*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-----Original Message-----
From: Othman, Bachik [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, March 21, 2000 1:36 PM
To: Kl, Facae; Zulfakar, Ahmat; Ramley, Ismail
Subject: Hal Rahsia Diri
Hal Rahsia Diri
Ilmu zahir ada 12 macam dan ilmu batin pun 12 macam dibahagi kepada golongan
umum dan golongan khusus menurut kadar perjuangannya.
Dari 24 macam ini terbagi ia kepada 4 bab.
* Bab 1 - Zahir Syariat - iaitu tentang perintah dan larangan serta hukum
- hukum.
* Bab 2 - Batin Syariat - yang disebut Ilmu Batin dan Tariqat.
* Bab 3 - Ilmu Batin yang disebut Ilmu Ma'rifat.
* Bab 4 - Ilmu Hakikat.
Manusia diharuskan menguasai bab keempat tadi, seperti mana sabda Nabi
Muhammad
SAW yang bermaksud:
"Syariat bagaikan pohon, Tariqat bagaikan cabang; Ma'rifat bagaikan daun dan
Hakikat bagaikan buah".
Al-Quran mencakup 4 bab di atas dengan petunjuk dan isyarat secara tafsir
dan
takwil. Penyusun Kitab 'Al - Majma' berfatwa bahawa tafsir bagi awam dan
takwil
bagi orang khusus, kerana orang - orang khusus ini adalah ulama' yang
'rusukh'.
Rusukh maknanya tetap kuat, kukuh dan teguh di bidang ilmu. Sifat ini
dimiliki
oleh ulama Rasikhin iaitu suatu hasil dari kalimat yang ditanamkan di lubuk
hati
setelah berupaya membersihkan hati. Bukti ketinggian martabat ulama Rasikhin
adalah ayat Al-Quran yang mencantumkan lafaz Rasikhin yang di'athafkan
kepada
lafaz Jalalah (Illallah) dalam ayat 'Syahidallahu....' dan seterusnya di
dalam
Surah Ali Imran: 18;
Mufassir Tafsir Al - Kabir berkata :
"Bila pintu yang ini (Rasikhin) telah terbuka, maka akan terbukalah segala
yang
batin. Seorang hamba diwajibkan melaksanakan perintah, menjauhi larangan dan
melawan nafsu di seluruh daerah yang empat,
* mulki (jasad)
* malakut (hati)
* jabarut (fuad)
* lahut (sir)
Nafsu menggoda di
* daerah syariat dengan membuat perlawanan - perlawanan.
* Sedangkan di daerah Tariqat, nafsu menggoda dengan mendorong dan
menyetujuinya tetapi di dalamnya terkandung tipuan seperti pengakuan menjadi
nabi, wali dan sebagainya.
* Sedangkan di daerah ma'rifat nafsu menggoda dengan syirik khafi
(penyekutuan yang samar) yang bangsa cahaya seperti pengakuan menjadi tuhan.
Allah berfirman (Al-Furqan:43): "Engkau mengetahui orang - orang yang
menjadi
Tuhan sebagai hawa nafsunya"
* Di daerah Hakikat pula syaitan, nafsu dan malaikat tidak dapat
memasukinya sebab bila berada di situ akan hangus, kecuali AlLah. Jibril
a.s.
berkata : "Kalau aku memasukkan hujung jariku ke alam ini maka hanguskah
aku.
Manusia yang telah mencapai alam ini bererti dia selamat dari dua seteru;
dan
jadilah dia manusia yang ikhlas". Sesuatu yang tidak mencapai hakikat, maka
dia
tidak akan mencapai ikhlas kerana sifat - sifat 'Basyariyyah Ghairiyyah'
(sifat
manusia selain Tuhan) tidak akan hancur, kecuali dengan 'Tajalli Zat'.
Sifat bodoh hanya akan hilang dengan Ma'rifat Zat. Allah akan memberi ilmu
orang
yang sampai ke darjat ini tanpa perantaraan. Manusia akan mengenal AlLah
kerana
diperkenalkan oleh AlLah dan beribadat kepada AlLah dengan pendidikan AlLah,
seperti Nabi Khidir a.s. Di alam ini dia akan menyaksikan Ruh - ruh Qudsiyah
dan
mengetahui Nabinya (Muhammad SAW) secara hakiki. Maka akan berbicaralah dari
akhirnya hingga permulaannya.
Seluruh nabi menyampaikan khabar gembira atas keberhasilan si hamba kerana
sampai kepada AlLah yang kekal. Firman AlLah (Surah An-Nisa':69):
"Dan mereka itulah teman sebaik - baiknya".
Amaliyah bagi Ruh Jasmani adalah menggunakan Ilmu Zahir. Pahalanya hanya
syurga.
Maka di sana akan jelaslah kebaikan dari sifat (orang yang beribadah akan
masuk
syurga; sebaliknya orang yang tidak beribadah akan masuk neraka).
Sedangkan untuk masuk ke 'Haramil Qudsiyah' dan dekat dengan AlLah tidak
cukup
bila hanya menggunakan Ilmu Zahir saja. Untuk ke sana harus dengan Ilmu
Terbang;
dan terbang itu harus menggunakan dua sayap. Bila satu, maka perjalanan akan
pincang. Maka dengan kesepaduan Ilmu Zahir dan Batin barulah sampai seorang
hamba ke Alam Qudsi.
AlLah berfirman di dalam Hadis Qudsi:
"Hai hambaKu, bila engkau ingin masuk ke HaramilKu (Haramil Qudsiyah), maka
engkau jangan tergoda oleh Mulki, Malakut, Jabarut; kerana
* alam Mulki adalah syaitan bagi orang Alim;
* alam Malakut, syaitan bagi orang Arif;
* alam Jabarut, syaitan bagi orang yang akan masuk ke alam Qudsiyah".
Wajib bagi semua manusia mengetahui ukuran dirinya dan jangan mengaku
sesuatu
yang bukan haknya. Imam Ali berkata: "AlLah menyayangi orang - orang yang
mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga
lisannya dan tidak mensia - siakan umurnya".
Seorang Alim harus mampu mencapai makna hakikat manusia yang disebut Tiflul
Ma'ani (Bayi Ma'nawi). Setelah itu harus mendidiknya dengan tetap melakukan
Asma
Tauhid dan keluar dari alam Jasmani ke alam Ruhani, iaitu alam As-Sirri yang
di
sana tidak sesuatupun selain AlLah. Sir itu seperti lapangan dari cahaya,
tidak
ada hujungnya. Inilah Maqam Al-Muwahidin.
Mudah - mudahan tulisan di atas bermanfaat dan menjelaskan sedikit sebanyak
hal
rahsia diri - insan. Berusahalah untuk mencapai ke tahap itu melalui
tunjukan
guru atau orang yang ahlinya. Ada di antaranya sengaja tidak dihuraikan
dengan
lebih lanjut kerana sebagiannya adalah rahsia yang perlu dibicarakan secara
khusus.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha
Besar
Wasalam
OthmanBachik
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Aziz Jaafar" <[EMAIL PROTECTED]>