Hanzala Abdullah wrote:
Assalammualikum,BETUL.Saudara abuhanif,
Seperti mana yang telah saudara katakan, mereka-mereka yang menghadapi
masalah ini haruslah diberi pertolongan dan bukannya musibbah...
1. Dekati mereka yg murtad dan ajak mereka kembali semula kepada Islam, bukan membiarkan mereka dalam kekafiran. Setelah dijelaskan kebenaran ISlam, bahawa ALLah yg berhujjah dengan manusia tentang KEBESARANNYA, KETAUHIDANNYA, DSB spt contoh berikut:
Rujuk Q:56:57 hingga 85: al-Qiyamah:
" Kami ciptakan kamu [manusia], mengapa kamu tidak membenarkan {Quran, Islam)? Terangkan kpdku tentang air mani yg kamu tumpahkan. kamu yg cipta atau Aku yg ciptakan? Kami tentukan kematian dan sungguh! Kami tidak dapat dikalahkan utk gantikan kamu dgn yg lain dan Kami akan gantikan kamu dgn yg lain dlm keadaan yg tidak kamu tahu. Sungguh! kamu telah tahu proses kejadian kamu [intercourse- pragnant-lahir - membesar] dan mengapa kamu tak ambil pelajaran?......." {sila rujuk ayat 57 hingga ayat 85- 27 ayat}
Dan setelah Quran menjelaskan hujjah dari ALLah itu, ALLah mengingatkan manusia yg kafir atau yg berpaling dengan amanat berikut:
"Sesungguhnya ALLah melaknat orang kafir [dan orang munafik- rujuk juga Q:33:60-62] dan akan menyediakan mereka azab yang amat besar. Kekal mereka dalam neraka. Quran - surah al-Ahzab ayat 64....68).
Maka hendaklah kita MENOLONG orang murtad ini dengan mengingatkan mereka akan ayat-ayat ALLah, akan kebenaran Islam, dan AJAK MEREKA KEMBALI KPD ISLAM, bukan dengan tidak berbuat apa-apa.
2. Mereka yang murtad ini telah 'terbiar" untuk satu jangkamasa hingga menyebabkan mereka bernasib malang. Kesalahan tu adalah pada ibubapa dan tidak kurang juga pada penguasa atau pemerintah yang bertanggungjawab menyediakan "infrastructure"dalam masyarakat. Sebab itulah setiap ahli masyarakat kenalah prihatin dalam bermasyarakat Islam {fardhu ain & kifayah]. Institusi Islam - peranan masjid dan surau - sungguh! banyak berperanan mengekal dan membetulkan keadaan "sumbang" dlm masyarakat ini..
Tiada jalan lain melainkan dengan semua ahli kembali kpd ISlam yg sebenar,
bukan dengan mengikut rentak dan cara pendekatan golongan yang di luar
komuniti Islam.
malah seruan Islam itu sepatutnya diusahakan supaya di"extend"kan kpd
komuniti mereka - bukan sebaliknya yg dok berlaku sekarang!
1. Tidakkah ini double standard? Hukum yg bersumber dari British di amalkan sedangkan yg Islam kononnya ALLAh sahaja yg berhaq?
Dalam al-quran, sunnah dan tarikh islam. Tiada nas yang mengatakan mereka
yang murtad boleh dihukum bunuh apalagi yang menghukunnya adalah manusia...
Pengedar dadah dihukum bunuh - dan tangan manusia yang melaksanakannya, bukan tangan ALLah atau tangan jin atau tangan Lord Reid atau tangan Parlimen.
Dimana logiknya hujjah sdr?
Tangan-tangan manusia melaksanakan hukum Lord Reid.
Tangan tangan manusia yg kutip wang zakat dalam melaksanakan hukum
ALLah.
Tangan-tanagn manusia yg menyembelih korban di hari raya dalam melaksanakan
perintah ALLah.
Kaki manusia dan hasil usaha manusia diusahakan untuk melaksanakan
perintah haji.
Tangan-tangan manusialah yang melaksanakan hukum ALLAh itu dengan berpandukan
aqal fikiran yang waras.
Betul.Kita sebagai islam tidak dibenarkan berbunuh-bunuhan.
Dan ramai sekali orang Islam dibunuh di Ambon dan Maluku dgn zalimnya.
Pembunuhan ada di banyak tempat dan tidak berlandaskan syari'at ALLah.
Dimana-mana juga ramai pejuang Islam dibunuh dan bakal dibunuh - oleh siapa? Oleh mereka yg tidak suka kpd Islam dan biasanya mereka adalah orang yang mempunyai kepentingan dunia dan mereka sayangkan dunia dengan kemewahan yang ada di dunia ini.
Mereka ini sebenarnya ragu dengan akan adanya hari akhirat sebagai hari pengadilan yg hakiki.
Dunia ini penuh dengan keindahan yang mengasyikkan mereka dan mereka biasanya lupa kematian menunggu mereka pada satu masa nanti - satu yg pasti.
Orang yg menegakkan Islam biasanya bakal dihapuskan oleh tangan mereka - dan adalah ALLAh izinkan ini berlaku di dunia ini. Itulah lumrah sebab sebagaimana disebutkan, neraka akan dipenuhi dengan jin dan manusia dan sedikit sahaja yg bakal mewarisi jannah. Itulah sunnatuLLah - yg tertulis dalam Quran, dan pernah dan masih tertulis juga dalam Bible(so called Jesus - 'Isa as., Zabur (Daud) , dan Taurat (Torat- Moses).
..apa lagi mengenai isuPengedar dadah dihukum bunuh - dan tangan manusia yang melaksanakannya, bukan tangan ALLah atau tangan jin atau tangan Lord Reid atau tangan Parlimen.
murtad ini...Cuba kita semua fikirkan... Rasullullah melancarkan perang
terhadap orang musrik dan munafik kerana apa?
Cuba sdr fikirkan semula logik fikiran sdr ni. Itu tujuan saya menulis di sini.
waLLahu a'lam.