pendidikan.
Cuma apa yang ingin kami perkatakan di sini ialah satu luahan yang telah
lama tersemat di fikiran kami.
Kebimbangan kami ini ada rasionalnya kerana beberapa pelajar juga
menyuarakan rasa hati yang sama iaitu peruntukan masa yang sangat singkat
bagi mata pelajaran Matematik kertas 1 (objektif) dan kertas 2 (subjektif)
bagi kertas PMR yakni hanya 45 minit (kertas 2 ) dan 1 1/4 jam (kertas 1).
Dengan masa yang diperuntukkan untuk 20 soalan subjektif dan 50 soalan
objektif yang memerlukan jalan pengiraan dan pergantungan kepada kiraan yang
tepat, amatlah tidak memadai.
Pada fikiran kami, adalah lebih afdal sekiranya dipanjang lagi masa untuk
menjawab kertas soalan Matematik seperti 1 jam 15 minit untuk kertas 2 dan 1
jam 45 minit untuk kertas 1. Kami hanya sempat menjawab soalan dalam masa
yang diperuntukkan tetapi tidak sempat menyemak jawapan.
Oleh itu, kami berada dalam keadaan terburu-buru semasa menjawab soalan
kerana kertas 2 misalnya, memerlukan jalan kira yang lengkap.
Ramai juga pelajar termasuk kami sendiri, terpaksa mengira dengan
terburu-buru mengejar masa. Adakalanya kami terpaksa 'menghentam' jawapan
sahaja. Ini sering berlaku semasa menjawab soalan kertas 1.
1 jam 15 minit untuk 50 soalan dalam kertas 1 yang memerlukan kira-kira yang
agak panjang dan rumit amatlah tidak mencukupi. Kami tidak sempat membuat
semakan, oleh itu jawapan yang diberikan mungkin tidak tepat.
Kebanyakan pelajar termasuk kami sendiri mendapat keputusan Matematik yang
agak tidak memuaskan disebabkan peruntukan masa yang tidak mencukupi.
Matematik ialah satu mata pelajaran yang amat penting yang akan mempengaruhi
keputusan peperiksaan PMR. Oleh itu perkara ini seharusnya diberi perhatian
oleh Lembaga Peperiksaan Pendidikan Malaysia (LPPM).
Kami berharap pihak LPPM memanjangkan tempoh masa menjawab kertas soalan
Matematik. Pertimbangan dari pihak yang berkenaan didahului dengan ucapan
terima kasih. - TAK MAHU GAGAL PMR, Sungai Petani, Kedah.


� UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mat Rencana" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke