Title: KHAS BUAT SYAZANA DAN RAKAN-RAKAN YG SEWAKTU DENGANNYA......Jangan cari Publisiti Murahan!

~Salam buat semua,

Memandangkan isu "Pasar Babi di KB", "Pusat Maksiat di Jln Limau Manis KB", "JIHAD" (topik baru yg ditimbulkan sebentar tadi) dan entah apa-apa lagi yg dipersoalkan oleh Syazana.... saya rasa dah banyak dah respond dari semua nak menerangkan kepada Syazana perkara-perkara yg dibangkitkan.    Saya setuju dengan Cik Puan Pabiyen bahawa Syazana & Co ni mungkin orang yg sama guna ID yg berlainan.  Mungkin juga apanama.... "Ali" pun sama lah tu!   Suka hati kamulah..

By the way, sedikit nasihat saya kepada rakan-rakan yg lain tu....  Ingatlah, tulisan dari Syazana tak lebih dari PROVOKASI yg mana jika kita layan, akan bertambah menjadi-jadi dan kita balik yg akan sakit hati.  Bila kita sakit hati, kita akan mula mengeluarkan perkataan-perkataan yg tak sepatutnya dikeluarkan.  Ini akan melanggar tatacara kita berkomunikasi dalam HIZBI Net, pening pulak kepala si Penyelenggara nanti!  Why not, kita ignore aje tulisan dari depa (Syazana & Co) tu ?  Lebih baik rasanya, kalau nak baca, apa yg difikirkan tu boleh diperbaiki, kita perbaiki.  Yang mana "nonsense" dan "tak masuk akal", ignore ajelah.  Saya hanya anggap, orang-orang seperti Syazana & Co ni tak lebih dari MELUKUT DI TEPI GANTANG, buang tak luak masuk tak penuh!  Kalau ya pun nak kritik, biarlah bercara sikit, ni macam tak "berjenis" langsung! 

Adalah penting untuk kita berhati-hati bila menyuarakan atau membalas e-mail dari mereka-mereka ni sebab jangan nanti depa kata, we are the same, tak boleh nak kata-mengata!  So, supaya kita tidak dilihat sebagai "sama dengan mereka", jangan gunakan perkataan-perkataan yg akan mencerminkan peribadi yg negatif pada diri kita.  Let them use whatever words they like, but we have to remain "calm", unless dah teruk sangat, kita terpaksa jugalah gunakan "kiasan".

Saya append di bawah ni suatu kiasan juga untuk Syazana & Co.  KALAU KAMU FAHAM, FAHAMLAH, KALAU TAK FAHAM, BERITAHU KAT KAMI DAN KAMI YAKIN AKAN ADA PAKAR-PAKAR BAHASA KAT DALAM HIZBI UNTUK MEMBANTU SYAZANA & CO....... Kiadan ni AMAT MENDALAM MAKSUDNYA tau!

Yalah... kita guna bahasa "direct", tak faham; kot-kot guna bahasa kiasan mungkin faham, kalau SEMUANYA SYAZANA & CO TAK FAHAM,   hhhhhhhhhhhhhmmmmmmmmmmmm........    (sambung sendirilah!)


Wassalam
===================================================================================

Biar buta penglihatan
Jangan buta hati & fikiran
Biarpun miskin harta
Jangan papa adat & bahasa

Terang-terang cahaya
Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung dijumpa
Jangan pula pangkal yg kau lupa

Harumnya bunga rampai
Oleh kerana ramuan yg pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada beerti

Si Penyair atau Pujangga
Bermadah kerana dunia begitu juga
Dahulu mahupun sekarang
Tiada bezanya, pucuk pangkal hati juga

Namun kenyataan hidup masih tetap sama
Tidak kira walau di mana...
Tepuk dada, tanya selera
Amalan biasa

KALAU EMAS, EMAS JUA,
DIBUANG TETAP BERHARGA
KALAU BESI, BESI JUGA
KAN BERKARAT AKHIRNYA

Dunia... banyak ceritanya
Selagi bernyawa, ada saja kerenahnya
Dahulu, kini dan selamanya
Selagi tak berubah, tidakkan bermakna!


Kirim email ke