*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Baru2 ini kita diberitahu, dikalangan ahli2 berhormat
di parlimen pun ada melakukan perkara2 tak berhormat -
"minta masuk sikit".  Hari ini ada dipaparkan YB MB
Pahang pun buat aksi lucah, di khalayak ramai pulak
tu.  

Dipejabat khabarnya ada garispanduan mengenai gangguan
seksual. Mungkin kena ada juga garispanduan untuk
tempat orangramai berkumpul. Mana2 orang buat tak
senonoh (macam MB Pahang tu), sapa2 yang terganggu
boleh saman. 

Bila bercakap pasal gangguan seksual, orang mesti fikir
ianya untuk protect wanita.  Padahal lelaki pun 
kekadang terganggu emosinya dengan pakaian low-cut, 
high-cut, dan ketat-cut wanita.  Kenyitan mata sorang
juruhebah wanita di TV pun boleh membuat orang lelaki
geram.  

Apakah sebenarnya yang dikatakan gangguan seksual ni?  

Sekian

----------

UIA pandang berat gangguan seksual ahli Parlimen

Saudara Pengarang,
SEJARAH ketamadunan manusia menyaksikan fasa kehidupan
'wanita' yang lazimnya hanya dilihat sebagai satu 
'entiti' yang tidak penting dalam masyarakat. Sinar 
Islam hadir memberi cahaya dan harapan yang telah 
meletakkan wanita pada kedudukan dan martabat yang 
selayaknya.

Maruah dan nilai seorang wanita tanpa mengira bangsa dan
agama bukanlah suatu perkara yang boleh dipermainkan
oleh sesiapa sekalipun.

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan satu isu
kontroversi mengenai gangguan seksual di Parlimen. 
Insiden tersebut yang melibatkan 2 ahli Parlimen wanita 
daripada parti DAP, Fong Po Kuan (Batu Gajah) dan Chong
Eng (Bukit Mertajam), bukanlah satu perkara yang boleh 
dianggap enteng. Tambahan pula, menurut laporan 
tersebut, 'kata-kata lucah' tersebut dilakukan oleh 2
ahli Parlimen lelaki semasa sidang Dewan Rakyat di 
Parlimen awal Mac ini.

Beberapa pendapat daripada ahli Parlimen yang hadir 
semasa persidangan tersebut menganggap ia hanyalah satu
fenomena biasa semasa persidangan Dewan Rakyat yang 
mungkin telah disalahtafsirkan oleh pihak yang 
terbabit. 

Walaupun begitu, mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa
(UIA) menganggap ini bukanlah satu isu individu, malah
ia merupakan satu isu utama yang melibatkan maruah dan
martabat kaum wanita.

Tambahan pula, ia tidak sepatutnya berlaku terutama 
semasa persidangan di kalangan ahli Parlimen yang amat
disegani oleh rakyat. Kedudukan Dewan Rakyat sebagai 
satu badan pembuat dasar dan penggubal undang-undang di 
negara ini sepatutnya diambil perhatian dan dihormati.
Kod Amalan Gangguan Seksual yang telah digubal secara
jelas mentakrifkan bahawa kata-kata yang berbentuk 
lisan juga termaktub sebagai salah satu bentuk gangguan
seksual.

Pelaksanaan undang-undang tersebut perlulah 
dititikberatkan oleh semua pihak sama ada di sektor 
awam atau swasta.

Tindakan susulan yang berhikmah perlu diambil segera
kerana ia amat penting bagi menggambarkan keprihatinan
ahli Parlimen yang telah dilantik dalam menangani isu-
isu yang membela maruah dan martabat kaum wanita. 

Tindakan yang diambil diharapkan selari dan mampu 
mencapai objektif resolusi yang telah disepakati hasil
daripada Konvensyen Kepimpinan Wanita dan mahasiswa 
negara pada 13-14 Februari yang lalu bertempat di 
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Resolusi yang dicapai menegaskan pendirian mahasiswa 
negara agar pihak kerajaan dan pertubuhan wanita 
meningkatkan usaha memberi pendedahan kepada wanita 
tentang hak-hak dan maruah mereka yang perlu dibela.

Bukanlah tujuan mahasiswa untuk menuding jari kepada
mana-mana pihak yang terlibat, hanya sekadar menyatakan
pendirian di atas isu yang cuba diketengahkan. Besarlah
harapan mahasiswa untuk melihat para 'perwakilan' 
rakyat yang telah dipilih untuk menjadi contoh yang 
terbaik kepada rakyat dari segala sudut, termasuklah 
akhlak, peribadi dan juga kepimpinan.

Ini amat penting bagi menjamin kedudukan sebagai
'perwakilan' rakyat sentiasa dihormati dan dipandang 
tinggi oleh semua pihak. Bukankah mahasiswa dan 
generasi muda pada hari ini adalah pelapis utama yang 
akan menggantikan barisan kepimpinan pada masa akan
datang? 

- HAJAH MAKIAH TUSSARIPAH JAMIL, Pengerusi Helwa,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke