*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
Dua tiga minggu lepas, Hizbi.net ni penuh dengan cerita-cerita yang berkisar
kpd masalah isteri, perempuan dan rumahtangga. Kemedian, eboh pulak
diperbincangkan kununnya, kami org pompuan ni bawak kereta
merangkak-rangkak. Sekarang, satu Malaya pulak bising pasai perangai Adnan
Yaakob yang tak semenggah tu!
Kali ni saya nak bawak cerita yang ringan sikit. Kalu selalu sangat baca
yang berat-berat, tak syok jugak kan. Tak gitu?
Gini, ada pendapat mengatakan, jika rambut kita beruban sana selai dan sini
selai dan tangan kita tu gatai pi cabut, maka akan bertambah banyaklah uban
tu tumbuh. Persoalannya, apa kena-mengena perbuatan mencabut tu boleh
mengakibatkan uban tu akan tumbuh macam cendawan? Ada ke bukti-bukti
saintifik untuk menyokong dakwaan ini?
Sesetengah orang memang rimas kalau kepalanya beruban. Kununnya kepala
jadik gatai. Entah le..
Kalau uban tu memutih macam salah seorang Sultan kita tu memang orait.
Nampak smart dan segak. Ini yang selai sana, selai sini yang tak berapa
elok. Kata orang, rambut metalik.
Cuba tengok PakDin, Pak Engku, Adam, Mencelah Sikit, Puan Sri Nor’ain, Puan
Pabiyen dan rakan-rakan lain kita dalam Hizbi.Net ni yang dah bertompok
uban mereka. Adakah mereka juga kaki mencabut uban masa muda-muda dulu
sehingga uban tu marah dan tumbuh semakin banyak.
Jika rakan-rakan kita ni buat keputusan untuk cukur sampai gondol, apakah
bila tumbuh nanti, semuanya jadik hitam balik ke?
Tapi masalah sikit buat Puan Sri Nor’ain dan Puan Pabiyen, tak kan nak
gondol pulak. Buruk nampaknya nanti. Tan Sri pulak misti terkejut punya
nanti.
Wassalam.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>