WEDNESDAY - March 22, 2000

PAS kecam tindakan lucah MB Pahang
‘Ein Azmi

5.30pm, Rabu: Parti Islam SeMalaysia menganggap gelagat Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob menunjukkan tiga isyarat lucah seolah-olah menggambarkan sikap pemimpin yang tidak mempunyai akhlak kepada rakyat.

Adnan, yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional untuk kempen Pilihanraya Kecil Sanggang, bertindak menunjukkan isyarat lucah apabila para penyokong Pas bersorak dan membuat bising di pusat penamaan calon di Dewan Tun Razak, di Sanggang semalam.

Beliau menyambut sorakan para penyokong BA sambil menunggingkan punggungnya kepada para penyokong BA. Ini dilihat oleh ramai orang termasuk jurugambar yang penuhsesak di kawasan terbabit. Adnan juga telah menggunakan tangannya untuk menunjukkan isyarat lucah kepada para penyokong BA yang tidak henti-henti menyanyi, bertakbir dan selawat, menurut sumber itu lagi.

Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar membidas tindakan Adnan seperti "Bouncer night club".

"Saya rasa beliau tersilap memilih karier dan sepatutnya menjadi bouncer," komen Mahfuz berhubung gelagat Menteri Besar Pahang itu.

PAS kesal dengan sikap Adnan seolah-olah tidak menafikan gelaran "Adnan Samseng" yang diberikan oleh penyokong PAS semasa menunggu proses penamaan calon itu.

"Sebagai pemimpin beliau tidak wajar bertindak demikian, kejadian ini memberikan kesan yang negatif kepada pemimpin Umno dan sudah tentu rakyat tidak akan percaya pemimpin-pemimpin yang menunjukkan moral rendah," ujar Ketua Pembangkang, Dato' Haji Fadzil Mohd Nor ketika ditemui malaysiakini di Parlimen hari ini.

Editor Harakah, Zulkifli Sulong, turut menyelar gelagat Adnan. "Dia tidak perlu melayan sikap tidak matang para penyokong Barisan Alternatif yang bersorak kepada beliau," jelas beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen wanita Barisan Alternatif telah bersepakat untuk menjalankan kempen di pilihanraya kecil Sanggang bagi menjelaskan tentang isu-isu seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, sikap angkuh dan ketidakadilan yang didakwa sedang berlaku di negara ini.

Dalam kenyataan media itu, Datin Seri Wan Azizah menyatakan keyakinan kepada masyarakat Sanggang akan menjadi pelopor ke arah pembentukan kerajaan baru dengan memilih Datuk Hishamuddin Yahaya, calon BA bagi DUN Sanggang. Hishamuddin, 60, ialah Pengarah Urusan Harakah yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Maran dan pernah menjadi Ahli Parlimen Maran sebelum menyertai PAS.

Manakala calon BN, Redzuan Harun, 49, dikenali sebagai Ustaz Redzuan, adalah bekas pegawai penyelaras pentadbiran Majlis Daerah Temerloh dan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Mentakab. Pertandingan satu lawan satu akan diadakan pada 1 April ini.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke