*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
 
Kura2, penyu, burung kakaktua, dhob, bujang senang dan
yang sewaktu dengannya, semuanya berusia panjang. Satu
perkara yang common untuk hidupan2 ini ialah mereka
slow, relax, dan lembab.  Mungkinkah ada kaitan, sifat2
itu dengan usia mereka yang panjang, ini kena ada satu
kajian.
 
Pompuan pun secara puratanya, lebih panjang umur dari
lelaki. Secara umumnya, pompuan ni tindaktanduknya
lemah-lembut, slow, relax, dan kekadang lembab (macam
yang hangpa dok riuh berminggu pasal lady drivers tu).
Seolah2 ada kaitan antara usia dan sifat semulajadi
mereka (besides ajal maut ditangan Allah).     
 
Oleh yang demikian, "kelembaban" tu mungkin advantage
buat wanita, tapi disadvantage pada lelaki kerana
dengannya mereka boleh jadi tension - salah satu punca
stroke dan mungkin juga uban.
 
Wassalam
 
> ----- Original Message ----- 
> From: mawar berduri <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Thursday, March 23, 2000 2:28 PM
> Subject: H-Net* Isteri, perempuan dan .......
> Assalamu'alaikum,
> 
> Dua tiga minggu lepas, Hizbi.net ni penuh dengan
> cerita-cerita yang berkisar kpd masalah isteri,
> perempuan dan rumahtangga.   Kemedian, eboh pulak 
> diperbincangkan kununnya, kami org pompuan ni bawak 
> kereta merangkak-rangkak.  Sekarang, satu Malaya 
> pulak bising pasai perangai Adnan Yaakob yang tak
> semenggah tu!
> 
> Kali ni saya nak bawak cerita yang ringan sikit. 
> Kalu selalu sangat baca yang berat-berat, tak syok
> jugak kan. Tak gitu?
> 
> Gini, ada pendapat mengatakan, jika rambut kita
> beruban sana selai dan sini selai dan tangan kita tu
> gatai pi cabut, maka akan bertambah banyaklah uban tu
> tumbuh.  Persoalannya, apa kena-mengena perbuatan
> mencabut tu boleh mengakibatkan uban tu akan tumbuh
> macam cendawan?  Ada ke bukti-bukti saintifik untuk
> menyokong dakwaan ini?
> 
> Sesetengah orang memang rimas kalau kepalanya
> beruban.   Kununnya kepala jadik gatai.  Entah le..
> Kalau uban tu memutih macam salah seorang Sultan kita
> tu memang orait.  Nampak smart dan segak.  Ini yang 
> selai sana, selai sini yang tak berapa elok.  Kata 
> orang, rambut metalik.
> 
> Cuba tengok PakDin, Pak Engku, Adam, Mencelah Sikit,
> Puan Sri Nor'ain, Puan Pabiyen  dan  rakan-rakan lain
> kita dalam Hizbi.Net ni yang dah bertompok uban
> mereka.   Adakah mereka juga kaki mencabut uban masa
> muda-muda  dulu sehingga uban tu marah dan tumbuh 
> semakin banyak.
> 
> Jika rakan-rakan kita ni  buat keputusan untuk cukur
> sampai gondol, apakah bila tumbuh nanti, semuanya 
> jadik hitam balik ke?
> 
> Tapi masalah sikit buat Puan Sri Nor'ain dan Puan
> Pabiyen, tak kan nak gondol pulak.  Buruk nampaknya 
> nanti.   Tan Sri pulak misti terkejut punya nanti.
> 
> 
> Wassalam.


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke