"Khilafah dan kerajaan" - Dewan Pustaka Fajar - dlm bahasa Melayu.
Kalautak salah originalnya dlm bahasa Arab.
Asiah Abdullah wrote:
Hanzala Abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
As'kum
Kalau sistem khilafat itu tidak dimulai dengan diutusnya nabi,
sistem khilafat yang bagaimanakah yang saudarai maksudkan? sila beri contoh
nagara mana yang mengamalkan sistem khilafat, samada sesudah rasulullah atau
di zaman sekarang?
bagaimana pendapat saudari tentang pemerintahan Nik Aziz dikelantan atau
ustaz abdul Hadi awang di trengganu, adakah mereka khalifah?
Waalaikumussalam ww
Sebagai permulaan, mari renungkan ayat Allah ini:
"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi" (Al-Ahzab 33:40)
Juga hadith Rasulullah saw yang saya ambil dari artikel yg sdr reply:
Imam Muslim juga meriwayatkan dari Abi Hazim yang berkata:
"Aku telah mengikuti majelis Abi Hurairah selama 5 tahun. Pernah aku
mendengarnya menyampaikan hadis dari Rasulullah SAW yang bersabda:
"Dahulu, Bani Israil selalu dipimpin dan dipelihara urusannya oleh
para nabi. Setiap kali seorang Nabi meninggal, digantikan oleh Nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada Nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak Khalifah.' Para sahabat bertanya: 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?' Beliau menjawab: "Penuhilah bai'at yang pertama, dan yang pertama itu saja. Berikanlah kepada mereka haknyak kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka".Hudhayfa narrated that the Messenger of Allah (saw) said : 'The Prophethood will last among you till Allah wishes it to last, and then Allah will raise it up. Afterwards there will be a Khilafah according to the way of the prophethood so long as Allah wishes it to last, and then Allah will raise it up. Afterwards there will be a self supporting rule and it will last so long as Allah wishes it to last, and then Allah will raise it up. Afterwards there will be a oppressive rule, and it will last as long as Allah wishes it to last, and then Allah will raise it up. Afterwards there will be a Khilafah according to the way of the Prophethood. And then he (saw) remained
silent.'Soalan Hanzala:
Kalau sistem khilafat itu tidak dimulai dengan diutusnya nabi,
sistem khilafat yang bagaimanakah yang saudarai maksudkan?Soalan pertama sdr telahpun terjawab. Nabi yang diutuskan ialah Muhammad SAW yang telah pun wafat pada usianya 63 tahun. Pengutusannya dijanjikan Allah dalam injil dan taurat sebagai Nabi dan rasul yang terakhir, deen Islam yang dibawanya menyelesaikan segala urusan dunia dan akhirat seluruh manusia dari zaman pengutusannya hinggalah kiamat, tiada rasul ldan nabi lain lagi diperlukan selepasnya.
Khilafah yang dimaksudkan adalah seperti yang tertulis dlm hadith Huzaifah itu- selepas kewafatan rasulullah saw adalah Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah, iaitu khilafah rasyidah, kemudiannya adalah Khilafah Bani Umaiyah, Abbasiyyah dan Uthmaniah yang berakhir 76 tahun yang lalu, dan yang wajib kita usahakan untuk dibangkitkan kembali adalah Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah, insyaAllah ia akan berdiri kembali dengan kehendak-Nya. maka wajiblah kita berusaha ke arah itu.
Harus kita fahami bahawa, ruh Islam tidak akan mati hinggalah hari kiamat. Umat Islam kini umpama sebatang tubuh yang nazak, tangan dan kakinya kudung, tak mampu melakukan apa-apa, kerana kehilangan daulahnya. Akan tetapi nadinya masih ada, dan jantungnya masih berdenyut. Nadi dan jantung inilah fikrah Islam sejati berlandaskan aqidah yang murni yang dibawakan oleh para pendakwah dan ulama' pewaris nabi. Perkara inilah yang akan membangkitkan semula tubuh yang lemah itu, ayuh muslimin, marilah kita bekerja agar menjadi sebahagian daripada penggerak itu!
sila beri contoh
nagara mana yang mengamalkan sistem khilafat, samada sesudah rasulullah atau
di zaman sekarang? bagaimana pendapat saudari tentang pemerintahan Nik Aziz dikelantan atau
ustaz abdul Hadi awang di trengganu, adakah mereka khalifah?Mungkin sdr tidak membaca artikel yg saudari sendiri reply itu dengan baik. Daulah Islamiyah yang diimami oleh para khalifah itulah negara Islam, ia hanya satu, dan melakukan jihad untuk mengembangkan dakwah ke atas wilayah-wilayah lain. Daulah Islamiyah tidak bersempadan, inilah yang berlaku dari mula tertegaknya negara Islam Madinah hinggalah runtuhnya khilafah pada 3 Mac 1924. Sebelum runtuhnya khilafah, seluruh dunia Islam adalah satu daulah khilafah, dipelihara urusannya oleh seorang khalifah dengan para wali (seperti gabenor) di wilayah-wilayah selain pusat khalifah. Negara Islam Khilafah hanya satu, ia bukanlah empayar, mahupun wilayah autonomi, ataupun persekutuan. Selepas Mustapha Kemal Pasha merampas pemerintahan dari Khalifah dan menukar sistem pemerintahannya kepada Barat, secara automatik lenyaplah Khalifah ataupun negara Khilafah di dunia ini. Tetapi ia akan muncul kembali sebagaimana yang dijanjikan rasulullah SAW, tetapi bukanlah dengan menanti imam tertentu! , sebaliknya kitalah yang mesti mengusahakannya.
Untuk mengusahakan daulah Islamiyah - Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah ini, perlulah kita berjuang dengan fikrah dan thariqah yang murni dari Islam semata, bukanlah dengan menyertai sistem demokrasi, melakukan pembaikan secara tempelan, menunggu seseorang atau apa saja method yang tidak diajarkan Rasulullah SAW - berdakwah mengubah pemikiran manusia agar menerima Islam sebagai deen yang memelihara dunia akhirat. Automatik terjawablah bahagian terakhir soalan sdr Hanzala- Ust. Nik Abd Aziz, Ust Abd Hadi, Nechmettin Erbakan, pemerintah Pakistan kini, raja Arab, mahupun Yassir Arafat, atau Khatami, bukanlah Khalifah, bukanlah Imam seluruh umat Islam, kerana daulah khilafah tidak ada sekarang. Begitu juga negeri / 'negara' yang mereka tadbir, bukanlah negara Islam, kerana ia meminjam sistem barat ciptaan manusia bukannya sistem Allah.
Untuk maklumat lanjut sila lakukan pencarian site-site ini:
B. Arab
B. Inggeris
B. Melayu
B. Indonesia
Allahu a'lam, wassalamualaikumu warahmatullah.
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
