*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wrt.
1. UMNO semakin terdeak. kenyataan PM hari ini meminta
Majlis Raja-Raja bertindak tegas menampakkan UMNO
berada dalam situasi yang tenat. Suatu ketika PM dan
UMNO berkonfrantasi dengan raja-raja dan kini mereka
memohon ehsan raja-raja.
2. Kenyataan Rais Yatim membidas Mufti berdiam diri
juga menggambarkan UMNO juga terdesak. Mereka mahu
supaya mufti-mufti buat keputusan dan tindakan tegas
terhadap PAS.
Dengan menimbulkan cerita karut, Rais cuba
menggambarkan PAS memang sebuah parti sesat dan
menyeleweng.
Apakah UMNO sudah tidak punyai cara untuk berhadapan
dengan PAS melalui sistem demokrasi yang ada ?
Apakah peralihan sikap orang melayu kepada pembangkang
terutamanya PAS bermakna perpecahan melayu dan Islam ?
Tindaka UMNO sejak akhir0akhir ini memang jelas mereka
dalam keadaan tertekan. Andainya Sanggang jatuh ke
tangan PAS, UMNO akan menghadapi tekanan psikologi
berterusan.
kita sama-sama tunggu dan lihat.
--- abuhanif <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> WARKAH TERBUKA KE BAWAH DYMM RAJA-RAJA MELAYU
> 14 Dzulhijjah 1420
> 20 Mac 2000
> Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan
> Agong
> Istana Negara
> Kuala Lumpur
> Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap
> diampun.
> Ampun Tuanku,
> Adapun, patik pohonkan keampunan dari Ke Bawah Duli
> Tuanku kerana
> terpanggil untuk menulis warkah ini. Warkah ini juga
> terpaksa patik
> tulis secara terbuka kerana apa yang akan patik
> sentuh di dalam warkah
> ini adalah demi hendak melihat terpeliharanya
> kedaulatan DYMM Raja-raja
> Melayu dan demi hendak melihat terpeliharanya
> kesejahteraan rakyat di
> negara kita.
> Terlebih dahulu izinkan patik menjunjung kasih Ke
> Bawah Duli Tuanku dan
> Ke Bawah DYMM Raja-raja Melayu kerana telah berkenan
> menerima baik
> memorandum rakyat yang dipersembahkan pada 18 dan 19
> September 1999,
> yang antara lain memohon belas ihsan dan
> campurtangan Ke Bawah DYMM
> Raja-raja Melayu dalam isu peracunan terhadap Dato'
> Seri Anwar Ibrahim
> yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh.
> Ketika itu, patiklah orangnya yang bertanggungajwab
> menyerahkan
> memorandum rakyat di pintu utama Istana Negara
> kepada pegawai-pegawai
> Tuanku yang menerimanya bagi pihak ke Bawah Duli
> Tuanku.
> Sekian lama berlalu, memorandum rakyat yang
> dipersembahkan bukan sahaja
> diterima oleh Ke Bawah Duli Tuanku dan Ke Bawah DYMM
> Raja-raja Melayu,
> malah ianya tidak pernah ditolak sama sekali oleh
> Majlis Raja-raja
> Melayu yang telah kerap kali bersidang selepas dari
> tarikh itu. Sekali
> lagi patik berserta dengan hamba rakyat yang lain
> menjunjung kasih Ke
> Bawah Duli Tuanku dan Ke Bawah DYMM Raja-raja Melayu
> kerana tidak
> melayan permintaan Mahathir supaya Majlis Raja-raja
> Melayu menolak
> memorandum rakyat tersebut.
> Hari ini, sebagai rakyat Tuanku yang
> bertanggungjawab yang sentiasa
> mendukung institusi Raja-raja Melayu, patik untuk
> julung-julung kalinya
> tampil dengan warkah terbuka untuk mempertahan
> kedaulatan institusi
> Raja-raja Melayu dan menyelamatkan maruah bangsa ini
> dari dimangsa dan
> dirobek kehormatannya oleh seorang manusia yang
> bernama Mahathir
> Mohamad.
> Mahathir Mohamad baru-baru ini telah memulakan
> gendang dengan membuat
> kenyataan mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh
> Raja-raja Melayu
> dalam menyelamatkan bangsa Melayu dari berpecah
> belah.
> Kenyataan Mahathir telah disambut dan disokong oleh
> beberapa pihak yang
> selama ini memang menjadi burung belatuk dan
> pengampu utama Mahathir.
> Tidak ketinggalan, akhbar-akhbar utama milik mereka
> terutama Mingguan
> Malaysia bertarikh 19 Mac 2000 dalam ruangan rencana
> pengarangnya telah
> dengan biadap mempersoalkan kewibawaan institusi
> Raja-raja Melayu
> disambut dengan beberapa rencana khusus pada
> keluaran akhbar tersebut.
> Sesungguhnya, kenyataan Mahathir yang menyentuh
> peranan Raja-raja Melayu
> dan tingkah laku akhbar-akhbar yang mendukungnya
> adalah merupakan
> perancangan politik Mahathir untuk mengalih bebanan
> serangan dan
> kebencian rakyat terhadapnya. Justeru itu, Mahathir
> mahu supaya
> Raja-raja Melayu dijadikan mangsa untuk bertempur
> dengan rakyat yang
> mana episod ini akan berakhir dengan keuntungan di
> pihak Mahathir.
> Perkara yang sama juga telah dia lakukan semasa
> negara mengalami krisis
> ekonomi pada tahun 1997, dengan menjadikan George
> Soros sebagai objek
> terbaik untuk dimangsakan bagi menutup segala
> kepincangan dan
> kelemahannya. Dia turut berjaya memainkan sentimen
> rakyat bahawa Soros
> adalah seorang Yahudi tetapi dalam masa yang sama
> dia terus berurusan
> dengan Yahudi lain yang menjadi penasihatnya iaitu
> Solomon Smith Barnie.
> Jelas, Soros diserang bukan kerana kebencian
> Mahathir pada Yahudi tetapi
> kerana Soros adalah sasaran terbaik Mahathir untuk
> menutup rasuah,
> penyelewengan beliau dan kroni-kroninya yang menjadi
> punca utama krisis
> ekonomi.
> Patik ingin menarik pemerhatian Tuanku bahawa
> perpecahan di kalangan
> Bangsa Melayu pada hari ini adalah kerana angkara
> Mahathir sendiri. DYMM
> Raja-raja Melayu tidak pernah berbuat
> perkara-perkara yang menyakiti
> hati rakyat, tidak pernah menganiaya rakyat apalagi
> menipu dan
> memperbodohkan rakyat khususnya Bangsa Melayu
> sehingga berlakunya pecah
> belah.
> Siapakah yang memulakan fitnah terhadap Dato' Seri
> Anwar Ibrahim?
> Siapakah yang mempersenda hukum Allah? Siapakah yang
> telah menghina
> sunnah Baginda Rasullullah SAW? Siapakah yang telah
> mendera rakyat?
> Siapakah menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara
> aman? Siapakah yang
> telah memperalatkan semua instrument dan jentera
> kerajaan? Siapakah yang
> telah memperalatkan mahkamah? Siapakah yang
> melindungi rasuah dan
> salahguna kuasa pemimpin-pemimpin kerajaan? Siapakah
> menguasai Jabatan
> Peguam Negara? Siapakah yang merestui tindakan
> terhadap rakyat yang
> menyokong pembangkang? Persoalan yang telah patik
> bangkitkan di dalam
> warkah ini merupakan angkara Mahathir yang menjadi
> titik tolak kepada
> perpecahan Bangsa Melayu.
> Pada kesempatan ini, sukalah patik memetik
> sebahagian dari inti pati
> ucapan YBhg Tan Sri Musa Hitam, seorang pemimpin
> UMNO yang pernah
> menjadi Timbalan Presiden UMNO sewaktu beliau
> merasmikan Persidangan
> Tahunan Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Johor Bahru
> pada 19 Februari
> 2000. Antara lain beliau menyatakan : "Yang memecah
> belahkan Parti kita
> ialah budaya politik dalam UMNO sekarang. Iaitu
> kedua-dua pihak yang
> menang dan kalah sedar bahawa yang kalah akan terus
> dikutuk, dikecam dan
> dihalang bukan sahaja dalam aktiviti politiknya
> tetapi juga ke peringkat
> periuk nasi mereka. Bukan sahaja yang bertanding,
> yang menyokong pun
> akan mengalami sama. Kerjanya terancam,
> perniagaannya,
> pinjam-pinjamannya daripada institusi-institusi
> kewangan, biasiswa
> anak-anak pun terancam. Tidak hairanlah pertandingan
> begitu sengit dan
> akhirnya memecah belah�ini semua yang memecah belah!
> Benci membenci
> berterusan, permusuhan berterusan dan singkir
> menyingkir terus berlaku.
> Dengan keadaan demikian pertandingan dalam UMNO
> benar-benar merupakan "
> a matter of life and death"!
> Kenyataan seorang bekas pemimpin negara ini yang
> masih lagi di dalam
> UMNO jelas membukti bahawa punca kepada perpecahan
> bangsa Melayu adalah
> Mahathir dan budaya yang dia terapkan di dalam UMNO.
> Sememangnya
> kenyataan ini ada kebenarannya. Inilah yang sedang
> berlaku di negeri
> Melaka di mana penganiyaan terhadap golongan yang
> menyokong pembangkang
> sedang dilakukan secara meluas dan mengganas.
> Tindakan
=== message truncated ===
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>